05 July 2013

ALLAH MA'AN,ALLAH MUSTA'AN

"Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan,orang yang banyak menderita,jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati Tuhan.Bertuahlah mereka-mereka yang diuji,kerana sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan menanti!"


Pentarbiyyahan menuju Ramadhan,buat penggerak dan penyokong kebenaran di Mesir.Pentarbiyyahan berterusan buat Palestin,Syria,Rohigya.Hakikatnya,tarbiyyah itu sifatnya berterusan individu mahupun berkumpulan.Allah...Allah...Allah...!

[ALLAH MA'AN,ALLAH MUSTA'AN]




02 July 2013

Nikmat daripadaNYA

Alhamdulillah 29-30 Jun baru-baru ni dapat mengikuti Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul,di UIAM anjuran One Heart Creative Solution bersama mak cik bongsuku Saadah,sepupuku Hazwani,dan 2 orang adikku Adah dan Ruz.Bertolak daripada Melaka 28 malam dan menumpang kasih di Baitul Sofea,teratak yang terakam pelbagai cerita :)

Sedikit perkongsian sepanjang Konvensyen :

-Kita tak mahu ibadah hanya jadi rutin,takut nanti lama-lama jadi jemu,kita perlu suntik roh dalam setiap ibadah.

-Merintih jalan Allah,perlu melalui jalan Nabi Muhammad SollaAllahu 'alaihi wasallam.

-Muhasabah -dari mana aku datang -kenapa aku datang?-lepas ni nak ke mana?

-Islam ajar kita sentiasa berfikiran positif.

-Khusyu' itu ibarat kita dah lama tak makan,dan kita tiada apa-apa untuk dapatkan makanan,lalu kita merayu dengan amat dengan orang,untuk memastikan kita dapat makan.Merayu dengan sungguh-sungguh dan dengan amat untuk dapat makan.

-Cinta Allah dan Nabi,ibarat seseorang yang dapat projek,yang asyik ingat projeknya,nak makan ingat projek,nak tidur ingat projek,seluruh hidupnya diselubungi projek,itulah baru rasa cinta.

-Wajib,buat sungguh-sungguh,haram,tinggal sungguh-sungguh,sunnat,usaha untuk buat,makruh,usaha untuk tinggal.

-Perkongsian cerita oleh Ustaz Ridhaudin,yang beliau menyaksikan sendiri kematian seorang insan yang tiada apa di dunia,tapi makhluk di langit amat merindui beliau.Pak cik yang dikenali sebagai Pak cik Choi,seorang yang kulit gelap,tak handsome,hanya kerja sebagai panjat pokok kelapa,tapi meninggal di hadapan ustaz ketika ustaz sedang menyampaikan khutbah,pak cik tersebut sedang solat di hujung pintu,tiba-tiba di tahiyyat terakhir,ustaz ternampak pak cik tersebut belum sempat memberi salam badannya terbelakang,seolah-olah terpelanting.Ustaz tak sempat mendapatkan terus pak cik tersebut,lepas solat ustaz terus dapatkan pak cik tersebut.Ustaz menangis,kerna indahnya kematiannya,meninggal pada hari jumaat,ketika sedang solat,dalam keadaan berwudhu',dan antara tanda lain,pak cik tersebut berpeluh.SubhanaAllah...!Apabila sampai di rumah arwah,ustaz tanya pada isteri arwah untuk urus jenazah,mak cik kata hanya ada RM200,hati ustaz luluh,bila minta orang lain,rupanya ramai tak kenal pak cik tersebut,mungkin kerna hanya seorang pemanjat pokok kelapa,tapi bila diminta untuk kumpul duit subhanaAllah,ada yang bagi sampai RM2,000,bahkan setelah selesai uruskan jenazah masih ada lebih RM2,000 lebih.Salah 1 tanda perginya baik juga,urusan pengkebumiannya cepat,arwah ditanamkan di Yan,kalau daripada rumah arwah makan sejam.Beliau mula diuruskan jam 3pm tapi selesai jam 6pm.Allah...Allah...Allah...!cerita ni benar-benar membuatkan,benarlah dunia ni kalau kita kejar,tak bawa ke mana,kereta besar?rumah besar?Sungguh menginsafkan...Semoga ia kekal membekas di hati untuk mengejar dunia ini sekadarnya.


Konvensyen ini menjadi asbab tertentu,
meruntun jiwa,mengusik qalbu,
Menyengar kisah di Baitul Sofea 1 ketika dulu,
Mempertemukan daku antara insan yang ku rindu,
Hatiku bertaut kembali bersama Adah,Umi,Wani,If,Aina,Imad,namun Lin,Ain dan Tuan tak berjodoh kami untuk bertemu,
Alhamdulillah atas nikmat daripadaMU...

mode : 2 hari tak pergi kerja,pentarbiyyahan menuju Ramadhan barangkali...Alhamdulillah,now more better than 3 days ago :)

CORET MORET INTERVIEW

Alhamdulillah 24 Jun 2013 hari tu,diri telah pun menghadiri temuduga JAIM untuk jawatan guru sekolah rendah agama.Pertama kali dalam hidup,menghadapi temuduga untuk kerja.Temuduga diadakan di Auditorium Masjid Negeri,Masjid Al-Azhim Melaka.

