" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

28 October 2011

KETULUSAN HATI

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk diriMU
KAU dengarkan kasihku

MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya


"Pilihlah daku antara yang mengecapi dan mengapai CINTA-MU,
Cintai daku,kasihi daku,sayangi daku,Ya Habibi Ya Illahi"

26 October 2011

WANITA,BENTENG HATI & ANAK KUNCI

Mahu menjadi wanita yang baik. Mahu memiliki suami yang baik.

Itu harapan wajib setiap wanita. Samada pernikahan sudah dekat atau masih dilihat jauh, niat dan rasa itu ada ketikanya sukar disembunyikan. Lantas ia diluahkan dalam banyak cara. Antara paling ketara adalah di facebook.

Perkongsian pelbagai gambar dan animasi, gambaran indahnya ‘hidup bersyariat’ dan percintaan selepas nikah, serta pelbagai note ringkas di bawah setiap gambarnya jelas menunjukkan harapan dan cita-cita murni para srikandi hari ini.

TRAGEDI DAN IKTIBAR

Syukurlah. Meskipun kita hidup di zaman yang sangat mencabar, dengan pelbagai gejala pelik kedengaran saban hari, namun di sana kita ada peluang besar untuk mengenali kebejatan maksiat dan bertindak bijak menjauhinya.

Menjauhi pergaulan bebas, percintaan tanpa batas yang membawa kepada gejala zina dan buang anak.

Kelihatan ramai wanita yang dapat bersedia lebih awal. Maksudnya, sebelum mereka mengenal cinta, mereka telah terlebih dahulu mengenali bahana yang lahir daripada sebuah cinta. Justeru mereka dapat mengambil tindakan berjaga-jaga dari awal.

Pada saya, ini sudah tentu suatu perkara yang sangat positif.

UMUM DAN KHUSUS

Tetapi perlu diingat.

Melihat dan mentafsir perkataan ‘cinta’ secara umum dengan melihat dan merasai secara khusus adalah dua benda yang jauh berbeza.

Di sinilah, kebanyakan wanita jatuh dan terus jatuh.

Ketika ‘bayu’ cinta itu belum menyapa, anda cuma menyaksikan kehidupan orang lain. Ujian orang lain. Cabaran orang lain. Kesalahan bercinta oleh orang lain. Anda lantas mengambil pendirian tertentu atau komen tertentu atau kritikan tertentu. Normalnya begitu.

Namun apabila ‘bayu’ cinta itu menyapa anda sendiri secara khusus, barulah anda tahu langit itu tinggi atau rendah!

Sebab itu jangan pelik, apabila ada wanita yang dilihat begitu kuat berpegang dengan agama, atau sebahagian orang mengistilahkan sebagai ‘syadid’, di mana mereka bersikap keras dalam hal ehwal couple, cinta dan masalah hati, namun apabila tiba masa hati mereka direntap perasaan tersebut, mereka mula menikus dan mahukan privacy.

Jangan ditanya ; mengapa kau pun ‘terima’ juga cinta walhal sebelum ini engkau bukan main lagi nasihat orang sini sana?

Kerana jawapannya telah lama saya tuliskan : fitrah itu jangan diperangi, kelak engkau bakal malu sendiri.

HATI UNTUK SATU

Kelemahan paling besar untuk seorang wanita adalah apabila mereka menerima seseorang dan meletakkan orang tersebut di dalam hati mereka. Wanita diciptakan dengan prinsip kesetiaan yang cukup luar biasa.

Hati mereka hanya untuk seorang sahaja.

Apabila telah diberi, sukar untuk diambil kembali dan sukar untuk dikongsi-kongsi.

Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan wanita yang bersikap ‘keras’ seratus peratus kerana itu mungkin alternatif terbaik mereka supaya hati yang mahal itu kekal terjaga dan terpelihara. Cuma perlulah berpada-pada. Jangan sampai tahap ‘isytihar perang’ kerana itu jelas bukan satu tindakan yang bijak. Jangan pula terlalu lembut dan terbuka, sehingga dengan mudah boleh dipermainkan oleh sesiapa sahaja.

