02 April 2020

MENGALAH DAN BAHAGIA

Suatu hari kita akan paham bagaimana rasanya mengalah dan bahagia.Saat kita tidak lagi berpikir  tentang menang dan kalah dalam hidup ini.Saat kita tidak lagi sibuk membangun anggapan tentang diri.Saat kita memiliki hati yang sudah pandai untuk bersyukur.

Diri yang bersedia untuk berjuang dan berkorban,tapi ikhlas terhadap ketetapan.Semua itu akan ada masanya.Untuk mencapai masa itu,kita perlu melewati setiap detail perjalanan kita saat ini,sebaik-baiknya.Meski,kadang kita pun tidak mampu menilai sebaik apa perjalanan yang telah kita lakukan.

Kita tidak lagi mengukur kebahagiaan dan kesedihan dari memiliki sesuatu atau tidak.Alasan-alasan kebahagiaan menjadi lebih sederhana.Kita tidak lagi terusik pada apa kata orang,pada hal-hal yang orang lain capai,pada hal-hal yang orang lain begitu berambisi untuk mendapatkannya.

Perjalanan hidup kita bisa menjadi lebih hati-hati dan waspada,dua hal yang terlewat saat kita tergesa-gesa.

Petikan buku :Arah Musim
Penulis : Kurniawan Gunadi


24 March 2020

COVID-19

Image result for covid19

Assalammu'alaikum.Hari ni merupakan seminggu Perintah Kawalan Pergerakan Di Malaysia.Namun,jumlah kes makin meningkat,dan alhamdulillah juga,jumlah yang pulih juga meningkat.Jika sebutkan virus ini,apa yang bermain di fikiran kita?Banyak positif ke,negatif?Harapnya kita lebih positif.

Mengapa kita patut rasa begitu?

1.Wujudnya Perintah Kawalan Pergerakan yang walaupun nampak macam menyekat dan merana,tapi bagi saya dengan keadaan di Malaysia yang semakin meruncing masalah kekeluargaan,masa inilah masa terbaik pulihkan semula keadaan keluarga,boleh susun jadual aktiviti bersama,keluar pelbagai idea untuk memasak hehe,kita mungkin lebih alert tentang keadaan rumah ,pasangan dan anak-anak kita(eh,cakap macam dah ada pasangan dan anak je kan :p ).

2.Banyak masa terluang,selain dengan keluarga,kita boleh spend masa kita dengan buku,dengar kuliah,keluar peluh di rumah dengan aktiviti tabata,cardio dan banyak lagi.

3.Bantu membantu sesama manusia.Ada di kalangan masyarakat yang sumber rezeki mereka terpaksa stop sebentar bagi memberi laluan wabak Covid 19 ini reda.Namun alhamdulillah,kerajaan dan masyarakat kita sangat prihatin dengan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka yang memerlukan bantuan diberikan bantuan makanan,dan duit.MasyaAllah tabarakaAllah,terbaik rakyat Malaysia.

4.Bagi orang single bolehlah digunakan masa yang ada dengan usaha mencari calon,membaiki diri dan improve diri buat kerja-kerja rumah dan seangkatan dengannya :p (nak jugekkk,hihi).

Oklah terlalu banyak positive side nye berbanding negatif.Apa-apa pun Covid-19 ini daripada Allah.Allah juga yang mengizinkan ia mendarat di bumi ini,dan Allah juga yang berkuasa menghapuskan ia daripada bumi ini.Covid 19 ini menyebabkan kita kena jarakkan diri kita daripada manusia,tapi dengan Allah tidak sama sekali!

Suka nak kongsi salah 1 ayat motivasi diri apabila ada masalah ,daripada Surah At-Thagabun ayat 11 yang bermaksud : 

"Tidaklah Allah timpakan sesuatu kesukaran melainkan dengan izinNya,sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan pimpin hatinya (untuk menerima dengan tenang dan sabar) dan Allah Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang berlaku"

21 March 2020

TAFSIR ALQURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT (AL FATIHAH)

"TAFSIR AL QURAN NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SURAH AL FATIHAH"🌹

MasyaAllah tabarakaAllah.Semoga pahala terus mengalir buat Al marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga buat yang berusaha dalam menghasilkan buku yang sangat bermanfaat ini.

