" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

31 July 2011

ISLAH NAFSI

♥ Bulan Ramadhan,medan terbaik untuk lebih mengenali diri kita yang sebenar & medan terbaik untuk perbaiki diri.Syaitan diikat,maka sepanjang Ramadhan ini diri kita sendiri yang 'beraksi'.Yang baik biar diteruskan menjadi peribadi diri,yang buruk dibaiki dan ditinggal pergi.InsyaAllah![RAMADHAN MEDAN MUHASABAH] ♥

~semoga natijahnya,momentum pembaikan diri ini,kita mampu menjadi 'orang baru' yang 'berkualiti' buat Islam dan segenap 'posisi'hingga akhir hayat.ameen3 ya rabb!~

29 July 2011

أهلا وسهلا

Assalammualaikum.InsyaAllah tidak lama sahaja lagi Ramadhan bakal menjelma.Untuk sedikit persiapan daripada sudut batiniahnya,suka saya kongsikan perihal yang berkaitan puasa yang pernah saya kongsi pada Ramadhan sebelum-sebelum ini,IKHLASKAH?Cuma saya saya lebih meringkaskan daripada yang sebelumnya.
Ali bin Abi Talib r.a menceritakan,bilamana ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,1 rombongan Yahudi bertanyakan soalan kepada Nabi dengan keangungan yang ada pada Nabi.

Yahudi :"Wahai Muhammad,terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa.?"

Sabda Rasulullah:"seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan IKHLAS
kepada Allah,dia akan diberikan Allah 7 perkara":
  • Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya-makanan pada hari ini banyak yang tanpa kita sedari haram,telah menjadi sebahagian darah daging kita,yang mana bila daging haram ini bermaharajalela dalam badan kita,menyebabkan kita susah menerima teguran,susah membuat kebaikan bahkan mudah melakukan kemaksiatan...maka bilamana seseorang itu berpuasa dengan penuh keikhlasan,Allah akan hapuskan yang haram itu daripada tubuh badan seseorang itu-subhanaAllah,lagi mudah kita melakukan kebaikan,dan liat untuk kerjakan kejahatan lepas tu,insyaAllah!
  • Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya-teringat saya ketikamana ustaz Hadis saya,Ustaz Abu Laith masuk-masuk dalam kelas dia bertanyakan kepada kami mengenai hadis yang mengatakan 10 awal Ramadhan rahmat,apa yang dimaksudkan dengan rahmat di situ( sebenarnya ustaz pun tak pernah terfikir soalan tu,tapi ada orang tanya ustaz)kami pun terkedu dan terdiam...,ustaz pun teruslah menjawab"rahmat Allah ni,bilamana... contohnya sebelum ni kita ni jenis liat solat awal waktu,tapi dalam bulan Ramadhan ni mudah pulak,sebelum ni baca quran waktu tertentu maghrib je ke ,tapi dalam bulan ramadhan ni,tiap-tiap lepas solat rajin pula baca quran dan macam-macam lagi,pendek kata ada peningkatan dalam amalannya(kalau sesiapa yang tak ada perubahan tu...hmm tak ikhlas la puasa tu kot.Allahua'lam.
  • Diberi oleh Allah sebaik-baik amal-amalan puasanya ini dikira sebaik-baik amalan,sebab apa?sebab keikhlasan tu.
  • Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga- tepuk dada tanya iman kita.seringkali mendengan dengusan yang berkata "lambatnya lagi bebbuka,lapar/haus dah ni...".muhasabah.
  • Diringankan baginya siksa kubur-MasyaAllah nikmat yang tak terkata!
  • Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath-Allahuakbar!1 lagi nikmat yang tak ternilai,Allah akan memudahkan kita dalam melalui titian sirath.
  • Allah akan memberinya Syurga di kemudian hari-Subhanallah,Allahuakbar,impian semua orang...SYURGA...inilah pemberian yang paling besar buat mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.
    ku hadiahkan buat semua pengunjung.

    mujahidah :♥ Ia bakal membuka tirainya...Semoga kita semua berpeluang ketemunya.Jika ada kesempatan lagi dariNYA buat kita semua,warnailah setiap detik bersamanya dengan penuh rasa kehambaan dan keikhlasan ...barangkali ia yang terakhir buat kita.Sampaikan kami kepadanya ya Allah...!ketemukan kami dengannya ya Allah...!Rahmati kami dengan kehadirannya ya Allah...![RAMADHAN YANG SAMA,NATIJAH YANG BERBEZA] ♥

Menjadi sayu hati ini setiap kali terdengar bait liriknya.Allahua'lam!

28 July 2011

SAUDARAKU ANGGOTA POLIS

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'.Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.
Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.



Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.


Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan.

Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).


Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?


Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.



Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.
Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.
Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”.Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

ikhlas daripada : Dr.Mohd Asri Zainul Abidin

mujahidah : Moga Allah menjentik hati-hati kalian aduhai anggota polis sekalian untuk berada di paksi kalian yang sewajarnya!Semoga hidayah Allah bersama kalian semua!

25 July 2011

TAUBAT DITERIMAKAH?

