13 April 2013

^_^

Khamis,11/4/2013.
[Antara point usrah yang suka untuk dikongsi]

Tanggungjawab khalifah :

-Jadikan diri kita baik. 
-Bantu orang lain jadi baik.
-Mengurus alam dengan baik. 

 *Actually,antara bait ikrar anak-anak di little caliph sama seperti di atas.

 Menarik juga,berkaitan mendidik diri, anak-anak,anak murid dan lain-lain: 

-Bina kata hati yang baik,akan menghasilkan tabiat yang baik. 
-Ajar diri,anak-anak,cakap dalam hati perkara yang baik.Ia lebih memagari diri daripada melanggar,merempuh daripada sesuatu yang tidak baik.

Contohnya ajar anak cakap dalam hati."Ikut mama cakap ni,tapi dalam hati bukan dengan mulut"..."kalau ejek kawan,kawan sedih,nanti Allah marah.Bila Allah dah marah,Allah tak sayang,tak dapat masuk syurga "


*Gambar di bawah,antara ahliusrah yang setia,setiap minggu :)


Mujahidah :Bila dah sentiasa berhadapan dengan anak-anak di tadika,dan berusrah dengan semuanya dah kahwin dan beranak.Bila banyak juga perkongsian sampingan mahupun memang tajuk utama usrah.Rasa takut nak kahwin.Bagus juga,ada perasaan tu,jadi tak fikir sangat mengenai kahwin.Orang nak tolong carikan calon pun rasa tawar hati nak terima tawaran tu,ada orang nak padankan dengan orang tertentu pun,jawapan tetap 'TAK',orang tanya bila nak kahwin pun,rasa ok je,tak tertekan.Bila mak sendiri pun dah bagi hint ready nak dapat menantu seorang lagi,awal-awal je rasa nak bertindak sesuatu,tapi lama-lama tawar juga hati.Alhamdulillah.Cuma 1 diri cuba pegang,kahwin ni tak tentu ada lagi untuk kita,tapi mati itu pasti.Cuma persiapan kedua-duanya mesti ada,usaha ke arah kedua-dua tersebut tetap kena ada.Sebagai mana kita tak dapat jangka bila kita mati,begitu juga dengan jodoh kita dengan siapa :) Lebih suka mengikut kemantapan hati,dan kecenderungan hati,apa-apa pun hati tu kena sentiasa dengan Illahi,supaya memang kata hati itu,ilham dan naluri tepat daripada Illahi.


Really loves...


Really loves this zikir.Bila rasa ada buat salah,buat dosa,rasa tak tenang,ini lah antara penyumbang keinsafan,ketenangan.Ambil earphone,dengan kat handphone,insyaAllah hati kita turut bergetar!

HIJAU DI RUMAHKU

 Gambar ehsan,daripada adik :)

Balik daripada kerja hari Khamis hari tu,tibe-tibe nampak objek ni depan rumah.Bila ditanya ahli rumah,'kerja' Ajk PAS Serkam rupenya :)Rumah ni dah macam markas dah hasil 'touch up' oleh adik dengan pasang bendera keliling rumah.hihi.

Bila dah nak hampir PRU 13 ni,teringat akan arwah atuk.Bila muncul macam-macam video lucah nak dekat-dekat PRU ni,pun teringat arwah atuk.Teringat nek pernah cerita ketika dalam perjalanan daripada Kelantan-Melaka,yang diri ni sendiri pun tak pernah tahu.Tahu sikit-sikit je pasal arwah atuk ketika atuk bertanding PRU.ke berapa tak ingat.Arwah pernah bertanding PRK dan PRU.Arwah atuk dulu bekas guru,bila bekas guru jadi calon,calon PAS pulak,memang tak puas hati tu timbul di kalangan orang UMNO.Arwah atuk dimalukan di Sekolah Kebangsaan Serkam,Mak cik saya yang bongsu sendiri ketika itu adalah pelajar di situ mendengar dan melihat sendiri seorang insan memalukan yang mengaibkan arwah atuk ketika perhimpunan.Bayangkan seorang anak mendengar mengenai ayahnya yang buruk di khalayak ramai?(nenek dan mak cik ada cakap pasal apa,tapi biarlah rahsia,nak cerita pun segan).Politik masuk dalam sekolah ni,UMNO je boleh.Daripada dulu diorang dah buat.hmmm

Lepas tu,arwah atuk juga pernah difitnah dengar gambar edit dengan seorang perempuan.Kisah ni pernah diceritakan ustaz saya di sekolah menengah dulu,dan disahkan oleh nek.Yang mana akhirnya,orang yang fitnah arwah atuk tu mati disambar petir.Itulah BN.fitnah+lucah+samseng=BN,berpisah tiada.

