" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

30 July 2013

ANAK-ANAK TEACHER...

Bismillah...

Mode : saje nak mencoret telatah anak muridku hari ni :) 

Dalam 5.00 petang.Sedang mengenakan stokin di dalam kelas,untuk duduk di luar tadika,menunggu ibu bapa yang akan mengambil anak-anak mereka pulang ke rumah...tiba-tiba masuklah seorang si cilik 3 tahun iaitu Aisyah Humairah.Terjadilah dialog cute ;)

Aisyah : Teacher,buat apa tu?

Teacher : Pakai stokin...Nak duduk kat lua...

Aisyah : Mana teacher boleh duduk kat lua...teacher kene duduk kat dalam...jaga anak-anak teacher...

Teacher : (Saje nak memastikan,apa yang dimaksudkan dengan istilah anak-anak teacher,lalu meneruskan perbualan) anak-anak teacher?sape anak-anak teacher?

Aisyah : Aisyah Humairah,dengan kawan-kawan la...

Teacher : ^_^ (Senyum...how sweet...lalu si cilik tu pun terus berlalu)


Aisyah Humairah @ kakak,sedang belajar Al-Baghdadi :)

Tak tahulah,kenapa suka sangat this moment ^_*

Si cilik 3 tahun dalam kelas,ada 6 orang,4 orang daripada mereka,sangat-sangat keletah bercakap dan pandai bercakap,4 years pun ada lagi yang masalah dalam bercakap...seronok kadang-kadang dengan telatah diorang,dan kadang-kadang suka mengusik diorang ;) nak marah pun kadang-kadang tak jadi,kadang-kadang terjadi jugak....=,=

Bila dah kerja di tadika daripada bulan 1 hari tu,baru faham serba sedikit,istilah anak itu ujian,sebagaimana dalam Surah At-Taghabun(tak ingat ayat berapa) ada menyebut,yang menyatakan "harta benda dan anak itu ujian buat kamu,dan di sisi Allah itu ganjaran yang besar" .Sangat-sangat memerlukan KESABARAN...Allah...!seriously,awal-awal dulu boleh la tahan lagi,lama-lama Allah...maklumlah anak semua 17 orang...macam-macam ragam dan karenah...=,=

Salah satu juga pengajaran lain duduk dengan budak-budak ni,mengajar supaya mengawal perasaan daripada bias terhadap anak-anak,dia pandai ke,dia lambat sikit ke,dia nakal banyak ke,dia itu ke,ini ke,jangan berat sebelah.Alhamdulillah,terdidik sikit dengan sedikit kehidupan yang terbentang di dunia tadika ;)Semoga ada manfaatnya buat masa kehadapan dan sekeliling...

23 July 2013

Cinta dalam maksiat?



* Apabila Allah mencintaimu,maka DIA akan mentapkanmu kematianmu dalam Islam.

* Jadikanlah hatimu gembira tatkala engkau menyembah Allah .

* Bagaimana engkau tahu bahwa engkau tetap di atas Islam?
ialah apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah .

*Janganlah dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya,tapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

*Mati dalam Islam jauh lebih baik daripada mati dalam kekufuran.

*Doa para solehin : "Ya Allah aku mencintaiMU walaupun aku bermaksiat kepadaMU"

*Sahabah,Amru ibnu Al-Ash : "Ya Allah,aku bukanlah seorang yang lepas daripada dosa,maka aku memohon pengampunan,dan bukanlah orang yang kuat dalam beribadah,maka aku memohon pertolongan,dan tiada pertolongan dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah"



06 July 2013

We Support U!

Semasa tekanan pemberontak memuncak, Uthman bin 'Affan radiyallahu 'anhu telah meminta pendapat Ibn 'Umar radhiyallahu anhuma:

Uthman: Orang ramai mendesakku dengan berkata "letak jawatan atau kami akan membunuhmu!"

Ibn Umar: Adakah engkau akan hidup selama-lamanya di atas muka bumi (tidak akan mati)?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka mendapat apa-apa manfaat dengan membunuhmu?

Uthman: Tidak.

Ibn Umar: Adakah mereka yang menentukan Syurga dan Neraka untukmu?

Uthman: Tidak

Ibn Umar: Maka janganlah sekali-kali engkau menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan buatmu. Atau nanti akan menjadi 'sunnah' (kebiasaan) kaum selepasmu setiap kali satu-satu kaum itu tidak menyukai khalifahnya, mereka memecatnya atau membunuhnya!

