24 October 2009

19 TAHUN


Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.
Iklan

Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam.

Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi.

Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat.

"saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun.

Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya.

Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini.

Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah.

Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini.

Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah.

Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri.

sumber:harakahdaily

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
pengetahuanku pada kemurahanMU
itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU

Bagaimana aku akan kecewa?
sedangkan ENGKAULAH harapanku
bagaimana aku akan hina?
sedang ENGKAULAH tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
sedang ENGKAU menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
padahal ENGKAULAH ysng mencukupkan
hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMU

Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMU
puaskanlah keluargaku dengan aturanMU
berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaan ini.

~Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat~

(petikan daripada buku "Bidadari daripada Timur")

mujahidah:masyaAllah,subhanaAllah...pejam celik,pejam celik dah 19 tahun tok guru memerintah Kelantan walaupun pelbagai tohmahan dan cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya.semoga tok guru terus tabah dan cekal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang diredhai Allah.ameen.
Free Signature Generator

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...