Bila dah habis belajar dan kembali ke Melaka ni,lebih rasa jijok,dan 'lebih terisi' .InsyaAllah jejak arwah atuk untuk terus memartabatkan Islam ni,akan kami cuba,bukanlah sampai jadi calon,dan tak pernah terfikir pun nak jadi calon,dan sejujurnya tak berminat :)Adik mungkin boleh.hehe. Cukuplah jadi kuli sahaja.

Buat semua penggerak PAS terutamanya,sentiasa kita cuba jaga niat kita,insyaAllah thabat kita dalam perjuangan.Ujian tetap akan ada,ia proses pentarbiyyahan yang berterusan.Teringat ustaz Maszlee Malik cakap di K-Fiqh Politik,orang baik-baik,buat baik ni memang selalu diuji.Semoga kita semua sentiasa menjadi insan pilihan Allah untuk menyambung rantai perjungan Islam ini,bukannya menjadi insan tapisan Allah daripada terus menjadi penggerak gerakan Islam.Nauzubillah!

Memperjuangkan Islam,makin akrab dengan Allah dan sunnah Nabi, atau sebaliknya?

" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

07 April 2013

TANDA SAYANG,PERCAYALAH!

Apa-apa pun,sedikit pun kita kena ucap terima kasih juga kepada kerajaan BN sepanjang memerintah Malaysia,ada juga manfaat yang rakyat boleh dapat walaupun sedikit.

Saya yakin dan percaya,PR dan rakyat yang mahu tumbangkan BN adalah sebagai tanda sayang kepada mereka,supaya mereka tidak terus menerus menyalah gunakan kuasa,zalim kepada diri dan orang lain.

Teringat pulak cerita 3 Abdul,lakonan arwah P.Ramlee.Yang mana dua orang abangnya yang tamak dengan harta,dan menyalah guna dan mengurus harta dengan tidak bijak sehingga tertipu...sedangkan adiknya yang bijak,akhirnya dapat menjatuhkan abang-abangnya...

Tapi,dia membalas segala bentuk ketidak adilan abang-abangnya kerna sayang akan mereka.Touching sangat part,adiknya memohon maaf setelah puas 'membalas' segala perbuatan abang-abangnya " maafkanlah adinda,walaupun perbuatan adinda ini terlalu zalim,tapi ia semata-mata untuk menyadarkan kanda berdua,dan semata-mata untuk mencari keadilan"
 
[TUMBANGKAN BN ITU,TANDA SAYANG]

ISTIKHARAH

Ustaz Azhar Idrus ada pesan di K-Fiqh Politik.Buatlah istikharah dalam memilih calon yang terbaik untuk Islam,keamanan,keadilan dan kesejahteraan Malaysia.

Istikharahlah,setiap hari ada sahaja perkara yang perlu kita timbang tarakan,yang perlu kita putuskan dalam membuat pilihan.Allah knows better yang terbaik buat hambaNYA.

06 April 2013

ANTARA CALON TERBAIK MELAKA.

Dun Pantai Kundor,TPJ PAS 2 Melaka~abi~
 



Kawasan muslimat bertanding~bonda~



Dun Merlimau,Ketua Pemuda Melaka


InsyaAllah,ini kalilah!

PENAWARKU :)



Semalam agak stress dengan 1 urusan di tadika.Tengah-tengah settlekan urusan tersebut.Pandang jap anak-anak kecil di hadapanku. Lalu ku panggil seorang anakku,Siti Hajar.

