16 April 2009

JOM...TA'AL...LET'S GO...


Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

mujahidah:sepatutnya dah cuti dah ni,sebab "exam"dah habis,tapi salah 1 sebab tak balik lagi sebab nak ke pesta buku,kene pegi esok juga la.18 ada "temu janji",19 pagi ada rehlah(*_*)dan petang tu baru balik.jom kita menyalurkan duit pada perkara yang berfaedah dengan membeli buku bagi memperkayakan ilmu:-)

untuk maklumat lanjut:
PESTA BUKU ANTARABANGSA

Free Signature Generator

14 April 2009

KHAS BUAT NENDAKU






Nama :Hjh Maimunah Abd.Hadi

Tarikh lahir :14April1943
Tempat lahir :rumah di serkam:-)
Adik beradik :2/2,tapi abang sudah tiada
Anak :8 orang,termasuk mak saya;)











“Assalammualaikum mak...,dah sampai rumah mak kin ke?"


“belum,tunggu mak adah balik dari sekolah,dah habis exam...”

“ni nak pergi la ni”

“ooo bukan pagi tadi habis,adik start 21 hb exam,kol bape exam?

“kol 3pm”

“semoga Berjaya ye...,jawab elok-elok”

“insyaAllah,mak kene baca yassin sampai imah habis exam,hehe,hmm mak …nak cakap dengan nek jap”

“ntah apa dia nak cakap dengan nek dia…,mak cucu mak nak cakap ni ha”

“ha,ada apa halimah…”

“hehe,hari ni hari lahir nek kan?”

“eheh,aaa apa nak ucap kat nek ni?”

“selamat hari lahir”

“moga beroleh kesihatan yang baik”

Nek menyampuk,“doakan nek mati dalam iman”(pilu seketika)-nek sudah mula menangis

Aku menyambung,"erm aa ye la,moga bertambah amalan dan ibadah nek”-nek makin sayu

Suara-suara di belakang(mak)”eh apa pulak yang dinangiskan tu”

Nek menyambung sambil berlawak”drama airmata dah mula,eheh”

“kau dah makan…lauk apa?”

“dah nek,lauk ikan keli”

“ooo sedap ikan keli,”

“sodap,kat sini banyak ikan keli”

“nek g umah mak kin kau lepas mak dah abis sekolah,dia ada kelas tasmi’ anak-anak murid dia”

“ooo,o ok nek imah nak g exam da ni,doakan ye,kirim salam dengan semua nanti”

“aaa ye la,jawab exam elok-elok”

“ok assalammualaikum”

“waalaikumussalam”

mujahidah:selamat hari lahir nek,dengan pertambahan ilmu ini bertambah taqarrubnya kita kepada Allah,wakafa bilmauti wa'izhan(cukuplah sekadar mati itu menjadi peringatan!)


"hari ini hari lahirmu,hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang,dek
ujian yg bakal mendatang,hari ini akan mejadi saksi dirimu
mengharung onak&duri,hari ini Allah telah memendekkan
lagi jarakmu denganNYA,semakin berkurang untuk
beramal,semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dihitung,dan semakin
hampir harumnya firdausi dan azabnya jahannam
(nauzubillahiminzalik)"

Free Signature Generator

12 April 2009

MOGA BAHAGIA

Jumaat 10/4/09-2,3 hari ni ku rasakan ada rasa kurang selesa dan ketidaktenangan di hati,ku tahu asbabnya… sebab diri sendiri yang “cari pasal”.Tapi tak mengapa,apa yang berlaku 2,3 hari tu amat bermanfaat dan agak merungkai persoalan dan kekhuatiranku selama ini..syukran;-)

Petang,dalam jam 6pm.Adikku Naim mesejku,menanyakan khabar dan sedikit perkara kepadaku,dan juga boleh dikatakan “sharing moment”,dalam masa yang sama ku bersama adikku Aimi menuju ke masjid dalam keadaan hujan masa tu.Kami bercadang ingin “study’ di library.

