" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

23 December 2011

ANDA BIDADARI!

” Awak tak cantik ”

” Awak tak ada rupa..”

” Saya kurang berkenan..”

” Gelap..tak putih “

Bukan mudah untuk seorang wanita menerima hakikat dirinya ditolak semata-mata atas faktor rupa parasnya sahaja. Apatah lagi jika sebelumnya, dia telah bersungguh-sungguh mempersiapkan diri supaya kelihatan cantik dan anggun.

Lelaki pula, kebiasaannya menggunapakai kaedah ‘ mata adalah hakim pertama ‘. Tidak berkenan di mata, maka tidak adalah peluang meneruskan langkah seterusnya.

Menjadi wanita, soal cantik atau tidak adalah soal yang besar. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ia antara dilema yang seringkali menghantui minda wanita dalam fasa menanti jodoh.

KENALI FITRAH

Secara semulajadi, wanita mempunyai keinginan yang kuat untuk kelihatan cantik dan dipuji pula akan kecantikan tersebut. Sebab itu, wanita suka melawa. Mereka mempunyai set alat solek dan mereka memerlukan masa yang agak lama untuk berhias. Ini perkara normal yang memang Allah ciptakan khusus kepada wanita.

Apabila sifat semulajadi itu cuba ‘dirampas’ oleh lelaki, maka dunia akan serta merta menjadi songsang.

Namun begitu, sebagai wanita, anda sewajarnya mengenali fitrah dalam diri anda sebaik mungkin supaya fitrah tersebut tidak menjadi fitnah.

Fitrah dalam diri seorang wanita – secara hakikatnya – adalah supaya dirinya kelihatan cantik dan dipuji oleh seorang lelaki yang merupakan satu-satunya insan terpenting dalam hidupnya ; iaitu suami.

Fitnah pada mereka pula adalah, apabila sejak dari awal berusaha supaya menjadi cantik dan disanjung-sanjung oleh semua orang, termasuklah lelaki-lelaki yang mempunyai penyakit di dalam hati.

Mengenali fitrah anda dengan baik, akan menjadikan anda seorang wanita yang bijak. Anda tidak akan sewenang-wenangnya menjadikan ‘fitrah’ melawa, berhias dan kelihatan anggun itu untuk menonjolkan kecantikan anda sebagai santapan mata lelaki yang bukan mahram.

ANDA CANTIK

Berbalik kepada isu ditolak kerana ‘tidak cantik’, perkara pertama yang perlu anda jawab kepada diri sendiri adalah : anda sebenarnya cantik.

Lelaki itu, atau sesiapa sahaja yang mengatakan anda tidak cantik, sebenarnya langsung tidak ada hak untuk mengatakan demikian. Ya, mungkin atas prinsip ‘demokrasi’ mereka boleh katakan demikian, tetapi itu bukan bermakna apa yang mereka katakan itu suatu hakikat yang perlu diimani. Tidak sama sekali.

Memahami itu, maka untuk apa pula anda bersedih sekiranya dikatakan demikian, ataupun ditolak oleh mereka atas alasan demikian?

Hakikatnya, anda langsung tidak perlu bersedih kerana itu petanda yang sangat jelas, bahawa anda sedang berada di atas landasan yang betul.

Kerana apa?

Telah saya sebutkan di atas, bahawa fitrah dalam diri anda sebenarnya adalah untuk menjadi cantik dan dipuji sebagai cantik oleh suami. Maknanya, apabila suami telah mengakui bahawa anda cantik dan memuji pula kecantikan anda, itu sudah lebih dari memadai buat anda sebagai isteri. Pada waktu itu, anda langsung tidak akan kisah kiranya sekalian alam mengatakan anda tidak cantik.

SECANTIK BIDADARI

Sebagai wanita, anda memang cantik. Secantik bidadari.

Bidadari yang hanya layak dipuji dan disunting oleh putera kayangan. Dalam dunia ini, hanya putera kayangan itu sahaja yang diberi peluang oleh Allah untuk melihat kecantikan anda.

Hari ini, anda ditolak dan tidak diterima. Bermakna, mereka-mereka itu bukan putera kayangan yang ditakdirkan untuk bidadari secantik anda.