Tafsir ni wajar dimiliki oleh kita semua.Surah Al Fatihah,surah yang amat dekat dengan kehidupan kita.Tapi adalah lebih baik,ia bukan sekadar lekat di bibir,tapi turut lekat di hati dan tindakan.Mudah-mudahan.

Surah Al Fatihah,dinamakan sebagai ummul kitab(emak bagi segala kitab).Bukan abu kitab(bapa kepada kitab).Kerana manusia ini,jika dibandingkan emak dan bapa,mak lebih disayangi daripada bapa.

Menariknya,antara bab awal buku ini ialah penekanan peri penting tentang "air sembahyang sebelum membaca Al -Quran".Al Quran kaedah membacanya tidak sama seperti buku2,majalah,surat khabar.Kita perlu ada wudhu' untuk membersihkan diri kita daripada syaitan dan karut marut kerana Al Quran ini adalah ajaran.Bukan terhenti di telinga,tapi kena sejat masuk ke hati.

"Cawan,apabila kita bubuh pasir.Selepas tu kita nak bubuh teh dan air.tidak boleh begitu,kerana telah ada pasir.Jadi kalau nak bubuh air,kenalah buang pasir dulu." Begitu juga dengan hati kita,nak bagi apa yang kita baca masuk ke dalam hati,ambil wudhu' terlebih dahulu bagi menyucikan hati yang terlalu banyak 'kekotoran' melekat padanya.

Ayat 1 (bismillah...) sehingga ayat 5,ia adalah ayat pujian kepada Allah.Bukan berbentuk doa,tapi ayat ke 6 (Wahai Tuhan,pimpinlah/tunjukkanlah aku ke jalan yang betul) itulah ayat berbentuk doa.Kita berdoa ini kerana kita menunaikan solat.Solat itu adalah doa.

Kita berdoa supaya Allah beri hidayah.Kalau Allah bagi kita anak2 yang kaya raya, bijak,banyak duit tetapi tiada hidayah,maka anak itu akan jadi lawan kita apabila kita balik ke Akhirat kelak.Berilah apa sahaja,kalau tidak diringi dengan hidayah maka segala2nya akan memusnahkan kita.Maka,benda yang paling besar ialah minta hidayah,dengan hidayah,harta kita insyaAllah halal,anak pun anak soleh.

Sekian.Sedikit perkongsian.Selebihnya boleh dapatkan buku ini.Sangat wajar dimiliki.Menarik untuk bedah buku,usrah dan sebagainya.

DAKWAH ATAU DIDAKWA?

Bicara ilmu oleh saudara Firdaus Wong malam tadi bertajuk Dakwah atau didakwa?
.
.
Dakwah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah dan menjauhi syirik.
.
.
Kezaliman yang paling besar ialah mensyirikkan Allah.Firman Allah di dalam Surah Luqman ayat "ketika Luqman berkata kepada anaknya "wahai anak kesayanganku,janganlah engkau mempersekutukan Allah,sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar".

Maka,kita perlu jauhi syirik dan menyeru orang lain menjauhi syirik kepada orang Islam dan belum Islam.
.
.
Setiap daripada kita ada bakat untuk digunakan di jalan Allah.
.
.
Ada yang mampu berceramah untuk berdakwah,ada yang boleh menulis,ada yang boleh melukis,mengajar,bisness dan terlalu banyak bakat yang lain.Yang pasti,semua orang Islam ada bakat tersendiri dan setiap daripada kita dah 'dicop di dahi'dengan pendakwah,tak kira siapa anda,ustaz ustazah atau bukan,semua orang Islam umat terbaik,semua adalah pendakwah!.
.
.
"Kamu adalah sebaik-baik umat.."

Tiga syarat menjadi terbaik :
1.Mengajak kepada kebaikan.
2.Mencegah kemungkaran.
3.Beriman kepada Allah.
(Surah Ali Imran :110)
.
.
Apabila niat untuk berdakwah,Allah akan lorongkan jalan.
" segala perbuatan bermula dengan niat"(al-hadith)
.
.
"Kejahatan berleluasa bukan sebab banyaknya orang jahat,tapi diamnya orang baik"(Quote)
.
.

