20 June 2009

KARTUN NASIHAT

Jom ambil pengajaran daripada komik di bawah(*_*)

situasi 1
situasi 2
situasi 3
situasi 4

p/s:sila klik gambar untuk lebih jelas:-)
Free Signature Generator

19 June 2009

FASTABIQUL KHAIRAT!

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah masih dalam 2 nikmat terbesar,iman dan islam dan juga tidak lupa,nikmat berada dalam kelompok yang memperjuangkan Islam.Kali ni ingin saya kongsikan,antara amalan yang sama-sama kita boleh lakukan dalam kehidupan seharian kita,sekurang-kurangnya lakukan ini:-

Ayuh berlumba buat kebaikan!
  1. Baca Al-Quran 2 m/s sekurang-kurangnya setiap hari
  2. Zikir 100x
  3. Selawat 30x
  4. Ma'surat pagi dan petang
  5. Puasa sunat isnin & khamis
  6. Qiamullail 1x seminggu
  7. Sedekah
  8. Telefon mak abah 1x seminggu(buat yang jauh daripada mereka)
  9. Solat sunat rawatib
  10. Bacaan ilmiah
  11. Solat berjemaah
  12. Sunat Dhuha

mujahidah:mari berlumba-lumba membuat kebaikan!yang di atas tu hanya antara yang boleh kita amalkan.kalau ada lain dan lebih daripada kekerapannya lagi bagus!lagi hebat!lagi terbaik!(*_*),yok!ajakan buat diri sendiri terutamanya dan buat semua pengunjung:-)
Free Signature Generator

16 June 2009

SENJATA KITA

Kali ini saya ingin berkongsi artikel di dalam majalah solusi isu no.7 yang bertajuk sistem sokongan positif dalam mendidik anak.Untuk ke arah itu antara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah mengawal anak-anak dari terdedah dengan unsur-unsur yang negatif seperti media massa terutamanya filem-filem dari barat,internet dan lain-lain.yang kedua:

BERDOALAH SUPAYA...

  • berdoalah untuk jiran agar mereka menjadi lebih positif untuk merangsang anak-anak ke arah positif.
  • berdoalah kepada kawan anak-anak kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan mereka.

  • berdoalah untuk guru-guru anak-anak ,semoga mereka mendidik anak-anak menjadi insan positif.
  • berdoalah semoga persekitaran di sekeliling yang negatif tidak mempengaruhi minda dan perilaku anak-anak.

    mujahidah:selalunya ibu bapa terlepas pandang untuk berdoa sedemikian rupa.selalu bedoa untuk anak-anak sahaja tanpa mendoakan orang dan keadaan di sekelilingnya.dalam Islam juga menggalakkan kita mendoakan orang lain.jadi buat ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa,mari sam-sama membiasakan dalam doa kita mendoakan orang lain,bukan dalam hal anak-anak sahaja tapi lebih dari itu juga(*_*)

    DOA SENJATA ORANG MUKMIN!
    Free Signature Generator

14 June 2009

MUTIARA BERHARGA

Allahyarham Dr.Fathi Yakan

Head of Islamic Labor Front in Lebanon Fathi Yukon passed away Saturday afternoon after he was hospitalized for serious health problems on Friday night. Yakan was announced dead Saturday morning, but an Islamic Action Front statement later denied the Sheikh was dead, but acknowledged he was in serious condition.


Dr. Fathi Yakan is a prominent Islamic scholar and caller. he was born in Tripoli, north of Lebanon, on the 9th of February 1933. With a Ph.D. in Arabic and Islamic Studies, Sheikh Yakan was among the pioneers of the Islamic movement in the 1950s. He was also the General Secretary of the Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiya from 1962 until 1992 when he won his seat in the Lebanese parliament. He is a key activist on the political stage, which was very clear during the 1996 elections.


