15 May 2009

SYOKNYE LAH HIDUP KALAU...

Buku yang bermuka surat 308 ini menyentuh perkara-perkara berkaitan syariat kelahiran,pendidikan awal kanak-kanak,syariat berkaitan remaja,fardhu ain asas(bersuci,solat,puasa,zakat,haji,umrah,sembelih, korban)bab munakahat,syariat dalam bermasyarakat,syariat sunat harian,juga disediakan amalan-amalan sunat ikut takwin islam.

"cover" buku yang mencuri hatiku(*_*)

antara perkara yang disentuh dalam buku ini

berwarna-warni dan bergambar dapat membuat pembaca lebih teruja nak baca

tulisan yang tidak terlalu kecil dan menarik membuat pembaca tidak jemu


mujahidah:buku ni menarik hati saya sebab 1 "cover" dah lawa dah,keduanya sebab isinya,yang paling penting isi la kan,mengenai perkara-perkara asas fardhu ain,fardhu kifayah,perkara yang kadang-kadang kita tak habis hadam lagi,yang mungkin kita terlepas pandang dan tak ambil berat dan tak ambil tahu,contoh mengenai pengurusan jenazah,penyembilahan(hehe yang ni ada pengalaman,pegang kepala ayam masa nak sembelih ayam:-)),pasal haji dan macam-macam la lagi...jadi pasti dan pasti takkan rugi membelinya(*_*)jadi apalagi jom lah beramai-ramai mendapatkannya di pasaran dengan harga RM55.

Free Signature Generator

13 May 2009

YOK TURUN!


Free Signature Generator

GIMIK APE NI!


adoii tak pahamlah,kejap kata sah Yb Ir Nizar MB Perak,senang-senang dalam masa sehari tukar pulak?ape kes?yang Yb bukan pilihan rakyat ni pulak,makin tak tahu malu,dah lah bukan pilihan rakyat,bleh pulak nak minta rayuan nak jadi MB lagi...tak malunyeee(nampak sangat nak jawatan),ingat jawatan pemimpin ni untuk suka suki,untuk main-main,untuk menjadikan politik di Malaysia ni kononnya "menarik"...,aaa menarik la sangat...ingat rakyat suka ke?ni perancangan korang semua,kita lihat perancangan yang maha perancang segalanya,Allah!BN merancang,PR merancang,tapi ingat!sebaik-baik perancang adalah Allah,kita lihat je la nanti,jangan ada yang malu sampai nak duduk negara sendiri sudah la...


"KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG,TAPI ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!"

mujahidah:saja nak luah perasaan jap...dah macam apa la politik di Malaysia ni,mahkamah pun entah ape-ape je lah,dah macam gelanggang sarkas!apa-apa pun,sungguh besar dan banyak ujian dan tarbiyyah Allah buat PR umumnya,dan YB Ir Nizar khususnya,subhanaAlllah,moga beliau bahagia dalam dakapan tarbiyyah Allah,moga hasilnya mampu menjadikan beliau seorang yang lebih hebat untuk perjuangannya mendaulatkan Islam,mungkin kita akan lihat kemanisannya lebih daripada kepahitan selepas ini,insyaAllah...Allahuakbar!

Free Signature Generator



12 May 2009

JOM BOWLING(*_*)


Salam Ukhwwah buat semu pengujung . Nisa Gombak menjemput semua sahabiah untuk sertai bersama bowling Nisa', berbagai acara bakal diadakan yangg akan dirasmikan oleh Yb Dato' Dr. Hasan Ali..Sila hubungi kami ditalian 013-6893185, Azwar untuk sebarang pertanyaan. Masih terbuka kepada yg berminat masukkan bola dalam longkang,hehe... rapatkan ukhwwah dgn rabitah hati EVERYBODY CAN JOIN. BUT ONLY MUSLIMAH(*_*)

-sumber di blog kak sue-

mujahidah:tak pernah main pun bowling,tapi memang dah lama mengidam nak main,insyaAllah ada rezeki nak "join",masukkan bola dalam longkang pun jadi la...hehe asalkan main;-)

Free Signature Generator

11 May 2009

KEMENANGAN

Dapat mesej daripada adik,mahkamah putuskan YB Ir Nizar sah menteri besar Perak...dalam hati(MasyaAllah,kuasa Allah,Allahuakbar!!!)mula-mula tak percaya,mesej dia balik,dia minta tengok mstar online.sebab cuba tengok di malaysiakini,sikit je beritanya.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah


mujahidah:Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!...yok sujud syukur!malam ni ada ceramah di Taman Melewar bersama YB Nizar,ust.Mahfuz Omar dan Siva.ingatnya semalam,tapi ditunda...malam ni tak dapat la den poyeee:( ada hal lebih awla... adikku omar bersemangat kali ni...nanti cerita ke imah na...


