" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

25 August 2011

KHALIS

Ali RadiyaAllahuanha berkata : " Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit,tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah!Hal ini kerana Rasulullah SollaAllahu 'alaihi wassallam pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu & sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas "[Riwayat Dailani]

Allah SubhanaAllahu Ta'ala berfirman :

"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas(bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik)![Az-Zumar : 3]

Allahuakbar!saya cukup takut bila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS,di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa apa yang telah saya lakukan,'ikhlas ke aku buat tadi?Jika tidak,pasti saya akan dapat rasakan ketidak tenangan hati,lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan,ialah Astagfirullahal 'Azhim! Dan kita kena sedar,segala apa yang kita lakukan,itu adalah kehendak dariNYA jua,bukan sebab bagusnya kita!Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba ialah antaranya :

"Ya Allah,aku mampu beribadah dengan kehendakMU jua ya Allah,siapalah aku jika tanpaMU ya Allah,Dikaulah tempatku bergantung,Dikaulah tempat ku berlindung!"

Keikhlasan yang bersungguh-sungguh,tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan,Allahuakbar!susahkan?InsyaAllah,sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.

Teringat saya,slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3 minggu lepas,ustaz ada menyatakan bahawa,Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riya'.contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid,tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid,sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk,insyaAllah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.

Kalau kita dulu pun,jika solat kena tunggu mak abah suruh dulu baru nak solat,solat sebab apa?sebab mak abah suruh,tapi alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu abah di depan mata kita.

Tapi malangnya,ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan ,'eh tak nak lah derma,takut tak ikhlas ar'.Macam ni jenis manusia pun ada ke...(memang ada).Jangan sampai macam tu pulak pemikirannya,yang penting kita usaha ke arah ikhlas,ia memang bukan mudah,Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hambaNYA!

Sedar tidak kita,bahawa jika kita tidak ikhlas,kita telah mensyirikkan Allah,nauzubillah!mana tidaknya,kita buat sesuatu sebab lain,sebab orang,sebab nakkan habuan dan sebagainya.Allah...!takutnya ...

"ya Allah,mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untukMU,hanya keranaMU,bukan sebab makhluk dan ciptaanMU ya Allah!"

Allah berfirman:

"Sesiapa yang percaya & berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh & janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya![Al-Kahfi : 110]
Kita memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
tulus,putih dan murni hati kita
memberi adalah keranaNYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
asalkan segalanya memberi 1 ketenangan
menyebut kebaikan meragut keikhlasan
bukan kerana kelebihan kita

Dalam samar mainan rasa
kekadang datang jua serpihan bangga
mengharap adanya balasan
mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
ditagih kasih rasa di depanMU
bila terasa segalanya dariMU
rebahlah segala daripadaku yang hina

TUHAN...
dunia ini tidak panjang
tahun terasa detik di putaran usia
mengharap yang abadi
kan lenyap segala ilusi
bantulah aku
dalam memahami rahsia itu

Yaakub Maktuf berkata : "orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya".

22 August 2011

سبحان الله



mujahidah : SubhanaAllah!

21 August 2011

AMANAHKU HINGGA MATI!

1. Al-Quran yang dihafaz adalah amanah. Anda sendiri yang ‘mencari pasal’ untuk mengambil amanah tersebut. Bagaimanapun, anda ‘mencari pasal’ yang baik. Jadi janganlah suatu masa nanti anda bukan sahaja melupakan hafazan anda , bahkan tidak mahu mengaku anda seorang huffaz!

2. Bila anda faham bahawa anda yang ‘mencari pasal’ , jadi anda kena SMI ( Sendiri Mau Ingat ) tentang hafazan anda. Ana sangat suka kepada mereka2 yang bertanya dan nampak bersungguh2 bila diutarakan topik hafazan Al-Quran.