Mahu atau tidak, kelemahan yang satu ini perlu diakui oleh anda. Mengakui kelemahan ini sewajarnya menjadikan anda lebih bijak dan matang dalam bertindak.

CARA TERBAIK

Jika ditanya pada saya, sudah tentulah cara paling baik, selamat dan bijak adalah ; tidak menerima dan meletakkan seorang lelaki di dalam hati kecuali setelah dikenali, diselidiki dan diyakini bahawa lelaki itu adalah manusia baik yang mahu menikahi anda secepat yang mungkin.

Percayalah. Menjaga hati daripada diberi kepada seseorang bukanlah suatu kerja mudah, lebih-lebih lagi untuk seorang wanita. Ia bukan suatu pembelajaran dari dalam bilik kuliah, dan bukanlah suatu praktikaliti di makmal-makmal tertentu. Ia adalah soal kehidupan.

Janganlah terlalu mendabik dada kononnya anda kuat dan powerful. Tiada lelaki mampu tawan hati anda selain suami. Anda tidak akan jatuh cinta sebelum kahwin. Dan pelbagai ‘slogan’ lain yang pada saya, tidak nampak keperluannya untuk dilaungkan oleh anda.

Bergaul dengan manusia dan mengambil ibrah dari kehidupan, membuatkan saya terbuka untuk menterjemahkan mesej ini kepada anda. Ramai sekali wanita yang berlagak gagah dalam hal ini, namun sebenarnya hati mereka jauh lebih halus dan rapuh berbanding minah rempit. Ini hakikat.

KAMAR PERIBADI

Apabila terlajak meletakkan seseorang di dalam hati, ia bukan suatu yang mudah untuk diundur kembali. Apatah lagi jika sudah banyak ‘suka duka’ atau ‘warna warni’ yang telah dikongsi. Kadangkala si wanita tampak hebat umpama seorang srikandi perang di luaran namun apabila kembali ke kamar peribadi, dia seolah bertukar personaliti.

Kepada lelaki itulah segalanya terasa lebih mudah untuk diadu. Segala masalah seolah hilang apabila disapa perhatian dan keprihatinan si lelaki. Meskipun anda sedaya upaya cuba ‘melaungkan’ kepada dunia bahawa KAMI HANYA KAWAN tetapi percayalah, suara anda itu hanyalah bahan ejekan untuk geng Syaitan.

Dalam tidak sedar, sebenarnya anda sedikit demi sedikit telah menukar ‘hak milik’ hati anda kepada lelaki tersebut. Seminggu mungkin anda boleh mendabik dada. Setahun dua tahun, belum tentu.

Pemberian ‘anak kunci’ hati bukan hanya berlaku secara rasmi sebagaimana anda saksikan dalam filem atau drama , di mana si lelaki melutut dan melamar ‘i love you’ kepada anda. Ataupun apabila si lelaki telah mengakad nikah dan menyarung cincin kahwin ke jari anda. Banyak kes, setelah detik-detik ‘rasmi’ tersebut berlaku pun, wanita masih gagal menyerahkan ‘anak kunci’ hati mereka kepada si lelaki.

Tetapi ‘anak kunci’ itu seringkali diserahkan tanpa sedar. Maharnya bukan material. Cukuplah kasih sayang, perhatian, memahami dan seribu satu kebaikan yang dihulurkan oleh sang lelaki. Biar apa pun namanya tika itu, dan biar apa pun jenis hubungan anda dan dia waktu itu, ia tidak lagi menjadi perkara penting.

PERANGI SELEPAS KENA

Saya menyebut bahawa ia bukanlah suatu tindakan bijak, jika si wanita ‘memerangi’ fitrah dalam diri mereka semata-mata takut hati mereka diberi sebelum tiba masanya. Apa yang perlu dibuat adalah berhadapan dengan fitrah tersebut, bertolak ansur dan mengambil pendirian berlandaskan ilmu serta matlamat. Saya kepilkan satureason kepada anda, bagaimana tindakan ‘memerangi fitrah’ tersebut berjaya merubah seorang wanita normal kepada cintakan kaum sejenis.