[Al-Bidayah wa al-Nihayah 4/198]

Bertahanlah wahai Presiden Morsi. Engkau menerim
a amanah kepimpinan itu secara sah. Maka janganlah engkau tunduk kepada tekanan perusuh munafiq itu!





By Ustaz Hasrizal Abdul Jamil(Saiful Islam)



mujahidah : lebih selesa update blog daripada update FB pulak sekarang ni.

Terus terpilih?

Bismillah... 

MasyaAllah,beberapa hari ni,tak tergambar perasaan yang mencengakam.Dalam nak menuju Ramadhan, dikejutkan dengan perkhabaran di Mesir,semalam dan hari ini,diri ini pula mendapat khabar berita kematian.Seorang Tok Imam yang dikenali di Serkam ni,iaitu Imam Kadir,perginya tanpa tahu sebab...SubhanaAllah beliau meninggal pada hari semalam,hari Jumaat,Hari ni pula,dapat berita kematian seorang mak cik yang agak sinonim nama beliau dengan diri,tapi wajahnya tak terkeluar daripada memori.

Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum!

2 hari berturut-turut berita kematian, 
Adakah berterusan menjadi insan pilihan, 
dalam menempuh bulan tarbiyyah,bulan Ramadhan? 
Allah,beriku kesempatan,
Untuk terus memperbaiki segala keburukan dan kejahatan,
Ku mohon usia berpanjangan,
Melalui panjangnya perjuangan dalam dunia kehidupan ,
DaripadaMU ku bergantung harapan dan ku mohon kekuatan!

mujahidah : fikiran mula berfikir bukan-bukan,setelah asakan demi asakan di Mesir.Ia bukan sahaja memberi kesan saudara seIslam di sana,bahkan di Palestin dan lainnya.Ya Allah...apa pun pentarbiyyahan yang bakal dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata(fasik dan munafiq!) menuju Ramadhan ini,tiada lain dan tiada pergantungan dan kekuatan,melainkan daripadaMU.Hancurkan perancangan jahat dan angakatan mereka!

Wahai Saudara seIslam,janganlah bila umat Islam mula ditindas,barulah kita nak terhegeh-hegeh berdoa,tapi bila selesa,tiada khabar yang bikin semua tak keruan,langsung dalam doa kita,tiada pun dihadiahkan buat seluruh umat Islam di dunia ini...Wahai saudara seIslam ku,itu bukan sifat mukmin sejati,mukmin sejati itu dia ingat saudara seIslamnya ketika susah mahupun senang.Sedangkan saat ini,doa itulah yang kita di Malaysia, yang kita mampu titipkan.Allah...Allah...Allah...!


Cakna Mesir...! di Mesir Kini

05 July 2013

ALLAH MA'AN,ALLAH MUSTA'AN

"Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan,orang yang banyak menderita,jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu mengingati Tuhan.Bertuahlah mereka-mereka yang diuji,kerana sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan menanti!"


Pentarbiyyahan menuju Ramadhan,buat penggerak dan penyokong kebenaran di Mesir.Pentarbiyyahan berterusan buat Palestin,Syria,Rohigya.Hakikatnya,tarbiyyah itu sifatnya berterusan individu mahupun berkumpulan.Allah...Allah...Allah...!

[ALLAH MA'AN,ALLAH MUSTA'AN]




02 July 2013

Nikmat daripadaNYA

Alhamdulillah 29-30 Jun baru-baru ni dapat mengikuti Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul,di UIAM anjuran One Heart Creative Solution bersama mak cik bongsuku Saadah,sepupuku Hazwani,dan 2 orang adikku Adah dan Ruz.Bertolak daripada Melaka 28 malam dan menumpang kasih di Baitul Sofea,teratak yang terakam pelbagai cerita :)

Sedikit perkongsian sepanjang Konvensyen :

-Kita tak mahu ibadah hanya jadi rutin,takut nanti lama-lama jadi jemu,kita perlu suntik roh dalam setiap ibadah.

-Merintih jalan Allah,perlu melalui jalan Nabi Muhammad SollaAllahu 'alaihi wasallam.

-Muhasabah -dari mana aku datang -kenapa aku datang?-lepas ni nak ke mana?

-Islam ajar kita sentiasa berfikiran positif.