Kita sedia maklum Ciri-ciri taubat ialah menyesal akan perbuatannya,meminta ampun kepadaNYA,berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut dan menganggap jika kembali kepada perbuatan tersebut seolah-olah menempah neraka.


Kini saya ingin fokuskan,bagaimana pula kita nak tahu taubat kita diterima Allah?Antaranya yang disebut dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali ialah:

  • Orang itu nampak bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri.Dia seolah-olah mempunyai himpunan tenaga yang kuat yang menghalang dirinya daripada melakukan dosa.
  • Hatinya selalu lapang dan tenang baik semasa berseorangan ataupun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.
  • Dia selalu bergaul dengan orang baik-baik dan mencari kenalan yang baik-baik.Jika masih mencari kenalan-kenalan yang tidak baik,maksudnya kita tidak ikhlas dalam bertaubat,hanya di bibir sahaja melainkan bertujuan untuk berdakwah.
  • kualiti amalannya meningkat.Solatnya semakin khusyu',puasanya lebih baik,lebih banyak bersedekah.
  • Sentiasa menjaga lidah,semakin teliti mengendalikan lidahnya.Sentiasa teliti dengan mengikuti perkembangan amalannya.Fikiran dan ingatannya dijuruskan kepada Allah semaksimum mungkin.Hingga cinta dan rindunya kepada Allah semakin menebal.
hasil bacaan : Ingat Tuhan Sampai mati oleh Aa Gym

mujahidah :Bagaimana, adakah kita ada memenuhi ciri-ciri di atas?Jujurlah dalam menilai diri sendiri. Jika kita masih selesa dengan maksiat yang kita buat,dan mempunyai ciri-ciri yang sebaliknya daripada di atas ini,maka sedarlah hakikatnya taubat kita hanya di mulut sahaja,memang benar kita mengatakan kita menyesal,tapi hanya sekadar penyesalan yang beremosi sahaja!Kita belum benar-benar takut pada Allah.Penyucian diri dari dosa dan noda adalah sebagai salah 1 persediaan kita ke alam 'sana' yang bila-bila masa sahaja mengundang kita.Allahua'lam!

"Allah mengampunkan semua dosa kecuali syirik,maka jangan jemu untuk memohon keampunan kepadaNYA,Allah suka akan hambaNYA yang bertaubat,maka jangan berputus asa dengan rahmatNYA,BERTAUBATLAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAUBAT!"

21 July 2011

KARISMA '11

sub program KARISMA '11

Program :Karnival Islami Masjid As-Salihin 2011(KARISMA '11)
Tarikh :22-24Julai 2011
Anjuran: Masjid As-Salihin dengan kerjasama GAMIS

mujahidah: teruja sangat nak promote,sebab mak usrah nak beraksi :) ummi syeril nadia...(macam la tak biasa tengok ummi beraksi,) & juga ada berkaitan Palestin...Jom-jom banyak sungguh majlis ilmu di beberapa negeri,kedah,Selangor.Tapi macam tak dapat nak pergi je,sebab ada 'projek khas' di Melaka.Yang berpeluang dan free masa ni,boleh la serbu majlis-majlis ilmu ni.Selamat menyelami pelbagai ilmu di atas muka bumi Allah ni.Jangan lepaskan peluang!

20 July 2011

BUAH BERDURI

Sekitar kebun atuk

Alhamdulillah,musim durian kali ni terlalu puas makan durian,apatah lagi daripada kebun daripada keluarga sendiri,kebun atuk.Sungguh tak sangka,banyak sungguh durian gugur tahun ni,isinya memang sedap dan amat sedap,tak tahu nak cakap macam mana,kena rasa baru tau :) Walaupun bentuknya kecil,tapi sampai 10 ulas pun sampai isinya.Alhamdulillah.
ada durian kebun atuk dan ada orang bagi,tersesat lak cempedak tu.

Sebenarnya saya dah lama 'mengidam' nak makan durian.Di UIA,tempat shopping biasa di Giant Batu Caves,selalu sangat nampak durian dan berhasrat nak beli(ni sape sokmo shopping dengan saya tahu la ;) ),tapi selalu saya batalkan je niat saya,sebab merasakan durian di luar ni kadang-kadang bukan sedap sangat,harga je mahal.lagipun kadang-kadang duit pun tak banyak maklim la student lagi.Kerap kali saya batalkan niat saya dan seingat saya memang tak beli pun walupun terasa nak makan sangat(teman-teman shopping saya,iyeke pernyataan ini?).Akhirnya,bila musim durian kali ni,ditambah lagi waktu begini cuti dan memang berada di rumah,Allahurabbi!terlebih daripada yang saya mahukan.Boleh katakan tiap-tiap hari pergi kebun untuk jenguk durian,bergilir-gilir dengan adik.Tiap-tiap hari makan durian.Sampai muka pun dah macam durian.Opppsss

Jadi,moral of story nya.Jika kita sabar dengan sesuatu perkara,Allah akan beri lebih daripada itu bahkan terlalu lebih yang kita tak sangka-sangka :) Syukran lillah!

mujahidah : Musim durian ni,kena hati-hati juga.Makan-makan jugak,kesihatan kena jaga.Cakap untuk diri sendiri juga ni,batuk masih tak baik-baik lagi,dah pulih batuk,batuk balik,berulang-ulang pulak.Pulihkan daku,adikku,mak cikku dan atukku.Keluarga kami kalau batuk,ramai-ramai batuk dan memang lambat baik :) tambah-tambah lagi musim durian dan rambutan ni.Jadi anda juga berhati-hati juga.