Sheikh Yakan initiated a political effort between PM Fouad Saniora and his allies on the one hand and the opposition in a bid to end the rule crisis in the wake of the 2006 Israeli war on Lebanon. As a key figure in the Lebanese National Opposition, he headed prayers for Sunnis and Shiites on Friday, December 8, 2006 and called in his speech for the unity of Muslims against Israeli plots and schemes.


Dr. Yakan was married to Mrs Mona Haddad with whom he had established a private Islamic university (Al-Jinan University). He has four daughters and a son.
Sheikh Yakan was known for his support for resistance movements in Lebanon and the Arab and Islamic worlds.
He described the 2006 victory as one for Lebanon and the whole nation, Sunnis before Shiites, “because the project of the resistance is not only Lebanese project but a global one.”


The Islamic scholar also played a significant role in mending fences between political parties in the region. He was the mediator between the Islamic brotherhood in Syria and President Bachar Assad. He also played the same role between Syria and Turkey between 1998 and 1999, in the wake of the Syria-Turkey crisis.

The books that written by Dr.Fathi Yakan:
- Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam?
- Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam
- Komitmen Muslim Sejati
- Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam

sumber:link

mujahidah:setelah dikejutkan dengan pemergian adik Ammar Zulkifli(ex-darul quran 06/07,medic mesir)semalam pula dapat lagi 1 lagi berita kematian.mutiara berharga daripada yang Maha Esa,telah pun kembali menghadapNYA.menghadapNYA dalam keadaan memperjuangkan agama Islam tercinta.kita bagaimana?bagaimana pengakhiran kita?di mana pengakhiran kita?sebagai apa pengakhiran kita?adakah kita sudah bersedia ke "stage" itu?apa yang pasti,saat itu PASTI!-ALFATIHAH-


WAKAFA BILAMUTI WA'IZHAN!
-cukuplah sekadar mati itu menjadi peringatan!-

Free Signature Generator

11 June 2009

AL-HAYA'

الحَيَاءُ مِنَ الاْءِيْمَان
-malu itu sebahagian daripada Iman-
setakat mana sifat malu beraja dalam diri kita???
kita sering malu tidak bertempat!

malu untuk berkata benar,malu kehadapan,malu menegur orang buat salah!,
malu amal makruf nahi munkar!sedangkan itu yang dituntut!

tapi bila melakukan maksiat kepada Allah,
langsung tak ada malu dalam diri kita!
lewatkan solat,lawan cakap ibu ayah,malas belajar,nahi makruf amal munkar... sedangkan itu yang dilarang!
sedarkah kita...yang malu juga berkait dengan turun naik iman kita...

betapa pentingnya sifat malu ini rupanya... yang kita sering terlepas pandang...
marilah menjadikan malu sebagai benteng dalam menjaga iman kita!

mujahidah:malu selalu dikaitkan dengan wanita...tapi lelaki juga perlu ada sifat itu dalam menjaga iman .kita sering malu pada perkara tidak sepatutnya...perkara yang akan merugikan diri kita...tapi pada perkara yang memberi faedah dan natijah buat kita...kita lepaskan...inilah kita manusia...sering alpa dan leka.sama-samalah kita malu bertempat lepas ni ye...nasihat yang teramat terutama buat diri yang menaip ini...dan buat semua pengunjung:-)

Free Signature Generator

2 KATA

Alhamdulillah setelah dekat seminggu tak "update"blog,Allah memberi kekuatan kepada saya untuk "update"pada hari ni.kali ni,ingin saya kongsi 2 kata,yang boleh menjadi semangat dan muhasabah buat kita.Dua-dua kata ni daripada 2 orang guru saya,cikgu bahasa melayu,Cikgu Nurma dan tutor tuisyen bahasa Arab saya,Ustaz taofeek daripada Nigeria.