Tapi ana sungguh2 menyampah dan kecewa bila sesetengah penghafaz Al-Quran lebih bersemangat bila menyentuh topik siasah, jamaah, program dan perkara2 lain. Bila sentuh bab Quran, diam dan ubah topik. Tidak berminat.

Bila malas iadah, beri alasan ‘tak masyi’. Macam mana nak masyi kalau malas iadah? Sama juga dengan macam mana nak kenyang kalau tak telan nasi. Mengejar perkara lain tidak salah apatah lagi soal yang lebih utama, tetapi hafazan Al-Quran telah anda kendong terlebih dahulu. Jadi berilah perhatian sewajarnya.

3. Dalam proses anda hafaz Al-Quran, anda akan diuji.

4. Anda akan semakin diuji..

5. Anda akan terus diuji..

6. Dan anda akan semakin kuat diuji..

7. Ujian yang datang kepada anda ada tahapnya. Syaitan yang berdiri di hadapan anda diibaratkan berpangkat Jeneral , bukan prebet. Semakin anda lawan , semakin anda rajin , semakin anda masyi, semakin anda istiqamah, Maka semakin tinggilah bintang di bahu Syaitan yang dihantar kepada anda.

8. Anda akan rebah. Ada ketikanya anda akan diuji teruk . Samada kematian , masalah hati , wanita, duit ataupun pangkat dan kedudukan. Anda mungkin tumpas dengan salah satu , yang boleh memberi kesan besar kepada tahap motivasi dan tekad anda untuk meneruskan hafazan. Seorang sahabat ana di madrasah dahulu, kecundang waktu dah berada di juzuk 23. Alangkah sayang..

9. Kalau anda jatuh, anda rebah , jangan menangis. Jangan ‘laknat’ diri anda kerana anda rebah. Adakala memang anda perlu rebah supaya anda tahu apakah itu ‘sakit’. Jangan sedih andai tika anda ‘rebah’ tiada yang membantu, apatah lagi ‘merawat’. Anda kan punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran . Hayatilah dengan lantunan suara anda sendiri. Bagi ana, itulah teman yang paling setia..

10. Anda bukan penghafaz Al-Quran sejati kalau anda tidak pernah menangis kerana Al-Quran ( hafazan ) anda.

11. Anda perlu ingat formula ini sampai bila2. Ingat dan faham betul2. Dalam menghafaz Al-Quran anda cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : diberikan oleh Allah. Pertama anda berada dalam keadaan senang hafaz dan mudah ingat. Kedua , anda berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah hafaz dan sukar ingat.

Apa yang perlu anda faham dan tanam dalam hati? Ini penting. Fahami bahawa sebenarnya kedua2nya adalahUJIAN. Pesan Ustaz Badlishah Johan ( my murabbi ) yang tak pernah saya lupa adalah tentang ini. Orang yang senang hafaz mudah ingat , Allah nak tengok adakah dia akan bersyukur dan melazimi Al Quran . Manakala yang susah ingat Allah nak tengok samada dia benar2 ikhlas, akan terus berusaha dan istiqamah atau tidak. Atau mungkin berputus asa. Kalau yang mudah ingat pula, mungkin akan banyak lepak, banyak borak.

12. Justeru, JANGAN menangis dan menyalahkan diri anda andainya anda tidak ingat Al-Quran. TETAPI sila menangis dan salahkan diri anda kiranya anda malas , tiada istiqamah dan tidak konsisten dengan hafazan anda . Pesan Allah ta’ala dalam surah Al-Qiyamah : ” Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu dalam dada2 manusia..”

13. Terakhir, sentiasa ingat bahawa Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujjah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran ( terutama ana ).

” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”
Ya Allah,
rahmatilah kami dengan Al-Quran,
jadikanlah Al-Quran sebagai pemimpin,cahaya petunjuk&rahmat bagi kami,

Ya Allah,
ingatkanlah kami apa yang kami terlupa daripada Al-Quran,
berikanlah ilmu yang tidak kami ketahui lagi daripada Al-Quran,
anugerahkanlah kami untuk membaca Al-Quran siang &malam,
jadikanlah Al-Quran hujjah bagi kami Tuhan sekalian alam.

mujahidah : muhasabah huffazul qur'an,terutamanya diri sendiri!Amanah yang hampir 6 tahun tertonggak di bahu(ingat ke sampai saat ini?dush3x!)Amanahku hingga mati!tak berusaha untuk ingat,perjuangkan & mengamalkannya...siaplah nanti!Allah...!sungguh ia berat!Hanya padaMU ku mohon kekuatan dan pertolongan untuk terus berusaha mengingat kalamMU ini ya rabbi!

19 August 2011

HARAPAN UMMAH



Di dunia ini,masih kurang lelaki yang soleh,
Di dunia ini,masih kurang perempuan yang solehah,
Moga aku & kamu teman...tergolong dalam para solihin,
Lantas generasi kita jua,terdiri daripada penyenjuk mata soleh solehah,
Ia bukan mudah, memerlukan mujahadah dari kini dan selamanya,
Salam mujahadah,salam istiqamah,salam Ramadhan kareem,salam juma'at penuh barokah! [اللهم اجعلنا من عبادك الصالحين]

::MUJAHID,MUJAHIDAH...SOLEH,SOLEHAH HARAPAN UMMAH!::

~cetusan hati mujahidahputeri,di saat ia menyapa mari(19/8/11 bersamaan 19 Ramadhan 1432H)~

mujahidah : masakan bisa,seseorang yang tidak soleh,solehah mampu melahirkan insan yang soleh solehah jua!?Yok jadi soleh solehah! :)

17 August 2011

WE CARE

Kami daripada pihak MyConcern,salah sebuah NGO di Negeri Melaka akan mengadakan program berkala kami pada bulan Disember.
Program MySmac kembali lagi buat kali ke-4.Program yang dibuka penyertaan kepada pelajar lepasan SPM & STPM dengan memberi kesedaran Islam di samping modul-modul yang amat menarik,seperti praktikal sembilan(sebelum-sebelum ni ayam,mungkin kali ni kambing ke ;) ),praktikal dakwah,lawan masak-masak atau nama bestnya Master Chef.

Jika anda ada adik-adik,sahabat-sahabat,saudara mara, yang lepasan SPM & STPM,ha jangan lupa promote sehingga mereka tertarik nak join :) insyaAllah tak rugi bahkan bermanfaat di samping isi masa kosong sebelum dapat tawaran daripada mana-mana IPT.
mujahidah :MyConcern ,because we care (*_*)

15 August 2011

PASAKKAN CINTA!

Tekad mencintai Allah,Buru cinta yang utama dahulu,CINTA ALLAH,jangan pandang cinta manusia lagi terlebih dahulu,insyaAllah cinta kedua,ketiga dan seterusnya akan memburu kita.Apabila kita mencintai Allah,Allah akan mencintai kita dan apabila Allah telah mencintai kita semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah jika mencintai seorang hamba,maka DIA memanggil malaikat Jibrail dan berkata :'Wahai Jibrail,AKU mencintai orang ini,maka cintailah dia!' Jibrail pun mencintainya,lalu Jibrail mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit:'Wahai penduduk langit,sesungguhnya Allah mencintai orang ini,maka cintai dia!'.Seluruh penduduk langit pun mencintainya.Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini."(Riwayat Al-Bukhari)

Jangan menagih cinta makhluk sehingga derita hati,yang sakit hati dibuatnya...tak terjaga hati,melekakan diri dari mengingati cinta yang pasti lagi hakiki.Merajuk pada yang kasih,merayu pada yang sudi.Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali DIA yang sentiasa sudi!

