09 April 2009

NEW LINE UP


Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M Saravanan

mujahidah:inilah senarai konco-konco,eh silap...senarai kepimpinan yag dipilih oleh PM baru ,Pak Najib kita:-)selamat bertugas la yek,harapnya bertugas dengan penuh bertanggungjawab dan ikhlas(*_*)insyaAllah,kalau tak mampu.... bagi pada orang lain pegang amanah tu;-)ramai je yang menunggu kat belakang tu^_^
Free Signature Generator

08 April 2009

SYUKRAN LILLAH,AKHIRNYA...

wajah-wajah penyandang amanah kepimpinan

Keputusan di Bukit Gantang=PAS menang,Allahuakbar!

Align CenterBukit Selambau=PKR menang,tahniah!
Batang Ai=BN menang,(bila lah nak dapat tawan)


mujahidah:Alhamdulillah,syukran lillah...walaupun pelbagai tektik kotor,mehnah dan tribulasi...kemenangan berpihak pada PR.Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS...TERIMA KASIH)

Free Signature Generator

07 April 2009

SYUKRAN A'LAIK

"kita datang berbekalkan amanah,fitrahnya tanpa sepalit noda,usah mengharap kembali menjadi kain putih,tapi berusahalah untuk kembali sebagai batik yang indah dipandang&selesa dipakai"

~UWAIS AL-QARNI~

mujahidah:maksud yang tersirat dan mendalam,sama-sama fikirkan(*_*)
Free Signature Generator

WAJAH TERBARU ADIK SAYA(*_*)

Assalammualaikum kawan-kawan semua,hari ni saya nak kenalkan wajah terbaru adk saya(*_~)

ha...eh ni macam muka saya je...eh...hehe sori silap2,ni saya w.mujahid

ha...yang ni baru adik saya,tomei kan...macam epal...gigit pun sodap

mata irah yang makin membesar...hik3

adik saya juga tidak mahu ketinggalan dengan teknologi terkini

la....dia dah penat "posing"...dia da syahid da...

ha...ni ketika ummi tak nak bagi dia susu...hehe tak de lah,dia suka hisap jari


mujahidah:inilah gambar-gambar terbaru sepupu bongsu saya,Wan Mahirah,umminya"send"gambar ke saya:-)rasa nak pergi Kelantan pulak tengok pipi dia yang makin "chubby"tu:-)kau makan apa ha irah sampai macam tu pipinya...bagi sikit lemak pipi tu ke abang aid dan abang iwan...hik3.
Free Signature Generator

06 April 2009

THE LATEST


Jam 1132am saya dapat mesej daripada adik saya seorang ni,Ibrahim@baim;-) yang berbunyi:

#Maklumat semasa-permintaan dari Tn Guru Ust Tn Ibrahim Tn Man,di Bukit Selambau Kedah,Pakatan Rakyat menghadapi krisis kerana Umno&BN memainkan isu perkauman kepada pengundi-pengundi melayu agar jangan keluar mengundi kerana kedua-dua calon yang bertanding adalah dari kaum India.Oleh itu para pengundi mungkin bermasalah dalam hukum untuk mengundi kepada yang bukan Islam.Jika ini berlaku Pakatan rakyat Kedah bakal tumbang seperti di Perak.Sama-samalah kita berusaha melaui doa setelah sumbangan telah kita salurkan#


"YA ALLAH BERIKAN KEJAYAAN DAN KEMENANGAN KEPADA KAMI DARIPADA GOLONGAN YANG ZALIM"


mujahidah:sama-samalah kita berdoa agar Allah membantutkan segala tektik kotor UMNO&BN dan memberikan kemenangan kepada PR.Allahuakbar!!!

05 April 2009

PILIHAN ANDA?




"KUASA MEMILIH DI TANGAN ANDA,PILIHLAH YANG SELAYAKNYA BERGELAR PEMIMPIN!"

04 April 2009

DILEMA



Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...


Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya...



mujahidah:Buat diriku dan wanita semuanya,hargailah diri kita,jadikan diri kita sebaik-baiknya,kita amat berharga nilainya sekiranya dipagari akhlak mulia,dipagari ajaran agama sebenarnya,"make ourself special!"pegang kata-kata tu,jangan letakkan diri kita di tempat yang hina,nauzubillah,mudahnya kita masuk syurga dengan taat kepada Allah,Nabi,dan suami.Moga kita tergolong dikalangan ahli syurga.ameen.

02 April 2009

dushhh!!!

