10 January 2009

SUARA HATI MAHASISWA

pengedaran risalah

Jumaat,9/1/09 Kuala Lumpur:Dengan bertemakan hitam dan berkumpul di persekitaran masjid as-syakirin KLCC,mahasiswa sekali lagi membuat gelombangnya tersendiri apabila seramai lebih kurang 3,000 mahasiswa seluruh Malaysia daripada pelbagai kampus telah bersama-sama bersatu hati menyahut seruan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia(GAMIS) bagi menyatakan rasa tidak setuju dan marah dengan tindakan presiden Mesir yang menghalang bantuan kepada saudara seislam kita di Palestin dan beliau turut bersekongkol dengan israel membunuh rakyat Palestin di hadapan kedutaan Mesir.

suara mahasiswi

Cukuplah yang 'intro' tu macam penyampai berita...macam skema la pulak:-)semalam ada 2 demo Palestin 1 di depan kedutaan Amerika dan 1 lagi di depan kedutaan Mesir.mesti ada antara kita tertanya-tanya...kenapa pulak di depan kedutaan Mesir?(sebab saya balik rumah,saya dapat soalan ni)kan negara orang Islam tu,kalau depan kedutaan Amerika tu patut la...ha...ni jawapannya -Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai.

mujahid muda

macam mana?orang Islam tu...tak malu agaknya Presiden Mesir tu.cuba bandingkan dengan Presiden Venuezela...apa yang dia lakukan?ha...beliau telah menghalau pihak yang berada di kedutaan Amerika di negara tersebut...masyaAllah...orang kafir lebih sensitif dan bertindak melakukan sesuatu di luar jangkaan daripada orang Islam sendiri...'so ashamed'.

penerangan dan ucapan

"Hancur-hancur,hancur kuffar,Israel no 1 terrorist,we love Palestin,We Unite for Islam(macam sinonim je;-D ),Hidup Islam,laungan takbir dan pelbagai lagi laungan" .Itulah yang cuba disuarakan mahasiswa di dalam demo kali ini,untuk kesedaran bersama.Untuk bagi kesedaran bahawa apa yang dilakukan Mesir itu adalah teramat tidak patutnya.Para mahasiswa daripada pelbagai negeri dan kampus telah berarak dari masjid As-Syakirin KLCC dengan mulanya menyebarkan risalah-risalah kepada muslimin yang baru selesai solat Jumaat dan berkumpul kemudiaanya untuk berarak sejauh lebih kurang 3km(jauh ke,nak banding sukarnya saudara di Palestin...hmm) ke kedutaan Mesir.

hentikan keganasan!!!

Suara hati kami bermula dari jam 2pm sehinggalah lebih kurang 4pm.memang penat terasa berjalan sejauh 3km(3km je)tapi memikirkan rakyat di Palestin...jauh berbeza...jauh sangat-sangat,mereka berada dalam ketakutan,mereka mendengar dan diasak dengan bom berhari-hari,berita kematian dan kecederaan berhari-hari...kita di sini masih lagi berada di zon selesa.penat,haus masih lagi boleh beli air di Petronas...(hehe sapa la tu ek)tapi mereka, bekalan makanan dan lain-lain disekat...masyaAllah hebatnya ujian mereka,mantapnya tarbiyyah mereka nak dibandingkan dengan diriku ini:-(baru sikit diuji dah mengeluh,dah nangis,itu dan ini...hmm.masyaAllah,subhanAllah."Ya Allah,mungkin hanya ini yang mampu kami lakukan ya Allah,mungkin kami tidak mampu menyahut seruan jihad ke sana,bermandian darah dan berpegang senjata di sana,tapi moga dengan usaha kami yang tidak seberapa ini menjadi bekalan kami di sana yang kekal abadi"

ucapan bersemangat dari presiden GAMIS


ANTARA GAMBAR DEMO PALESTIN





p/s:sahabat-sahabat mahasiswa/i Islam,perjuangan kita di sini masih lagi berada di zon selesa,masih lagi kecil ujian,mehnah dan tribulasinya...itu pun sudah ramai yang mahu/sudah melarikan diri dalam perjuangan(Ya Allah tetapkan aku dan adik- beradik seperjuanganku di dalam jalan perjuangan Islam ini ya Allah)jika dibandingkan dengan perjuangan nabi-nabi kita dahulu...masyaAllah bagaikan langit dengan bumi...juga dibandingkan dengan perjuangan saudara kita di Palestin...juga amat berbezanya...kadang-kadang bermain di ruang fikiran ni,"layakkah aku digelar pejuang???...bagaimana dengan ibadahku,amalanku,bagaimana dengan arahan suruhan amal ma'ruf,nahi mungkarnye...jauh rasanya,tak layak rasanya diri ini bergelar pejuang!!!"sama-sama kita muhasabah diri kita.nasihat ini ku tujukan buat diriku yang amat ku cintai dan ku sayangi dan adik-beradik seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian.

2 comments:

  1. salam
    maaf saudari ganggu entri saudari lagi..bukan apa setakat ingin bertukar-tukar fokiran..takkan kita nak berdemo je...takkan tak de apa-apa alternatif lain untuk membantu orang palestin..pada pandangan saya kalau kita setakat berdemo puak israel tak takut..apa yang penting kita bakar semangat orang-orang dinegara arab tu bersatu dengan kesatuan yang amat tinggi barulah puak israel ni takut... itu yang paling penting .. kalau kita kat malaysia asyik berdemo..rasenya natijah tak menjanjikan sesuatu yang baik..suntik negara arab bersatu padu itu yang paling penting...fikir-fikirkan .. tapi ini pandangan saya je..

    ReplyDelete
  2. salam.:-)xmengapa.ana suka pbincangan begini.ye sape kata cukup dgn berdemo?demo kita lakukan untuk menunjukkan ada suara yg membantah dan mgecam tindakan israel.gelombang yg di bawa untk myedarkan masyrkt sekeliling mgenai isu palestin bukan isu yang perlu disenyapkan dan perlu ada tindakan drp kita orang malaysia khususnya org Islam.that's we can get from demo.boikot mgkn slh 1 cara yg ble mberi kesan kpd israel n amerika.ok kalau saudara/i mgatakan utk mbakar smgt n suntik negara arab bersatu padu... cb bg cadangan caranya yg praktikal?sbb prob besr skrg ni mmg neg org Islam xbersatu dan cuba melakukan sesua2... bukn neg arab je.malu kita dgn venezuela,presidennya mampu bertindak mghalau org d kedutaan amerika....sebaliknya neg org Islam yg lain???knp org non muslim can do that but not the muslim's country?takut kene serang mungkin...wallahua'lam.mgkn saudara/i ble bg pndgn n bg cdgn saudara/i mgenai pndpt saudara/i tsebut.

    ReplyDelete

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...