19 July 2011

PUTUSKAN JE!

Assalammualaikum.Lama rasanya laman ini tidak 'berleter' mengenai baitul muslim kan?Kali ni,saya suka untuk kongsikan video yang saya dapat di laman facebook .Antara pesanan yang paling memberi kesan di hati saya ialah,lebih kurang bunyinya :

"jika jelas masa tempoh pertunangan,pasangan kita jelas menunjukkan perangainya yang sebenar,berakhlak buruk maka jangan teragak-agak untuk memutuskan pertunangan,kerana masyarakat kita zaman sekarang ni takut untuk putus tunang,sebab rasa ia memalukan dan consider sebab rupa,harta,pangkat dan sebagainya yang berbentuk keduniaan.Bertunang tujuannya untuk ta'aruf,untuk kenal pasangan masing-masing(mengikut syara'),jika sepanjang tempoh bertunang tu dah sah-sah memamg tak ok,putuskan sahaja"



Saya amat bersetuju.Mutakhir ini masyarakat kita terlalu mengangap perkahwinan ini sesuatu perkara yang remeh,dipandang enteng,jadi tak pelik la bilamana terlalu banyak penceraiaan berlaku.Baru-baru ini saya pernah terbaca mengenai 2 kes,yang melibatkan hal baitul muslim ini.1 kes di keratan akhbar,dan 1 lagi di laman blog.

Kes pertama,tak silap saya tajuk keratan akhbar tersebut "tunang saya kahwin dengan perempuan lain",isinya antaranya berbunyi,pada tarikh perkahwinan mereka,si lelaki bukan berkahwin dan hadir ke perkahwinan mereka,tapi berkahwin dengan perempuan lain.Allahurabbi!begitu mudah lelaki zaman sekarang ini mempermainkan hati dan perasaan perempuan.Anda ingat,hati perempuan ini untuk diberi harapan palsu dan menggunung tinggi lalu setelah memberi impian indah,lalu anda mempermainkan dia!Allah besar lagi ujian bagi perempuan tersebut.Benar,kalau dah bukan jodoh,tapi adakah begini caranya si lelaki itu melepaskan dirinya daripada perempuan tersebut.

Kes ke-2,di sebuah laman blog.Maaf tak dapat nak bagi link blognya krana lupa linknya.Post di blog tersebut,adalah di mana penulis menjawab persoalan daripada pengunjung blog tersebut.Tajuknya yang memang benar-benar saya ingat "Bakal tunang saya suka permainkan perempuan lain".Di mana akhirnya dia dapat tahu,rupenye lelaki tersebut pernah dikecewakan oleh perempuan lain sebab itulah beliau suka permainkan perempuan,dan ok sikit daripada kes di atas,lelaki tersebut meminta putuskan hubungan dan tidak teruskan untuk bertunang dah berkahwin.Tapi,apa-apa pun hal hati dan perasaan ni,bila sekali dipermainkan dan diberi harapan palsu,amat ambil masa untuk mengubatinya.

Hakikatnya,banyak sangat hal yang berlaku depan mata saya sendiri.Maaf,tak sanggu dah untuk berkongsi perilaku hodoh beberapa kes berkait.Saya cuba untuk tidak terlalu emosi menulis entry ini.Secara jujurnya,ia berlaku depan mata saya sendiri.Beberapa kes juga,setelah '1 peristiwa 10 bulan lalu',makin banyak Allah tunjukkan saya dan orang adukan kepada saya perkara berkaitan yang lebih kurang sama dan Allah pertemukan dengan menampakkan masalah ini.Maafkan saya,memang yang ramainya,adalah golongan lelaki yang selalu membuat masalah ini.Saya pernah berhadapan dengan masalah perempuan yang suka permainkan lelaki setakat ini,baru 1.Itu di sisi saya,di sisi lain,ramai juga wanita yang bersikap demikian.Yang bagi saya,amat mendukacitakan,dan mengecewakan lagi,pemangsanya ialah orang yang beragama.Saya memberi perkara yang memang berlaku depan mata sendiri.Sehingga saya pernah membawa isu "playgirl dan playboy Islamik" di laman facebook saya.Tolonglah duhai kaum Adam,sedarlah anda sedang diuji,letakkan iman di hadapan,bukannya nafsu,dendam di hadapan.Selalunya,perempuan kalau dah 1,1 itu jualah.Jangan disebabkan kalian diberi anugerah oleh Allah untuk beristeri 4,anda memperlakukan perempuan dengan cara hodoh begini!Begitu juga duhai kaum hawa,berhati-hatilah dalam memberi hati pada manusia,dan jangan sekali-kali mempermainkan hati lelaki,.Jujurlah,berakhlak mulialah,berakhlaklah sejajar dengan ilmu agama yang kalian miliki dan yang paling penting sejajar dengan ajaranNYA.