♥ Semakin besar cinta kita kepada ALLAH,semakin kecil nilai makhluk di hati kita ♥

Ya,burulah cinta itu.Cinta Allah mampu mengekalkan,malah boleh meningkatkan lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku.Tapak cinta itu di hati.Biarlah cinta makhluk berubah,tetapi kita tidak akan berubah daripada mencintai Allah.

~Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita.Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,nescaya cinta Allah tiada penghujungnya~

Yakinlah bila kita mencintaiNYA,DIA akan beri pemilik hati kita ini juga yang terbaik daripada pilihanNYA untuk insan yang mencintaiNYA.Yang penting pasakkan cinta kuat kepada Allah,kemudian barulah buka hati buat insan yang lain!

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kecintaanMU, dan kecintaan sesiapa yang cinta kepadaMU, dan amalan yang mendekatkan daku kepadaMU, Ya Allah, jadikanlah
kecintaanku kepadaMU lebih aku cinta daripada diriku sendiri dan ahli keluargaku sendiri ..." (Riwayat At-Tirmizi)

mujahidah : Dalam memburu cintaNYA kita takkan terlepas daripada diuji!Hakikatnya dengan ujian itulah mentarbiyyah(mendidik) diri untuk merasai kemanisan cinta sebenarnya.InsyaAllah,bila mencintaiNYA,DIA akan menjadikan insan di sekeliling kita dan bakal pendamping hidup kita,anak-anak kita yang juga mencintai DIA!~kita berdua cinta mencintai biarlah kekal abadi,wahai Tuhan...!~

12 August 2011

BUAIAN RASA


Hendak tidur tidurlah mata

Moga hilang nanti lelah di dada

Hendak lena lenalah jiwa

Moga esok kan kembali ceria


Lama aku berjuang

Ku menempuh duri dan gelombang

Lama ku berpanas hujan

Ingin ku teguk sedkikit kedamaian


hendak tidur tidurlah mata

moga hilang nanti lelah di dada

hendak lena lenalah jiwa

moga esok kan kembali ceria

lama aku berjuang

ku menempuh duri dan gelombang

lama ku berpanas hujan

ingin kuteguk setitis kedamaian


moga dapat kurehat seketika

membasuh luka dosa dan noda

doakan aku teman semua

bangkitku nanti berjuang semula


hendak tidur tidurlah mata

moga hilang nanti lelah di dada

hendak lena lenalah jiwa

moga esok kan kembali ceria


nanti akan kuimpikan

bersama kita berganding tangan

nanti akan kuimpikan bendera Islam

sama dikibarkan


aku kini lemah tak berdaya

tak mampu rasa menyimpan perasaan

kerdilnya di sisi Tuhan

terasa malu menghadap alam


hendak tidur tidurlah mata

moga hilang nanti lelah di dada

hendak lena lenalah jiwa

moga esok kan kembali ceria


tidurlah tidur biar lena

bersama kasih ini

nanti bila terjaga

dapat kau bangkit berjuang semula


tidurlah tidur biar lama

bersama alunan cinta Ilahi

nanti bila terjaga dapat berbakti pada agama


tidurlah tidur biar lena

bersama dodoian kasih ini

nanti bila terjaga dapat kau bangkit berjuang semula


mujahidah:penguat dikala ia luntur.


11 August 2011

URUSAN TERBESAR

Seawal pagi tadi,sedang menunggu sahabat-sahabat Melaka yang lain untuk meeting terakhir sebelum program pada hujung minggu ini,salah seorang sahabat membawa berita 'suatu kepastian',sesuatu keadaan yang mana kita semua pasti dan pasti menemuinya,iaitu kematian.Seorang adik muslimin,yang bila disebutnya tadi membuatkan diri tertanya-tanya yang mana satu dan di program mana yang pernah adik tersebut pernah sertai(itulah antara kelemahan diri,dalam mengingat nama).