Aku : Hajar,tolong doakan teacher boleh...?:)

Hajar: (blurr dengan permintaanku)

Aku: Ok,Hajar ikut apa yang teacher sebut ae.(lalu ku ajar doa,dengan menyebut satu persatu,lalu diikut oleh Hajar. "Ya Allah...permudahkanlah...urusan...teacher Halimah"ameen.

Aku:thanks Hajar :)

Hajar : senyum ayu(sungguh senyuman dia paling ayu,dan anak yang paling lemah lembut)

Selang beberapa minit.Datang pulak my sweetheart,fiqh fadhlan setelah 'melawat kawasan' di luar kelas :) (actually,dah tenang dah dengan ketiadaan dia dalam kelas,sebab dia seorang yang 'rajin membantu' ,masuk-masuk dah datang dekat lalu duduk atas meja,al maklumlah,'nak membantu':) Hmm tak pelah,untuk mengalihkan perhatian dia.Ku suruh dia pulak doakan.
 My sweetheart,little caliph Fiqh Fadhlan Firhan :)

Aku : fiqh,fiqh baik kan?tolong doakan teacher :)

Fiqh : ha? (blurr)

Aku : ok fiqh ikut teacher."Ya Allah"

Fiqh :Ya Allah (cepat-cepat disebutnya)

Aku : permudahkanlah

 Fiqh : Ha?

Aku : susah agaknya nak sebut yang bahasa melayu ,try tukar ke english yang tak english mana :) "please make easy...to teacher halimah"ameen.

Fiqh : make easy(erkk boleh plak sebut in english, please tertinggal,halal la :)) to teacher halimah (sambil sengih).ameen.

Dan dan tu dia terus cabut.

SubhanaAllah!sungguh Allah permudahkan urusan.Sebab apa?Sebab mereka anak-anak yang suci daripada dosa :) Hatinya suci dalam melafazkan doa :)
 Antara little caliphs yang mengikuti kelas Quran teknik Al-Baghdadi(4,5,6years old)
[Anak-anak bisa jadi penawar]

31 March 2013

Baik-baik

Pilih suami baik,baik-baik, 
Pilih isteri baik,baik-baik, 
Apa pun yang terpenting,persediaan diri kenalah... 
Jadi baik,baik-baik.

Menjadi soleh,solehah bukan sekadar persiapan mmenjadi raja sehari,
Tapi,persiapan untuk mati! 


29 March 2013

DOA AFTER TASYAHUD

Kebetulan jumpa perkara yang sama dalam 2 bahan bacaan ini,iaitu berkaitan doa selepas tahiyat akhir,1 sunnah yang barangkali kita tinggalkan.Sedangkan ia amat afdhal dilakukan. 

Abu Hurairah menceritakan,bahawa Rasulullah SollaAllahu 'alahi wasallam pernah berpesan melalui sabda baginda " Apabila kamu selesai tasyahud,maka mohonlah perlindungan Allah daripada empat perkara.Doalah : "Allahumma inni a'uzubika min 'azabi jahannam,wamin 'azabil qabri,wamin fitnatil mahya wal mamat,wamin syarri fitnatil masihiddajjal" 

-Ya Allah,aku mohon berlindung denganMU daripada azab jahanam,azab kubur,fitnah kehidupan dan kematian serta kejahatan fitnah dajjal- [Riwayat Muslim]

 Ada juga riwayat,yang menambah lagi selepas itu dengan "ya muqallibal qulub thabbit qulubana 'ala dinik wa'ala ta'atik"[Riwayat Muslim,Ahmad,Ibnu Hibban] Mudahkan nak ingat :) nak solat lepas-lepas ni,sama-sama cuba kita amalkan.