Namun berperang mendapatkan kembali ‘anak kunci’ hati anda itu adalah suatu perkara penting yang perlu dibuat. Anda perlu sedar bahawa akibat lebih buruk sedang menanti di hadapan sana andaikata anak kunci tersebut terus dipegang oleh si lelaki yang bukan suami anda.

Kalau saya katakan si lelaki itu jahat, anda mungkin tidak bersetuju. Anda akan mendatangkan ribuan alasan, untuk meyakinkan saya bahawa si lelaki itu benar-benar baik. Tetapi saya kira, anda dan saya boleh bersetuju jika saya katakan bahawa Syaitan dan hawa nafsu itu memang jahat, bukan?

Justeru, berperang tidak perlulah ditafsirkan sebagai bersemuka semata-mata. Ada strategi peperangan di mana tidak perlu berdepan tetapi mudah beroleh kemenangan. Anda lenyapkan segala perangkap yang telah dipasang oleh Syaitan dengan strategi-strategi yang bijak.

Sebagai contoh, si lelaki telah memasuki hidup anda, dan mungkin hati anda telah diserahkan kepadanya. Tetapi anda tahu, langkah si lelaki tidak fokus kepada pernikahan. Kelihatannya banyak terhoyong hayang daripada berjalan betul. Kadang-kadang, tempiasnya terkena pada anda. Dan anda pula terpaksa ‘menyantuninya’ meskipun hati anda tidak bersetuju. Apa boleh buat, ‘anak kunci’ sudah diberi.

Dalam keadaan tersebut, anda sedar yang anda sukar untuk menang jika berperang secara berdepan. Maksud saya, jika anda mahu katakan begini : ” saya mahu hubungan kita diputuskan, kerana saya risau kita berdua tidak dapat saling menjaga agama. Jika betul mahukan saya, tunggu sehingga awak betul-betul bersedia menikahi saya “. Anda sudah tentu tidak sanggup mengucapkan kata-kata tersebut secara berdepan, apatah lagi jika si lelaki pandai memujuk atau bermain kata. Mungkin juga anda boleh ucap ketika kuat, tetapi akan mengubah fikiran apabila terasa lemah, simpati dan sebagainya.

Maka anda boleh gunakan strategi lain. Contohnya ; LENYAPKAN dia dari hidup anda. Zaman ini, kebanyakan hubungan cinta berlaku dalam medium maya, di mana jika nombor telefon, facebook profile dan YM tidak wujud, hubungan cinta dengan mudah boleh terbantut.

Jadi silalah berperang dengan bijak. Melenyapkan dia dari hidup anda sangat membantu untuk mendapatkan kembali ‘anak kunci’ hati.

TIDAK YAKIN

Buat akhirnya, marilah kita lihat kepada dua kalimah di atas. Tidak yakin. Takut teringat. Takut dibadai rindu tidak sudah. Takut itu dan takut ini. Cuba buat eksperimen. Hadir solat berjemaah di masjid kemudian dengar tazkirah setiap hari selama seminggu, atau paling bagus 40 hari ( ketika tidak merah ). Selepas itu, check kembali hati. Masihkah ‘hantu’ itu menguasai hati anda ataupun sudah diganti dengan alunan merdu yang sungguh menenangkan jiwa?

Soalnya, anda kena yakin. Jika melenyapkan si lelaki kemudian membiarkan jiwa terus kosong, memanglah tidak ada faedahnya. Saya maksudkan, lenyapkan anasir negatif dan gantikan dengan unsur yang positif.

InsyaAllah, anda mampu mengubahnya.

Sekian.

sumber asal : myilham.com


mujahidah : Buat mereka yang dah teruji dan sedang diuji,laluinya dan jadikan ia pengalaman yang mematangkan diri anda dengan cara yang diredhaiNYA.Buat mereka yang belum teruji,jangan mendabik dada dan perasan diri bagus sangat,dah diuji baru tau langit tinggi atau rendah~Ketegasan kita bukan diuji melalui tazkirah-tazkirah atau penulisan-penulisan kita mengenai tegasnya kita dengan sesuatu perkara,tetapi tegasnya kita teruji apabila ditimpakan ujian daripadaNYA ~

"Jika benar cinta itu kerana ALLAH,Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH,Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki,biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya"


25 October 2011

BIAR BERNILAI...!