Seusai selesai meeting ,lebih kurang pada jam 11am,kami menyusun gerak seterusnya untuk menyelesaikan hal tempat dan juga untuk menziarah arwah.Pertamnya kami meninjau tempat program,dan setelah selesai meninjau tempat program dan berjumpa pengerusi tempat tersebut(datuknda saya) di rumah,lebih kurang jam12.30pm kami terus menuju ke rumah arwah(pada mulanya sesat,alhamdulillah dipermudahkan selepas itu).

Ketika dalam perjalanan menuju ke rumah arwah,adik yang menumpang kereta saya tidak henti-henti bercerita tentang kebaikan arwah adik tersebut(dia lebih mengenali).Dengan kerajinannya untuk menolong untuk gerak kerja,sopan santunya adik tersebut,dan di laman group facebook anak-anak Melaka juga ada yang post mengenai tentang arwah,dan sign yang diberi untuk mengenali arwah,arwah adalah satu-satunya yang menghidupkan usrah di salah sebuah sekolah di Melaka pada tahun lepas.

Walaupun tidak mengenali arwah dengan baik,tapi mendengarkan testimoni daripada yang mengenali arwah,saya yakin arwah adalah seorang,da'ie,pejuang Islam yang baik walupun masih baru dalam medan ini.Tambahan lagi,arwah menemui ajal saat sedang pulang atau pergi(saya tak pasti)bersolat Subuh di surau.SubhanaAllah solat subuh berjemaah di surau atau di masjid,adalah perkara yang sukar dilaksanakan baik mereka yang bergelar pejuang Islam sekalipun.InsyaAllah kematiannya bihusnil khatimah,pergi sebagai mujahid Islam sejati.Kita yang masih hidup ini,bagaimana pengakhiran kita?Allahua'lam!

Teringat saya akan kata Imam Ghazali,yang mengatakan "cara mati kita ditentukan oleh cara hidup kita",barangkali arwah seorang yang kaki solat berjemaah di surau,akhirnya pengakhirannya jua begitu.Mungkin kita boleh bermuhasabah sejenak,sepanjang hidup ini,bagaimana kita mencorakkan corak kehidupan kita sehingga detik ini?Allah...Allah...Allah...!

Setibanya di rumah arwah,ramai sanak-saudara,jiran-jiran tetangga telah membajiri kawasan dan rumah arwah.Masing-masing menunggu ketibaan jenazah.Terlihat wajah sedih lagi pilu,itulah dia seorang ibu,ibu yang sedang menenangkan diri untuk menerima taqdir yang tidak dapat disangkal lagi,perginya putera sulung beliau,adik Afez Hasan,19tahun.Setibanya jenazah di teratak persinggahannya lebih kurang jam 1pm.Yang mana,itulah persinggahan terakhir arwah adik Afez ke rumahnya,yang barangkali sebelum ini disambut dengan senyuman,dengan keriangan,tapi kali ini kepulangannya ke teratak itu ,disambut penuh kesyahduan,penuh kepiluan.

Saat sedang membuka wajah arwah,saya masih tidak berkesempatan untuk melihat wajah arwah memandangkan ramai sanak saudara dan jiran tetangga berada di hadapan lantas menghalang penglihatan saya ke wajah arwah.Tapi saya sempat dengar perbualan Tok Imam dengan ahli keluarga arwah,1 perkataan yang insyaAllah bagi saya salah 1 modalnya ke sana,"...owh ini yang Imam tu,Imam Afes..."(panjang dialognya,tapi saya paling terjentik dengan perkataan imam itu),alhamdulillah wujud lagi anak-anak muda yang ke hadapan sebagai imam,moga ia antara yang menjadi modalmu,tiketmu ke syurga sana dik...insyaAllah!

mujahidah : Sepanjang menziarahi arwah,saya teringat perkongsian saya di laman facebook semalam,yang berbunyi "urusan terbesar kita ialah kematian",tidak di sangka hal kematian itu mengunjung tiba di kalangan antara kami pada hari ini,dan pada hari ini jua lah kami melihat perginya seorang mujahid,pejuang Islam di bumi Melaka ini,semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang soleh lagi bertaqwa.Semoga pemergiannya,bakal diganti dengan banyak lagi permata Islam di bumi bersejarah ini,penggantian yang dapat mencipta sejarah kebangkitan Islam,insyaAllah!Al-Fatihah!