-Khusyu' itu ibarat kita dah lama tak makan,dan kita tiada apa-apa untuk dapatkan makanan,lalu kita merayu dengan amat dengan orang,untuk memastikan kita dapat makan.Merayu dengan sungguh-sungguh dan dengan amat untuk dapat makan.

-Cinta Allah dan Nabi,ibarat seseorang yang dapat projek,yang asyik ingat projeknya,nak makan ingat projek,nak tidur ingat projek,seluruh hidupnya diselubungi projek,itulah baru rasa cinta.

-Wajib,buat sungguh-sungguh,haram,tinggal sungguh-sungguh,sunnat,usaha untuk buat,makruh,usaha untuk tinggal.

-Perkongsian cerita oleh Ustaz Ridhaudin,yang beliau menyaksikan sendiri kematian seorang insan yang tiada apa di dunia,tapi makhluk di langit amat merindui beliau.Pak cik yang dikenali sebagai Pak cik Choi,seorang yang kulit gelap,tak handsome,hanya kerja sebagai panjat pokok kelapa,tapi meninggal di hadapan ustaz ketika ustaz sedang menyampaikan khutbah,pak cik tersebut sedang solat di hujung pintu,tiba-tiba di tahiyyat terakhir,ustaz ternampak pak cik tersebut belum sempat memberi salam badannya terbelakang,seolah-olah terpelanting.Ustaz tak sempat mendapatkan terus pak cik tersebut,lepas solat ustaz terus dapatkan pak cik tersebut.Ustaz menangis,kerna indahnya kematiannya,meninggal pada hari jumaat,ketika sedang solat,dalam keadaan berwudhu',dan antara tanda lain,pak cik tersebut berpeluh.SubhanaAllah...!Apabila sampai di rumah arwah,ustaz tanya pada isteri arwah untuk urus jenazah,mak cik kata hanya ada RM200,hati ustaz luluh,bila minta orang lain,rupanya ramai tak kenal pak cik tersebut,mungkin kerna hanya seorang pemanjat pokok kelapa,tapi bila diminta untuk kumpul duit subhanaAllah,ada yang bagi sampai RM2,000,bahkan setelah selesai uruskan jenazah masih ada lebih RM2,000 lebih.Salah 1 tanda perginya baik juga,urusan pengkebumiannya cepat,arwah ditanamkan di Yan,kalau daripada rumah arwah makan sejam.Beliau mula diuruskan jam 3pm tapi selesai jam 6pm.Allah...Allah...Allah...!cerita ni benar-benar membuatkan,benarlah dunia ni kalau kita kejar,tak bawa ke mana,kereta besar?rumah besar?Sungguh menginsafkan...Semoga ia kekal membekas di hati untuk mengejar dunia ini sekadarnya.


Konvensyen ini menjadi asbab tertentu,
meruntun jiwa,mengusik qalbu,
Menyengar kisah di Baitul Sofea 1 ketika dulu,
Mempertemukan daku antara insan yang ku rindu,
Hatiku bertaut kembali bersama Adah,Umi,Wani,If,Aina,Imad,namun Lin,Ain dan Tuan tak berjodoh kami untuk bertemu,
Alhamdulillah atas nikmat daripadaMU...

mode : 2 hari tak pergi kerja,pentarbiyyahan menuju Ramadhan barangkali...Alhamdulillah,now more better than 3 days ago :)

CORET MORET INTERVIEW

Alhamdulillah 24 Jun 2013 hari tu,diri telah pun menghadiri temuduga JAIM untuk jawatan guru sekolah rendah agama.Pertama kali dalam hidup,menghadapi temuduga untuk kerja.Temuduga diadakan di Auditorium Masjid Negeri,Masjid Al-Azhim Melaka.

Sampai sahaja terus daftar nama dan dapat 'task' daripada AJK untuk menjawikan bahasa rumi.Alhamdulillah,ok :) Sedang menanti dalam audi,diri disapa,rupanya yang duduk sebelah ,kawan sekolah menengah dulu,cuma tak sekelas je,dia menyapa sebab terpandang nama yang terpampang pada kertas yang perlu dijawikan tadi,

"halimah jaapar,macam aku pernah dengau tu aku tegur",

aduhhh masalahnya aku pulak lupa namanya,muka memang pernah tengok,maklumlah dulu kat sekolah tak rajin mengenal orang :p (getus dalam hati)