Berjubah,bertudung labuh,berpurdah,dan semua pakaian yang menutup aurat,
Biarlah itu semua bernilai ...apa yang kita pakai!
Baik di sisi manusia apatah lagi di sisi DIA!

Bernilai dengan akhlaknya yang baik,ikhtilat yang dijaga,hubungan dengan Allah dan juga manusia!


24 October 2011

GUA IKUT ENTA PART 1

23 October 2011

HATI EMAS

Ramai orang yang punya akal tetapi malangnya'tidak berakal'. Maksudnya, mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir. Padahal fikir itu adalah pelita hati. Justeru di dalam Al-Quran Allah sering mengingatkan manusia agar selalu berfikir, menggunakan akal untuk tadabbur akan ayat-ayat-Nya dan mengambil ibrah daripada segala kisah yang diceritakan di dalam Al-Quran.

Malangnya, sedikit sekali 'orang yang berakal'walaupun ramai yang mempunyai akal. Hingga ramai manusia tidak terasa kebesaran Allah, terlindung oleh keegoaan dirinya. Tidak mahu bersyukur kepada Allah kerana terhijab oleh kudrat dirinya.

Itu sekadar renungan awal. Seperti mana ada orang yang punya akal tetapi tidak berakal, maka begitulah ramai 'orang agama' tetapi tidak beragama. Maksudnya, dia punya latar belakang pendidikan agama – mahir dengan segala wahyu dan sabda, tetapi segala-galanya tidak memberi impak kepada perilaku dan akhlaknya.

Kita sering bertemu dengan orang yang sedemikian. Kita kagum dengan latar belakang kelulusannya, cakap-cakapnya, malah kekadang ceramah-ceramah serta kuliahnya tetapi apabila kita mula mendekatinya, hati kita tertanya-tanya, apakah ini teladan beragama yang sebenarnya?

Kekadang kita terkesima dengan individu-individu yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya sangat minimum (bukan tidak ada langsung), tetapi lebih warak, istiqamah dan jujur dalam pergaulan. Dia tidak 'berminyak air'. Apa yang dipaparkannya di hadapan dan di belakang orang sama.

Saya kagum dengan beberapa orang individu yang saya kenali dalam kehidupan ini yang begitu teliti dengan makanan yang hendak diambilnya, wang yang pernah dia berhutang, komen yang hendak dilontarkannya kepada seseorang, sangat menjaga lidah dan tawaduk dalam pergaulan.

Ilmu agamanya tidak tinggi tetapi ilmu yang ada itu benar-benar diamalkan dan membekas (memberi impak) kepada peribadinya. Ilmu yang banyak tentulah penting. Tetapi bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk belajar di peringkat ijazah, sarjana mahupun Ph.D apatah lagi profesor.

Ramai hanya di tahap 'lepas fardu Ain'. Namun Allah Maha Penyayang, kekadang ada manusia yang diberi 'hati yang bercahaya' berbanding 'otak yang bergeliga', hingga dengan itu sedikit ilmu yang ada mampu dimanfaatkan seoptimumnya.

Sepanjang kembara dalam usia mencecah 50 tahun, saya temui figur-figur yang bercakap bukan dari kepalanya, tetapi dari hati. Orang yang begini bercakap tulus dan telus. Tanpa bunga-bunga kata, tanpa kilasan bahasa. Cakapnya sungguh bersahaja.

Kekadang dia tidak punya kelulusan atau jawatan yang tinggi. Namun body language – bahasa badannya (yang lebih jujur dan asli) – memancarkan cahaya keyakinan, keikhlasan dan kematangan. Jika orang lain hanya menyampaikan ilmu, tetapi dia menyampaikan hikmah. Pada saya mereka inilah 'orang-orang kecil' yang begitu besar dalam arena pendidikan.Memang ada ilmu yang tidak boleh diajar, tetapi hanya boleh dipelajari. Guru yang sebegini selalunya bukan mengajar dengan huruf dan angka tetapi dengan gerak hati dan rasa. Mereka hanya mengamalkan apa yang mereka tahu. Dan 'murid-murid' tidak rasminya belajar daripada teladan yang dapat dilihat.