Suatu ketika nanti, akan datang seorang putera kayangan kepada anda. Dan dia tidak akan teragak-agak untuk memuji anda sebagai wanita yang paling cantik. Tidakkah pujian yang keluar dari mulutnya waktu itu suatu kalimah yang cukup untuk membawa anda terbang tinggi di awangan? Waktu itu, masihkah bersisa saki baki kesedihan waktu anda ditolak hari ini? Sudah tentu tidak. Bahkan kesemua perkara itu tidak lagi penting bagi anda.

Yang penting, anda adalah bidadari paling cantik untuk seorang suami.

JANGAN SERIK

Justeru, janganlah serik untuk terus menjadi cantik.

Caranya pula, bukan sekadar membeli dan berlatih dengan pelbagai alatan solek.

Cara paling ampuh adalah dengan memakaikan make-up termahal untuk hati nurani anda. Dari situ, kecantikannya akan tembus ke luar.

Pernah tak anda berjumpa dengan wanita yang berkulit agak gelap dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik? Tetapi anda sangat menyenangi wanita tersebut. Apabila anda bercakap, dia akan mendengar dengan tenang. Apabila dia memberi pandangan, tutur katanya sungguh sopan. Apabila dia berjalan, pandangannya fokus dan tidak melilau-lilau. Apabila berpakaian, dia kelihatan sungguh selesa dan terjaga.

Jika anda berjumpa dengan wanita seperti itu, rapatilah dia dan tanyakan kepadanya, apa rahsia dirinya menjadi cantik sebegitu rupa. Mungkin, anda akan beroleh pencerahan dan panduan mencantikkan jiwa.

Jika mereka yang tidak dikurniakan rupa paras yang cantik pun mampu menonjolkan kecantikan sebegitu rupa, mengapa tidak anda juga menempa kejayaan yang sama? Mulai sekarang, teruskanlah berusaha.

Ingat, bukan mudah untuk menjadi bidadari. Jadi, jangan serik berusaha untuk terus menjadi cantik.

Sekian.

sumber :MyIlham

mujahidah :

♥ Duhai wanita ,dari sudut luarannya...cantikkah diri anda!tidak cantikkah diri anda! pegang erat-erat kata-kata ini "ANDA MAHAL!".Maka janganlah 'semurah-murahnya' menayangkan auratmu,melempar senyuman manismu dan membabaskan pergaulanmu.Yang cantik bertambah cantik,yang tidak cantik menjadi cantik... dengan luaran dan dalaman yang terpelihara molek hanya kerana DIA! ♥

COUNTDOWN 2012

20 December 2011

TERUSKAN USAHA!

♥ Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah,tidak pernah berasa bahawa dia telah menemui cinta-NYA.Dia akan terus 'berjaga' demi cinta kepada kekasihnya & akan sentiasa menunggu 'pintu' terbuka.Alhasil,dia akan berkata "AKU MASIH BERUSAHA MEMBURU,MENCARI CINTA ALLAH".Ini akan menjadikannya seorang yang tidak pernah 'duduk diam' melainkan masa yang diisi dengan melakukan ketaatan kepada-NYA.

"Sesiapa yang mengalihkan perhatiannya daripada cinta kepada Allah sekerlip mata,maka dia tidak akan sampai matlamatnya mencintai Allah! "[AHLI TASAWWUF].

"Apabila engkau telah mengecapi manisnya dekat kepada-NYA,Pasti engkau mengetahui,merasai,betapa pahitnya putus hubungan dengan-NYA! "[IMAM NAWAWI: NASAIH AL-'IBAD]

~AYUH TERUS MEMBURU CINTA-NYA~ ♥

19 December 2011

Sembang Rakyat VS Oley!

Anda dah saksikan,sembang mengarut ni!


Dan saksikan penjelasannya di sini.

14 December 2011

Redha Ibu bapa

Alhamdulillah abah selamat pulang dari menunaikan haji,moga mabrur hendaknya.