::URUSAN TERBESAR KITA IALAH KEMATIAN.PERSEDIAAN?::

10 August 2011

فهو يشفين

Ya Allah...!
Hadiah istimewa dariMU buatku di bulan penuh berkah ini,
Kukuhkan ketabahanku melalui kondisi ini,
Moga ia menjadi lubuk pahala buatku makin akrab denganMU,
Moga ia tetap mampu buatku terus merasakan kehambaanku kepadaMU,
Moga ia antara yang dapat membuahkan rasa ketaqwaanku kepadaMU,
Bertuahnya lagi,moga ia kafarah dosa buatku &
membuka tirai penghijab qalbu antara diriMU dan aku,
Tiada sebaik-baik penyembuh,melainkan dariMU jua,
Waiza maridhtu fahua yashfeen.

Kuatkan daku,
Tabahkan daku,
Sabarkan daku,
Ya Hannan Ya Mannan.

mujahidah : Normalnya,apabila kita telah mengubati sesuatu penyakit,insyaAllah ia makin mengurangkan sakit.Tapi,jika makin terus menerus dalam kesakitan bahkan makin teruk,ia agak membimbangkan ditambah lagi telah dicuba itu dan ini.Ditambah lagi,setelah berubat dengan atuk,atuk mengesan akan sesuatu yang 'sebaliknya',yang memerlukan perubatan lain.Jauhkan daku daripada perbuatan buruk,manusia dan jin.Allah...!KAU lebih mengetahui.Moga terungkai hikmah disebalik semua ini![Batuk oh Batuk]

رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ
"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku...

p/s:minta semua doakan moga batuk saya yang melarat panjang ini,pulih seperti sediakala.

THE LEADER MUST BE...

Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin dan tenure sebuah kepimpinan :
  • must be a motivator not a manager
  • insprational
  • always up to date:contohnya hal dalam negeri,negara dan luar negara.
  • walk the talk:bukan sekadar mesyuarat,menyusun itu dan ini,tapi mereka juga bergerak kerja bersama rakyatnya di bawah.
  • visionary :berwawasan jauh dan jelas.
  • open-minded
  • proactive
  • post mortem:pastikan ada SWOT,dokumen-dokumen penting untuk rujukan.
  • tapping point : walaupun program tak banyak,tapi bagi impak yang besar.
  • brainstorm : tektik luar jangka.
  • amal jamaie :kuat menguat,buat kerja yang lain tapi objektif yang sama.
  • Tawakkal : keperluan rohani yang penting.
mujahidah :Banyak lagi daripada ciri-ciri di atas tak ada lagi dalam diri.Ini ialah hasil perkongsian oleh Ustaz Syaari Ab Rahman(popular dengan kupasan Al-Fatehnya) di kursus kepimpinan bersama anak-anak Melaka pada Sabtu baru-baru ini.Alhamdulillah,ustaz sudi menerima kunjungan daripada kami dan kupasan yang meng'dush'kan kami semua.InsyaAllah semoga ada natijah yang baik buat kami semua.

05 August 2011

MALAM


Menghidupkan waktu malam iaitu mengerjakan ibadat sewaktu malam dengan bersolat dan lain-lain itu ada 7 peringkat iaitu :

PERTAMA : menghidupkan seluruh malam iaitu semalaman suntuk.Hal ini adalah keadaan orang-orang yang benar-benar kuat dan pekerjaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah sahaja.Mereka itu berasakan nikmat yang luar biasa ketika bermunajat kepada Allah pada waktu malam hari.Kelakuan sedemikian itu dianggapnya sebagai makanan dan untuk menghidupkan hatinya.Oleh sebab itu,mereka tidak berasa penat sama sekali sepanjang malam.

