09 August 2013

TAHUN DUKACITA

Bismillah... 

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Tahun ni,mungkin boleh digelar tahun dukacita buat kami sekeluarga.Hilangnya 2 ahli keluarga kami bertemu Illahi.Menjelangnya 2 raya terbesar di Malaysia.

Arwah mak cikku,Fatimah Nordin,42 tahun,dijemput Illahi,ketika mana kesibukan menjelang Pilihan Raya ke-13.
Arwah mak cikku,Fatimah Nordin bertudung kuning...

Arwah mak cikku Rohana Mohamad,46tahun,dijemput Illahi di penghujung Ramadhan(26 Ramadhan) bakal melaburkan tirai,di saat eidul fitri menjelang tiba.


Arwah,mak cikku Rohana Mohamad,bertudung kelabu purple... 

Allahurabbi,sungguhlah Mati itu rahsia Illahi,Sungguhlah janji Illahi,tidak lambat,tidak cepat, bila dah sampai tarikh expired untuk kita berada di dunia fana ini,tidak kira tua,muda untuk kita meninggalkan segala kepunyaan sementara di dunia sementara ini.

Mereke menyusuli arwah atuk yang merupakan ayah mertua mereka,yang pergi lebih kurang 2 tahun yang lalu.Kesemua mereka pergi,pada hari yang sama,iaitu hari Ahad.Semoga pemergiaan mereka,menjadi peringatan buat kami sekeluarga berkaitan mati.


"WAKAFA BIL MAUTI WA'IZHON"


"Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim,wa'fu'anhum..."Al-Fatihah!


No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...