07 August 2009

SUAMI PILIHAN

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai MemasakSuami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteriBanyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

mujahidah:menarik untuk perkongsian bersama,jumpa di blog orang lain...untuk para lelaki,bersiap sedialah untuk "skill" di atas tu(*_*)

Free Signature Generator

06 August 2009

INI LANGKAHKU!

Ini langkahku
Terus melaju

Ini langkah
ku
Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun

Walaupun payah tak akan jera

Ini langkahku kan terus melaju

Setegar karang bangkitkan jihadku


Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan


Pastikan langkahmu wahai pejuang

Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman

Hembuskanlah angin pembaharuan

Karena kita khalifaturrahman
peace
Free Signature Generator

29 July 2009

1 OGOS 2009

SIANGNYA...



MALAMNYA...

Free Signature Generator

TEKA-TEKI TEKA TEKUK (*_*)

Jom teka-teki sikit...(*_*)


Banyak-banyak takut

takut apa yang bagus ek...hmm

kalau takut pada manusia....kita lari,hati resah gelisah,tak tentu arah

kalau takut pada hantu...hmm sama jugak,kita akan lari ketakutan dan tentu hala

kalau takut pada apa-apa makhluk pun sama jugak...lari jugak jawapannya...resah juga hatinya

TAPI ADA 1 PERKARA YANG KALAU KITA TAKUT...PASTI JAWAPANNYA BERLAINAN

TAKUT PADA ALLAH!
TAKUT PADA-NYA...KITA AKAN DEKATI-NYA,
TAKUT PADA-NYA...KITA AKAN TENANG,
TIADA LAGI RESAH TIADA LAGI GELISAH.

"ITTAQULLAH HAHAQQATUQATIH"

mujahidah:kita sering takuti benda daripada Allah.takut yang merugikan,bukan menguntungkan.bila takut pada Allah sungguh-sungguh,pasti kita tak sanggup nak buat dosa,diriku yang penuh dosa:(

Free Signature Generator

22 July 2009

DAKWAH JUMUD?

Dakwah sesuatu perkara yang sinonim buat para da'ie(pendakwah) dalam tugasnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Persoalannya,adakah method atau cara para da'ie pada era ini gunakan seiring dengan era masa kini dengan mad'u(orang yang didakwah) yang berbeza dengan mad'u era sebelum-sebelum ini.Adakah masih relevan berdakwah dengan menggedarkan risalah,ceramah agama....berapa ramai mad'u zaman ini yang bila diberi risalah mereka membacanya?(baca atau terus buang?)berapa ramai yang berkunjung ke masjid daripada tempat-tempat lain?Method sebegini mungkin boleh diterima dah masih relevan untuk zaman dahulu,tapi untuk zaman yang makin mencabar ini?...sama-sama fikirkan.

Teringat saya ketika membaca sebuah keratan dalam sebuah majalah,yang menyatakan kejumudan dakwah.Betapa jumudnya method dakwah era kini,yang mana seolah-olah di takuk lama,sedangkan permasalahan masyarakat kita hari ni pelbagai bentuk dan ragamnya,yang berbeza dengan masyarakat sebelum ini.Boleh dikatakan method sebelum-sebelum ini adalah warisan daripda sebelum-sebelum ini.Dalam Al-Quran sendiri menyebut mengenai berdakwah perlulah secara hikmah...adakah berhikmah cara yang digunakan oleh kita pada era ini?

Mungkin kita cuba berdakwah melalui teknologi era kini,melalui internet,tapi kadang-kadang saya terfikir,berapa ramai pengunjung-pengunjung laman-laman agama,atau blog-blog yang berbentuk dakwah dikunjungi oleh masyarakat kita di luar sana yang berada di pub,di shopping complex,di jalanraya dan sebagainya?adakah hanya orang yang memang sudah mempunyai kesedaran dan hanya untuk mematapkan pemahaman agama yang berkunjung ke web-web sedemikian?hmm saya boleh katakan setuju,majoritinya adalah masyarakat kita yang memang sudah mempunyai kesedaran dan kalau ada pun hanya manoriti sahaja.


