28 December 2008

MUHARAM MENJELMA KEMBALI

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.






Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


~Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

~Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

~Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

~Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

~Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

~Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

~Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

~Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

~Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

~Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

~Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

~Hari pertama Allah menciptakan alam.

~Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

~Hari pertama Allah menurunkan hujan.

~Allah menjadikan 'Arasy.

~Allah menjadikan Luh Mahfuz.

~Allah menjadikan alam.

~Allah menjadikan Malaikat Jibril.

~Nabi Isa diangkat ke langit.

"perkara yang paling aku menyesal sekali dalam hidupku ialah apabila terbenamnya matahari,umurku berkurangan,akan tetapi amalanku tidak bertambah"(ibn Mas'ud)

tahun 1429H tahun yang paling banyak aku diuji,
paling banyak membuatku mengenal diri,
paling banyak ku mengenal dunia hakiki lakonan insani,
semoga tahun baru hijri 1430 menjadi diriku lebih beerti,
menginsafi tahun yang sudah berlalu pergi
dan suci dari dinodai nafsu yang bertakhta di sana sini...

(wah bermadah pujangga lak...hik3)






p/s:selamat menyambut tahun baru Islam 1430H,tahun baru,azam baru,kos baru...hehe.semoga tahun ini adalah lebih baik daripada sebelum ni buat saya dan semua(*_*)


No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...