  1. hari tu cikgu minta beberapa orang pelajar untuk terangkan tajuk yang diberi untuk diterangkan kepada kelas secara "on the spot",setelah selesai cikgu bagi komen,cikgu menegur "presentation"mereka dan "presentation"untuk sebelum-sebelum ni.cikgu kata kalau nak terangkan orang,kita kena faham dan terang dengan gaya bahasa kita sendiri,bukan membaca sahaja tanpa faham.dan cikgu kata lagi,kebanyakkan masalah pelajar sekarang ni,mereka rasa diri mereka tidak bagus.saya amat suka kata cikgu yang ni"kamu kena rasa yang kamu bagus,bila kamu fikir kamu bagus,segala anggota kamu akan turut sama bertindak untuk ke arah hasil yang bagus,awak nak harapkan orang lain kata bagus???belum tentu...kamu nak harap saya kata kamu bagus???pun tak tentu lagi saya akan kata kamu bagus!siapa lagi yang nak kata kita bagus,kalau bukan diri sendiri!"termotivasi kami sekelas.
    ustaz menyampaikan pandangannya

  2. seorang daripada rakan sekelas tuisyen arab berkongsi mengenai masalah yang berlaku di Universiti kami dan masyarakat sekarang,kebetulan ustaz yang berasal daripada Nigeria ini berborak dengan pelajar tu mengenai undang-undang syariah.bila mendengarkan permasalahan itu berlaku ustaz terus berkata"Have you pray for the ummah???how many times you pray for the ummah???please pray for the ummah,don't be selfish!"langsung ustaz tak ulas lebih mengenai tu.tapi terus persoalkan balik kepada kami.mungkin ustaz fikir,nak salahkan lebih pada mereka pun tak boleh,nak tak nak ada kaitan dengan kita sebagai orang yang sedar akan permasalahan masyarakat sekarang,masalah sosial terutamanya...muhasabah untuk kita semua.

mujahidah:1 motivasi ,1 muhasabah diri.kita kena fikir yang kita bagus dalam sesuatu perkara"aku pandai!aku boleh!aku bagus!dan sebagainya...bukan bangga diri atau perasan bagus pulak,ia sebagai pemangkin untuk kita bertindak bagus dalam melakukan sesuatu.dan untuk hal ke 2,jangan kita pentingkan diri kita,doalah untuk orang lain juga,ibu bapa,sahabat-sahabat,masyarakat dan semua umat manusia.
Free Signature Generator

05 June 2009

2009-2011

Presiden PAS: Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Timbalan Presiden: Ust. Nasharuddin Mat Isa,
Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mahfuz Omar

DEWAN PEMUDA

Ketua: Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua: Ustaz Azman Syafawi
Naib Ketua: Ahmad Sabki Yusuf


AJK
1) Ust. Ridhuan Mohammad Noor
2) Ust. Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz
3) YB Ust. Mohd Firdaus Jaafar
4) Ust.Mohd Nazri Chik Zain
5) Suhaizan Kaiyat
6) YB Ust.Nasir Zakaria
7) Ust.Kamal Ashari
8) Ust.Kamaruzzaman Mohamad
9) Khairul Faizi Ahmad Kamil
10) Mohamad Adram Musa
11) Abdullah Abdul Karim
12) Dr.Raja Ahmad Iskandar


DEWAN ULAMA'
Ketua: Ustaz Harun Taib
Timbalan Ketua: Ustaz Tuan Ahmad Yaakob
Naib Ketua: Dr Mahfodz Omar


AJK
1) Ustaz Husin Awang
2) Ustaz Abdul Ghani Shamsudin
3) Ustaz Nik Zawawi Salleh
4) Ustaz Saleh Sani Harun
5) Ustaz Abu Bakar Abdullah
6) Dato' Ustaz Mohd Daud Iraqi
7) Ustaz Abdullah Abd Razak
8) ustaz Hasan Mohamad
9) Ustaz Ismail Noh
10) Ustaz Mohd Zain Abd Rahman
11) Ustaz Mohamad Mustafa
12) Ustaz Abdullah Husin