“arghh ,dah lama rasanya tidak ku kunjungi tempat suci itu semenjak “exam”,asyik “study” di bilik sahaja.

Sebelum tiba masjid,kami pergi membeli makanan dulu di Kuliyyah Ekonomi,kami jangkakan ada makanan berat-berat,selalunya makanan yang popular di kuliyyah tersebut petang-petang begini,nasi ayam berempah,nasi kerabu dan lain-lain.Tapi nampaknya rezeqi orang arab,kami membeli makanan arab,kerana hanya gerai itu sahaja yang “available”.

Dalam perjalanan ke perkarangan masjid,kami berbual tentang makanan,Aimi,seorang yang amat menjaga pemakanannya.contohnye,ketika membeli di gerai arab tu pun,dia cuba memastikan makanan yang hendak dibelinya itu ada cheese atau tidak,dan cuba memastikan jenama apa.kerana ada je cheese yang tak boleh dimakan,itulah adikku Aimi,yang bagiku ada keistimewaannya yang tersendiri yang boleh ku contohi.

Kemudian,kami singgah di Information Technolgy Division(ITD),tempat surf internet secara percuma yang amat-amat berdekatan dengan masjid.Aku macam biasa “check” email dan blog,dan juga “carry mark”yang baru dimasukkan oleh pensyarahku dan dalam masa yang sama ku membalas mesej pertanyaan Naim.Aimi pula nak “print” kertas soalan tahun-tahun lepas.Sedang khusyuk dengan internet,dapat panggilan daripada orang tersayang,;-)makku yang tercinta,menayakan perihalku,agak lama juga berbual.maklumlah dah lama tak jumpa.Lebih kurang jam 7.25pm kami selesai semuanya.kesian Aimi hanya 2 kertas yang ter”print”,entah apa masalah “printer” hari tu.hmmm.

Di rakaat terakhir solat maghribku, tiba-tiba hatiku menjadi sayu,kelopak mataku mula di basahi air,lalu menitis sedikit demi sedikit,hatiku berbisik,”mungkin dah lama tak mengunjungi tempat suci ini,dan dah lama tak solat secara berjemaah ditambah lagi dengan 2.3 hari ni,diriku telah mencari nahas sendiri sehingga hatiku tidak tentu arah.

Setelah selesai solat sunat ba’diah maghrib dan hajat,ku nencari 1 sudut untuk membaca Al-Quran.Ku sambung bacaanku seterusnya,Surah Al-Qasas bermula ayat 1.Dalam ku membaca Surah tersebut,tiba-tiba ku terbehenti sebentar meneliti 1 ayat,sehingga menyebabkan airmataku mengalir lagi,ayat 13 di mana antara kandungan ayat tersebut

“Janganlah kamu bersedih,hendaklah kau ketahui sesungguhnya janji Allah itu adalah benar”,yeee janji Allah itu pasti,dan pasti!ayat itu telah memujuk hatiku yang gelisah,ia benar-benar memujuk hatiku…memang mukjizat Al-Quran

Ku teruskan bacaan,tiba-tiba ada seorang adik comel,anak orang kulit hitam,yang agak sinonim bagiku di masjid,anggaranku berumur hampir setahun merangkak mendaptkanku,dia berdiri di bucu-bucu rehalku,seolah-olah menyatakan sesuatu,dengan senyumannya yang hanya nampak gigi putihnya(*_*),dan juga seolah-olah memujukku supaya jangan bersedih,ku layani karenah dirinya sebentar,ibunya mungkin menunaikan solat sunat.Dia menunjuk-nunjuk ke arah quran dan memegangnya.Lalu ku sambung sedikit bacaanku,mungkin itu maksud dan pintaannya^_^.Sempat lagi ku gapai handsetku menangkap gambar si comel itu

inilah si kecil itu(*_*)

Setelah beberapa ketika,ibunya pun mari mendapatkan anaknya dan mengatakan pada anaknya”You are disturbing sister”(macam budak tu faham je,hehe)sambil tersenyum kepadaku,dalam hatiku,tidak sedikit pun si comel tu menggangguku bahkan menjadi sedikit penawar hati bagiku.Itu mungkin penangan seorang yang masih bergelar “baby”,masih suci daripada dosa,mungkin dia tidak mengerti apa-apa tapi mampu menceriakan dan mengubati hati manusia yang sudah dewasa yang penuh dosa dan noda.