‎:. Pertimbangkanlah saranan ibu bapa kita.Dan terima sahajalah keputusan mereka,jika pelbagai perbincangan dan usaha telah dilakukan,selagi tidak bercanggah dengan kehendak agama.Sekalipun ia tidak seiring dengan kehendak dan kerelaan diri,bahkan hati turut tidak rela.Itu pun kan dianggap berbuat baik kepada 2 permata hati dalam hidup kita ini.SubhanaAllah…!barangkali kelebihan naluri yang Allah anugerahkan kepada mereka,dalam sedikit sebanyak membantu anak-anak mereka untuk berhadapan dengan kehidupan.Redha Allah itu kan terletak pada redha ibu dan bapa .:

KATA YB SALAHUDDIN

‎2 kata-kata YB Salahuddin Ayub yang suka saya share daripada Forum Pemansuhan AUKU semalam :

1)" Kami di pihak PAS,mahu AUKU dipinda bukan nak perjuangkan mahasiswa kena join PAS,bukan terkinja-kinja mahu mahasiswa sokong PAS.Tapi AUKU perlu dipinda untuk kembalikan norma-norma, harga diri & hak kebebasan intelektual & bersuara mahasiswa"

2)"Kita semua akan dipertanggungjawabkan dengan amanah yang diberi.Kita berpolitik bukan tamat di dunia sahaja,ada persoalan di akhirat kelak menanti.Sebab itu saya memilih jalan ini,dengan memilih PAS"

RAHSIA THEN SEBAR.

Tibe-tibe merindui sahabat-sahabat segerak kerja sesi 2009/2010.Ada yang dah ada bisnes sendiri,kerja dan Alhamdulillah juga,setelah beberapa sahabat telah mendirikan rumahtangga.InsyaAllah,kini bakal 2 orang lagi bakal membina masjid.Dipertemukan Allah kerana jalan yang mereka pilih adalah sama.Jalan mentaati Allah & membuat orang lain juga mahu mentaati Allah.Moga legasi dakwah terus berkembang & moga mereka istiqamah.

BarakaAllahulakuma g-ah,nazirah mukmin & u.pijan,muhammad hafizan :)

lepas ni siapa pulak,dengar-dengar insyaAllah akan ada yang nak umum lagi :)~saat kami semua di'satu'kan :) ~

BarakaAllahulakuma acik pisha & u.amin :)

mujahidah :BarakaAllahulakuma juga kepada ustaz Ashraf Shari dan pasangan :)sahabat yang pada mulanya yang hanya kenal di laman blog,rupanya '1 jalan' juga :) Seronok bila bakal pengantin ini,benar-benar mengikut tuntutan sunnah Nabi: "Pertunangan dirahsiakan,perkahwinan diwar-warkan".Alhamdulillah ramai sungguh tak jangka dan terkejut :).Suka sangat kad g-ah,sempoi gitu,dan unik,menarik dan tertarik.

12 December 2011

LULUH HATI

Rejim Israel & konco-konconya zionis tidak sudah-sudah terus meratah bumi Palestin!Doakan & Qunut Nazilah buat Saudara SeIslam kita di sana!Tadi pagi dapat berita di IKIM.fm bahawa Pakistan juga diasak oleh Amerika setelah Iran.Ya Allah bantulah saudara seIslam kami walau di mana sahaja.Begitu tidak kurang juga di Malaysia,yang makin menjadi-menjadi manusia yang makin lupa daratan bahawa mereka adalah ciptaanMU,yang sepatutnya hidup bertunjangkanMU,tapi sayang semakin lama semakin bernafsu mempermainkan agamaMU.Hancurkan mereka!Tumbangkan mereka ya Allah...!
Perkembangan di Palestin,mungkin boleh dirujuk di sini map 2 street.

07 December 2011

RINDU ATUK...

"Ya Allah aku rindu sangat pada arwah atukku ini ya Allah,rindu ketegasannya,leterannya,gurauannya,rindu semuanya...Al-Fatihah!"

HIDUP BERPASANGAN.

Tuan Guru Nik Aziz,Ustaz Asshik dan anaknya Muadz

[Tazkirah] "Atom yang begitu kecil itu ada pasangannya.
Wayar elektrik pun ada pasangannya yang disebut sebagai negatif dan positif. Jika dipasang dengan cara yang betul, lampu akan menyala.