Memang kelemahan utama bab nama,bab muka,ingat muka,mungkin lupa nama,ingat nama,lupa pula muka,hanya berdoa dalam hati,semoga Allah mengingatkan namanya melalui perbualan kami supaya dia tak terasa jika diri tak ingat namanya.Alhamdulillah,akhirnya cerita punya lama,dia sendiri menceritakan sesuatu perkara yang membuatkan dia menyebut namanya,Saidah Mahmud :)

Alhamdulillah,turn untuk interview awal.Turn nombor 16,Saidah jauh sungguh,nombor 67.Mungkin kena sebelah petang.Sampai sahaja turn,diri dan 4 orang yang lain dibawa oleh AJK ke bilik sebelah kanan audi,yang 5 lagi,di sebelah kiri audi.Panel ada 4 orang,dengar khabarnya ada 2 panel yang akan cakap ikut suka mereka,ada 2 panel yang ok.Masa tu,sebenarnya masih blurr,jadi terbayang akan berhadapan dengan keempat-empat ahli panel,so diri ready je la,kalau nak kena marah ke,nak itu ke,ini ke.Yang penting cuba yang terbaik.

Sepanjang menunggu di luar bilik temuduga,berbual dengan calon di sebelah,rupanya dia dah banyak kali menghadiri interview bawah JAIM,dia cerita serba sedikit pengalamannya,ada yang ok,ada yang tidak.Dia belajar sampai SPM sahaja.Dia pula jenis gugup,kadang-kadang dia tahu jawapan tu,tapi sebab takut tu menguasai dirinya,lalu selalu sangat tak dapat jawab,diri ni hanya memberi sedikit semangat ke adik tu yang termampu.

Alhamdulillah,kami dijodohkan dengan 2 ahli panel yang baik.Seorang wanita dan seorang lelaki.Panel wanita tersebut lebih banyak bertanya mengenai latar belakang setiap daripada kami,dan pengetahuan am,seperti nama Ketua Menteri Melaka,Nama pengarah JAIM,SUK Melaka,kebanyakkan kami dapat jawab,tapi cuma kurang tepat,sebab panel nak yang lengkap dengan gelaran dan jawatan yang disandang.

Dengan ahli panel yang kedua,lebih kepada bidang mengajar itu sendiri.Ustaz yang lulusan LLB Mesir ini,bermain di sekitar,berkaitan dengan task tukar rumi kepada jawi,kemampuan mengajar Al-Qur'an,Fardhu ain,feqah.Personally,soalan yang dilontarkan oleh ustaz amat basic,tapi amat menyedihkan,ramai tak dapat menjawab.Soalan yang ustaz ajukan,apa dia fardhu ain,fardhu kifayah,apa dia idgham maal ghunnah,sampai ustaz mengajukan soalan perli kepada salah seorang peserta"Aaron Aziz tu sape?" boleh lagi peserta tu kata"rasanya nama sebenar dia Haron" ,tanpa dia sedar yang dia sedang diperli oleh ustaz.Ustaz pun smash lagi sambil senyum sinis,"yang tu siapa tu?yang bawa awak kenal apa?yang entah bukan-bukan,ini yang saya tanya pasal basic agama,yang selamatkan awak dunia akhirat awak tak ingat!,maaflah kalau saya cakap begini,saya anggap awak-awak semua adik-adik saya je,kita betulkan sama-sama,kalau cikgu tak betul,apa jadi budak-budak kat sekolah nanti?"

Allah...Allah...Allah...realiti sekarang,memang agama makin jauh daripada hidup manusiawi sekarang,cuma masih bersangka baik,mungkin mereka tu tahu apa fardhu ain dan yang lain,cuma mereka tak tahu nak jelaskan bagaimana,Allahua'lam..Diri ini kedua terakhir diajukan soalan,"Halimah,awak bidang Quran Sunnah tadi kan? tolonglah kawan-kawan awak yang lain ni,apa dia idgham maal ghunnah"ingat cukup sekadar tu,"fardhu ain tu apa,fardhu kifayah tu apa?mengajar tu, fardhu kifayah ke fardhu ain"Cuba menjawab sehabis baik,Alhamdulillah untuk diri sendiri puas hati,Allahua'lam :).'Ala kulli hal,alhamdulillah,amat suka interview matang begini,walaupun saya dimaklumkan akan ada soalan berkaitan politik yang tak matang berdasarkan pengalaman kawan,mak cik pak cik sebelum ni.Alhamdulillah tak ada,barangkali disebabkan oleh Ketua Menteri baru agaknya,mudah-mudahan:)

Mujahidah : Nice moment :)