Bukan dengan mendengar, menulis atau membaca. Dewan kuliahnya luas, seluas bidang kehidupan. Ketika para profesor atau doktor mendefinisikan, mencirikan dan mengupas ilmu rumah tangga secara ilmiah, mereka secara 'simple' menyampaikan ilmu itu secara amaliah.

Rajin-rajinkanlah menajam pandangan mata hati untuk mencari orang yang begini. Kehidupan mereka adakalanya sungguh sederhana tetapi sangat bahagia. Kejernihan wajah mengukir senyuman menjadikan kita tertanya-tanya apakah rahsia ketenangan mereka.

Orang sibuk membeli katil dan tilam empuk, mereka puas dengan tidur yang lena. Orang lain sibuk dengan makanan lazat dan berzat, resipi itu dan ini, mereka makan seadanya tetapi sungguh berselera. Mereka punya 'harta' yang tidak akan dapat dirompak. Mereka juga punya kekayaan yang tidak mengundang caci-maki dan hasad dengki manusia.

Mereka ini bukan selebriti yang tersohor atau produk program realiti agama yang semakin banyak ketika ini. Mereka ini terselit di tengah-tengah masyarakat tanpa 'glamour' dan gelaran. Mereka juga tidak diuar-uarkan dalam kitaran strategi promosi dunia pasaran kontemporari yang bernuansa Islam .

Tegasnya, mereka ini tidak ada nilai komersial – tidak , cukup pakej, kata orang sekarang. Mereka ini hanya produk 'universiti kehidupan' – yang mendapat ijazah melalui mehnah dan mujahadah. Ya Allah, temukan kami dengan orang ini, manalah tahu mereka itulah pewaris hati Uwais Al Qarni yang doanya mustajab dan kata-katanya mujarab untuk merawat mazmumah yang masih bersarang dalam jiwa ini.

Sahabat-sahabat ku, kekadang terlalu banyak untuk ditulis sehingga tidak mampu dituang oleh kata-kata dan bahasa. Makna kadang-kadang tercari-cari kata-kata kerana sering diungkapkan sesuatu yang indah hanya dapat dirasa tetapi sukar untuk diungkapkan.

Ya, tiada kata secantik bahasa, untuk mengungkapkan segala perasaan. Namun, keindahan itu bukan hanya untuk dirasa, tetapi untuk dijelmakan dalam bentuk perbuatan dan tindakan. Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang terhijab oleh rasa-rasa yang tidak keruan, disangka kebenaran rupa-rupanya bisikan syaitan!

Untuk mu sahabat-sahabatku, aku tinggalkan sedikit catatan, di nota hati yang 'bergenta' beberapa minggu yang lalu. Ini adalah kesah protes hatiku terhadap orang agama yang tidak beragama. Yang tanpa sedar mereka (atau kita juga?) telah menjadi umpama ulu kapak (yang terbuat dari kayu) untuk menebang kayu. Pinta dijauhkan agar janganlah 'orang agama'menjadi fitnah terhadap agama.

Namun, aku tidak mahu mencoret kisah marah. Justeru, menyedari bahawa diri ini juga acap kali terperangkap dalam tipuan yang sama. Lalu kupintal-pintal rasa marah menjadi kisah kagum, harmoni bernada muhasabah. Ya, akhirnya ku coretkan catatan ini. Cuma kisah sekeping hati.

iluvislam

21 October 2011

HEBAK2 :)



mujahidah : Alhamdulillah,selangkah kehadapan lagi,terbaik!

صلاة الضحى

Firman Allah s.w.t :

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )


" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."
( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )

Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan
(Riwayat Tirmizi )

Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang-orang yang bertaubat.