24/2/2020(Isnin)
Lepas maghrib

REVIEW TRAVELOG JODOH

Sengajaku pilih buku "Travelog Jodoh" ini sebagai pembuka misi 1 bulan 1 bukuku,supaya dapatku akhiri zaman single ku pada tahun 2020 ini,Eh😆😂(doakan jela ae,adoi iye tak iye je statement aku pun🙊)

Ok,nak buat perkongsian sikit.Buku ni menceritakan tentang pelbagai pengalaman dan cabaran penulis dalam berjumpa jodohnya yang sebenar.Ada yang suka sama suka,ada yang dikenenkan,ada lelaki jahat yang mengambil kesempatan,ada lelaki baik,tapi bukan terbaik buatnya,dan akhirnya "berakhir sudah pencarian jalan cinta"(lirik lagu😂) penulis,bertemu jodohnya yang terbaik buat dirinya dan diakui baik oleh orang lain dan juga hasil istikharah dan musyawarah dengan orang yang rapat.

"Hidup kita ini ibarat helaian demi helaian buku yang telah Allah catatkan untuk kita.Tidak tahu berapa jumlah helaian untuk kita hingga akhir nyawa.Helaian-helaian itu rencana yang Allah tulis atau suratkan buat setiap makhluk ciptaanNya...

Harus diingat ,semua perkara yang terdapat di dunia ini bukan hanya yang indah-indah sahaja...pahit manis kehidupan itu perlu kita rasa dan lalui untuk mematangkan dan dijadikan sebagai panduan hidup masa hadapan.Tanpa pengalaman yang pelbagai itu,hidup kita ibarat patung.Setiap jatuh bangun kehidupan,kita akan laluinya dengan baik dan diambil sebagai iktibar supaya hari mendatang akan menjadi lebih baik daripada hari ini".

Setiap daripada kita ada prinsip ciri-ciri yang dikehendaki,selagi ia baik dan kita rasakan ia terbaik,kita ada hak untuk pilih jodoh sendiri daripada tersalah pilih dan menyesal.Biar lambat memilih dan terpilih,tapi selamat dengan pilihan yang kita buat.Dan setentunya pilihan itu janganlah dibuat atas nafsu kita semata,tapi berdoa,solat,dan berbincang dengan keluarga.

Berbakti kepada mak ayah sebaiknya,bersedekah,berdoa,berusaha,berusaha menjadi baik.Bersangka baik dengan Allah.Fikir baik,yang baik-baik akan hadir.

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri,dengan rahmat Mu aku memohon pertolongan,perbaikilah segala urusanku seluruhnya dan janganlah Engkau serahkan diriku walau hanya sekelip mata."(Hadith Riwayat An-Nasaie)

"Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran(Surah Al Qamar:49)

Ok done sikit ulasan buku,boleh dapatkan buku ni,keluaran Telaga Biru.Fuhhh tak sangka rajin lak menaip petang2 ni dalam orang tengah riuh pasal politik,kerajaan baru(hopefully,kerajaan yang lebih baik dan terbaik buat kami andai benar segala andaian!)aku boleh lak pilih ulas pasal buku nih,sebab elok baru habis baca hihi.Ok semoga bermanfaat



