22 June 2011

AANTA/TI TAGHDAB?

AANTA TAGHDAB(ADAKAH ANDA MARAH?)

:: Rasulullah S.A.W : "SEBAIK-BAIK ANAK ADAM ialah orang yang LAMBAT MARAHNYA & SEGERA pula REDA bila sesudah marah.Dan SEBURUK-BURUK ANAK ADAM yang CEPAT MARAHNYA & LAMBAT pula REDA kemarahannya"::

[IMAM Al-GHAZALI]sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. seperti bhadapan dengan sesuatu yang bertentangan dengan syara',berhadapan dengan musuh Islam dan digunakan untuk menyuntik keberanian dan semangat ketika menangkis dakyah jahat anasir asing terhadap Islam .

Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan.

Islam mengakui sifat semulajadi manusia seperti sifat marah ini. Oleh itu Islam tidak menyarankan menghapuskannya sama sekali, Imam al-Ghazzaliyy menyatakan membuang terus sifat marah adalah mustahil. (al-Ghazzaliyy, 2003). Kitab Fathul Bariyy juga menukil kata al-Khatabiyy, nafsu marah tidak dilarang, kerana ianya perkaratabiՙi (fitrah); tidak dapat dihapuskan daripada tabiat fitrah (seseorang). (IbnuHajar al- ՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, 2001) Sebaliknya seperti dalam aspek-aspek lain kehidupan, Islam menganjurkan supaya umatnya bersederhana, dalam konteks marah, Islam menyuruh umatnya mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat dan darjah (kemarahan) yang bersesuaian.

"... orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik"(AliՙImran 3: 134)

"dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya "(asy-Syura 42: 37 )

Daripada Abu Hurairah
berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan[HR.Bukhari,Muslim,Malik & Ahmad]

Berdasarkan penjelasan keperluan dan peranan marah dalam Islam serta galakan mengawalnya, jelas sekali menunjukkan Islam tidak menyekat elemen yang terdapat dalam manusia seperti marah. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya supaya menyalurkan kemarahan apabila perlu dan pada situasi sewajarnya tetapi dengan syarat tidak melampaui batas agama. Islam juga menyedari tindakan memendamkan emosi seperti marah ini mungkin mewujudkan tekanan psikologi yang membebankan.

Matlamat utama dalam pengurusan marah ialah menghapuskan marah yang timbul dari syaitan dan nafsu; dan dapat mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat yang perlu dan dengan tingkat kemarahan yang sederhana. Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya.
2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarah-annya.
3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarah-annya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda. Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat: Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.


mujahidah : Marah,fitrah manusia.Marah akan sesuatu perkara atau seseorang untuk kebaikan tiada salahnya.Biar ia bersandarkan niat keranaNYA jua.Yang penting jangan marah mengikut hawa nafsu sehingga membinasakan insan tersebut dan diri sendiri.Moga kita semua tergolong dalam golongan ke-3,insyaAllah!-DIA MAHA MENGETAHUI-

No comments:

Post a Comment

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...