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi) hadis Nabi S.A.W. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah
S.A.W menjelaskan:

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya"

* Imam
Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa
berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10
pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam
Nawawi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa :

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMU, kecantikannya adalah kecantikanMU, keindahan itu keindahanMU, kekuatan itu kekuatanMU, kekuasaan itu kekuasaanMU dan perlindungan itu perlindunganMU. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMU, limpahkan kepadaku segala yang ENGKAU telah limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh"


Allah berfirman:

" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

mujahidah:salah 1 caranya untuk mendekatkan diri kepadaNYA dengan solat sunat dhuha :)ingat ye,salah 1,banyak je lagi cara untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA.Berjuang di jalanNYA tentulah pilihan utama untuk makin taqarrub IlaAllah!berjuang di jalanNYA lagi patutu mendekatkan lagi diri kita kepadaNYA! insyaAllah!

18 October 2011

SABAR & REDHA

Antara dialog dalam 'Ketika Cinta Bertasbih Ramadhan'pada 1 ketika dulu, yang memberi kesan pada diri:

“KESABARAN kita bukan diuji melalui tazkirah-tazkirah atau penulisan-penulisan kita mengenai kesabaran,tetapi kesabaran kita teruji apabila ditimpakan ujian daripadaNYA “

dan tidak salah juga jika saya nyatakan"KEREDHAAN kita bukan diuji melalui tazkira-tazkirah atau penulisan-penulisan kita mengenai keredhaan,tetapi keredhaan kita teruji apabila ditimpakan ujian daripadaNYA"

*Allah mendidik kita untuk menjadi penyabar dan redha,dengan mendatangkan ujian terhadap seseorang hambaNYA,sama ada untuk mengajar untuk bersabar-redha,lebih sabar-lebih redha,automatik sabar-automatik redha(tanpa merungut sedikit pun) terhadap ujian/musibah...Allah...!
[UJIAN TARBIYYAH DARIPADA ALLAH!]

mujahidah : sabar dan redha,bukan dan-dan tu dapat.tapi dengan ujianlah Allah didik kita untuk mencapai sabar dan redha.Ujian kali ni,ujian kematian orang yang disayangi amat-amat terasa yang ia menuntut kesabaran dan keredhaan yang tinggi.Bantulah daku ya Allah,redhakan daku seredha-redhannya,sabarkan daku sesabar-sabarnya...Fasabrun jameel Allah kata dalam Al-Quran,barangkali disebabkan cantik dan indahnya sabar itu,jadi memerlukan mujahadah yang amat-amat tinggi!pesanan daripada seorang rakan "sabar itu punya kaitan dengan syukur.... bersyukur terhadap apa yang dikurniakah olehNYA akan mampu mempertingkatkan kesabaran serta iman seseorang."Wallahua'lam.teringat pulak pesanan Imam Al-Ghazali :

‎"Anakku...apabila yang diingini & dikejar itu sesuatu yang tinggi & mulia,maka banyaklah akibatnya & panjanglah jalannya menuju ke sana"[IMAM AL-GHAZALI]

16 October 2011

IN MEMORY 9.10.11,12 ZULQAEDAH 1432H

:: Pejam celik,pejam celik genap seminggu sudah insan yang ku kagumi itu kembali kepada pangkuan abadi,pangkuan Illahi! arwah atukku Hj.Md.Said Omar,moga dikau bahagia,bahkan lebih bahagia di sana duhai atukku![IN MEMORY : 9.10.11 bersamaan 12 Zulqaedah 1432H]

“Ya Allah, ampunilah bagi atukku dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah atukku dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah atukku ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”ameen!

Sedikit belasungkawa buatarwah atuk :

Nama: Hj.Md Said Omar
Tarikh lahir:7 Februari 1936
Umur:75tahun
pekerjaan:pesara guru,mengajar agama setelah pencen di beberapa tempat
Adik beradik:2 orang(adiknya pergi terlebih dahulu lagi)
Balu:Hjh.Maimunah Abdul Hadi
Cahaya mata:8orang termasuk mak saya.

