09 February 2009

DUHAI HATI

Kita ada 1 saja hati,
jika gembira hati itulah,
jika bertaqwa hati itulah,
jika beriman hati yang 1 itu jua,

jika bercinta hati itu jua,
jika terluka hati nan 1 itu jua,

terlalu 1 untuk banyak perkara,
oleh itu JAGALAH HATIMU
!!!

HATI
yang sedar

"sesungguhnya(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa)yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati(yang sedar),atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh(kepada pengajaran itu)dengan menumpukan hati & fikiran kepadaNYA"

(surah Al-Qaf 50:37)

Ya Allah,kurniakan kepadaku HATI seperti ini...

HATI yang bersih

"sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih(dengan iman & amal kebajikan)

(surah As-Syams 91:9)

&

HATI yang lurus

Mereka berdoa dengan berkata:"wahai Tuhan kami,Janganlah ENGKAU memesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMU,sesungguhnya ENGKAU jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA"

(surah Ali Imran 3:8)


dan KAU peliharalah daripadaku HATI ini...

HATI yang terhijab(tertutup)

"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu(al-quran).padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat(yang menjadikan mereka pekak)"

(surah An-An'am 6:25)


"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN,JIKA KAU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT,JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI,JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH,PINTA HATI YANG BARU..."

p/s:"hati ibu segala anggota,jika rosak hati,rosaklah yang lainnya,jika sejahtera hati,baiklah yang lainnya,maka jagalah hati kita,lakukanlah apa sahaja usaha untuk memastikan hati kita tidak lalai dan leka dari mengingati selain Allah"pesanan buat diriku yang lemah lagi hina ini,dan buat semua pengunjung(*_*)

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...