17 February 2012

KEMBALI MENYELUSURI

‎[SAIDINA ABU BAKAR DALAM MENANGANI ISU MURTAD]

Saidina Abu Bakar membentuk 11 pasukan penggempur dengan setiap satu nya dipimpin oleh seorang Komander.Antara komander menjadi pilihan Abu Bakar ialah Khalid bin Walid,Amr bin al-As dan 9 orang komander yang lain.

Setiap komander itu pula diberikan sehelai bendera,dengan penentuan tugas tertentu ,dan diizinkan menerima masuk anggota baru ketika bergerak ke destinasi yang telah diberikan pada setiap komander.

Sebelum bergerak,Abu Bakar memberi amanat kepada 11 komander tersebut untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk yang murtad supaya kembali semula ke pangkuan Islam.

"Aku merasa dukacita mendengar kamu berpaling dari Islam,agama yang benar dari Allah,disebabkan hasutan dari syaitan.Kini,aku kirimkan pasukan Islam.Aku arahkan mereka supaya tidak melancarkan serangan sebelum menawarkan Islam & sesiapa bertaubat & kembali ke pangkuan Islam mengelakkan diri dari aktiviti yang memusuhi Islam,kemudian melakukan amalan yang baik,maka mereka akan dimaafkan & diberi keampunan.Sesiapa yang menolak Islam & berterusan memusuhinya,mereka tidak akan dilindungi & tindakan keras akan diambil terhadap mereka & tentunya mereka tidak dapat menghalang taqdir Allah"-antara amanat Abu Bakar kepada komander.

Kepada komander,Abu Bakar turut memberi amanatnya,agar mereka sentiasa bertaqwa kepada Allah & jangan melengahkan tugas dan kewajipan ,tidak melancarkan serangan pada mereka yang menyambut seruan azan.Mereka yang membunuh orang Islam harus menerima pembalasannya & pilihan orang-orang murtad hanya 1,iaitu serah diri dan bertaubat atau diserang habis-habisan.

Hasilnya,penyelewengan dan pemberontakan menentang pemerintahan Islam dapat ditumpas,& dibawa kembali dalam pangkuan Islam termasuk Tulaihah & Sajjah(mendakwa dirinya nabi).

::PETIKAN BUKU KHULAFA' RASYIDUN & DAULAH ISLAMIAH OLEH HJ.MOHD RASHAD SHAMSUDDIN M.D~mode: kembali menyelusuri perjuangan para khulafa' rasyidun~ :: beli la buku ni,insyaAllah tak rugi.

~Seriousnya Abu Bakar seorang pemimpin ketika itu dalam menangani isu murtad,tapi kini?Hanya ada perhimpunan gah sehari(tak sampai sehari pun) pastu senyap je.Sedangakn hal ini bukan perkara remeh dan enteng.Dalam FB ni pun dah makin menjadi-jadi individu2,kelompok2 tertentu cuba menyelewengkan aqidah umat Islam~Allah tetapkan kami sentiasa dalam agamaMU,mentaatiMU!

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...