Free Signature Generator

SAT JE...

Nak kongsi sedikit perihal semalam hasil terdengar tazkirah sedikit di masjid Ansar di Keramat.Tujuan nak bersolat maghrib sahaja,tapi kebetulan,masjid tu dah selesai solat maghrib dan sedang ada sesi tazkirah.Semalam satu lagi perancangan Allah yang tak terduga,tapi apa-apa pun sedikit mutiara kata yang saya dapat secara tidak sengaja(*_*)

"Hal-hal dunia kita kena lihat orang di bawah kita,kalau rasa tak cukup mewah,cuba kita lihat ada orang lebih susah daripada kita,kalau rasa "result" teruk,ada orang lebih teruk daripada kita,sehingga kena "dismissed" daripada universiti,kalau negara tak cukup membangun,tak moden,ada negara lebih mundur dan masih berperang lagi,

Manakala hal-hal akhirat pula sebaliknya,kita kenalah melihat orang yang lebih atas daripada kita,kalau tengok ada orang lebih banyak amalannya,ibadahnya,mudah bangun qiamnya,kita kenalah cuba untuk jadi lebih baik daripada orang tu,kalau kita lihat orang lebih banyak ilmu daripada kita,kena kena cuba bekejar-kejar untuk menggali ilmu sebanyak mungkin ilmu dan mengamalkannya"


Dalam perkara dunia,
lihatlah orang di bawah anda...
Dalam perkara akhirat,
lihatlah orang di atas anda...

Free Signature Generator

10 May 2009

LAFAZ TERSIMPAN


“ketika datang seseorang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, “siapakah orang yang paling berhak saya pergauli dengan baik? Jawab beliau: ibumu.” Kemudian siapa lagi? Jawabnya lagi: ibumu! Kemudian siapa? Jawabnya: ibumu! Dan lalu siapa? Jawab beliau: “ayahmu!”
(HR. Bukhari dan Muslim)

mujahidah:selamat hari ibu,buat bondaku tersayang,Hjh.Noraini Hj.Md. Said (yang melahirkanku)& nenekku Hjh.Maimunah Abd.Hadi(tinggak dengan atuk dan nek semenjak darjah 1),tiada ungkapan dan balasa selayaknya buatmu di dunia ini,hanya di akhirat hadiah dan ganjaran terbaik buatmu.buat semua,hari ibu dalam kalendar,jatuh pada 11hb,ia hanya tarikh,jangan bila tiba hari ibu barulah kita sanggup buat apa sahaja,tapi bila hari lain tidak pula begitu.Jadikan hari ibu adalah setiap hari,berbaktilah kepada ibu bapa kita selagi berkesempatan.Jangan kita menyesal di kemudian hari nanti,nasihat buat empunya diri dan semua pengunjung(*_*) tak sempat nak edit gambar lak kali ni;-) yok hayati lagu "lafaz yang tersimpan" buat semua yang bergelar ibu.

Free Signature Generator

07 May 2009

FITRAH TO FITNAH

Kita sebagai manusia,secara fitrahnya tidak terlepas daripada ujian daripada pencipta kita iaitu Allah Yang Maha Esa.Tapi samada kita sedar atau tidak,kadang-kadang fitrah ini,ujian ini boleh menjadi fitnah kepada seseorang.Bagaimana ia boleh menjadi fitnah?Dan bagaimana yang dikatakan daripada benda tu fitrah ia menjadi fitnah.sila jawab ye cik halimah:-)(tanya diri sendiri lak...hehe)

Ujian tu tarbiyyah daripada Allah,tanda sayang Allah pada hambaNYA.tarbiyyah(mendidik)seseorang tu dalam sesuatu perkara untuk lebih matang dan untuk Allah beri pengajaran melalui ujian yang dihadapinya.contohnya,ujian susah untuk mendidik sifat sabar dan memberi pengajaran supaya bersyukur dengan apa yang ada.