Ku teruskan lagi bacaanku,ku terbehenti lagi di 1 ayat,ayat 16 yang antara maksudnya”Ya Tuhanku ku menzalimi diriku,maka ampunilah aku”,yang mana ini doa Nabi Musa,dan sambung ayat itu lagi,”Maka Allah telah mengampuninya,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”….yeee…Allah Maha Pengampun Halimah,jadi janganlah bersedih,kene bina kekuatanmu,Biarlah kita lemah di sisi Allah,tapi kuat di sisi manusia.

Sedangku menghabiskan bacaan harianku,Surah Ar-Rahman di ikuti Al-Waqiah,Aimi mendapatkanku,dan menanyakan nak makan sebelum Isya’ atau selepas.Aku “prefer”sebelum isya’.dan dia menyatakan ada kawan yang minta pertolongannya untuk menghantar ke sesuatu tempat.Dia memintaku untuk pergi ke “library”dulu sekiranya dia lambat,tapi ku katakana padanya,yang aku rasa nak “study” di masjid sahaja.Dia meraikan.


"Ya Allah,KAU jadikan AL-QURAN yang agung itu sebahagian dari hatiku,cahaya jiwaku,pengusir dukaku dan penolak kesedihanku juga deritaku wahai Yang amat Mengasihi & amat Pemurah daripada segalanya"

Setelah selesai solat Isya’dan sunat,ku mencari tempat yang selesa untuk belajar.Tiba-tiba dapat mesej balasan daripada Naim,yang mana kami berhenti sebentar kerana solat.Ku balasi mesejnya,mesej dia yang berbentuk pertolongan dan dalam masa yang sama aku juga meminta pandangan dia dan mendoakan aku dah kebetulan dia yang memesejku masa tu.Dia antara adik yang aku thiqah(percaya).Aku memintanya mendoakan aku”tolong doakan akak dalam exam dan “exam”.2 perkataan yang sama tapi mempunyai maksud tersendiri”dia membalas”wah.makin berfalsafah akak,ye lah maan najah buat akak,InsyaAllah moga akak bahagia dalam dakapan tarbiyahnya”masyaAllah kata-ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepadaku,”MOGA BAHAGIA DALAM DAKAPAN TARBIYYAHNYA”.

Alhamdulillah kehadiranku ke masjid,amat-amat mencas kekuatanku semula.SubhanaAllah,sungguh barakahnya bila mendampingi rumahMU Ya Allah.syukran lillah.

mujahidah:Ku syukuri nikmat rasa sedihku,rasa ketidaktenanganku,bagiku ia tanda amaran Allah kepadaku yang dalam kealpaan lagi lalai,jadi aku sebagai hamba kenalah sekadar segera menjahit semula sejadah imanku supaya ku tidak terus melakukan perkara yang dibenciNYA.Banyaklah kita bergantungan dengan Allah,jagalah ibadah kita,pasti Allah tidak akan lupa akan kita,pasti Allah menyayangi diri kita dengan memberi pentunjuk kepada hambaNYA tanda sayangNYA kepada kita.Kita sebagai hamba takkan terlepas daripada dugaan,jangan pandang negative setiap ujian yang ditmpakan pada kita,tapi pasti dan pasti ada hikmah di sebaliknya.wallahua’lam.

Free Signature Generator

09 April 2009

NEW LINE UP


Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M Saravanan

mujahidah:inilah senarai konco-konco,eh silap...senarai kepimpinan yag dipilih oleh PM baru ,Pak Najib kita:-)selamat bertugas la yek,harapnya bertugas dengan penuh bertanggungjawab dan ikhlas(*_*)insyaAllah,kalau tak mampu.... bagi pada orang lain pegang amanah tu;-)ramai je yang menunggu kat belakang tu^_^
Free Signature Generator

08 April 2009

SYUKRAN LILLAH,AKHIRNYA...

wajah-wajah penyandang amanah kepimpinan

Keputusan di Bukit Gantang=PAS menang,Allahuakbar!

