17 February 2012

KONVOI KE MELAKA

KEMBALI MENYELUSURI

‎[SAIDINA ABU BAKAR DALAM MENANGANI ISU MURTAD]

Saidina Abu Bakar membentuk 11 pasukan penggempur dengan setiap satu nya dipimpin oleh seorang Komander.Antara komander menjadi pilihan Abu Bakar ialah Khalid bin Walid,Amr bin al-As dan 9 orang komander yang lain.

Setiap komander itu pula diberikan sehelai bendera,dengan penentuan tugas tertentu ,dan diizinkan menerima masuk anggota baru ketika bergerak ke destinasi yang telah diberikan pada setiap komander.

Sebelum bergerak,Abu Bakar memberi amanat kepada 11 komander tersebut untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk yang murtad supaya kembali semula ke pangkuan Islam.

"Aku merasa dukacita mendengar kamu berpaling dari Islam,agama yang benar dari Allah,disebabkan hasutan dari syaitan.Kini,aku kirimkan pasukan Islam.Aku arahkan mereka supaya tidak melancarkan serangan sebelum menawarkan Islam & sesiapa bertaubat & kembali ke pangkuan Islam mengelakkan diri dari aktiviti yang memusuhi Islam,kemudian melakukan amalan yang baik,maka mereka akan dimaafkan & diberi keampunan.Sesiapa yang menolak Islam & berterusan memusuhinya,mereka tidak akan dilindungi & tindakan keras akan diambil terhadap mereka & tentunya mereka tidak dapat menghalang taqdir Allah"-antara amanat Abu Bakar kepada komander.

Kepada komander,Abu Bakar turut memberi amanatnya,agar mereka sentiasa bertaqwa kepada Allah & jangan melengahkan tugas dan kewajipan ,tidak melancarkan serangan pada mereka yang menyambut seruan azan.Mereka yang membunuh orang Islam harus menerima pembalasannya & pilihan orang-orang murtad hanya 1,iaitu serah diri dan bertaubat atau diserang habis-habisan.

Hasilnya,penyelewengan dan pemberontakan menentang pemerintahan Islam dapat ditumpas,& dibawa kembali dalam pangkuan Islam termasuk Tulaihah & Sajjah(mendakwa dirinya nabi).

::PETIKAN BUKU KHULAFA' RASYIDUN & DAULAH ISLAMIAH OLEH HJ.MOHD RASHAD SHAMSUDDIN M.D~mode: kembali menyelusuri perjuangan para khulafa' rasyidun~ :: beli la buku ni,insyaAllah tak rugi.

~Seriousnya Abu Bakar seorang pemimpin ketika itu dalam menangani isu murtad,tapi kini?Hanya ada perhimpunan gah sehari(tak sampai sehari pun) pastu senyap je.Sedangakn hal ini bukan perkara remeh dan enteng.Dalam FB ni pun dah makin menjadi-jadi individu2,kelompok2 tertentu cuba menyelewengkan aqidah umat Islam~Allah tetapkan kami sentiasa dalam agamaMU,mentaatiMU!

14 February 2012

ALLAHUAKBAR!


إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجاً
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاباً
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

PUTERI

11 February 2012

SYRIA WILL BE FREE!

MENJENGAH SAUDARA SEISLAM DI SYRIA


Seramai 107 orang ulama' dunia telah bersetuju dengan satu kenyataan berkenaan isu yang berlaku di Syria sekarang. Antara kandungan kenyataan yang dipersetujui tersebut antaranya ialah ;

1) Umat Islam perlu mendokong perjuangan rakyat Syria yang mahukan kebebasan daripada Rejim Asad.

2) Menyeru agar Rakyat Syria bergabung dengan tentera Syria yang telah berpaling daripada Rejim Asad untuk membebaskan negara mereka.

3) Menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk bertindak dalam menangani isu ini. Antaranya ialah dengan mengusir kedutaan Syria di negara masing-masing dan memutuskan hubungan dengan negara yang menyokongnya terutamanya China dan Rusia.

Antara ulama' yang menandatangani kenyataan ini adalah Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Dr.Yusuf Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Syeikh Rasyid Ghannouchi (Ketua An-Nahdhah), Syeikh Abdul Majid Zindani, Syeikh Aid al-Qarni, Syeikh Salman Audah, Syeikh Muhammad Hassan dan ramai lagi.

Dan lagi...

KENYATAAN TERBARU OLEH SYEIKH 'ALI AS-SOBUNI BERKAITAN REVOLUSI SYRIA:

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang(Keterangan Untuk Manusia)
Khadam Kepada Al-Quran dan Sunnah,
Muhammad Ali As-Sobuni
Kepada Semua Umat Islam dan Arab

-Wajib bagi setiap muslim membantu sedaya mampu saudara seagamanya yang dizalimi jika tidak dia dikira bersubahat dengan jenayah yang dilakukan oleh pihak musuh

-Menyeru kepada kerajaan Islam dan negara Arab agar menutup kedutaan Syria serta menghalau Duta Syria keluar dari negara masing-masing selain memutuskan hubungan dengan rejim Basyar

-Atas nama peribadi dan nama Kesatuan Ulamak Islam Syria, saya mengeluarkan fatwa HARAM menjalinkan kerjasama ekonomi dengan Russia dan China serta memboikot produk kedua-dua negara tersebut

-Menuntut setiap insan yang merdeka agar bersama-sama rakyat Syria dan meminta rakyat Syria bersatu dalam saf yang satu kerana kemenangan dari ALLAH amatlah hampir.