DEWAN MUSLIMAT

Ketua: Ustzh. Nuridah Mohd Salleh
Timbalan Ketua: YB .Siti Zailah Mohd Yusoff
Naib Ketua: Senator Mumtaz Md Nawi


AJK
1) YB Wan Ubaidah Omar
2) YB Dr. Halimah Ali
3) Mastura Hj Mohamad
4) Aiman Athirah Al Jundi
5) Dr. Najihatussalehah Ahmad
6) YB. Dr. Siti Mariah Mahmud
7) Dr.Rosni Adam
8) Ustzh. Azizah Khatib Mat
9) Salbiah Abd Wahab
10) Nurul Huda Yusof Rawa
11) Wardatul Jannah As Sofea
12) To’ Puan Fatimah @ Zainab Ibrahim

Free Signature Generator

55


SHAH ALAM, 5 Jun : - Muktamar PAS kali ke-55 membuka tirai dengan kini para perwakilan mula memenuhi Stadium Malawati sementara menanti saf pimpinan tiba.

Kelihatan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang bersedia memulakan pemeriksaan perbarisan Unit Amal sebagai pembuka tirai perasmian Muktamar PAS Pusat.

Kira-kira 2000 tetamu mula membanjiri stadium, sementara di luar perkarangan stadium kenderaan mula berpusu masuk.Perasmian dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat oleh Tuan Guru Nik Aziz sementara Ucapan Dasar Presiden akan menyusul selepas itu.

Jam 9.20 pagi, seluruh saf kepimpinan mengambil tempat, Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Ustaz Ahmad Awang dan Mohamad Sabu berada di atas pentas bersama AJK PAS Pusat yang lain dan ketua-ketua Dewan sambil mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang diperderdendangkan Qari, Ustaz Mustafa.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; wakil-wakil parti komponan Pakatan Rakyat dari DAP dan KeADILan, pemerhati, wakil NGO dan wakil dalam dan luar negara serta petugas media.

Jam 9.40 pagi, pengacara majlis menyerahkan sidang kepada Pengerusi Tetap, Ustaz Abu Kassim Abdullah bagi memulakan Muktamar yang bertemakan 'Islam Memimpin Perubahan'.Abu Kassim memulakan sidang dengan pantun yang membuatkan perwakilan dan tetamu tertawa.

Sejurus selepas itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar mengambil tempat bagi membuka muktamar dengan kata-kata aluan.

Dalam ucapannya, Kamarudin mengucapkan selamat bermuktamar kepada sidang perwakilan dan pimpinan selain mengalungkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pengelola dan tuan rumah, Selangor yang menyediakan tempat dan kemudahan untuk bermuktamar.

Sumber Harakahdaily.

Free Signature Generator

04 June 2009

SEBAB TU RUPENYE...

Hari ni nak kongsi sikit tazkirah yang saya sampaikan dalam usrah dengan adik-beradik seperjuangan saya semalam.yok!

Ketika Ibrahim bin Adham(seorang ahli tasawwur yag masyhur)berada di tengah-tengah pasar Basrah,beliau dikerumuni oleh orang ramai.Di antara mereka ada yang bertanya:mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan padahal mereka sering berdoa pada Allah.Beliau menjawab:kerana HATI BUTA disebabkan 10 PERKARA,iaitu:

  1. Mengaku mengenal Allah,tetapi tidak menunaikan haqNYA.
  2. Mengaku cintakan Rasulullah,tetapi tinggalkan sunnahnya.
  3. Membaca Al-Quran tapi tidak beramal dengannya.
  4. Telah makan dan rasai nikmat-nikmat Allah,tapi tidak bersyukur.
  5. Tahu syaitan itu musuh,tapi beramal untuknya(ikut telunjuknya)
  6. Sedar syurga itu benar dengan nikmat,tapi tidak beramal untuknya.
  7. Sedar neraka itu benar dengan azab,tapi tidak lari daripadanya.
  8. Tahu mati itu benar,tapi tidak bersedia baginya.
  9. menceritakn aib orang lain,tapi lupa aib diri sendiri.
  10. Kebumikan mayat-mayat manusia,tapi tidak ambi pengajaran daripadanya.