KEDUA : bangun untuk melakukan ibadat selama separuh malam.

KETIGA : melakukan ibadah selama 1/3 malam dari separuh malam yang terakhir.

KEEMPAT : melakukan ibadat selama 1/6 malam yang terakhir atau 1/5 daripadanya.

KELIMA : tidak mengikut cara-cara yang di atas,tetapi seseorang itu tidur lalu menetapkan dia akan bangun malam pada suatu masa yang tidak akan ditentukan.

KEENAM : seseorang itu bangun hanya sekadar cukup untuk melakukan solat 4 atau 2 rakaat sahaja.

KETUJUH : sekiranya uzur untuk bangun di tengah malam,maka seseorang itu tidak melalaikan untuk bangun sebelum solat subuh atau sewaktu menjelangnya waktu sahur dan dia tidak tidur pada waktu subuh.

7 peringkat ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.Baginda tidak meletakkan satu cara yang khusus dalam melaksanakannya.Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya Tuhamu mengetahui(wahai Muhammad) bahawasanya engkau bangun(solat tahajjud) selama kurang dari 2/3 malam,dan selama 1/2 nya,dan selama 1/3nya... "

(Al-Muzammil : 20)

petikan : Ihya' 'Ulumuddin

mujahidah : Mohonlah padaNYA sebanyak mana pun,waktu terbaik memadu kasih denganNYA dengan salah 1 peringkat di atas.Mohonlah dengan penuh kehambaan dan pengharapan kepadaNYA.DIA lah sebaik-baik pelindung,sebaik-baik penolong!Malam itu hanya kita dan DIA...malam kita berdua...

04 August 2011

PUTERI MANDI

SubhanaAllah dan 5 hari sudah Ramadhan berlalu,masa,hari,waktu berlalu makin cepat.Berbaki hanya 25 hari sahaja lagi sebelum bulan berkah ini meninggal pergi.Mungkin sekadar ini kita boleh buat muhasabah sepanjang 5 Ramadhan berlalu.

Ermmm ok,sebenarnya saya nak share sesuatu yang agak santai hari ini,iaitu sesuatu ilmu masakan yang saya dapat dengan nenda saya merangkap bonda kedua saya :)iaitu resepi puteri mandi(macam-macam je nama kuih zaman dulu).Baiklah tanpa membuang masa,jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara menyediakan kuih ini.

BAHAN-BAHAN:
  • gula melaka 2 buku
  • gula pasir
  • kelapa parut
  • beberapa ulas durian
  • air
  • daun pandan
  • Tepung pulut
  • air
bentuk-betuk leper(tak tahu nak bagi namanya apa :) )
CARA-CARA:

  • Masukkan gula melaka bersama air sehingga kedua-duanya sebati di atas dapur gas.
  • Masukkan kelapa parut ke dalam sebatian air+gula melaka tadi dan dimasukkan gula pasir dan daun pandan yang diikat.
  • Masukkan pula durian dan digauli kesemuanya(semua ini dilakukan di atas dapur gas)
  • tepung pulut+air pula disebatikan dan dibentuk-bentuk leper kecil,kemudian bentuk-bentuk leper itu direbus(tepung ini asing buatannya daripada inti kelapa di atas)
  • kemudian,bentuk leper tadi digaulkan bersama sebatian kelapa tadi.
taraaaa siap :)

mujahidah : alhamdulillah dapat lagi 1 ilmu masakan daripada nenda.Nenek saya ni memang banyak resepi,banyak lagi tak diperturunkannya :) insyaAllah ada resepi lain saya kongsikan.Apa-apa pun sepanjang masakan,pastikan jua beradab(bismillah,selawat) supaya kesannya pada masakan kita yang bakal masuk ke dalam badan kita,memberi kesan yang baik pada hati dan diri kita.insyaAllah!selamat mencoba^^