Pekerjaan :
-Dulu seorang guru di beberapa buah sekolah di Melaka.Mengajar matematik,bahasa Inggeris Pencen tahun 1999.
-terlibat dengan PAS secara langsung
-tok pawang :)
-doktor homoepathy :)
-pengerusi surau umri serkam

Jawatan dalam parti :
-YDP PAS Jasin tahun 1991-2001
-ajk perhubungan PAS(tak pasti tahun berapa)
-pernah jadi calon PRU ke 9.
(sumber daripada Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka,bonda Kinta dan Pesuruhjaya PAS 2,abi Mohd Noor Omar)

ziarahnya seorang bekas anak murid yang kini bergelar ketua menteri Melaka,Ali Rustam ke teratak arwah gurunya

antara yang hadir untuk solat jenazah,alhamdulillah 3x solat dibuat,sekali di rumah(kami sekeluarga,sebelum jenazah berangkat pergi),di masjid dan di kubur.

antara lain yang hadir

unit amal turut memainkan peranan membantu mengawal kelancaran keadaan jalan.teirma kasih.

Selandasan seperjuangan,Pesuruhjaya PAS 1 dan 2,ustaz adli(merah) dan abi(batik hijau) turut hadir.

Sifat yang atuk yang boleh kami sekeluarga contohi:
-setelah pencen walaupun sakit atuk tetap 'berdegil' untuk mengajar di kelas pengajian agamanya di beberapa tempat.Daripada budak-budak hinggalah golongan tua(optimis)

-Susah menolak permintaan,menghampakan perasaan orang,walaupun tengah malam ada yang minta untuk berubat atuk tetap meraikan,hatta terpaksa ke rumah pesakit.

-jika ada berlaku kematian,jika atuk tidak dapat hadir pada pengkebumiaan,atuk akan ziarah juga keluarga arwah tersebut dan buat tahlil(alhamdulillah itulah juga yang dibalas Allah pada arwah atuk)

-atuk selalu menikahkan kan orang(ini juga harapanku tak tercapai),mengajar orang nak pergi haji,turunkan orang nak pergi umrah/haji,mengetuai kenduri dan tak tersebut lagi.

-hubungan atuk sepanjang pemerhatian saya,atuk memang luas connection nya bukan sekadar di Melaka,bahkan negeri-negeri lain,hubungan atuk memang baik sehingga ada yang bersuara pada hari kematiannya "lepas ni tak tahulah nak mengadu dan rujuk dengan siapa",sehingga ada seorang ustaz yang baik dengan atuk menyatakan masa saat pengkebumiaan atuk "lampu besar telah padam" .Juga atuk,baik dengan kaum lain seperti cina dan india,bahkan atuk boleh berbahasa cina serba sedikit bahkan ada juga di kalangan kaum cina yang minta bantuan kewangan daripada atuk(tak pelik la jika atuk pernah tercalon sebagai calon PR)

-atuk baik dengan teman dan lawan,sehinggakan pada malam sebelum arwah dikebumikan,Ketua Menteri Melaka,Ali Rustam(bekas anak murid atuk) juga datang ziarah arwah.

-dalam berjuang atuk juga tidak terlepas teruji dengan asam garam politik.Atuk pernah difitnah melalui gambar(belum mendapatkan cerita lebih lanjut),mereka(BN) marah sebab atuk seorang guru menyebelahi pihak pembangkang.Jadi atuk 'dihadiahkan hadiah' daripada konco mereka.Dan dengar khabar insan tersebut telah meninggal dengan cara selayaknya.

