06 January 2012

WELCOME ;)

mujahidah : Alhamdulillah mak cik yang berada di Kelantan selamat melahirkan baby girl semalam,5/1/2012.Supo mujahid(abangnya) mukanya,nak-nak tang bibir;) nama tak ada lagi,boleh namakan mujahidah lah,hehe.Baba dia sedang mencari lagi nama si comel ni,serah pada yang pakar la,babanya tok imam ,insyaAllah nak nama terbaik seiring peribadi anaknya nanti.Tapi dengar-dengar khabar nak letak nama Wan Kamilah(yang sempurna),menandakan anak bongsu dan terakhir setelah mak cik berkeputusan untuk ikat.Anak pertamanya dulu nama Wan Bisyarah(yang membawa berita kegembiraan) kerna mak cik selama 10 tahun tak dikurniakan zuriat.Alhamdulillah,berkat ambil anak angkat,anak kandungnya 4 orang dah,termasuk anak angkat, 5 orang.Welcome to our family,semoga menjadi mujahidah solehah penyejuk hati ummi dan baba :)

MAKIN CANTIK...

mujahidah : Allahurabbi!makin cantik jika diri kita,kita cantikkan dengan tahajjud sebagai salah 1 'make-up' kita :)Yang penting niat kena betulkan la ye.InsyaAllah!

05 January 2012

اتقوا الله

‎"...Barangsiapa berTAQWA kepada Allah,nescaya DIA akan memberi jalan keluar baginya."

"...Dan barangsiapa berTAQWA kepada Allah,nescaya DIA menjadikan kemudahan baginya dalam urusannya."

"...Barangsiapa berTAQWA kepada Allah,nescaya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya & akan melipatgandakan pahala baginya."

"...Maka berTAQWAlah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal!(orang beriman).Sungguh Allah telah menurunkan peringatan kepadamu"

[SURAH AT-THALAQ : AYAT 2,4,5 & 10]

04 January 2012

AI SHI TERU YA RABB!

Ai shi teru ialah perkataan Jepun yang bermaksud, "Aku cinta padamu...". Dalam bahasa Inggeris ia disebut, "I love you", dalam bahasa Arab, "Uhibbuka" (untuk lelaki) dan "Uhibbuki" (untuk wanita), manakala di dalam bahasa Mandarin ia disebut, "Wo ai ni". Dan Perancis pula disebut, "Je t'aime". Walaupun perkataan ini berlainan sebutannya, tetapi hakikatnya ia tetap mempunyai satu maksud iaitu aku cinta padamu. Persoalannya cinta kepada siapa?

Perkataan 'Cinta' adalah perkataan yang begitu popular di mana sahaja kita berada, kerana ia bukan perkataan yang terkandung dalam kamus moden tetapi telah lama wujud sejak dijadikannya Adam dan Hawa. Begitupun cinta dalam makna yang sebenar bukanlah nafsu, tetapi kepercayaan. Orang yang percaya kepada sesuatu perkara dengan tindakan dan bukti tanpa memerlukan apa-apa syarat, itulah cinta. Oleh itu , apabila kita menyatakan cinta kita kepada Allah, maka kita akan dapat mengesan tanda-tandanya.

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah menyebut dalam kitabnya, 'Raudhatul Muhibbin wa Nuzhatil Mushtaqin' bahawa beberapa tanda jatuh cinta yang dialami oleh kebanyakan manusia adalah;

"Banyak mengingati orang yang dicintai, membicarakan tentangnya dan sentiasa menyebut namanya..."

"Tunduk dan mengikut segala perintah orang yang dicintai dan mendahulukan segala keperluannya..."

"Memerhati kata-kata orang yang dicintai dan mendengarkannya..."

"Mencintai segala perkara yang dicintai oleh sang kekasih..."