02 August 2011

MATA PENA ISLAM

Alhamdulillah,kita masih diberi ruang dan peluang dariNYA untuk sampai ke bulan yang penuh dengan 'tawaran istimewa' dariNYA.Maka,gunakan peluang yang diberiNYA ini sebaik-baiknya,bahkan lebih baik dari sebelumnya seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

Hari ini,suka saya untuk kongsikan hasil penyertaan saya dan beberapa lagi adik-beradik seperjuangan daripada Melaka ke Bengkel Membangun Penulis Muda ,yang di adakan di Hotel Concorde Inn,Sepang bertarikh 30-31 Julai 2011 baru-baru ini.Yang mana ia hasil usaha Kerajaan Selangor umumnya dan beberapa 'badan' lain daripada negeri lain khasnya.Pada mulanya,kena buat bayaran sebanyak RM30,alhamdulillah akhirnya free sahaja.Majlis dirasmikan oleh Dr.Halimah Ali,kali kedua saya dapat bertemu dengannya,1 ketika dahulu di PRK di Kelantan.
Perasmian oleh Dr.Halimah Ali

Suka saya nak kongsikan salah 1 tajuk dalam bengkel tersebut,iaitu bengkel blog yang disampaikan oleh pengasas iLuvislam, Imran Koyube.Jika kita adalah salah seorang blogger,maka beberapa perkara perlu diambil kira :

  • Niat,tujuan menghasilkan blog.
  • Target group: tulis blog fokusnya pada golongan apa?remaja,orang tua,budak-budak,orang politik atau siapa?
  • Demand group : setelah dah ada target group,pastikan apakah yang patut dan perkara yang sesuai untuk dibincangkan dan dikongsi dengan mereka.
  • Minat dan kepakaran :Jika ada kepakaran dalam skill tertentu,gunakan ia dalam penulisan di blog.Contohnya gambar yang di edit sendiri atau video yang dihasilkan sendiri atau apa sahaja.
  • Membina identiti atau brand kita sendiri.
  • Istiqamah : Tetapkan kekerapan untuk update blog,dan berdisiplin.Contoh: katakan 1 minggu sekali,maka disiplin dalam melakukannya.
Cuma,on behalf diri saya berpendapat juga,tiada salahnya jika kita melihatkan followers kita.Jika pelbagai golongan,maka tiada salahnya bagi saya kita meraikan mereka dengan berkongsi bersesuaian setiapa peringkat golongan tersebut.Maka,adil buat semua followers saya.Allahua'lam.
antara penceramah&pengendali bengkel(Imran Koyube,Pak Dinsman,Dr.Raudah,Salina Ibrahim)


Selain itu,juga yang suka saya nak kongsikan,dalam penulisan jangan kita syok sendiri dan dalam memastikan apa kita sampaikan itu dapat menjentik hati pembaca,maka hati kita kena bersih,pastikan sebelum 'memberi' kita solat,membaca quran atau apa sahaja yang membawa kepada hati yang suci dan murni.Sebaiknya juga,pengisian yang kita kongsikan itu memang kita biasakan dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

mujahidah :Salah 1 sebab saya ke bengkel ini,adalah kerana salah satu hasrat saya yang ingin saya capai ialah menghasilkan buku.Maka saya ingin mendapatkan sedikit gambaran 'jalan menuju ke arah itu'.Bagi saya,banyak lagi yang perlu saya belajar,dan perlu mengikuti kurus-kursus berterusan.Moga ada lagi ruang dan peluang ke arah itu.InsyaAllah.Alhamdulillah,kursus 2 hari ini berjaya menghimpunkan lebih kurang 90 peserta, bukan sahaja dihadiri oleh golongan muda,bahkan kanak-kanak dan juga golongan tua,golongan politik,sasterawan,penulis skrip.Alhamdulillah,masih ramai mereka yang ingin berjuang dalam medan penulisan ini yang berfikrah Islam.