30 August 2009

IKHLASKAH?

Salam ramadhan kareem buat semua pengunjung(*_*),Alhamdulillah dengan nikmat Iman & Islam masih dapatlah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam di bulan yang penuh keberkatan ini.Setelah masuk 9hari Ramadhan,bagaimana kita lalui dengan Ramadhan kali ini?adakah lebih bermakna dan lebih berkualiti,hmm saya sendiri secara jujurnya,ada yang masih dan perlu saya baiki lagi sedihinsyaAllah... dan ada juga pembaharuan yang baru dan baik kali nisenyumalhamdulillah.apa dia yang perlu dibaiki dan yang baik tu...hehe rahsiakenyit

eh berceloteh panjang lak,hmm tapi memang saya nak berceloteh hari ni...nak kongsi hasil celoteh saya dengan anak-anak usrah saya(wah dah ada anaksenyumkenyitaaa 8 orang semuanya,itu pun tak termasuk yang dekat tempat lain hik3) dan juga adik-adik roomate saya,mengenai apa?sempena Ramadhan,puasalah celotehnya...saya petik daripada buku yang saya beli masa Ramadhan lepas "Ajaibnya puasa senjata mengawal nafsu" .apa dia yang dicelotehkan...yok!

Ali bin Abi Talib r.a menceritakan,bilamana ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,1 rombongan Yahudi bertanyakan soalan kepada Nabi dengan keangungan yang ada pada Nabi.

Yahudi :"Wahai Muhammad,terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa.?"

Sabda Rasulullah:"seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan IKHLAS
kepada Allah,dia akan diberikan Allah 7 perkara":

  1. Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya-makanan pada hari ini banyak yang tanpa kita sedari haram,telah menjadi sebahagian darah daging kita,yang mana bila daging haram ini bermaharajalela dalam badan kita,menyebabkan kita susah menerima teguran,susah membuat kebaikan bahkan mudah melakukan kemaksiatan...maka bilamana seseorang itu berpuasa dengan penuh keikhlasan,Allah akan hapuskan yang haram itu daripada tubuh badan seseorang itu.subhanallah!pemberian yang cukup-cukup berharga buat diri seseorang itu.nak...?kena ikhlaslah puasasengihnampakgigi

  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya-teringat saya ketikamana ustaz Hadis saya,Ustaz Abu Laith masuk-masuk dalam kelas dia bertanyakan kepada kami mengenai hadis yang mengatakan 10 awal Ramadhan rahmat,apa yang dimaksudkan dengan rahmat di situ(hehe sebenarnya ustaz pun tak pernah terfikir soalan tu,tapi ada orang tanya dia)kami pun terkedu dan terdiam...diam,ustaz pun teruslah menjawab"rahmat Allah ni,bilamana... contohnya sebelum ni kita ni jenis liat solat awal waktu,tapi dalam bulan Ramadhan ni mudah pulak,sebelum ni baca quran waktu tertentu maghrib je ke ,tapi dalam bulan ramadhan ni,tiap-tiap lepas solat rajin pula baca quran dan macam-macam lagi,pendek kata ada peningkatan dalam amalannya(kalau sesiapa yang tak ada perubahan tu...hmm tak ikhlas la puasa tu hehe...ihikhik

  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal-amalan puasanya ini dikira sebaik-baik amalan,sebab apa?sebab keikhlasan tu.

  4. Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga-ha kalau rasa lapar juga,dah jadi macam upin ipin,nak buka puasa cepat dan tak tahan lapar...hmm alamatnya...jawab sendiri la ye.nampak macam simple tapi ada je yang masih berasa macam tu...susah nak ikhlas dalam beribadah ni kan kan kan...

  5. Diringankan baginya siksa kubur-MasyaAllah nikmat yang tak terkata!

  6. Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath-Allahuakbar!1 lagi nikmat yang tak ternilai,Allah akan memudahkan kita dalam melalui titian sirath.

  7. Allah akan memberinya Syurga di kemudian hari-Subhanallah,Allahuakbar,impian semua orang...SYURGA...inilah pemberian yang paling besar buat mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.


mujahidah:ada dikalangan kita,hanya menjadi bulan Ramadhan hanya adat sahaja,puasa,puasalah...tidak cuba menghayati erti sebenar Ramadhan itu dan mengisi ramadhan dengan lebih membayakkan diri taqarrub(dekat) kepada Allah,dan bertambah malangnya,bukan menjadi bulan beramal ibadah tapi bulan pesta makan-makan.Allahuakbar!ingatlah wahai saudara seislamku,dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang mana hujung ayat tersebut menyatakan supaya dengan adanya puasa ini,kita menjadi golongan orang yang berTAQWA...adakah cukup dengan setakat menahan lapar dan dahaga sudah dapat tahap taqwa itu?kita sendiri dapat mengukurnya...ok moga kita dapat melalui ramadhan kali ini dengan lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.kata-kata ini saya nasihat buat diri yang lemah,hina lagi dina ini terutamanya dan buat para pembaca sekalian(*_*)wallahua'lam.


:.mengharap Ramadhan kali ini lebih bermakna & lebih sempurna,Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza.:
Free Signature Generator

3 comments:

  1. InsyaALlah mudah2an setiap amalan kita berpaksikan keihklasan yg jitu kepd ALlah swt.

    hey, lama saya tak singgah blog ini.. Rupanya dah bnyk perubahan.. hehe.. All da best for u

    ReplyDelete
  2. syukran atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  3. salam kak imah. yan rindu akak sangat2. tapi apakan daya.huhu~
    yan punya nset still xley nk mbalas mesej dan kol org.2 yang sgt snyap. sba slh gak ngan smua org...tapi, 2la... kna bsabar la... nt insyaAllah yan guna number baru. stakat ni x gna lgi... ada masalah sket...sedih betol..nak kol mak ayah pon x dpat...k.imah sihat kan?
    insyaAllah kt jmpa ifthar esok.=)

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...