-saat atuk meninggal pun,terlalu mudah cara perginya dia dan pengurusan baik di hospital mahupun sehingga dikebumikan.Ketika malam sebelum dikebumikan,anak-anak murid tahfiz atuk menyerah diri untuk mengaji 30 juz untuk atuk sehingga pagi menjelma.Di saat malam itu jualah,fenomena bulan,bulan yang dilingkari gelang,subhanAllah sangat indah dan cantik berlaku.Saat nak mandikan arwah,orang berebut-rebut memandikan atuk sehinggakan anak-anaknya tidak berpeluang,atuk punya kubur pun digali oleh orang lain,sehinggakan pak cik yang biasa gali kubur tak menyempat pun tak bantu.Tempat kubur atuk pun,masjid yang sediakan tempatnya.Saat nak solatkan,saya terharu melihat rakaman video yang direkod pak cik,ketika mahu solat masih ramai yang sedang berwudhu',seorang pak cik hadir lantas menyatakan "nanti dulu,jangan sembahyang lagi,ramai lagi tengah ambik air sembahyang"
subhanaAllah!fenome bulan yang dilingkari relung

-1 perkara yang menyayat hati,si mujahid kecil kelantan,sepupuku,wan mujahid saat setelah dikucupnya ke dahi atuk,dia mendapatkan mak cik saya yang seorang doktor sambil menangis" mak ikin,mak ikin kan doktor,kenapa tuk boleh mati!"(aid,dirimu masih kecil dik,1 hari dikau bakal mengerti,kita jua bakal pergi)
wan mujahid dan atuk pada raya 2 tahun lepas

-arghhh terlalu banyak yang ingin diceritakan tentang arwah atuk.Aku tidak berani menipu solat sebab atuklah,disebabkan separuh daripada hidupku dengan atuk dan nendaku,aku juga tidak terlepas daripada kena 'azab' dengan atuk.Tanyakan sahaja pada anak-anaknya,semua ada pengalaman kena balasan akibat kedegilan masing-masing.Ada yang kena tali timba,kena kurung bawah rumah dan macam-macam lagi.Cucu yang tinggal dengan dia ni kena tali pinggang sebab tak nak sembahyang.Dulu atuklah yang sering ambil bila balik daripada sekolah,aku kenal ma'thurat daripada atuk,aku kenal bacaan solat jenazah juga dengan atuk,kenal sifat 20 juga daripada atuk.Terima kasih atuk,atuk bukan sekadar guru dan pendidik di sekolah bahkan juga di rumah.Atuk seorang yang tegas,garang,pandai berjenaka dan juga penyayang.terlalu banyak kenangan.Dalam keluarga,hanya atuk sahaja mengerti jalan yang aku pilih kini.Kau tetap ku kagumi!
ini yang terakhir ku dapat hadiahkan masa hayatnya,tak sempat di UIAM.Allahua'lam!

♥ aku tahu inilah kasihMU
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu...

aku tahu inilah kasihMU
aku tahu inilah cintaMU
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah KAU titipkan kekuatan oh Tuhan... ♥

mujahidah :Kesedihan kami semua sedikit sebanyak terubat dengan cara pemergiaan atuk yang baik.Senyuman terakhirnya yang kekal di ingatan.Dulu sedikit terkilan,sebab saat sampai di hospital menziarah atuk,seorang mak cik saya berkata ke saya " atuk tanya kau siang tadi,halimah dah sampai?",saat ku tunggu giliran untuk bertemu denganmu seolah-olah mahu ku katakan "atuk,imah dah sampai"(dengan ceria) saat itu jualah,keadaanmu mula tidak stabil(koma),ku tidak berpeluang berbual denganmu,hanya berpeluang melihatmu dalam keadaan merisaukan itu,saat itu hanya mampu ku bisikkan di telingamu sambil tangisan mengiringi kerna tak tertahan lagi melihat keadaan dirimu "atuk,imah datang ni tok,atuk maafkan imah..." lantas ku akhiri kalamku dengan menghantar kalimah syahadah di telingamu.imah mengharapkan atuk dengar dan maafkan imah dengan kedegilan imah sepanjang hidup dengan atuk.Imah kena ambik semangat atuk!(itu pesanan mak cik bongsuku),imah yakin,berpeluangnya kami anak-anak muda di Melaka berpeluang berprogram di surau atuk pada ramadhan hari tu,perjumpaan mereka dengan atuk,kata-kata semangat atuk buat mereka,insyaAllah sedikit sebanyak memberi kesan untuk kelangsungan dakwah dan perjuangan Islam di Melaka!(itu jua yang mereka nyatakan pada imah)insyaAllah!