Tapi kadang-kadang ia boleh jadi fitnah bilamana,seseorang itu tidak sedar dirinya diuji atau pun mereka sedar diuji tapi melalui ujian tersebut tanpa membawa iman mereka sekali,tapi lebih kepada nafsu semata.

Contohnye,seseorang atau sekumpulan manusia yang diuji dengan kesusahan,hidup dalam serba kekurangan,ia adalah tarbiyyah dan tanda sayang Allah pada golongan tersebut,tapi ia menjadi fitnah apabila,golongan tersebut menganggap bila susah...mencari rezeki dengan melacur,mencuri,terlibat dengan sindiket minta sedekah.dan ia menyebabkan sesetengah masyarakat kita memandang serong terhadap golongan ini.ada la suara-suara sumbang"ni mesti kerja orang fakir sangat ni,sampai mencuri","hai tak ade keja lain la fakir miskin ni,asik dok minta sedekah je.."

Begitu juga hal hati,saya lebih sentuh mengenai hal antara lelaki dan perempuan,"cinta".ia benda fitrah manusia.cuma cara sahaja yang menyebabkan ia fitnah.sekarang ni heboh hal "couple",sampai ada yang fikir,kalau tiada pasangan tu,memalukan je.Seolah-olah menjadi adat dan berlaku dalam masa yang singkat dan terlalu mudah.Dahtu,ada yang fikir dan memang dah jadi adat dah,adat yang sangat-sangat perlu dibetulkan,bila dah tunang,sesuka suki mereka,keluar bersama-sama tanpa mahram,dan tanpa menjaga batasnya.Bagi saya pandangan masyarakat kita pada "cinta"sesama manusia pada era sekarang ni,bagi saya mengedikkan(ntah perkataan apa ntah saya guna...tanda geram),sesuatu yang fitrah,tapi dipandang dari sudut yang tak ikut garis panduan agama(ikut telunjuk barat),kalau dibuat "survey"saya pasti ramai yang akan setuju dengan budaya "couple",bertunang lagak macam dah kahwin nih.

Kita kena ingat,Allah dah sebut dalam surah Al-Ankabut,ayat 3,Allah uji untuk tahu kita ni benar-benar beriman,atau hanya cakap kosong sahaja!setiap orang ujiannya berlainan,ujian susah,ujian kaya,ujian pangkat,ujian itu,ujian ini...Jangan kita pandang apa yang Allah timpakan,tentukan pada kita adalah sebab kita manusia tak berguna,tapi...lagi banyak Allah uji,lagi sayang Allah pada kita lebih.ada pahammm anak murid sekalian;) (termasuk diri ni sekali nasihatnya...)wallahua'lam.



"bila Allah cepat kabulkan doamu,

Maka Allah menyayangimu,

bila DIA lambat makbulkan doamu,

maka DIa ingin mengujimu,

bila DIA tidak memakbulkan doamu,

DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,

sentiasalah bersangka baik dengan Allah,

kerana kasih sayangNYA lebih daripada kemurkaanNYA"

mujahidah:ujian tarbiyah daripada Allah,ujian tanda sayang Allah pada hambaNYA,sentiasalah husnozhon(bersangka baik)dengan Allah,pandang segala apa yang Allah takdirkan ke atas kita adalah sesuatu yang positif ,semoga kita bahagia dalam dakapan tarbiyyah Allah.insyaAllah.sama-sama doakn.nasihat buat diri yang lemah,hina lgi dina terutamanya,dan juga buat semua(*_*)


Free Signature Generator

06 May 2009

JOM FAHAMI AYAT-AYAT CINTA(*_*)

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.


1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya. Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya.

Ingat pesan Rasulullah SAW :
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya"

(Riwayat al Bukhari, no.5027)

sumber iluvislam.com

Hafal quran memang penting
tapi memahaminya lagi penting..
Memahaminya memang penting,
tapi mengamalkannya terlalu amat penting

(Fiqh Awlawiyat , Dr Yusuf Qardhawi)
Free Signature Generator


02 May 2009

JOM AMALKAN

Al-Mathurat
Al-Mathurat asepsetia Al Matsurat, Al Mathurat

mujahidah:mari sama-sama amalkan mathurat pagi dan petang(*_*)
Free Signature Generator

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...