Saya pernah menanyakan soalan,mengapa perkara ini berlaku pada seseorang,dan pandangan ialah:

1- kurang kasih sayang dari kecil
2- mahu perhatian dari semua wanita yang dia kenal
3- tidak cukup dengan seorang wanita, nak ramai2
4- memang jenis yang tidak serius n suka permainkan wanita
5- dendam
6- ada masalah jiwa

dan banyak lagi sebab2 yang lain.

Saya mengharapkan ada seorang insan ini berubah dan saya memang ingat dia dah berubah.Saya mendapat tahu yang dia nak bertunang bulan 5 yang lalu (tak tahulah bertunang sungguh dah ke belum),kecewanya tapi dalam masa yang sama dia masih mencari orang lain lagi.Allahurabbi!Saya mendapat daripada sumber yang saya boleh percayai.Jika benarlah,dirimu telah yakin dengan pilihan sekarang,maka cepat-cepatlah dan seriouslah ke arah perkahwinan.Cukup-cukuplah dengan sikap memberi harapan palsumu kepada banyak orang.Hadapilah ujian dengan cara yang diredhai,dirahmati dan diberkahiNYA.Allah suka akan hambaNYA yang bertaubat.Semoga Allah bersama anda!

Buat mereka yang diuji dengan hati disakiti,dipermainkan,dirobek-robek,bersabarlah,ia adalah kafarah dosa buatmu,bahkan bersyukurlah,"alhamdulillah... Allah sayangkan aku,alhamdulillah ia berlaku sebelum hidupku dikuasai dirinya dan dah hakikatnya,dia bukan untuk diri kita...,bertelekulah dalam menyingkap tabir hikmah keperitan ini terjadi,ia memang nampak sadis di sisi kita,di sisi seorang insan,tapi hakikatnya DIA ingin menghadiahkan pelangi yang indah buat dirimu,barangkali,bukan di dunia,mungkin di akhirat sana yang kekal abadi.

Buat mereka yang diuji,mempermainkan hati insani,tidakkah kalian sedar ia membuat anda tidak menjaga hubungan sesama insani?lupakah kalian,seruannya habblumminaAllah,wa habblumminannas.Jika benar sekali pun,kalian sedar akan dia bukan jodohmu,tapi aturkan ia dengan cara yang baik,bukan berbentuk kezaliman hati begini.Bersabarlah dalam melawan hawa nafsumu,jangan biar ia menguasai mu,biarkan imanmu yang sentiasa berbicara di hadapan.Sayangilah diri anda,kasihanilah ia dengan tidak menzalimi diri dengan perbuatan tidak jujur ini.Anda mampu berubah!Ingatlah,anda sedang 'bermain' dengan HATI,Jika sakit hati itulah,jika cinta,hati itu jualah,jika gembira,hati itu jualah,banyak perkara hanya dengan 1 hati sahaja...

~HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH,KERNA DI SITU KEINDAHAN HIDUP~

‎:. "... Jika ALLAH MENGETAHUI ada KEBAIKAN di ♥ mu,nescaya DIA akan MEMBERIKAN LEBIH BAIK DARI APA yang telah DIAMBIL darimu ...!"[SURAH AL-ANFAL 8:70]~DIA MAHA MENGETAHUI,MAHA PENYAYANG!~ .:

18 July 2011

adeh!dia buat hal lagi...

Hmm tak sudah-sudah pak menteri saya seorang ni nak timbulkan isu la...hari tu isu Shah Rukh Khan,lepas tu sekolah harapan,ni nak tambah masa untuk pusat hiburan pulak...apa jenis pemikiran la pun tak tahu la...'Adakah Melaka mahu tambah sekolah harapan?'bak kata Lajnah Penerangan PAS Melaka,di sini .



Di sebalik usaha kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS mahu menutup bar, disko dan kelab karaoke pada bulan Ramadan yang akan datang, lain pula yang berlaku di negeri Melaka.

Negeri Melaka di bawah kerajaan BN, baru-baru ini pada mesyuarat Exco telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Malaysiakini difahamkan, tindakan itu seiring dengan kepesatan pembangunan sektor pelancongan Melaka di samping mendapat permintaan daripada pengusaha pusat hiburan terbabit.

Bagaimanapun Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditanya berkata, lanjutan masa hanya boleh dilaksanakan pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Manakala, bermula Isnin sehingga Khamis, pusat berkenaan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 atau 2 pagi sahaja.

“Ini adalah atas permintaan pengusaha pusat hiburan dan pelaksanaan ini hanya dibenarkan untuk 15 premis sahaja di Melaka Raya.

“Bagaimanapun, sekiranya mereka ingkar melanjutkan waktu operasi dalam tempoh diberikan, kebenaran itu akan ditarik balik,” katanya.
Ditentang pelbagai pihak

Mohd Ali juga menjelaskan, kerajaan negeri telah pun mendapat maklumbalas daripada pihak polis bahawa keputusan itu tidak akan menjejaskan tahap keselamatan kawasan terlibat.

Sementara itu, keputusan yang dibuat kerajaan negeri Melaka itu ditentang banyak pihak termasuk dari kalangan ahli Umno sendiri.

Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tangga Batu, Muhammad Ahyad Abdullah yang merasakan keputusan itu mengambarkan keseronokan sesetengah pihak yang berkepentingan.

"Mereka lupa keadaan ini akan membiarkan lebih banyak perkara tidak senonoh berlaku di negeri Melaka. Sudahlah pusat hiburan muncul bagaikan cendawan tumbuh ditambahkan pula tempohnya dilanjutkan hingga ke jam 3 pagi.

"Cukuplah, keruntuhan akhlak yang berlaku kini di kalangan warga muda dan peningkatan kadar jenayah disebabkan pusat hiburan dan keseronokan yang tidak ada batasnya," katanya.

Ketua Pembangkang dari DAP, Goh Leong San berkata, kerajaan negeri sepatutnya mendapat maklum balas dari semua pihak dan bukannya semata-mata meminta pandangan daripada pengusaha pusat hiburan sahaja.

"Tindakan ini menampakkan kerajaan negeri mengenepikan kepentingan rakyat hanya semata-mata mahu mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu," katanya.

mujahidah : Kalau jadilah,makin 'maju' la negeriku ini. Semoga tak jadilah,kalau jadi,insyaAllah akan ada tindakan juga daripada 'kelompok' tertentu,insyaAllah!

17 July 2011

PERGINYA SEORANG MUJAHIDAH ISLAM

Allahyarhamah Dr.Lo' Lo' Ghazali,54tahun.

Allahuakbar!Innalillahi wainna ilahi raji'un.Mendapat khabar berita,perginya seorang Mujahidah Islam,Dr.Lo' Lo' Ghazali.Mutiara Mujahidah Islam yang sukar dicari ganti.Semoga ruh perjuangannya tersemat dan mekar di hati srikandi-srikandi Islam yang lain,termasuk diri sendiri.Allahurabbi!Takziah buat keluarga Allahyarhamah yang meninggal asbabnya ialah akibat barah.SubahanAllah,sungguh tidak tahu beliau menghidap penyakit tersebut sebelum ini,Nampak semangat sahaja dalam perjuangannya...Sungguh tabah dan kentalnya beliau!

Tiada lagi Ramadhan buat Allahyarhamah...kita bagaimana?Allahua'lam!AL-FATIHAH!

الَّلهُمَّ اغفِرلَهَا وارحَمهَا وعَافِهَا وَاعفُ عَنهَا

TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 53 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR


LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH

2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH

3. KOLEJ ISLAM KLANG

4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)

5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST


KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM

2. EXCO PERSIAP UKM


PERTUBUHAN NGO:

KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:

AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL
AHLI PARLIMEN TITIWANGSA


PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA:

PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11.

Memenangi Kerusi Parlimen Titiwangsa pada 8 Mac 2008 dengan menewaskan Aziz Jamaludin (Umno-APCO) dengan majoriti 1,730 undi.
LINK
antara sumber : harakah

mujahidah :Pada mulanya mendapat khabar berita petang tadi bahawa beliau telah meninggal,hakikatnya belum lagi.Lega lagi masa tu.Alhamdulillah panjang lagi umurnya.Tapi dapat tahu selepas itu,tidak benar pulak.Allahurabbi!begitu mudah berita tidak benar tersebar luas,kematian pulak tu.Sebelum ini Ustaz Ismail Kamus pun begitu,alhamdulillah sihat lagi ustaz.Semoga si penyebar berita,jangan sewenangnya menyebarkan berita,begitu juga yang menerima berita,pastikan dulu berita yang diterima betul atau tidak,jangan terus sampaikan pada yang lain.AL-FATIHAH!wakafa bil mauti wa'izhan!

15 July 2011

FAITH IN HIM!

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt

HE knows what’s in your heart
HE’s always close to you
HE’s the one who knows you best
You’ll find your peace at last
If you just have faith in HIM


YOU’re always in our hearts and minds
YOUR name is mentioned every day
I’ll follow YOU no matter what

My biggest wish is to see YOU one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
HE fought for peace and liberty
And never would HE hurt anything

HE was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to HIM
So full of light and blessings(Muhammad)

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow You no matter what
If GOD wills we’ll meet one day


If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away


If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

I believe I believe, I believe I believe


mujahidah : Tidak cukup dengan percaya,tapi yakinlah dengan Allah dalam setiap perkara,baik perkara itu baik atau buruk,itu yang terbaik buat kita!Sesungguhnya DIA maha mengetahui yang terbaik buat hambanNYA!peringatan bersama.