Semalam 1/4/09 dalam jam 5.30 petang ada liqa’ wada’ Biro Dakwah & Tarbiyyah Ma’aruf Club.Sebelum bermulanya upacara yang dinanti-nanti(makan-makanJ)adalah sedikit pengisian rohani.MasyaAllah,tersentuh sungguh tazkirah tu.Tazkirah itu lebih kurang isinya begini…

“sekarang ni kita dalam fatrah “exam”,(ujian)apa yang kita rasa?takut dan risau dengan “carry mark”,takut tak dapat “good result”,takut gagal dan sebagainya,tapi sedar tak kita… bahawa dalam kita sedang diuji dengan “exam” dalam masa yang sama kita jua diuji dengan pelbagai ujian lain,ujian yang lebih besar untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak,ujian amal ibadahnya,ujian akhlaknya dan sebagainya.tapi bila mana kita sibuk dengan “exam”,kita lupa semua tu.dalam untuk “prepare”untuk “exam”,kita kene juga “prepare”untuk hari depan,hari kita bakal dibangkitkan.”exam”kita tahu bila tarikhnya,bila masa kita nak “counter”yang ni,yang itu…tapi untuk ujian yang lebih besar dari itu,matlamat akhirnya???kita tahu bila hari kiamat?bila dah berlaku,bolehkah kita minta masa untuk “counter”apa yang kurang?Kita tahu bila buat baik,natijahnya baiklah,begitu juga sebaliknya.Sekiranya kita “failed exam”kita masih boleh “repeat or resit paper”,kalau “dismissed”pun masih boleh merayu untuk masuk atau teruskan lagi pengajian,tapi adakah sama keadaannya bila kita sudah berada pada alam akhirat???masih bolehkah sekiranya kita gagal berbuat sehabis baik di dunia,kita boleh minta”repeat or resit”?adakah kita boleh minta untuk balik ke masa dahulu,untuk minta dan merayu untuk diberi peluang untuk mengumpul pahala,untuk banyakkan amalan?mustahil!bila mana kita telah berada pada penghujungnya,masakan mungkin kita akan dapat berundur ke belakang.tapi itulah kita manusia,lebih takut dan risau dengan ujian yang untuk di dunia sahaja tanpa sedar ujian yang lebih besar yang menjadi bekalan!itulah kita yang bergelar manusia…


“ujian sebenar kita ialah ujian di akhirat kelak,kejayaan sebenar kita jua adalah di akhirat kelak”


mujahidah:dushhh terkena lagii,memang tak nafikan takut nak hadapi “exam”ni,dengan “result mid term”yang membimbangkan,tapi sedar tak sedar ada perkara yang lebih perlu kita risaukan dan buat persiapan lebih rapi lagi.Persiapan abadi,persiapan bertemu Illahi.


PRE-MARRIAGE COURSE


28 dan 29 haribulan Mac hari tu saya dan beberapa orang sahabat saya pergi menyertai kursus pra-perkahwinan.Kami pergi sebab kami nak kahwin,tapi !bukan sekarang lah,calon pun kami tak ada lagi(*_*).Semua nak kahwinkan,ke tak nak(Nabi tak mengaku umat.)Persediaan awal sahaja,menyahut seruan senator Mumtaz,kena bersedia daripada sekarang.Mak saya pun berpendapat,benda tu kan ilmu,tak mengapalah.

Ada orang kata baik pergi dengan calon masing-masing(calon pun tak ada),tapi kami berfikiran berlainanJsaya dan seorang adik saya,Ain… buat keputusan nak sertainya pada hari terakhir pendaftaran.Mula-mula saya fikir banyak kali juga,tapi disebabkan dengan beberapa sebab(harga murah), saya dan Ain sertai juga.Ada orang kata kalau pergi kursus kahwin ni boleh menyebabkan seseorang itu“excited”nak kahwin,atau takut nak kahwin atau “balance”,Alhamdulillah kami semua rasa “balance”je:-)

Pada mulanya ada je adik seorang ni cakap”akak saya nak keluar dari audi ni”sebab apa nak tahu?sebab malu dan segan,sebab bila dah cerita mengenai alam rumah tangga,mestilah hal yang tak pernah kita ketahui yang berkaitan lelaki dan perempuan.Kursus dah tentu campur lelaki perempuan.Boleh katakan semua penceramah akan menyentuh hal”privacy”suami isteri,bukan apa,dah nama pun kursus perkahwinan,jadi semua perkara akan disentuh.ok, di sini ingin saya kongsi serba sedikit perkara yang disentuh.
Antara tajuk yang disentuh dalam Kursus tersebut,ada 7 semuanya:


1. Aqidah & Ibadah Dalam Islam


-Hal ni kena “settle”,kalau tidak rumahtangga bermasalah(kekuatan iman)

-Carilah bakal ibu yang baik,cari bakal bapa yang baik

-Suami lebih berperanan dalam keluarga,dan isteri membantunya.