Sekiranya diteliti, perkara yang disebut oleh Ibnu Qayyim itu memang benar. Apabila kita jatuh cinta, pasti kita membuat perkara-perkara tersebut. Dan sekiranya ia tidak ditangani dengan bijak, natijahnya akan mengundang perkara yang negatif dan mencelakakan manusia. Seorang isteri jika suami berpaling kasih pada yang lain, maka hari-hari yang berlalu terasa mendung, sesekali memanahkan petir kekecewaan, air mata tumpah bagai lelehan lahar gunung berapi, sedih bercampur dendam. Begitulah hakikat orang yang bercinta. Tidak mahu diduakan oleh sesiapa.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan yang berlaku daripada segi prinsip apabila kita jatuh cinta kepada Allah kerana matlamat asalnya juga cinta. Ringkasnya, apabila kita jatuh cinta kepada Allah, kita pasti mengingatiNya, tunduk dan patuh pada semua perintahNya, memerhati dan menuruti segala peraturanNya dan mencintai segala perkara yang dicintai oleh Allah. Itu juga disebut antara tanda-tanda cinta kepada Allah.

Bukti Cinta Kepada Allah

Perkataan cinta adalah perkataan yang menuntut kita melaksanakan perkara yang kita ucapkan. Adakah cukup sekadar kita melafaskan perkataan cinta tanpa menunjukkan bukti kita benar-benar memaksudkannya? Pastinya tidak. Apabila kita melafazkan cinta, maka ia perlu dilaksanakan dengan perbuatan.

Sekiranya cinta kepada Allah, maka ia perlu disertai dengan bukti. Lalu bagaimana bukti itu dapat diperlihatkan?

"Sentiasa mengingati Allah berbanding mengingati manusia..."

Pasangan yang jatuh cinta sentiasa mengingati pasangannya. Hatinya tenteram dan bertaman bunga apabila terfikir mengenai sang kekasih. Begitu juga cinta kepada Allah. Manusia yang jatuh cinta dengan Allah sentiasa mengingati dan merindui Allah. Di dalam Surah Ar Ra'du ayat 28, Allah menjamin kepada manusia yang mengingatinya, "Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang...".

Ayat ini memberikan kefahaman kepada kita bahawa bila hati kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan menjad tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa, "Orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka..." (Al Anfaal:2).

Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai "zikrullah" - mengingati Allah. Walaupun kedua-duanya berhasil zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?Sebenarnya bukanlah ia bermaksud hati orang beriman itu berubah-ubah dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama, iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar.

Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia, yakni hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat berhubung dengan Allah Taala serta memahami maksud ujian tersebut.

Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati berhubung dengan Tuhan, timbul rasa cemas dengan dosa yang dilakukan kepadaNya. Rasa gementar itu juga boleh berhasil dari rasa kagum dengan kehebatan Allah Taala, setelah menyaksikan kehebatanNya mencipta alam dan cakerawala, lalu apabila ayat dibacakan kepadanya tiba-tiba hati manusia menjadi gementar. Hal ini pasti berlaku kepada orang beriman yang hatinya itu sentiasa mencintai Allah. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tidak berbalas dan tidak dipedulikan.

Firman Allah Taala (bermaksud), "Sesungguhnya orang-orang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun), Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka". (Al Mukminun:57-60).

Dari Aisyah R.A.h berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini (Al Mukminun:57-60). Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?

Baginda S.A.W menjawab, "Tidak wahai Humairah, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan solat, bersedeqah, dan pada masa yang sama hati merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima Allah. Mereka ini adalah orang-orang yang bersegera dalam amal kebaikan".

Maka jaminan Allah kepada hati hambaNya yang mengingatiNya, rasa tenang dan rasa gementar. Dan realitinya orang bercinta akan menurut segala kemahuan sang kekasih walaupun mereka serba-serbi kekurangan pada masa itu. Ini bermakna, bukti seseorang itu mencintai Allah ialah kita mengikuti segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

"Orang yang beriman itu kuat kecintaannya kepada Allah..." (Al Baqarah:165)

Maka, tanda orang bercinta kepada Allah ialah iman yang benar di dalam hati, iaitu mempercayaiNya dengan sesungguhnya tanpa lelah dan rungutan, tanpa ingkar dan pendustaan. Itulah cinta, cinta itu adalah percaya, bukannya nafsu.

Hakikatnya, mencintai Allah itu lebih mudah daripada mencintai manusia. Cinta manusia bersyarat, tetapi cinta Allah selamanya. Allah tidak mahukan harta kita kerana Allah pemberi rezeki. Bahkan kita yang dituntut supaya meminta sesuatu daripada Allah melalui doa. Oleh itu, tadahlah tangan kalian dan mengucapkan ai shi teru kepada Allah. Semoga dengan itu kita tergolong di kalangan hamba yang dicintai olehNya. Seorang pujangga memberitahu :

"Jika kamu berikan hatimu yang kudus kepada manusia, dia boleh melukai dan menghancurkannya. Tetapi sekiranya kamu berikan hatimu yang hancur luluh itu kepada Allah, Dia pasti akan memperbaikinya."

sumber : tarbawi.my

23 December 2011

ANDA BIDADARI!