#1BULAN1BUKU
#HALIMAHMEMBACA

14 June 2019

PENILAIAN BAIK DAN BURUK

Janganlah kita menafikan kebaikan orang lain disebabkan sesuatu kekurangan yang kita lihat. Ini tidaklah bererti menjustifikasi dosa yang dia lakukan, tapi kita dituntut untuk adil dalam menilai orang lain. 
.
.
Dosa dinilai dosa, baik dinilai baik. Ada dosa tidak semestinya tiada kebaikan. Ada pahala tidak semestinya tiada dosa. 
.
.
Akhirnya, hendaklah kita sedar, kita semua sebenarnya pendosa. Cumanya, antara yang diketahui orang dan tidak ketahui oleh orang lain. 
.
.
Seperti mana kita mahu orang adil kepada kita,  maka adillah kita terhadap setiap orang.
.
.
Apa yang salah ia tetap salah tetapi tidak bererti menafikan kebaikan yang lain jika ada. Apa yang baik tetap baik, tetapi tidaklah menjustifikasi dosa yang lain.
.
.
-Quote Dr.Maza-
.
.
Setuju sangat,pernah nak membuah rasa berkaitan hal ini,tapi mungkin sebab dah tak rajin membaca sangat,dah tak tahu nak susun ayat huhu,suka penulisan Dr.Maza ni,soalan penuhnya berkaitan "tak tutup aurat tapi buat baik".
.
.
Kita terlalu banyak menilai manusia dari luaran sedangkan tempoh perkenalan kita pula singkat,ringkas dan ala kadar.Namun begitu berani kita membuat kesimpulan tentang peribadi empunya diri.
.
.
Laman sosial seperti IG ni antara laman yang membuka mata dan hati,setiap manusia itu ada baik dan buruknya,begitu juga kita.Tak kisahlah rakyat marhaen ke,para pendakwah ke,artis ke,pemimpin ke,pasti ada baik dan buruknya,tapi silapnya kita sering pandang buruk dan baik,lagi tambah silapnya kita apabila kita terus membuat kesimpulan dan menghukum siapa yang baik dan siapa yang jahat tanpa meneliti dan menembusi realiti sebenar seseorang itu.Sedangkan kita pun ada wangi dan busuk kita sendiri!,kenapa tak lebihkan untuk nilai diri sendiri berbanding nilai orang lain ye?
.
.
#Muhasabah
#SalamJumaat
#GambarTakDeKaitanHehe
#Jalan2Raya

13 June 2017

3 tahun


Assalammu'alaikum.Hampir 3 tahun tak berceloteh di sini :D Stop Tahun 2014,2017 baru nak mula semula. Hari ni pun tak nak celoteh panjang,sekadar untuk memulakan semula langkah kecil untuk menulis di sini ^^

Kebetulan kita di bulan Ramadhan.Sedikit ingatan buat diri dan kita semua,ambil peluang di bulan yang banyak keberkatan ini,untuk memperbaiki sikap-sikap yang tidak baik kepada yang lebih baik walaupun 1 sahaja sikap yang kita target,itu lebih baik,tak perlu gelojoh untuk jadi baik,sikit-sikit tapi mampu konsisten itu lebih baik daripada gelojoh,tapi akhirnya berciciran dan feed up dengan perubahan yang cuba dilakukan.

Dan dalam kita mengejar kelebihan di bulan Ramadhan,jangan sehingga terlupa ibadah yang kita lakukan semata-mata bertuhankan Tuhan kita yang Esa,bukannya bertuhankan Ramadhan :)

Masih berbaki lagi Ramadhan ni,masih ada waktu untuk kita latih diri kita untuk tulus menjadi hamba Tuhan.

Pesanan buat diri ini terutamanya dan anda semua umumnya ;)

12 November 2014

'Ibrah Bandung

Alhamdulillah,pada 1-4 November 2014 baru-baru ni,direzeqikan Allah untuk kami sekeluarga bermusafir ke Bandung,Indonesia.Ada beberapa perkara menarik yang saya dapati di sana... 



"..Berjalanlah di muka bumi, lalu perhatikanlah..."





'Ibrah di Bandung

*Toleransi mereka tinggi,walaupun di jalan raya,jalan mereka sangat kecil dan sempit,dan sangat-sangat sesak ,traffic light pun sangat susah nak nampak,tapi toleransi mereka...sangat tinggi,mudah memberi laluan,tak pentingkan diri...bunyi hon pun susah nak dengar...kemalangan pun kami tak nampak,pada hal tengok kesesakannya memang sangat sesak dada dan serabut tengok... 

*Toilet diorang..baik di tempat pelancongan,atau tempat biasa,tak ada flush lagi...tapi...tandas mereka bersih...tak kotor,sentiasa bersih...setakat berhenti makan atau ke tempat pelancongan,memang bersih... 

*azan sentiasa berkumandang walaupun di tempat pelancongan... 

*orangnya baik-baik. 

*Kerap juga bila pergi beli barang,mesti dapat free gift. 

