" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)
23 November 2009
21 November 2009
ORANG HEBAT!
KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.
Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
sumber:harakahdaily
20 November 2009
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.
Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.
Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.
Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.
Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.
14 November 2009
KPMK'09

10 November 2009
SEGALANYA MILIK MU

08 November 2009
PANGGILAN HAJI
Alhamdulillah pada 7/11/2009 salah seorang daripada ahli keluarga kami telah bertolak ke Tanah suci bagi menyahut seruan Illahi,menunaikan haji buat kali ke-2 nya.Ahli keluarga kami itu ialah Hjh Nor Ashikin Md.Said & suami Hj.Md Fauzi Salleh yang pada mulanya hanyalah “standby” tapi Alhamdulillah berkat doa kebanyakkan pihak mereka akhirnya dipanggil untuk berlepas pada tarikh tersebut.
mujahidah:Setelah habis "exam" pagi 6hb tu,mak dan mak cik ambil di UIA,mula-mula berat juga nak pergi,sebab baru lepas "tension" jawab "exam",tapi setelah dipujuk mak,pergi juga lah...Alhamdulillah bila jumpa keluarga sendiri,rasa semangat kembali...pada pagi 7/11 setelah hantar mak cik,terus balik UIA,tak dapt ikut ke rumah kenduri mak cik lagi satu di Bangi,sebab esoknya 8hb(hari ni) ada exam,tak habis ulangkaji lagi,terpaksa balik(maaf mak kak...)Alhamdulillah semuanya berjalan baik(*_*).bila lah dapat tunaikan haji nih! :)
boleh juga layari blog family kami :familysaid
29 October 2009
JOM LAZIMINYA...
28 October 2009
ANUGERAHKANLAH
24 October 2009
PASANGAN SEHIDUP SEMATI
mujahidah:sedikit perkongsian daripada group yang saya sertai dalam mail yahoo(*_*)
19 TAHUN

Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.
Iklan
Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam.
Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.
"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi.
Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat.
"saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi.
Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun.
Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya.
Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini.
Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah.
Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini.
Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah.
Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri.
Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
pengetahuanku pada kemurahanMU
itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU
Bagaimana aku akan kecewa?
sedangkan ENGKAULAH harapanku
bagaimana aku akan hina?
sedang ENGKAULAH tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
sedang ENGKAU menempatkanku
dalam lemah dan hina
Bagaimana aku akan miskin?
padahal ENGKAULAH ysng mencukupkan
hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMU
Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMU
puaskanlah keluargaku dengan aturanMU
berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin
Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaan ini.
~Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat~
(petikan daripada buku "Bidadari daripada Timur")
UNBREAKABLE
Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...
-
Janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang d...
-
Macam jiwang je kan tajuk tu...ni bukan masalah jiwang atau ape...tapi saya luahkan ia melalui hati saya yang bergelar perempuan.bila peremp...
-
Dah 3 kali hujung minggu berturut-turut saya turun negeri kelahiran saya,Melaka untuk urusan gerak kerja di Melaka bersama adik-beradik sepe...