” Awak tak cantik ”

” Awak tak ada rupa..”

” Saya kurang berkenan..”

” Gelap..tak putih “

Bukan mudah untuk seorang wanita menerima hakikat dirinya ditolak semata-mata atas faktor rupa parasnya sahaja. Apatah lagi jika sebelumnya, dia telah bersungguh-sungguh mempersiapkan diri supaya kelihatan cantik dan anggun.

Lelaki pula, kebiasaannya menggunapakai kaedah ‘ mata adalah hakim pertama ‘. Tidak berkenan di mata, maka tidak adalah peluang meneruskan langkah seterusnya.

Menjadi wanita, soal cantik atau tidak adalah soal yang besar. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ia antara dilema yang seringkali menghantui minda wanita dalam fasa menanti jodoh.

KENALI FITRAH

Secara semulajadi, wanita mempunyai keinginan yang kuat untuk kelihatan cantik dan dipuji pula akan kecantikan tersebut. Sebab itu, wanita suka melawa. Mereka mempunyai set alat solek dan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk berhias. Ini perkara normal yang memang Allah ciptakan khusus kepada wanita.

Apabila sifat semulajadi itu cuba ‘dirampas’ oleh lelaki, maka dunia akan serta merta menjadi songsang.

Namun begitu, sebagai wanita, anda sewajarnya mengenali fitrah dalam diri anda sebaik mungkin supaya fitrah tersebut tidak menjadi fitnah.

Fitrah dalam diri seorang wanita – secara hakikatnya – adalah supaya dirinya kelihatan cantik dan dipuji oleh seorang lelaki yang merupakan satu-satunya insan terpenting dalam hidupnya ; iaitu suami.

Fitnah pada mereka pula adalah, apabila sejak dari awal berusaha supaya menjadi cantik dan disanjung-sanjung oleh semua orang, termasuklah lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit di dalam hati.

Mengenali fitrah anda dengan baik, akan menjadikan anda seorang wanita yang bijak. Anda tidak akan sewenang-wenangnya menjadikan ‘fitrah’ melawa, berhias dan kelihatan anggun itu untuk menonjolkan kecantikan anda sebagai santapan mata lelaki yang bukan mahram.

ANDA CANTIK

Berbalik kepada isu ditolak kerana ‘tidak cantik’, perkara pertama yang perlu anda jawab kepada diri sendiri adalah : anda sebenarnya cantik.

Lelaki itu, atau sesiapa sahaja yang mengatakan anda tidak cantik, sebenarnya langsung tidak ada hak untuk mengatakan demikian. Ya, mungkin atas prinsip ‘demokrasi’ mereka boleh katakan demikian, tetapi itu bukan bermakna apa yang mereka katakan itu suatu hakikat yang perlu diimani. Tidak sama sekali.

Memahami itu, maka untuk apa pula anda bersedih sekiranya dikatakan demikian, ataupun ditolak oleh mereka atas alasan demikian?

Hakikatnya, anda langsung tidak perlu bersedih kerana itu petanda yang sangat jelas, bahawa anda sedang berada di atas landasan yang betul.

Kerana apa?

Telah saya sebutkan di atas, bahawa fitrah dalam diri anda sebenarnya adalah untuk menjadi cantik dan dipuji sebagai cantik oleh suami. Maknanya, apabila suami telah mengakui bahawa anda cantik dan memuji pula kecantikan anda, itu sudah lebih dari memadai buat anda sebagai isteri. Pada waktu itu, anda langsung tidak akan kisah kiranya sekalian alam mengatakan anda tidak cantik.

SECANTIK BIDADARI

Sebagai wanita, anda memang cantik. Secantik bidadari.

Bidadari yang hanya layak dipuji dan disunting oleh putera kayangan. Dalam dunia ini, hanya putera kayangan itu sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan anda.

Hari ini, anda ditolak dan tidak diterima. Bermakna, mereka-mereka itu bukan putera kayangan yang ditakdirkan untuk bidadari secantik anda.