mujahidah:inilah rupa-rupanya perkara yang menyebabkan doaku,dan mungkin doa pengunjung sekalian terhalang...tapi jangan jadikan ia asbab untuk tidak berdoa lepas ni,kadang-kadang Allah lambat tunaikan hajat kita sebab Allah nak uji kesabaran kita dan Allah nak beri yang lebih baik untuk kita.teruskan berdoa kepada Allah,insyaAllah Allah makbulkan(*_*)
Free Signature Generator

01 June 2009

BIDAN TERJUN

Dah 3 kali hujung minggu berturut-turut saya turun negeri kelahiran saya,Melaka untuk urusan gerak kerja di Melaka bersama adik-beradik seperjuangan yang sama negeri.yang baru minggu yang lepas ni,saya balik untuk "liqa' khas"bersama-sama adik-beradik seperjuangan,Sabtu & Ahad.Saya,angah saya Nisa' dan sahabat saya, Nasirah yang belajar di UM, bertolak balik daripada Kuala Lumpur lebih kurang jam 6petang,menaiki kereta Nasirah.
moga tertegak Islam sebenar di Melaka,Allahuakbar!

Pelbagai kisah yang agak menarik minggu ni buat kami,selain daripada menghadiri "liqa khas"bersama adik-beradik seperjuangan.Dengan Nas dan angah Nisa' ada kisah mereka tersendiri,yang agak membuat mereka fobia.Saya terlepas pula merasai saat itu bersama mereka(bukan nak,tapi Allah mungkin tahu saya tak mampu menghadapi saat itu,wallahua'lam).Dan saya sendiri ada kisah menarik saya sendiri...hehe apa dia...entri saya kali ni "BIDAN TERJUN"...

Setelah menghadiri "liqa' khas" ke-2 pada hari Ahad,kami adik-beradik,baik muslimin dan muslimat,kami bertolak ke majlis walimah sahabat senior seperjuangan kami,iaitu kak Aina.Rupanya ada 2 majlis,majlis kak Aina dan adiknya sekali.Mulanya Nas kata nak bertolak balik ke KL dalam tengah hari setelah selesai liqa',tapi terhalang kerana...kerana ustaz Aidil yang kira abang bagi kami mengatakan sesuatu pada Nas,hehe panahan perkataan UKUWAH menyebabkan Nas batalkan niat nak balik terus(saya setuju dengan ustaz Aidil...hehe jangan marah Nas).Bukan apa nas memikirkan jalan sesak nanti,maklumlah Ahad banyak kereta ke KL.

Kami pun bertolak dalam 4 buah kereta ,yang naik motor pun ustaz Aidil minta naik kereta.kereta Nas jadi penunjuk arah,sebab angah saya yang tahu jalan ke sana.Disebabkan kereta Nas jadi ketua,rakyat jelata yang di belakang mengikut sahaja ke mana pun Nas bawa.hehe...kami pergi mengambil seorang lagi penumpang,Farah di rumahnya...tu pun mereka ikut:-)sebab kami pun tak bagi tahu dulu,kami nak ambil seorang penumpang lagi...
menjamu selera

Alhamdulillah akhirnya sampailah ke rumah kak Aina,berseri wajah kak Aina dengan tema pakaian berwarna hijau,begitu juga adiknya.Kami makan-makan dulu,kak Aina mendapatkan kami di meja makan kami,berbual-bual lah sikit-sikit...pastu ambil gambar supaya boleh siapa-siapa ikut jejak lepas ni...oppps...gurau je...insyaAllah ada yang bakal menyusul tu...ada yang kata tahun 2010...yang rahsia-rahsia lagi pun ada...tunggu je la...(yang pasti bukan tuan blog ni)
adik-beradik seperjuangan muslimin bersama pengantin