HE knows what’s in my heart
HE’s always close to me
HE's the one who knows my best
I’ll find my peace at last
If I just have faith in Him

PERGINYA Si Hitam :'(

Ya Allah...hari ini sedih sangat,baru kehilangan makhluk ciptaanNYA yang menceriakan di rumah ini ,maghrib tadi.si Hitam,anak kucing kepada zorro(maknya).Serba salah sebenarnya,hakikatnya benarlah kematian itu kehendakNYA jua,tapi adakah diri ini penyebabnya?Sebab pagi tadi mandikan dia dan si kecil yang seekor lagi,tambahan lagi cuaca di Serkam,Melaka siang tadi hujan,mendung dan sejuk,sempat mengeringkan dia dan yang seekor lagi,tapi dia cepat pula melarikan diri bermain kat tempat lain.Maklumlah,diorang(ke diekor?) ada sangkar sendiri,sebab pernah kes dulu,si zorrro tak beri anaknya susu,asyik berjalan je,jadi dengan masukkan dalam sangkar boleh la si ibu konsisten beri susu...tapi ada masa lepaskan juga diorang sebab diorang nak bebas jugak...jadi bila waktu bermain itu yang cepat je hilangnya....
perginya si hitam,sambil diperhatikan si zorro kecil :'(

Allah...sungguh aku tak maksudkan apa-apa,sungguh amat sayangkan si penceria dan si comel itu...sungguh aku tak dapat menahan kesedihan,ditambah lagi beberapa hari ni terlalu mudah nak menangisnya(symptom biasa untuk ke peringkat lain).Sesuatu perasaan yang buat saya rasa dan terfikir,ini baru seekor binatang,belum lagi insan-insan terdekat dan tersayang yang Allah ambil daripada saya.Sehingga saya terfikir,dah la adik beradiknya 2 ekor sahaja,dah mati seekor,tinggal dia seekor main sendirian je lepas ni,Allah sedihnya...cuba empatikan keadaan saya yang adik-beradik hanya 2 orang jua...kalaulah...owh tak sanggup nak melalut jauh-jauh(adeh,mujahidah2 mana sama manusia dengan binatang la...).Lepas-lepas kucing yang menghuni rumah ni,si omel,si zorro dan anaknya yang sekor lagi,si zorro kecil.Sebelum ni banyak je kucing,tapi ada yang terpaksa buang,sebab selalu buang air merata-rata.
antara anak-anak si zorro dulu,tapi semua dah mati sebab maknya tidak beri susu.

Apa-pun,walaupun ini hanya berkaitan dengan kematian dengan seekor binantang,tapi ia tetap mengingatkan saya tentang KEMATIAN yang bila-bila sahaja menjemput,mudah je Allah nak bertindak "Bila DIA kata jadi,jadilah..." Allahurabbi!

si omel yang kuat tido,makan pun kadang-kadang tak kisah.

فاستبقوا الخيرات

Jam menunjukkan 2:37am,tapi masih tak mampu melelapkan mata,barangkali sudah cukup rehat siang semalam kerna agak lemah dan tidak bermaya sedikit semalam.Jadi,menggunakan kesegaran mata ini untuk berkongsi sesuatu.

Alhamdulillah,siang tadi berpeluang mendengar perkongsian di IKIM.fm,mengenai Palestin ketika membawa atuk ke hospital,appoinment doktor.Apa yang menariknya?Saya 'suka' statement ini "Malaysia setakat ini,pernah memberi bantuan setakat 17 sahaja,berbanding dengan negara-negara lain,7,000",adeh saya yang mendengar tu pun terkejut,ingatkan banyak sangat dah bantuan Malaysia ni pada Palestin.Termasuk tertanya-tanya balik la pada diri,ada ke sumbangkan apa-apa bantuan pada Saudara SeIslam di sana?Termasuk sekali ke dalam yang 17 tu?Bagaimana cara nak salurkan bantuan?Ha,di takdirkan Allah saya ternampak la post aman palestin di facebook.Sempena Ramadhan ni ada projek Ramadhan Palestin,yok kita sama-sama cuba memberi bantuan dengan salah 1 caranya,di 'lubuk pahala' ini,insyaAllah!berlumba-lumba dengan negara lain untuk kebaikan tak mengapa rasanya kan?"



mujahidah : Semoga sedikit sebanyak dapat membantu saudara seIslam kita di sana.Berlumba-lumba ke arah kebaikan,insyaAllah.Hakikatnya kita membantu masyarakat Palestin yang kuat,jadi tiada ruginya,walaupun mereka 'di belenggu' oleh Israel tapi pentarbiyyahan Allah buat mereka menjadikan mereka begitu hebat,kuat daripada insan yang kecil hinggalah yang tua...Makin hebat ujian,makin hebat seseorang ,golongan itu...dan hakikatnya jua ia adalah salah 1 tanggungjawab kita,kerna ia berkaitan dengan Islam!seruan buat diri jua!insyaAllah!

14 July 2011

BIRTHDAY 2A


Alhamdulillah,hari ini 14 Julai 2011 Allah masih panjangkan umur antara insan yang paling saya sayang iaitu anak usrah saya,Atikah Abd Rahman,gelaran dalam usrah adik & Aisyah Anasmosa.

