19 February 2009

APA YANG PENTING!!!

(Kump.kami,K-6 juara explorace...Alhamdulillah:-D)

Gambar-gambar ni ketika mana Family Day Ma'ruf Club hari tu,pada 15/2/09 Ahad,Universiti Tun Hussien Onn(UTHM)adalah tetamu jemputan khas kami.ramai betul mereka...lebih kurang 70 orang,ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara UIA & UTHM(*_*).seronok mengenali mereka,peramah dan mudah mesra.mereka sampai seawal 5am lagi daripada Johor Bahru.

(Ketua membahagikan harta rampasan perang...hik3)

Dalam family day ni aktivitinya explorace...ada 15 checkpoint,tapi semua kumpulan tak sempat habis.kami diberi masa sehingga 12pm je,jadi bila dah tiba jam 12pm kami dikehendaki berhentikan explorace kami.dalam kumpulan saya,iaitu kumpulan 6@k-6 yang diketuai oleh Fitri dan ahli-ahlinya yang dari UTHM,Amir,Faezah dan Sa'idah(Ida) dan dari UIA saya,munirah dan laila,laila mulanya tak turut serta pun pada awalnya,tapi kesilapan kami mencari checkpoint seterusnya menyebabkan hikmah jumpa dengan dia, ketika tu dia baru balik dari "exam"jadi saya ajak je dia turut serta dengan kumpulan saya:-)

(1 untuk kau,1 untuk aku...)

Sejujurnya,saya amat seronok dengan kumpulan saya ni,dengan ketua yang ceria...hehe..."happening" .sahabat-sahabat dari UTHM pun cepat mesra seolah-olah kami dah lama kenal(seronok mengenali kalian,semoga ukhuwah kita berkekalan).Mula-mula kumpulan kami tak ada slogan pun sebab tiada arahan begitu,tapi kene "checkpoint" kami yang pertama,mereka minta kami adakan juga slogan...hehe.mula-mula Fitri nak buat macam ultraman...hik3 ada ke...dia gurau je.akhirnya kami bersepakat guna slogan...hehe...nak tau apa???cuba teka...hehe...APA YANG PENTING!!!KERJASAMA...(*_*)macamku pernah dengar tapi dimana ya;-)

(Nak Bika...nak bika...nak bika...)

Bagi kami "checkpoint" yang paling seronok ialah "checkpoit" YB Sofiyussalam...erk YB jaga "checkpoint" ek...mesra rakyat sungguh...bagus3x macam ni lah pemimpin yang bagus hehe.dia adalah salah seorang yang telah memenangi PRK baru-baru ni,calon Kuliyyah ekonomi,tu yang melekat panggil YB...tapi seperasan saya,memang kebayakkan "checkpoint"YB2 yang jaga;-)ha...apa yang seronok sangat dengan "checkpoint"ni...kami kena kenalkan diri masing-masing sambil melakonkan 1 benda yang melambangkan negeri masing-masing...ha macam-macam gaya,ada yang perkenalkan dengan tarian zapin,ada yang sedang hambat lembu,dan macam-macam lagi...dan 1 lagi task di "checkpoint" ni...kami kena nyanyi lagu yang disediakan(kelakar betul lagu tu)...."saya ada perut...perut saya besar...kalau tidak besar...bukan perut saya"kelakarkan;-)dan pilih 1 loghat yang kami semua suka...kami pilih loghat kelate...kami disuruh menyayikan lagu tersebut dalam loghat yang kami pilih...hmm nasib baik Fitri dan Ida orang Kelantan...ada la panduan kami:-)YB amat puas hati sehingga dia tulis dekat kertas "checkpoint"(bagus kumpulan ni)masyaAllah...hehe
(berkat kerjasama...apa yang penting!!!hehe...)

Alhamdulillah,memang seronok,kami tambah seronok sangat-sangat apabila kumpulan kami yang menjuarai explorace ma'ruf club open day...apa-apa pun setiap checkpoint tu ada pengajarannya,antaranya,kita kena ada cara yang baik untuk berdakwah,kena mengenali diri kita dengan baik,kena pastikan arahan apa yang perlu diikut dan apa yang tak perlu,dan macam-macam lagi.tapi yang sedihnya tak dapat sampai ke "checkpoint" yang ada kayak dan "cycling"...tapi saya da ada berpeluang da naik kayak 2 kali,masa di darul quran sekali dan di sini sekali,cuma kesian pada mereka yang belum berpeluang lagi...dakpe2... bak kata orang terengganu...ada rezeki nanti naik lah,setiap petang boleh je nak berkayak di UIA ni,ha di UTHM pun dengarnya ada kayak,boleh lah kita berkayak di sana je nanti:-D...apa-apa pun syukran kathir ila ashabina minal UTHM(sekali arab da;-))walaupun seketika...amat seronok dan gembira bertemu anda semua...insyaAllah 1 hari kami nak buat lawatan balas ke UTHM...harap sudi-sudi menyambut kedatangan kami..insyaAllah.


"KENANGAN ANTARA KITA BIARLAH TERPAHAT DALAM INGATAN,ANDAI SURAM DEK KERANA KEDEWASAN TAKKAN PUDAR KEPERCAYAAN,MUNGKIN MEKAR SEPERTI BUNGA MAWAR,SENTIASA DISIRAMI BAJA KASIH SAYANG DARI TUHAN DAN DINAUNGI REMBULAN KETAQWAAN"

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...