2. Pengurusan kesihatan

“2 nikmat yang selalu manusia terpedaya,kesihatan dan lapang masa”

(hadis oleh Ibnu Abbas)

-Bila kahwin kebanyakkan akan berubah bentuk fizikal,terutamnya suami, akan gemuk atau “look chubby”,ia menyebabkan si suami lebih penyayang dan lemah lembut

-Kesihatan kena “settle”awal supaya tiada masalah kemudian hari

-Pakar perkahwinan menyatakan bahawa pasangan akan dapat menyesuaikan (habis kenal)dalam masa 1-7tahun

-4 prinsip kesihatan(kebersihan,jaga makan &minum,riadah,cegah penyakit)

-faktor-faktor pengaruhi kesihatan(gaya hidup,keturunan,penyusunan keluarga)

p/s:beberapa video ditunjukkan seperti video melahirkan anak normal ,sonsang dan bedah,dan juga keadaan anak dalam perut(mengikut bulan).MasyaAllah begitu Agungnya Allah.

3. Pengurusan Kewangan & Masa & Bentuk-Bentuk komunikasi hubungan suami isteri.



-perancangan kewangan yang baik(tahu sumber pendapatan,aliran wang&elak bazir)

-keperluan asas70%,kehendak 20%,simpanan 10%.

-pengurusan masa dari segi(balik kampong,bersukan,ibadah,istirehat,perhatian pada keluarga)banyakkan berbincang

-Bentuk komunikasi pula,kena mengawal marah,cakap guna bahasa elok,panggilan suami dan isteri panggilan yang baik(menceriakan),kena ada sifat saling hormat menghormati.

-suami isteri kena mudah bermaafan dan berterima kasih.

4. Perkahwinan & Prosedur Permohonan

-persediaan sebelum kahwin(ilmu fardhu ain &kifayah,fizikal dan mental,ekonomi dan social)

-suami kena ambil tahu hal wanita contoh putaran kedatangan “bulan khas”.

p/s:ada menunjukkan contoh borang-borang yang perlu diisi oleh pasangan yang ingin berkahwin.


5. Pengurusan Masalah,stress & Konflik dalam rumahtangga.



-Pasangan kena ingat,bila berkahwin keluarga akan menjadi lebih besar(tambahan,mak mertua,bapa mertua,adik beradik ipar)

-suami dan isteri kena menerima diri masing-masing seadanya.

-Jangan sukar lafazkan maaf.

p/s:penting!kerana bila dah kahwin masalah pasti timbul,salah faham itu biasa,jadi kena pandai tanggani dengan baik.

6. Pengurusan Talaq,taqlid,fasakh dan prosedur permohonan penceraian.

-talaq:si suami melafazkan cerai terhadap isterinya,contoh:”aku ceraikan kau dengan talak 1”

-taqlid:si suami melafazkan cerai secara kinayah.contoh:”kalau kau keluar rumah ni,maka terjatuhlah la talak”

Fasakh:si isteri meminta dibebaskan dengan menggunakan mahkamah.


7. Akhlak Dalam rumahtangga & bentuk hubungan dalam sistem kekeluargaan Islam.

-hidup suami isteri bukan sehari,sebulan tapi selama-lamanya.

-hubungan suami isteri,hubungan yang menceriakan.

-Jaga hubungan dengan Allah,didiklah keluarga Islam yang sebenar,nescaya rumahtangga terpelihara.




(KASIHMU AMANAHKU BY ~IN-TEAM~)


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Mujahidah:Berkahwin bukan untuk sehari,sebulan,setahun tapi selama-lamanya.Banyak masalah keruntuhan rumah tangga berpunca daripada rumah.Disebabkan itu juga saya berpendapat,perlu mengetahui”hint”mengenai alam rumah tangga ini.Bermula daripada sekarang buatlah persediaan awal untuk ke arah itu.dari segi sudut kesihatannya,ibadahnya,dan saranan juga buat bakal-bakal isteri, dan suami,terimalah calon anda seadanya, jadikanlah Rasulullah S.A.W sebagai contoh terbaik.wallahua’lam.

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...