Align CenterBukit Selambau=PKR menang,tahniah!
Batang Ai=BN menang,(bila lah nak dapat tawan)


mujahidah:Alhamdulillah,syukran lillah...walaupun pelbagai tektik kotor,mehnah dan tribulasi...kemenangan berpihak pada PR.Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS...TERIMA KASIH)

Free Signature Generator

07 April 2009

SYUKRAN A'LAIK

"kita datang berbekalkan amanah,fitrahnya tanpa sepalit noda,usah mengharap kembali menjadi kain putih,tapi berusahalah untuk kembali sebagai batik yang indah dipandang&selesa dipakai"

~UWAIS AL-QARNI~

mujahidah:maksud yang tersirat dan mendalam,sama-sama fikirkan(*_*)
Free Signature Generator

WAJAH TERBARU ADIK SAYA(*_*)

Assalammualaikum kawan-kawan semua,hari ni saya nak kenalkan wajah terbaru adk saya(*_~)

ha...eh ni macam muka saya je...eh...hehe sori silap2,ni saya w.mujahid

ha...yang ni baru adik saya,tomei kan...macam epal...gigit pun sodap

mata irah yang makin membesar...hik3

adik saya juga tidak mahu ketinggalan dengan teknologi terkini

la....dia dah penat "posing"...dia da syahid da...

ha...ni ketika ummi tak nak bagi dia susu...hehe tak de lah,dia suka hisap jari


mujahidah:inilah gambar-gambar terbaru sepupu bongsu saya,Wan Mahirah,umminya"send"gambar ke saya:-)rasa nak pergi Kelantan pulak tengok pipi dia yang makin "chubby"tu:-)kau makan apa ha irah sampai macam tu pipinya...bagi sikit lemak pipi tu ke abang aid dan abang iwan...hik3.
Free Signature Generator

06 April 2009

THE LATEST


Jam 1132am saya dapat mesej daripada adik saya seorang ni,Ibrahim@baim;-) yang berbunyi:

#Maklumat semasa-permintaan dari Tn Guru Ust Tn Ibrahim Tn Man,di Bukit Selambau Kedah,Pakatan Rakyat menghadapi krisis kerana Umno&BN memainkan isu perkauman kepada pengundi-pengundi melayu agar jangan keluar mengundi kerana kedua-dua calon yang bertanding adalah dari kaum India.Oleh itu para pengundi mungkin bermasalah dalam hukum untuk mengundi kepada yang bukan Islam.Jika ini berlaku Pakatan rakyat Kedah bakal tumbang seperti di Perak.Sama-samalah kita berusaha melaui doa setelah sumbangan telah kita salurkan#


"YA ALLAH BERIKAN KEJAYAAN DAN KEMENANGAN KEPADA KAMI DARIPADA GOLONGAN YANG ZALIM"


mujahidah:sama-samalah kita berdoa agar Allah membantutkan segala tektik kotor UMNO&BN dan memberikan kemenangan kepada PR.Allahuakbar!!!

05 April 2009

PILIHAN ANDA?




"KUASA MEMILIH DI TANGAN ANDA,PILIHLAH YANG SELAYAKNYA BERGELAR PEMIMPIN!"

04 April 2009

DILEMA



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...


Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya...



mujahidah:Buat diriku dan wanita semuanya,hargailah diri kita,jadikan diri kita sebaik-baiknya,kita amat berharga nilainya sekiranya dipagari akhlak mulia,dipagari ajaran agama sebenarnya,"make ourself special!"pegang kata-kata tu,jangan letakkan diri kita di tempat yang hina,nauzubillah,mudahnya kita masuk syurga dengan taat kepada Allah,Nabi,dan suami.Moga kita tergolong dikalangan ahli syurga.ameen.

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...