01 April 2012

HARI-HARI ITU


Jumaat 23/3/2012:

♥ Terpaut hati bila pertama kali menghadirinya jumaat lepas bersama adindaku Elany & adindaku Ain.Semoga ada lagi ruang & peluang dariNYA untuk menghadirinya ♥

*Setiap jumaat
*9.15pm-11pm
*masjid muadz,Setiawangsa
*membahaskan kitab-kitab berikut:

-Tafsir AlQuran
-Kitab Riyadussolihin karangan Imam Nawawi -
-Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali -
-Kitab Tasawwuf : Peringatan Tentang Umur Insan Karangan Imam Al Haddad

*sesiapa yang berkelapangan setiap jumaat jemputlah hadir,di UIA ada jugak oleh Habib,tapi selalu tak dapat join.Maklumat lanjut di Majlis Ta'lim Darul Murtadza .







Sabtu 24/3/2012 :

Beraksi di Jambori Nisa' Selayang,alhamdulillah dapat pengalaman yang baru iaitu paintball,teruja masa dapat tembak menembak tu,tembak botol je pun :) Selain tu,flying fox.Ni pernah masa zaman-zaman sekolah dulu cuba,dan juga crossing river,adoiii yang ni betul-betul mencabar bagi saya,dekat 2 kali hampir nak lemas,alhamdulillah hidup lagi :) padahal pernah jugak cuba,tapi yang dulu tu mudah sebab ada tali,so tak aci :)



Ahad 24/3/2012 :

Tanpa dirancang,menemani adik saya seorang ni,Tuan Habsah ke Himpunan Anak-Anak Terengganu dengan merempit.MenTERENGGANUkan diri jap :) Mula-mula ingat perjumpaan mahasiswa je,sebab tak tanya adik saya tu,rupa-rupanya perjumpaan dengan YDP Negeri,Wahid Endut bagi membentangkan Pra Manifesto PRU-13 dan ulasan,wah hebat!optimis mereka untuk merampas Terengganu!Untungnya hari tu,Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS pun hadir bagi merasmikan majlis penutup.Erm bagus jugak dapat join,dalam hati kata "masing-masing negeri ada keistimewaan lain-lain,apa-apa pun saya tetap bangga jadi anak Melaka,ada yang orang Terengganu tak ada,Melaka ada :) "

Dalam perjalanan pulang tu,tak pasal-pasal ada pengalaman menarik dan manis :) apa dia?jatuh motor lepas tol :D alhamdulillah selamat dan cedera ringan je :)


Isnin 25/3/2012 :

UIA sebenarnya tengah cuti mid sem,tapi saya ambil keputusan untuk stay di UIA sehingga Rabu untuk siapkan beberapa assignment.Lagipun sem ni agak kerap balik rumah setiap hujung minggu,ada apa?adalah urusan tertentu :)Alhamdulillah,hari ni saya sambung semula assignment lama dan baru bersama 2 adik-adik saya di Library UIA.

Selasa 26/3/2012 :

Perkara ni antara perkara yang pernah terlintas dalam fikiran.Alhamdulillah akhirnya Allah memberi peluang saya dan 2 lagi adinda saya untuk turun ke medan yang agak baru bagi kami.Berdakwah dengan Non-Muslim dengan hanya menghadiahkan,memberi buku mengenai Islam di kawasan perumahan sekitar Gombak.Antara respond yang kami dapat apabila mereka dapat buku tu :

-"ha Islam?"
-"saya masih sayang agama saya"
-ada yang hanya mengukir senyuman dan kepelikan sahaja.
-Ada dikalangan adinda saya ni ketika menghadiahkan buku tu "auntie baca je dulu,dalam Islam tiada paksaan nak terima atau tidak :) "

Yang pasti tak de pulak kami kena marah,kena sergah anjing adalah :)

Dalam pada itu,tetiba datang seorang yang berkereta yang mukanya nampak melayu tapi dia kata dia cina Allahua'lam.Dia menyatakan bahawa dia dapat aduan yang penduduk di situ tak dapat terima cara kami tu,dan dia kaitkan dengan politik,adeh!dia kata kalau PAS tak nak kehilangan undi atau diapa -apakan baik berhenti je buat macam ni.Padahal tiada unsur PAS atau apa pun sebenarnya.

Sebenarnya agak meragukan kenyataan tu,kalau penduduk tak suka, dari masa kami edar buku tu lagi dah kena balun.Dan tambahan lagi dia kaitkan dengan politik,cuma kami positifnya alhamdulillah dia nampak PAS=ISLAM.Dan kami fikir,biasalah dalam nak buat benda baik ni mesti ada halangannya.Dan mungkin juga kami kena cari cara yang lebih hikmah.

Idea ni sebenarnya adalah daripada seorang insan yang baru kami kenali,Tuan Rapi,hasil tarbiyyah PAS,terlalu murninya hasrat dia,sehinggakan kereta exora dia pun dia sanggup bagi kami guna,isi minyak penuh,pastu pulang dengan teksi je,sedangkan kami ada kenderaan sendiri.Dia kata,dalam berjuang memang kena sanggup berkorban harta.Ditambah lagi dia hadiahkan kami sedikit wang setiap orang,sebab dia kata kami pelajar lagi.Dan buku-buku sebanyak 4000 cetakan tu pun daripada duit poketnya sendiri.Dan dia memang berhasrat nak bina team untuk khusus dakwah dengan Non-Muslim.Dia bermula dengan kecil-kecilan dulu.Jika ada idea,boleh salurkan.SubhanaAllah Allah pertemukan dengan insan yang hebat!Berdakwah dengan orang Islam sendiri memang ramai,tapi dengan Non-Muslim kadang-kadang terlepas pandang.Semoga Allah memberkati usahanya itu.


Rabu 27/3/2012 :

Pulang ke Melaka bersendirian dengan bura' ku :)
Khamis 27/3/2012 :
Sedikit perkongsian usrah bersama kakak-kakak saya:
"...Jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.Sungguh manusia itu zalim & mengingkari (nikmat Allah) ~Surah Ibrahim, 14:34
3 cara bersyukur:
1)dengan hati : ucap alhamdulillah
2)dengan anggota : menggunakan nikmat Allah dengan sebaiknya,contoh hanya melihat yang dibenarkan Allah sahaja.
3)dengan perbuatan : sujud syukur
::berusrah dengan insan-insan yang dah berkeluarga,bergelar isteri,bergelar ibu,dan juga guru amat memberi percambahan baru dan lebih mendalami kehidupan ::
Jumaat 28/3/2012 :



Yah itu dia,terbaik daripada Melaka.Pentas Wanita,alhamdulillah dapat jugak hadir dengan angah saya Khairunnisaa' Abd Hamid ,tapi tak sampai habis,nasib baik sempat dengar Cikgu Normala berucap.Tepat 1030pm kena balik,kalau tak tak dapat keluar malam lagi :)


mujahidah : amat berharap dapat membahagikan masa dengan baik dan berfaedahnya.Sebagai Pelajar,anak,cucu,abnaul harakah,dan yang paling penting hambaNYA.Barangkali bakal ditambah lagi bebanan,Allahua'lam,semuanya bermula dari sekarang.Di tambah lagi lepas ni ,insyaAllah nak bekerja pulak sambil belajar.Alhamdulillah dah dapat peluangnya :) InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...