Sampai sahaja terus daftar nama dan dapat 'task' daripada AJK untuk menjawikan bahasa rumi.Alhamdulillah,ok :) Sedang menanti dalam audi,diri disapa,rupanya yang duduk sebelah ,kawan sekolah menengah dulu,cuma tak sekelas je,dia menyapa sebab terpandang nama yang terpampang pada kertas yang perlu dijawikan tadi,

"halimah jaapar,macam aku pernah dengau tu aku tegur",

aduhhh masalahnya aku pulak lupa namanya,muka memang pernah tengok,maklumlah dulu kat sekolah tak rajin mengenal orang :p (getus dalam hati)

Memang kelemahan utama bab nama,bab muka,ingat muka,mungkin lupa nama,ingat nama,lupa pula muka,hanya berdoa dalam hati,semoga Allah mengingatkan namanya melalui perbualan kami supaya dia tak terasa jika diri tak ingat namanya.Alhamdulillah,akhirnya cerita punya lama,dia sendiri menceritakan sesuatu perkara yang membuatkan dia menyebut namanya,Saidah Mahmud :)

Alhamdulillah,turn untuk interview awal.Turn nombor 16,Saidah jauh sungguh,nombor 67.Mungkin kena sebelah petang.Sampai sahaja turn,diri dan 4 orang yang lain dibawa oleh AJK ke bilik sebelah kanan audi,yang 5 lagi,di sebelah kiri audi.Panel ada 4 orang,dengar khabarnya ada 2 panel yang akan cakap ikut suka mereka,ada 2 panel yang ok.Masa tu,sebenarnya masih blurr,jadi terbayang akan berhadapan dengan keempat-empat ahli panel,so diri ready je la,kalau nak kena marah ke,nak itu ke,ini ke.Yang penting cuba yang terbaik.

Sepanjang menunggu di luar bilik temuduga,berbual dengan calon di sebelah,rupanya dia dah banyak kali menghadiri interview bawah JAIM,dia cerita serba sedikit pengalamannya,ada yang ok,ada yang tidak.Dia belajar sampai SPM sahaja.Dia pula jenis gugup,kadang-kadang dia tahu jawapan tu,tapi sebab takut tu menguasai dirinya,lalu selalu sangat tak dapat jawab,diri ni hanya memberi sedikit semangat ke adik tu yang termampu.

Alhamdulillah,kami dijodohkan dengan 2 ahli panel yang baik.Seorang wanita dan seorang lelaki.Panel wanita tersebut lebih banyak bertanya mengenai latar belakang setiap daripada kami,dan pengetahuan am,seperti nama Ketua Menteri Melaka,Nama pengarah JAIM,SUK Melaka,kebanyakkan kami dapat jawab,tapi cuma kurang tepat,sebab panel nak yang lengkap dengan gelaran dan jawatan yang disandang.

Dengan ahli panel yang kedua,lebih kepada bidang mengajar itu sendiri.Ustaz yang lulusan LLB Mesir ini,bermain di sekitar,berkaitan dengan task tukar rumi kepada jawi,kemampuan mengajar Al-Qur'an,Fardhu ain,feqah.Personally,soalan yang dilontarkan oleh ustaz amat basic,tapi amat menyedihkan,ramai tak dapat menjawab.Soalan yang ustaz ajukan,apa dia fardhu ain,fardhu kifayah,apa dia idgham maal ghunnah,sampai ustaz mengajukan soalan perli kepada salah seorang peserta"Aaron Aziz tu sape?" boleh lagi peserta tu kata"rasanya nama sebenar dia Haron" ,tanpa dia sedar yang dia sedang diperli oleh ustaz.Ustaz pun smash lagi sambil senyum sinis,"yang tu siapa tu?yang bawa awak kenal apa?yang entah bukan-bukan,ini yang saya tanya pasal basic agama,yang selamatkan awak dunia akhirat awak tak ingat!,maaflah kalau saya cakap begini,saya anggap awak-awak semua adik-adik saya je,kita betulkan sama-sama,kalau cikgu tak betul,apa jadi budak-budak kat sekolah nanti?"