Tarikh: 16 Rabiul Awal 1433/8 Februari 2012

Syeikh Muhammad Ali As-Sobuni,
Presiden Kesatuan Ulamak Syria


Bilangan kematian akibat rejim Syria sepanjang 329 hari hingga 6 Februari 2012? Ia direkodkan seramai 7,904 orang di seluruh Syria. Wilayah paling tinggi angka korban setakat ini ialah Homs dan diikuti Idlib. Tentera Syria ketika ini masih berkampung dan menggempur wilayah Homs. Berikut dipecahkan bilangan kematian mengikut wilayah:

Homs (3,186 orang)
Idlib (1,222 orang)
Dar'a, wilayah pencetus revolusi (993 orang)
Hamah (849 orang)
Pinggir Damsyik (735 orang)
Dir Zur (330 orang)
Tortus (223 orang)
Damsyik, ibu negara (188 orang)
Halab (80 orang)
Al-Laziqiyah (56 orang)
El-Haskah (20 orang)
Ar-Riqqah (13 orang)
Suwaida' (5 orang)
El-Qanaitarah (3 orang)



AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN!

mujahidah : Di Syria telah berlaku pembunuhan sesuka suki oleh rejim syria,syiah yang menghalalkan darah sunni!Allah sentiasa mendengar doa hamba-NYA,Doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah,ayuh sentiasa mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia!

03 February 2012

IMAN SUCI

KEARAH IMAN YANG SUCI
by DrJaffry Hassan

Sesungguhnya dalam menuju dan mendapatkan hakikat sebenar iman yang suci dan murni, perlulah kita mengenal atau memahami syariat (peraturan) serta hukum pertimbangan sunnah dan kehalusan tertib agar hakikat iman yang suci akan sentiasa diberi petunjuk dari Allah yang Maha Esa.

PERTAMA:

Setiap saat kita beribadah dan beramal perlulah dengan sikap ketekunan dan hadirkanlah Allah dihati kita. Sambil berdoa "Wahai Allah engkaulah yang ku maksudkan dan redha-Mu yang kutuntut."

KEDUA:

Sentiasa merasakan "Tiada daya dan upayaku selain dari-Mu ya Allah". Haruslah kita merasakan LEMAH dan sangat memerlukan himpunan daya Allah, merasakan TULI dan memerlukan himpunan dengan pendegaran Allah, merasakan BUTA dan sangat-sangat memerlukan himpunan penglihatan Allah, merasakan FAKIR dan DHAIF dan sentiasa memerlukan himpunan kekayaan, kemewahan serta kekuatan dari Allah. Lemah dan hinanya kita untuk mentaati perintah Allah, pabila kita menghadapi sebarang permasalahan Allah sahajalah satu-satunya penolong dan penyelamat yang paling sempurna. Pertolongan Allah itulah yang paling sempurna dan mutlak sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Fatihah ayat 5: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"

KETIGA:

Merasakan penuh kusyuk, iaini mata hati kita melihat Allah. Sesungguhnya yang menjadi penggerak dalam ibadah adalah "nikmat" Allah yang berhimpun pada ROH dan JASAD kita dan juga sebagai kekuatan atau pemangkin kepada beribadah. Jika berpisahnya hubungan kita dengan Allah SWT, umpama Roh keluar dari JASAD yang kaku dan kelu, maka dengan ini haruslah kita menunaikan HAK kepentingan agama dalam segala hal. Sesungguhnya dengan cara inilah menjadi pemangkin dan akan menimbulkan rasa taat, rendah hati dan kusyuk.

KEEMPAT:

Akur dan menerima dengan hati yang sangat terbuka akan hakikat kenabian. Sesungguhnya Rasulullah SAW dizahirkan Allah dengan 2 keadaan. Pertama jasad dan sifat Nabi SAW adalah sebagai contoh tauladan yang sangat sempurna. Kedua Nur Nabi SAW yang menjadi cahaya dan sebagai nadi penggerak dalam melakukan ibadah serta penyelamat umat seluruh alam. Oleh yang demikian haruslah kita mencontohi rasulullah SAW dan perbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW.

KELIMA:

Menuju AHAD (Allah yang satu). Allah berfirman dalam hadis Qudsi: "Hendaklah kamu berjalan menuju kepada-Ku, Akulah yang menjadi penuntunmu, laluilah semua rintangan, langkahlah semua gangguan, hati-hatilah jangan engkau berhenti bersama dirimu, nescaya engkau binasa."

Dengan ini marilah kita dengan tekad yang satu, hanya Allah sahajalah yang Maha berkuasa dan makhluk langsung tidak berkuasa dan memberi manfaat. Hanya Allah sahajalah yang terpahat serta bertahta dihati kita.wallahhualam...

~اللّهمّ صلّى على سيّدنا محمّد~

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...