27 January 2012

RUHIYAH DA'IE

"Ketika jiwa seorang daie telah sepenuhnya bertaqwa kepada Allah,merasakan akrab & keagungan-NYA dalam hati,rutin membaca Al-Qur'an dengan tadabbur dan penuh kekhusyukkan,menyertai Nabi dengan berqudwah kepadanya,menyertai orang yang soleh yang berma'rifat kepada Allah dengan menimba pelbagai hikmah dan kebaikan daripada mereka,berzikir kepada Allah secara berterusan untuk menambah keteguhan dan ketenangan,selalu melakukan ibadah sunat untuk mendekatkan diri dan menambah kekhusyukkan.

Apabila seseorang telah memiliki semua itu,maka ketika berbicara,menyeru,mengajak ke jalan Allah,nescaya akan anda temukan keimanan memancar dari matanya,keikhlasan tampak jelas menghiasi raut wajahnya,dan kejujuran terus mengalir bersama kelembutan suaranya,ketenangan iramanya,serta isyarat-isyarat tangannya.Bahkan perkataannya akan meresap ke dalam hati dan melenyapkan kegelapan jiwa.Seperti air sejuk yang meresap di kerongkongan orang yang kehausan,bak cahaya yang memusnahkan kegelapan.

Mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.Dengan petunjuk mereka orang lain pun memperoleh petunjuk,dakwah mereka akan mendapat sambutan yang luas.Dengan nasihat mereka,hati bergetar dan mata menangis.Dengan peringatan mereka,ahli maksiat bertaubat dan orang sesat sedar serta kembali ke jalan yag lurus"-PENTINGNYA RUHIYAH BAGI SEORANG DAIE-

(Abdullah Nasih 'Ulwan)

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...