Pada penulisan seterusnya,penulis menegaskan mengenai dakwah berkebajikan,yang pernah ditimbulkan salah seorang aktivis mahasiswa.Beliau bersetuju sekiranya method tersebut dipraktikkan dalam lapangan dakwah.Bagaimana yang dikatakan dakwah berkebajikan?dakwah yang mana dilakukan di mana membina hubungan yang baik dengan mad’u...di mana kita boleh follow up keadaan mad’u kita,bukan setelah kita dakwah padanya terus tinggal dan anggap tugas kita telah selesai.Mungkin ada beberapa badan telah praktikkan method ini,tapi hanya beberapa sahaja,yang banyaknya berdakwah sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dan yang paling penting,dalam berdakwah kita perlulah memandang mad’u kita dengan pandangan dakwah bukannya islah.Di mana bila kita memandang mad’u kita dengan pandangan islah(membetulkan),pandangan kita seolah-olah sudah berfikiran negatif terhadap mereka,mad’u itu adalah negatif dan kitalah yang terbaik untuk membetulkan mereka,pendek katanya kita “assume” yang mereka memang jahat.Tapi bilamana kita pandang mereka dengan pandangan dakwah,kita akan mulakan dengan perkenalan dengan membina hubungan yang baik,bukan menghukum sebelum ketahui asal usul kenapa mereka jadi begitu.

Pandanglah mad’u kita dengan pandangan kasih-sayang bukan kerana kita fikir mereka salah dan kita betul.Kadang-kadang daripada mad’ulah kita belajar sesuatu.Sesuatu nilai-nilai murni yang kita tak ada tapi ada pada mereka,saya sendiri telah banyak belajar daripada banyak masyarakat yang saya jumpa,dalam kita berdakwah kita juga didakwah.Apa yang cuba saya kongsikan ini sama-samalah kita cuba untuk fikirkan cara terbaik untuk para mad’u kita sekarang,untuk kemaslahatan bersama.saya tak katakan bahawa method sebelum-sebelum ini tidak boleh digunakan,ia masih boleh digunakan,kerana para mad’u pelbagai karakter yang pelbagai,Cuma apa yang cuba saya nyatakan di sini,kita cuba pelbagaikan lagi method dakwah kita yang bersesuaian dengan era kita masa kini.Apa yang cuba saya kongsikan di sini saya sandarkan seruan ini buat diri yang menaip ini terutamanya dan para pengunjung amnya(*_*)

Free Signature Generator

14 July 2009

NASRUN MINALLAH


Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi.PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348tepuktangan

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283


Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65


ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!star

Free Signature Generator

10 July 2009

NAFSU OH NAFSU

Alhamdulillah,dapat juga nak update blog hari ni.tadi internet rumah ni buat hal pula,sampailah malam.hmm,kali ni saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni.Hari ni,ditakdirkan Allah,Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU.Pagi-pagi saya dah dah dapat mesej mengenainya,mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri,
satu ketika aku mengalahkannya.
dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya"
(Sufyan At-Thauri)

Memang betul,ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita...bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita,tapi malangnya bilamana iman kita kurang,nafsu yang mengawal dan pandu kita.nauzubillah.Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca,saya terjumpa mengenai nafsu lagi...wah hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya,AlhamdulillahsenyumIa adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita.kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu,
sedangkan ketika ia menyerang,
ia menguasai 2/3 akal.
Maka tiada jalan lain melainkan SABAR"
(Imam As-Syafie)

Subhanallah,besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita.patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar.seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran"BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR",dan dalam ayat yang lain"SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR",masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?Ya Allah,jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah.Saya teruskan bacaan saya lagi,dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH,bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU?apa kaitan dengan nafsu pulaksoalPENCINTA ALLAH ITU IALAH:

"seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu,
tidak putus-putus mengingati Allah,
berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya.
Apabila dia berbicara,dia berbicara dengan Allah,
apabila dia berdiskusi,diskusinya tentang Allah.
Dia bergerak dengan perintah Allah.
Diamnya bersama bersama Allah.
Maka dia dengan Allah,Untuk Allah,dan bersama Allah"
(Abu Bakar al-Kattani)

