" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

26 March 2012

JOM!

22 March 2012

22/3/2004


Dia pergi dalam memperjuangkan Islam,kita mati?mudah-mudahan jua tergolong dalam golongan yang memperjuangkan Islam! Allahumma thabbit qulubina jidahi fi sabilik!

20 March 2012

KM vs PJ Melaka

CALL OF DUTY

:: Jumaat baru-baru ni berpeluang menghadiri kuliyyah subuh di masjid UIAM bersama roomate Palestine saya Aisha Abed,yang disampaikan oleh Syeikh Shreef Al-Araby,bersempena dengan program Call of Duty,Palestine & Syria Will be Free.Beberapa perkara yang ingin dikongsi bersama:

*Wajib bagi semua umat Islam membantu umat Islam yang di dalam kesusahan.Bantulah mengikut kemampuan masing-masing.Ambil tahu hal saudara seIslam seluruh dunia.

*Kepada penganjur-penganjur yang membuat program dan pihak-pihak yang terlibat dengan pelbagai aktiviti menandakan concern terhadap ummah seperti concern Palestin dan Syria,pastikan usaha anda seiring makin dekat denganNYA seiring tawakkal kepadaNYA.Jika buat program murni tapi solat pun di akhir waktu,di mana keberkatannya?

*Bermula hari ini,listkan perangai buruk dan cuba buang ia satu persatu.

*Perangai baik,teruskan ia dan tambah baikkan ia ::

IA TETAP 1 MISTERI!

♥ Hal jodoh terus 'bertanya' kepada-NYA,kerna DIA lebih mengetahui.Usah kita berlagak seolah-olah kita tahu siapa jodoh kita,usah berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah jodoh kita,kerana jodoh sentiasa menjadi rahsia Allah.Kita perlu bersyukur kerana Allah merahsiakan jodoh kita.Hasilnya kesucian jodoh itu terpelihara.Misteri jodoh itu membuatkan kita terpesona tatkala akad nikah dilafazkan.

Jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap sebelum sampai waktunya.Sebagai insan,kita perlu sentiasa berdoa supaya misteri jodoh yang selama ini belum terungkai menjadi saat indah yang hanya dirasai tatkala ikatan suci pernikahan dimeterai [MISTERI JODOH] ♥

04 March 2012

JEMPUT HADIR



:: Patah tumbuh,hilang berganti::

03 March 2012

RAHMAT

Assalammua'alaikum.MasyaAllah lama rasanya tak memberi di laman ni.Tetiba rasa terpanggil untuk berkongsi daripada perkongsian adik saya,Omar Jaapar dari laman FB nya :

Tersentuh hati ini dengar cerita di rancangan tanyalah ustaz pagi tadi. Cerita lebih kurang begini.seorang wanita kematian suaminya.lalu di ajak orang kampung untuk menguruskan jenazah suaminye tadi.tapi semua orang tak nak kerana suami wanita ini jahat,kaki mabuk.lalu wanita ini pun membawa mayat suaminya bertemu seorang ustaz di kaki bukit.ustaz tersebut menyempurnakan jenazah lelaki itu.lalu orang ramai bertanya kepada ustaz itu.mengapa di kau menguruskan jenazah die sedangkan die adalah kaki mabuk.lalu ustaz itu menjawab.aku bermimpi malam tadi supaya menguruskan mayat lelaki ini kerana dosanya telah diampunkan.lalu orang ramai pun turut mensolatkan jenazah lelaki itu.ustaz itu kemudian bertanyakan kepada isteri itu.apa amalan suamimu ketika hidupnya?isteri itu menjawab,memang die kaki mabuk.tapi die ade 3 amalan yang tidak pernah die tinggal.

1.apabila pulang dalam keadaan mabuk,dia akan tidur.namun dia akan bangkit semula dari tidur ketika azan subuh,dan MENUNAIKAN SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH DI MASJID.

2.suamiku sangat MENYAYANGI ANAK YATIM. Apabila mereka datang,die akan memberi layanan istimewa pada mereka.

3.apabila die terbangun di tengah malam, die akan menunaikan solat sunat dan berdoa sambil menangis.YA ALLAH, LUBANG NERAKA MANAKAH KAU NAK CAMPAKKAN AKU ATAS DOSAKU INI.

Kesimpulannya di sini,bukanlah nak suruh kita mabuk.tetapi nak menunjukkan Maha pengasih,maha pengampun dan maha penyanyang Allah terhadap hambanya walaupun kita seringkali melanggar perintahnya dan tidak mengikut suruhannya.

mujahidah : Jangan pernah berputus asa daripada rahmat Allah!