*Masjid bandung,tak delah macam masjid di Malaysia,tersergam indah,di sana tak ada kipas apatah lagi aircond,tapi tak rasa panas pun,mak saya smpi cakap masijd ni buat hati die tenang,masa kami sampai,baru masuk waktu Zuhur,tapi punye la penuh manusia dalam masjid tu.Dalam masjid tu,nak masuk toilet,simpan kasut,nak pinjam telekung kene bayar,tapi ikut suka kita nak bagi berapa,mula-mula macam terkejut gak,kene bayar,tapi bila difikir,diorang sangat terhad sumber pendapatan,mungkin itu mejadi lubuk pendapatan diorang,dari sudut yang lain,dengan tidak menetapkan harga ia secara xlangsung mgajar rakyatnya untuk bersedeqah seikhlas hati.

*walaupun ramai yang susah,tapi mereka tidak menjatuhkan atau nak senang sorang-sorang,atau 1 company je,tetai mereka tolong menolong.contoh macam tourist guide kami daripada company lain,tapi ditaqdirkan 1 hari tu,abah tak sihat,nak minta tolong hantar ke klinik,tapi die tak dapat,die minta kawan die daripada company lain tolong .Contoh lain lagi,diorang bila berjual beli,ada kawan barang diorang tak laku,diorang yang barang laku ni,akan share duit yang diorang dapat untuk makan sama-sama.




Kehidupan di sini,kalau nak banding dengan Malaysia...dari sudut kemajuan,memang kita menang...dari sudut kesusahan hidup,nampak di sini lagi diuji...mereka berlumba-lumba merayu-rayu untuk mendapatkan rezeqi...tapi andai kesusahan itu terus membuatkan mereka tidak susah untuk amalkan nilai-nilai murni di atas,itu adalah lebih baik... Semoga Allah merahmati, memberkati,dan mempermudahkan urusan mereka 


"Dan janganlah engkau berjalan di atas muka bumi ini dengan sombong, sesungguhnya engkau sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung". [Surah al-Isra' ayat 37]

Bersama tourist guide kami sepanjang di Bandung

28 October 2014

Setahun sudah




MasyaAllah,dah setahun rupeya aku di sini...Ya Allah tuntuni aku ya Allah dalam mendidik diri dan insan sekelilingku dekat kepada ajaran Nabi Mu dan kembali meletakkan Engkau tujuan utama kami,dan merekalah (warga KAYM) telah menjadi antara orang sekelilingku,sebahagian daripada hidupku kini"


Saat melangkah 7 Oktober 2013,
diwarnai dengan ketidakpastian,
Saat ku kenali mereka,
Baru ku mengerti dan ku sedari kenapa aku dicampakkan ke sana,
Kini sudah menjangkau setahun ,
alhamdulillah...ku merasai kebahagiaan berada bersama keluarga KAYM :)

27 October 2014

Tujuan dan jalan

Pada hujung minggu baru ni,alhamdulillah berpeluang ke Konvensyen Fiqh Rasulullah Solla Allahu ‘alaihi wasallam yang diadakan di Institut Latihan DBKL,Cheras.Alhamdulillah,dapat ulangkaji serba sedikit berkaitan ilmu hadith dan dalam masa yang sama,menjemput hati kita sebagai orang Islam untuk kembali menjadikan Nabi kita Muhammad Solla Allahu ‘alaihi wasallam sebagai ‘role model’ dalam kehidupan seharian kita.Role Model ye,bukan idola,role model sebagai seorang contoh teladan terbaik,sedangkan idola,lebih kepada pemujaan,mengumpul peminat,idola satu ungkapan yang tidak
tepat.



Memahami Hadith 

Dalam Slot Dr.Asri Zainal Abidin,Ustaz berpesan,mutkkhir ini kerap orang salah memahami hadith secara baik,dan menggunakan hujjah hadith yang kurang tepat,jadi pesan ustaz :

1.Check Sanad-ustaz sarankan cari Kitab Rijal,di mana senarai sanad dan siapa mereka)
2.Faham matan (teks dan konteks hadith)
3.Sebab hadith diriwayatkan

Israiliyat 

Ada pertanyaan berkaitan Israiliyat,ustaz kata sekarang bukan israiliyat sahaja,tapi melayuwiyat pun banyak.Hihi...

Israiliyat ni ibarat rempah,yang untuk lebih sedapkan cerita sahaja.Tak ada masalah sangat israiliyat selagi tidak menyentuh hal aqidah,tetapi kita kena sedar hakikat ceritacerita israiliyat ni,memalingkan kita daripada tujuan asal daripada isi dan tujuan al-quran dan hadith yang sebenar.