Selepas bergambar,Nas kata,"jom-jom balik....jam...jam...jam"saya gelak je,sebab sahabat saya seorang ni memang selalu buat orang tak kering gusi,baik muslimin dan muslimat selesa dengannya.Disebabkan dasar perjuangan dan negeri yang sama,kami dipertemukan.sungguh indahnya ukhuwah atas dasar perjuangan Islam.Kami bertolak balik ke KL,yang lain ke satu lagi majlis sahabat kami,siti hadjar,kenduri khatan adiknya tak silap.
adik-beradik seperjuangan muslimat bersama kak Aina

kami bertolak balik lepas tu,hehe bermula kisah yang menarik bagi saya...mungkin bagi orang tidak...ni yang dinamakan "bidan terjun"Nas keletihan memandu,mengantuk saya dan angah risau tengok keadaan dia.saya dan angah ada lesen(hehe dok peram),tapi bukan sengaja tak nak pandu,sebab orang tak "confident" untuk bagi kita "drive" kita nak buat macam mana kan...hmm.sapalah tu agaknye yek...
terima kasih Nas kerana percayakan saya:-)

Tapi,kali ni saya bertekad nak "drive" juga,saya pun minta Nas kalau dia tak larat sangat biar saya yang pandu(wah...tak menahan "statement" tu...macam confident je,hancur kereta orang nanti) dan kebetulan saya tak mengantuk pula masa tu,(ana tidaknya,mendengar celoteh mak cik Nas seorang ni,sambil drive sambil bercerita,berlawak....mana nak ngantuknya...) tak sangka saya jawapan Nas begitu positif,"aaa memang saya tak larat sangat ni,awak kena pandu juga"...(masa tu seram sejuk juga dapat respon daripada Nas),masa tu di Nilai setelah isi minyak.Saya gagahkan juga,sebab kesian sangat pada Nas.dan saya terfikir kata-kata"bersedia untuk tidak bersedia",akhirnya teruji saya masa tu...
pandu cermat jiwa selamat(*_*)

Mula-mula nak "start" tu agak ok la,tapi tang masuk gear yang agak lemah tu,sampai Nas tolong mula-mula...mula-mula macam kereta kuda...hehe...Alhamdulillah akhirnya ok je.Tapi saya dah pesan ke dia,kalau jalan start jam atau da sampai tol,saya akan bagi dia drive semula,tahap tu saya tak sanggup lagi tuk berisiko...hehe.lain kali ek.Setelah Nas rasa agak cukup berehat,elok-elok je jalan mula sesak,saya pun memberhentikan kereta di bahu jalan,untuk serahkan pada yang pakar;-)
Align Center
lesen yang diperap dalam dompet...hehe

Alhamdulillah kami tiba pada jam lebih kurang 6petang di UIA,Nas "parking" dulu di UIA makan-makan dan rehat-rehat dan kebetulan hujan masa tu.Mula-mula di bilik saya,lepas tu di bilik angah saya,sampai syahid kami di bilik angah.tuan bilik da tak ada ruang nak join,dia dok edit gambar...sori tuan bilik;-)Nas bertolak balik ke UM dalam jam dekat 11 malam.mula-mula orang tu cakap nak balik jam 10,hehe sebab terlelap... terlajak dia...sian Nas(penat ye drive ni)...

"ukhuwah itu indah sekali,
sekali berkenalan selamanya dalam ingatan,
takkan terputus ikatan itu kerana jauhnya jarak ini,
kerana rindu kita,adalah kerana ISLAM,
dan segalanya indah andai semuanya kerana Allah!"


"BERSEDIA UNTUK TIDAK BERSEDIA"

Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...