Allah...Allah...Allah...realiti sekarang,memang agama makin jauh daripada hidup manusiawi sekarang,cuma masih bersangka baik,mungkin mereka tu tahu apa fardhu ain dan yang lain,cuma mereka tak tahu nak jelaskan bagaimana,Allahua'lam..Diri ini kedua terakhir diajukan soalan,"Halimah,awak bidang Quran Sunnah tadi kan? tolonglah kawan-kawan awak yang lain ni,apa dia idgham maal ghunnah"ingat cukup sekadar tu,"fardhu ain tu apa,fardhu kifayah tu apa?mengajar tu, fardhu kifayah ke fardhu ain"Cuba menjawab sehabis baik,Alhamdulillah untuk diri sendiri puas hati,Allahua'lam :).'Ala kulli hal,alhamdulillah,amat suka interview matang begini,walaupun saya dimaklumkan akan ada soalan berkaitan politik yang tak matang berdasarkan pengalaman kawan,mak cik pak cik sebelum ni.Alhamdulillah tak ada,barangkali disebabkan oleh Ketua Menteri baru agaknya,mudah-mudahan:)

Mujahidah : Nice moment :)

17 June 2013

KELUH KESAH?

"Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir (lokek). Apabila dia ditimpa kesusahan,ia berkeluh-kesah. Dan apabila dia mendapat kebaikan ia amat kikir"
[Surah Al-Ma'arij: 19-21] 

7 golongan yang terkecuali daripada mengalami keluh kesah:

-mendirikan solat 
-bersedekah
-meyakini hari pembalasan 
-menjaga faraj dan kehormatan diri 
-menjaga amanah dan janji 
-menjadi saksi yang adil dan jujur 
-memelihara solat 

 Rujuk Surah Al-Ma'arij ayat 22-35.

11 June 2013

RINDU-RINDUAN

Di kala diri hilang dari dunia nyata...
Rindu kami bersua...
Menempuh bumi mengembara...
Bersuka duka bersama...

Aduh tak keruannya...
Tertunai rinduku pada mereka,penuh mesra...
Namun ada yang tidak sempurns...
Tidak semua susuk menjelma...

Oh Tuhan,sungguh ku mahu meneruskan pengembaraan...
Apakan daya,itu sekadar sebuah penceritaan di alam khayalan...

Hari ni,esok,lusa,dan seterusnya...
Pengembaraan ku harap berterusan...
Bersama susuk-susuk berlainan...
Semoga sempurna pengembaraan, mengamati wajah-wajah yang memenuhi detik-detik berharga kehidupan...

Ya Tuhan,perkenankan....
1 Sya'ban telah menjadi detik permulaan...

30 May 2013

1 ATURAN BUKAN 1 KEBETULAN


Syed Qutb : " Apabila aku hidup di bawah  bayangan Qur'an aku dapati TIDAK ADA apa yang dikatakan DALAM HIDUP ini 1 KEBETULAN,KESEMUANYA ialah 1 ATURAN yang SANGAT INDAH yang ALLAH ATURKAN"


29 May 2013

WANITA PERLUKAN LELAKI?

 BENARKAH WANITA MEMERLUKAN LELAKI?

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa
perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya
kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama
kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang
saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik,
tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu
jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana
selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik
stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ?
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam
kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan
membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan
gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang
dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita
bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang
baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun
dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala
berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia
menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian
kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami
selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan
lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan
datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana
Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan
seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah
kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun
perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek,
kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki
duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung
juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu
tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki
tidak juga berkuranganwalaupun belum lagi berkahwin.



Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi
lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya,
semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang
buruk-buruk pasti ada Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada
kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan
ke hari tua?


Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki
permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda
tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda
menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga
diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang
dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di
bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki
yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki
yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami
isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga
sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia,
dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan
Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa
dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan
rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki,
tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit
daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat
bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari
untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut
untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk
hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah
angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi
kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja
diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun
tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,
menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah
perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling
hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam
dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang
baik...

mujahidah : perkongsian daripada seorang sahabat.

DIAM,BERSUARA...

Mengurus dan Menangani Kritikan

1. Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan saya mengenai kritikan yang dilemparkan kepada PAS mutaakhir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat. Sedang realitinya ini bukanlah polemik yang pertama kali berlaku kepada PAS yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada Pakatan Rakyat sepanjang usianya.

2. Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.

3. Asasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam, kami senantiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh Allah swt iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

4. Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal dan dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh al Quran al Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan Allah swt.

5. Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.

6. Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku. Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujjah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan.

7. Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.

8. Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka. Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawap balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden PAS, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli PAS membuat pencerahan dan mempertahankannya.

9. Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujjah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.

10. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada PAS lantas sudi mengkritik PAS dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan PAS dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.


Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia




19 May 2013

ADA LIDAH TIADA HATI

Manusia yang...

Ada lidah tetapi tidak ada hati :

*Mereka pandai bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.

*Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri lari daripada Allah.

*Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain,tetapi mereka sendiri bergelumang dengan maksiat itu.

*Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.

*Bila mereka sendirian mereka bertindak seperti harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan oleh Nabi.

Sabda Nabi SollaAllahu 'alahi wasallam : "Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat"

a'uzubillah wana'uzubillahi min zalik!



UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...