Contoh cerita israiliyat berkaitan kisah anak Nabi Adam yang bertelagah,jadi muncullah watak Habil dan Qabil,ada kisah tu di dalam alQuran,tapi tidak pula di dalam alQuran menyebut siapa nama anak Nabi Adam tersebut.Tapi sayangnya,kita lebih memandang berkaitan nama tersebut,tak penting pun nak tahu nama tersebut,yang penting tujuan kisah itu dikisahkandan pengajaran yang perlu diambil.
Begitu juga watak Ratu Balqes dan ada banyak lagi.



Hijab Cinta Nabi

1.Sebab jahil
2.Degil,dah tahu hal sebenar,tapi tak mahu ikut,contohnya yahudi sangat kenal Nabi,tapi tak nak
 terima Nabi dan tak ikut ajarannya.

Masyarakat kita dilanda kejahilan dan kedegilan,disebabkan itu Nabi tidak diterima sebagai Qudwah Hasanah.

Kata-kata hikmah sepanjang Konvensyen 

Ustaz Pahroul 

* Cinta kepada Allah adalah tujuan,Cinta kepada Nabi adalah jalan.

“...Sekiranya kamu mencintai Allah,maka ikutlah aku(Rasulullah) nescaya kamu akan mencintai 
Allah...”(Surah Ali ‘Imran : 31)

* Love is the verb,not the word , Cinta itu adalah dengan bertindak,perbuatan bukannya dengan kata-kata.

Cinta,kasih dan sayang semuanya berkaitan rasa dan letaknya di hati.Dan manusia bertindak apa yangdia rasa,iaitu ia juga melalui hati.

Persoalanya,Siapa Allah dan Nabi di hati kita?Cinta,kasih atau sayang,ranking yang mana yang kita letakkan buat Allah dan Nabi...? 
(Muhasabah bersama)

Ustazah Dr.Nik Salida 

* Fasa didikan...

1.Taujih : explain
2.Tasbit : enhance,pemantapan,proses peneguhan
3.Himayah : enforcement,paksaan/secara tegas

Dr.Muhaya 

1.Apa yang perlu dalam hidup ni?
i.Tujuan : husnul khotimah,untuk dapat bertemu dengan Allah.
ii.Konsep hidup : buat apa yang kita nak,tapi pastikan bermanfaat.
iii.Fokus : redha Allah.

2.Dr.Muhaya minta kami lakukan aktiviti menggunakan sebelah tangan...

i.angkat tangan ke atas:berharap kepada hanya Allah
ii.gerakkan tangan tersebut secara beralun ke kiri dan ke kanan : jaga hubungan dengan sekeliling
iii.depan : pandang ke hadapan,jangan diingat perkara lama/lepas.
iv.hati : tengok dalam diri kita,jangan sibuk hal orang lain.



Dalam Slot Ustaz Zaharuddin ustaz menyentuh berkaitan perkara yang Nabi sukai,benci  dan 
bimbangi.Saya kongsi beberapa hadith :

Yang Nabi Suka :
“Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan isinya...”
Solat Fajar,sebelum solat fardhu,antara azan dan iqamah.

Yang Nabi bimbangi : 

“ Aku bimbangi ke atas kamu 6 perkara : 1) pemerintahan yang dungu 2)pertumpahan darah 3)Jualan hakim(rasuah) 4)pemutusan silaturrahim 5)kumpulan yang mengambil al-Quran sebagai seruling ( al-quran sekadar menjadi pertandingan,dilagukan bukan diamalkan) 6)bertambah banyak polis (penolong pemimpin zalim atau pembodek)

Yang Nabi benci :

Dari ‘Aisyah “ Baginda Nabi paling benci orang yang berbohong”






Itulah sedikit perkongsian daripada banyak kertas kerja yang dibentangkan.
hakikatnya terlalu sarat dengan ilmu program ni,baik secara akademik mahupun santai berisi.Semoga bermanfaat.

ole-ole K-Fiqh Rasulullah


Mujahidah : Tak kesampaian mahu mendengar taujihat Tok guru Nik Aziz,doakan beliau,kerna 
dikhabarkan banyak kuliyyah terpaksa dibatalkan kerna kondisi kesihatan tok guru.Allahu yashfihi.

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...