Kepada adik Atikah Abd Rahman,mengenalimu pada awalnya mengerunkan mama(gelaran saya dalam usrah,supaya rasa tua yang amat),apatah lagi ditaklifkan untuk memberi usrah kita sekarang ini,Usrah Kejora Ummah,kerna kalian semua insan hebat,menakutkan hehe,sehingga tanya pada ummi Nisa' dan ka G-ah,nazirah abu bakar@nazirah mukmin(ex mak usrah kalian),bagaimana nak beri pengisian untuk anak-anak yang hebat ni,alhamdulillah mama sungguh rasa sebati dengan kalian sekarang ni dan banyak belajar sesuatu dengan kalian,kita memberi,kita akan terima balik,tak gitu? :)

Semoga pertambahan umur adik,seiring bertambah ketaqwaanmu kepadaNYA,Semoga terus thabat di jalanNYA,semoga menjadi insan solehah permata hati ibu dan ayah dan insan sekeliling adik.Semakin bertambah umur kita,semakin dekat kematian dengan kita,Allahurabbi!Wakafa bilmauti wa'izahan!

Kepada insan yang baru ku kenali pada tahun ini,segalanya bermula pada bulan 5,di tempat istimewa dan terindah,Akademi Quran Cinta Madinah,Aisyah Anasmosa,Kak Aisyah lurus :p hehe,nice song yang dicipta oleh Aisyah."k.aisyah lurus,nabilah senget,k.imad bengkok,k.imah tegak,k.nurul condong,,,nayli bulat3x"(hanya kita berlima je faham,hehe,arghhh rindu pula di sana dan insan-insan di sana).Mengenalimu 1 anugerahnya jua.Banyak belajar sesuatu daripada Aisyah ketika di sana.Alhamdulillah sebulan dah bagaikan setahun perkenalan kita,masa mula-mula kenal,segan silu,tapi lama-lama seronok dan terasa ikatan ukhuwah terjalin antara kita.Akak kagum insan seperti Aisyah ada semangat untuk menghafal quran,walaupun bukan kos agama...berapa juzu' dah?semoga mencapai target yang Aisyah tetapkan,insyaAllah Aisyah mampu!

Semoga pertambahan umur Aisyah,seiring bertambah ketaqwaanmu kepadaNYA,Semoga terus bersemangat untuk menghafal quran dan kuat untuk menjagannya,semoga menjadi insan solehah permata hati ibu dan ayah dan insan sekeliling.Semakin bertambah umur kita,semakin dekat kematian dengan kita,Allahurabbi!Wakafa bilmauti wa'izahan!

mujahidah : maaf deh lambat ucap,maaf juga tiada hadiah berbentuk barang :) kira ini hadiah la,aci la ek ;)maaf ape-ape sepanjang perkenalan kita.Semoga tautan hati kita terus kuat keranaNYA,ameen ya robb!

13 July 2011

MEMBERI & MENERIMA

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri-

mujahidah : benarlah,jika nak tunggu 'perfect' tak ada sesiapa pun akan berdakwah,jadi jangan pernah terbantut untuk berdakwah dengan alasan 'aku tidak layak sebab tak cukup ilmu lagi','aku tak layak sebab bukan background agama',itu semua alasan...teruskanlah memberi walaupun sedikit,mengikut posisi masing-masing.jika anda pandai melukis,berdakwah melalui medan itu, begitu juga selainnya.InsyaAllah terus thabat dalam memberi,dalam masa yang sama kita jua menerima.

12 July 2011

YOK SERBU!

MAJLIS ILMU DI BAITUL QURA',MELAKA

InsyaAllah pada 17hb Julai pada jam 7.00 pm, majlis perasmian dan bacaan maulid akan diadakan di Baitul Qurra',Melaka, dan dihadiri oleh habib umar bin abdurrahman al-jufri (madinah) dan rombongan habaib yang lain.Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai.

KONVOKESYEN DARUL QURAN KALI KE-20



KOLOKIUM ULAMA' MUDA KEBANGSAAN

mujahidah : Beberapa kali juga tak silap habib Umar dah datang ke Melak untuk majlis ilmu,selalu tak berkesempatan,ni lama lagi cuti ni,moga-moga dapat pelepasan untuk ke Baitul Qura' nanti...insyaAllah!

SubhanaAllah rindu sangat dengan DQ,dah kali ke-20 dah konvonye,tak ingat dah masa zaman saya dulu konvo kali ke berapa,maklumla makin berusia,tak lama je lagi atas muka bumiNYA ni...Bumi Barakah,Bumi Darul Quran,masakan tidak ku rinduinya,selayaknya...di situlah 'tempat segalanya bermula',Nikmat yang membuatkan aku berada 'di jalanNYA ini',Nikmat yang juga tidak pernah ku impikan.Allah...Allah...Allah,NIKMAT ENGKAU YANG MANA LAGI INGIN AKU DUSTAKAN?!

Mendapat panggilan telefon daripada insan yang tidak dikenali petang tadi,rupanya beliau meminta saya menwar-warkan mengenai program KOKUM ini buat warga Melaka.Moga ada ruang dan peluangNYA buatku dan adik-beradik seperjuangan di Melaka khususnya untuk turut serta,mudah-mudahan!~Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hambaNYA,ialah ULAMA'~

YOK KITA SERBU!

JANGAN NAFI REALITI!