Jika tidak, wayar itu boleh terbakar. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan, jika dipasangkan dengan yang tidak baik, dapat anak zina, lalu anak-anak ini dibuang.

Benda ini berlaku kerana pasang tak betul. Islam datang untuk mengajar bagaimana memasang atau menyatukan manusia dengan cara yang betul iaitu perkahwinan dengan nama Allah..."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu.

sumber : Kak su ^_^

06 December 2011

LIKE!

Tuan Guru Hadi Awang bersama Dr Kamal Halbawi pemimpin besar Ikhwan Muslimin Mesir dan juga pemimpin Parti Saadat Turki seketika rehat di salah satu persidangan.

mujahidah : Suka sangat tengok gambar ni :) Biarlah gambar ini berbicara ;)

AGM MA'RUF CLUB 2011/2012


mujahidah: Allahuarabbi!cepat sungguh masa berlalu.Nak turun jawatan dah sesi kepimpinana tahun ni.Teringat detik-detik AGM 2010/2011 tahun lepas di saat diri jua dicampakkan untuk memegang salah 1 amanah di dalam club ini.Semoga pemimpin untuk seterus-seterusnya lebih amanah dalam menjalankan amanahnya.Semoga lebih baik daripada sebelumnya.Sirru a'la barakatillah!

اللّهمّ صلّى على سيّدنا محمّد

♥ Semalam berkesempatan menghadiri closing ceremony PROTAZ IIUM,IIUM berselawat.Allah...!syahdu sangat-sangat.Membawa hati kita untuk segar mengingati,menyatakan cinta dan mengagumi Rasulullah S.A.W.Ditambah lagi,yang menarik perhatian,antara insan-insan yang terlibat tu bekas-bekas kumpulan nyanyian malaysia 1 masa dulu,ruffedge,V.E,Allah...!mereka telah berubah,jika dulu menyanyi menyatakan cinta yang melalaikan,tapi kini menyatakan cinta yang bermanfaat lagi berpahala.Hopefully setiap daripada kita sentiasa berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sekurang-kurangnya 100x setiap hari.

"Wahai Thoibah,Wahai Thoibah,
penyembuh duka kami,
kami rindu padamu,
namun kejahatan selalu menggoda kami"

Pengisian daripada Ustaz Azhar Hasyim Hadrame:

Selawat daripada Allah,RAHMAT,
Selawat daripada Malaikat,ISTIGHFAR,
Selawat daripada orang-orang beriman,DO'A.

Sesiapa yang berselawat 100x sehari,akan ditunaikan 30 hajatnya di dunia,dan 70 hajatnya di akhirat .

*Cadangan saya,kalau nampak banyak sangat nak habiskan 100x sehari tu langsai pada 1 masa,amalkan berselawat sebanyak 33x setiap kali sesudah solat bersama zikir-zikir yang lain.dapatlah 165 selawat sehari :)

[JOM BERSELAWAT SETIAP HARI 100x]♥

02 December 2011

لا تيئسوا من روح الله

firman Allah: (maksudnya)“Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum. Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda: “Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim). Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan.

Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.

Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

~Dr.Asri Zainal Abidin~

01 December 2011

DIA di hatiku

Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti?

" Tidak, cinta kepada-Nya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "

Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:

Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. " Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepada-Nya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali 'Imran: 31)

Dari Abu Hurairah RA katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasih-Ku, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hamba-Ku itu mendekatkan diri kepada-Ku dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepada-Ku pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepada-Ku pastilah Aku lindungi. "

(Riwayat Bukhari)

Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :

" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkan-Nya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "

Al-Quran

Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.

Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: 57)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "

Bukti DicintaiNya

Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.

Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.

Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.

Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.

"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"

Asy-Syaukaani berpendapat :

" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "

Siapa Bertakhta Di Hati ?

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "

(At-Taubah: 24)

Kecintaan kepada Allah SWT pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.

Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azab-Nya.

sumber:IluvIslam

Tanpa...Cinta-MU aku resah,
Tanpa...Kasih-MU aku hampa,
Tanpa...Diri-MU aku mati,

Tuhan ENGKAU rasakanlah hatiku sentiasa bersama-MU,
Supaya aku rasa ada kawan melindungku,
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku.
[DIA di ♥ ]