Let's recheck ourself,ada kita punyai ciri-ciri di atas?honestly,saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu,maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH.mengatakan sayang dan cinta amat mudah,tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah,ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.ingatlah kita,"NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN!.bila nafsu kuasai diri,ini yang akan terjadi:

Italic"Apabila hawa nafsu sudah dominan,maka hati akan gelap.
Apabila hati gelap,maka dada kan menyempit.
Apabila dada menyempit,maka akhlak jadi buruk.
Apabila akhlak buruk,maka makhluk akan membencinya"
(Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)


Ya Allah Ya Tuhanku,jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana
&
kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami
&
Jadikan kami daripada golongan orang yang SABARros

Free Signature Generator

09 July 2009

NISA' TEEN CIRCLE

Tujuan adanya program ini adalah:-

  • Nisa’ Gombak menjadi persatuan yang tetap dalam memberi pengetahuan agama kepada remaja sekitar Gombak.
  • Program ini juga akan menjadi medan kepada aktivis Nisa’ menyedari tanggungjawab terhadap masyarakat dan golongan remaja yang dahagakan perhatian.
  • Dan mendedahkan kepada aktivis Nisa’ cabaran dan peranan sebenar mereka dalam agenda memasyarakatkan dakwah Islamiah.
  • Matlamat akhir yang ingin dicapai dalam projek ini adalah untuk membawa remaja-remaja tersebut mengikuti pentarbiyahan secara khusus agar hasrat untuk memurnikan agenda dakwah umum itu terlaksana.
Free Signature Generator

08 July 2009

HANYA TAKUT PADANYA


Anak-anak orang mukmin sedang asyik bermain di pinggir kota Madinah.Tiba-tiba suasana gempar seketika.Anak-anak tadi bertempiaran lari menyembunyikan diri.Mengapa?rupa-rupanya mereka melihat Saiyidina Umar Ibn Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain.Anak-anak kecil itu gerun dengan sikap tegas yang ada dalam jiwa Umar.

Namun dalam kekalutan itu,ada seorang budak yang tidak ikut lari,bahkan terus bermain seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku.Saiyidina Umar melihat keberanian budak itu lalu bertanya,"Mengapa engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

Anak itu menjawab dengan berani,"Ibu saya mengajar agar takut pada Tuhan sahaja,bukan pada manusia."

"siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair."

Abdullah bin Zubair adalah anak Asma' binti Abu Bakar.Hasil didikan ibunya,apabila Abdullah dewasa,ia menjadi seorang abid dan mujahidstar

"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi".

(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)



mujahidah:masyaAllah,sungguh bagus budak tu kan:pandacloud_19:ia bermula daripada tarbiyyah(didikan)keluarganya iaitu ibunya.Bagaimana pula dengan masyarakat kita hari ni?adakan mendidik anak dengan perkara yang lebih mendekatkan diri kepadaNYA,atau menjauhkan diri daripadaNYA.Mendidik anak takut pada PENCIPTA atau takut pada ciptaanNYA:pandacloud_45:seringkali melihat,bilamana anak-anak nakal,ibu bapa akan menakutkan anak-anak dengan binatang,dengan hantu dan perkara-perkara yang membuatkan anak-anak lebih cenderung takut akan benda.Maka lahirlah generasi yang lebih takut pada hantu,pada kucing pada yang entah apa-apa daripada AllahmerajukLihat sahaja generasi sekarang,kebanyakkan mereka melakukan perkara yang langsung tidak mendekati diri kepadaNYA.Alangkah indah kita semua ditarbiyyah dengan hanya takut pada Allah.SubhanallahrosInsyaAllah mujahid dan mujahidahku nanti akan cuba ku bentuk mengikut acuan Islam sebenar...insyaAllahsenyumkenyit

kata hukama':

التَّعَلٌّمُ فِى الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلَى الحَجَرِ
"pendidikan ketika kecil seperti ukiran atas batu"
(didikan sedari kecil amat berkesan)
Free Signature Generator

07 July 2009

BALA' BERLAKU BILAMANA...



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

(H.R Termizi)

Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...