Duhai rakyat Malaysia,jangan hanya kalian mendengar,menonton,mendapatkan sumber berita daripada media massa,media elektronik yang dikuasai Kerajaan BN sahaja,carilah juga sumber-sumber lain dan nilailah ia dengan mata hati kalian semua!Nak percaya atau tidak,terserah!Jangan cuba dinafikan realiti!


mujahidah : Allahurabbi! Sungguh beberapa menjak ini,perancanganku tidak seiring perancanganNYA.Ku akur dengan kehendakNYA.Di saat adik-beradik seperjuanganku ke medan BERSIH 2.0,aku 'dibawa lari' keluargaku ke Serambi Mekah,kelantan...menziarahi mak cik yang berada di sana.Sungguh bahang BERSIH ku rasakan walaupun jasadku tidak di medan,bertali arus ku mendapat mesej info dan juga beberapa penangkapan terhadap adik beradikku!Allah...!sungguh mereka insan terpilih!Hanya doa dan kata-kata semangat ku mampu kirimkan.

Kisah kezaliman polis,bukanlah sesuatu yang pelik bagiku,kerna diri ini sendiri pernah merasai,melihat dengan mata sendiri kezaliman dan ketidakperimanusiaan mereka ketika demonstrasi PPSMI yang ku sertai satu masa dahulu!Ingatlah duhai manusia yang zalim,yang samseng,yang mengikut telunjuk pemimpin yang zalim!Dan khas juga buat watak penting di sebalik tindakan kejam PDRM...iaitu para pemimpin-pemimpin negara yang kononya cintakan keamanan,dan rakyatnya...!Allah akan mengkabulkan doa mereka yang dizalimi...mungkin bukan kini balasan buat kalian semua...tapi tunggulah!Barangkali kesenangan,dan 'kemenangan kalian sekarang ini,istidraj daripadaNYA!Semoga ada hidayah daripada buat kalian puak-puak,pemimpin-pemimpin yang zalim!Jangan terus menzalimi orang lain.Dalam kalian menzalimi orang lain,hakikatnya kalian menzalimi diri kalian sendiri!!!

Semoga kalian semua akan merasa bosan dan berputus asa dalam melakukan 'kerosakan' atas muka bumiNYA ini!lalu berpaling ke jalan yang dirahmatiNYA!insyaAllah!


05 July 2011

DUHAI LELAKI,CEMBURULAH!

:: Hakikatnya...selayaknya sifat CEMBURU itu sinonim dan ada dalam diri seseorang yang bergelar LELAKI,SUAMI,AYAH & seangakatan dengannya [CEMBURULAH DUHAI KAUM ADAM!]::

salah 1 bab dalam buku ihya' ulumuddin oleh Imam Ghazali ialah adab-adab perkahwinan dan di bawah tajuk KEWAJIPAN SUAMI,adalah salah 1 nye ialah CEMBURU .Suami wajib cemburu,jangan dayus!

Rasulullah SAW bsabda : " sesungguhnya di antara bermacam-macam CEMBURU itu ada cemburu yang disukai Allah & ada cemburu yang dibenci Allah.Adapun CEMBURU YANG DISUKAI ALLAH itu ialah CEMBURU SEORANG LELAKI YANG ADA KERAGUAN & CEMBURU yang DIBENCI itu ialah CEMBURUNYA seorang lelaki kepada isterinya yang tiada keraguan "(HR Abu Daud,Nasa'i & ibn Hibban)

*cemburu yang dibenci ialah yang boleh menimbulkan prasangka buruk sehingga mengundang fitnah.

*cemburu yang disukai ialah kerana adenya perasaan cinta.Seperti cemburu melihat isteri ,anak perempuan,adik perempuan,tidak menutup auratnye sehigga dilihat orang yg bukan mahramnya.Allahua'lam!
JIKA TIDAK CEMBURU,ANDA DAYUS!

dayus ialah :

هو الذي لا يغار على أهله

*Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya)

*Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus"

*Berkata pula An-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم


Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram "

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

::sumber rujukan : Buku Mutiara Ihya' Ulumuddin,hak milik Muslim,Imam Ghazali,Al-Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi diterjemahkan oleh:Panel penterjemah, BAB12,adab-adab perkahwinan,m/s 320(VERSI MELAYU)
&

mujahidah : Teringat zaman kanak-kanak dulu walaupun kecil lagi,kerana sayangnya pak cik ke saya,selalu dulu masa kecil-kecil menyidai pakaian tak pakai tudung,selalu kena marah dengan pak cik sebab tak pakai tudung,lalu disuruhnya saya segera mendapatkan tudung.Atuk juga begitu,dulu masa kecil-kecil pernah merajuk sebab mak dan abah pulang ke rumah di johor tinggalkan saya di Melaka bersama atuk dan nenek,disebabkan merajuk saya menangis lalu tidak mahu sembahyang,lalu atuk berang lalu memukulku.Begitu juga adikku,bila dia perasan ada lelaki ajnabi yang bertandang ke rumah,tanpa ku sedari kehadiran mereka,cepat-cepat dia menyuruhku mendapatkan tudung.Allah,syukran lillah!NIKMAT TUHAN MANA LAGI YANG INGIN AKU DUSTAKAN!kehidupanku,di sisiku KAU kurniakan lelaki yang cemburu dan tidak dayus!Semoga bakal imamku,pendamping hidupku jua suatu hari nanti begitu!seorang yang cemburu dan tidak dayus!mohon dengan amat!