Suatu ketika nanti, akan datang seorang putera kayangan kepada anda. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk memuji anda sebagai wanita yang paling cantik. Tidakkah pujian yang keluar dari mulutnya waktu itu suatu kalimah yang cukup untuk membawa anda terbang tinggi di awangan? Waktu itu, masihkah bersisa saki baki kesedihan waktu anda ditolak hari ini? Sudah tentu tidak. Bahkan kesemua perkara itu tidak lagi penting bagi anda.

Yang penting, anda adalah bidadari paling cantik untuk seorang suami.

JANGAN SERIK

Justeru, janganlah serik untuk terus menjadi cantik.

Caranya pula, bukan sekadar membeli dan berlatih dengan pelbagai alatan solek.

Cara paling ampuh adalah dengan memakaikan make-up termahal untuk hati nurani anda. Dari situ, kecantikannya akan tembus ke luar.

Pernah tak anda berjumpa dengan wanita yang berkulit agak gelap dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik? Tetapi anda sangat menyenangi wanita tersebut. Apabila anda bercakap, dia akan mendengar dengan tenang. Apabila dia memberi pandangan, tutur katanya sungguh sopan. Apabila dia berjalan, pandangannya fokus dan tidak melilau-lilau. Apabila berpakaian, dia kelihatan sungguh selesa dan terjaga.

Jika anda berjumpa dengan wanita seperti itu, rapatilah dia dan tanyakan kepadanya, apa rahsia dirinya menjadi cantik sebegitu rupa. Mungkin, anda akan beroleh pencerahan dan panduan mencantikkan jiwa.

Jika mereka yang tidak dikurniakan rupa paras yang cantik pun mampu menonjolkan kecantikan sebegitu rupa, mengapa tidak anda juga menempa kejayaan yang sama? Mulai sekarang, teruskanlah berusaha.

Ingat, bukan mudah untuk menjadi bidadari. Jadi, jangan serik berusaha untuk terus menjadi cantik.

Sekian.

sumber :MyIlham

mujahidah :

♥ Duhai wanita ,dari sudut luarannya...cantikkah diri anda!tidak cantikkah diri anda! pegang erat-erat kata-kata ini "ANDA MAHAL!".Maka janganlah 'semurah-murahnya' menayangkan auratmu,melempar senyuman manismu dan membabaskan pergaulanmu.Yang cantik bertambah cantik,yang tidak cantik menjadi cantik... dengan luaran dan dalaman yang terpelihara molek hanya kerana DIA! ♥

COUNTDOWN 2012

20 December 2011

TERUSKAN USAHA!

♥ Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah,tidak pernah berasa bahawa dia telah menemui cinta-NYA.Dia akan terus 'berjaga' demi cinta kepada kekasihnya & akan sentiasa menunggu 'pintu' terbuka.Alhasil,dia akan berkata "AKU MASIH BERUSAHA MEMBURU,MENCARI CINTA ALLAH".Ini akan menjadikannya seorang yang tidak pernah 'duduk diam' melainkan masa yang diisi dengan melakukan ketaatan kepada-NYA.

"Sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada Allah sekerlip mata,maka dia tidak akan sampai matlamatnya mencintai Allah! "[AHLI TASAWWUF].

"Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat kepada-NYA,Pasti engkau mengetahui,merasai,betapa pahitnya putus hubungan dengan-NYA! "[IMAM NAWAWI: NASAIH AL-'IBAD]

~AYUH TERUS MEMBURU CINTA-NYA~ ♥

19 December 2011

14 December 2011

Redha Ibu bapa

Alhamdulillah abah selamat pulang dari menunaikan haji,moga mabrur hendaknya.

‎:. Pertimbangkanlah saranan ibu bapa kita.Dan terima sahajalah keputusan mereka,jika pelbagai perbincangan dan usaha telah dilakukan,selagi tidak bercanggah dengan kehendak agama.Sekalipun ia tidak seiring dengan kehendak dan kerelaan diri,bahkan hati turut tidak rela.Itu pun kan dianggap berbuat baik kepada 2 permata hati dalam hidup kita ini.SubhanaAllah…!barangkali kelebihan naluri yang Allah anugerahkan kepada mereka,dalam sedikit sebanyak membantu anak-anak mereka untuk berhadapan dengan kehidupan.Redha Allah itu kan terletak pada redha ibu dan bapa .:

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...