24 March 2013

"Nak mati pun perlukan ilmu"


Semalam berpeluang untuk menonton TV Al-Hijrah,Khidmat Syariah,yang dipengacarakan oleh Wan Kamarudin.Perkongsian seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak,2 orang adalah OKU .Walaupun begitu,sangkaan yang baik dan redha si ibu terhadap kurniaan Allah kepadaNYA amat tinggi.Walaupun anaknya yang pertama,Hazman (tak silap namanya) OKU,tak mampu duduk,hanya terbaring….mengikut jangkaan doktor hanya mampu hidup selama 21 tahun sahaja,namun itu bukan penghalang atau alasan seorang ibu untuk tidak memberi didikan yang seimbang dunia dan akhirat.Buktinya,anak sulungnya ini yang bersekolah di Dol Said Melaka,OKU bukan alasan  untuk dia tidak mampu berjaya.Buktinya,dia mampu memperoleh 5A dalam UPSR,PMR(saya terlepas pandang yang ini),tapi mengikut cikgunya yang turut di jemput di studio,menyatakan dia memperoleh A di dalam matematik.Itu mungkin dari sisi dunia,tapi di sisi akhirat ini,Adik ini walaupun OKU,tapi dia mampu bersolat jemaah bersama adiknya yang seorang lagi OKU,bahkan dia yang menjadi imam!Allah…! orang yang sempurna sifat patut tengok,biar insaf …bahkan adik ini juga waktu pernah ditemuduga sebelum ini mampu mengingat Surah Al-Waqiah dengan baiknya…

Ibunya sering menasihati dirinya,beliau juga adakalanya cuba memberi kekuatan kepada ibunya,hebatnya,memberi kekuatan melalui Kalamullah,melalui Surah Ali Imran ayat 8.Pengacara,Wan Kamarudin juga teringat,ketika pernah mewawancara adik tersebut,bila ditanya berkaitan pentingnya ilmu.Adik tersebut menjawab,”ilmu penting,kita nak mati pun perlukan ilmu…” SubhanaAllah didikan seorang ibu cukup-cukup penting.Ibunya cukup kuat,dengan menjadi ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah.Teringat Wan  Kamarudin bertanya ketika melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan ibu tersebut,ibu tersebut ditanya “ ketika saya ziarah akak sebelum ni,saya lihat akak cukup kuat,sedangkan masa tu bulan Ramadhan,akak daripada pagi pergi hantar anak ke sekolah,menemaninya lagi,menguruskannya lagi,mana akak dapat kekuatan tu?” Ibu tersebut menjawab “ Saya mengaku saya  penat,bila mula rasa tak redha,penat saya akan cepat Istighfar,baca ayat Qursi,dengan kesan zat asma’ Allah,dari situlah kekuatan datang" Allah…Allah…Allah! cukup indahnya seorang mahkhluk ciptaan yang sentiasa mengaitkan dan menghubungkan kehidupannya dengan penciptanya!Tak pelilklah hasilnya dapat dilihat daripada anak-anaknya.

Anak-anak akak yang lain juga turut cemerlang.Anaknya kedua,Hazimah,bersekolah di Sekolah JAIM Ihya’ Al-Kareem di Melaka,baru memperoleh anugerah pelajar cemerlang dengan memperoleh 9A.Beliau menyatakan,beliau mengambil semangat daripada arwah abangnya,ye abangnya yang sulung,telah selamat kembali menghadap Illahi ketika sedang berperang dengan kertas SPM(Sepatutnya memperoleh keputusan baru-baru ni),sungguh menjadi nyata kata-katanya “Nak mati pun perlukan ilmu” .Ibunya turut berkongsi,setelah Allah pinjamkan arwah selama 17 tahun,setelah beliau pergi,baru dia terjumpa kata-kata anaknya “ menuntut ilmu biar akhir hayat” ,sungguh arwah meninggal dalam menuntut ilmu ketika mengambil peperiksaan SPM.Sehingga kini,Surah Ali Imran ayat 8 merupakan cara si ibu melepaskan rindu kepada arwah anaknya.

AL-FATIHAH!

mujahidah : Tidak dapat disangkal lagi peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak amat penting.Ibu yang sentiasa meletakkan Allah di hadapan...Bayangkan jika si anak didik oleh ibu yang tidak memikirkan pentingnya ilmu dunia dan akhirat?Sentiasa menyalahkan taqdir kehidupan...?Sebaliknya lah hasil si ibu bakal perolehi...

Tidak dapat disangkal lagi kepentingan ilmu.Alhamdulillah,terpanggil untuk menonton,pastinya ada hikmah kecenderungan tersebut.InsyaAllah!

"CARA HIDUP KITA MENENTUKAN CARA MATI KITA"

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...