" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

27 June 2011

PENGHALANG SOLEH/AH

Menurut Saidina Ali Karamallahu Wajhah, 5 perkara yang menghalang seseorang dari menjadi soleh:

(1) Berasa damai dengan kejahilan

(2) Rakus (tamak) kepada dunia

(3) Utamakan diri sendiri

(4) Riya' dalam beramal

(5) Ujub (membangga diri)

mujahidah : yok muhasabah!ada tak ciri-ciri di atas dalam diri kita?Jika ada,kita mampu mengubahnya! tuntuni kami semua menuju soleh dan solehah lagi bertaqwa!ameen...!~BERSIHkan diri daripada perangai keji ...kuasa ditangan kita,jom menuju perubahan diri menjadi insan rabbani menuju redha Illahi (*_*)~

26 June 2011

ROAD TO BERSIH 2.0



mujahidah : "Moga ada ruang dan peluang dariNYA buat diri untuk turut serta,insyaAllah!"Kerajaan BN dan konco-konconya sudah makin tidak tentu arah,hanya kerana BERSIH,warna kuning pun sudah menjadi allergic buat mereka.hmm...Kena saman sebab berpakaian kekuningan,sampai yang langgar kesalahan jalan raya pun terlepas dengan bergayanya.'Mesra,cepat dan betul 'sungguh!Nantikan laungan suara rakyat pada 9 Julain ini,insyaAllah!Allahuakbar!


FLOATILLA 2


[TODAY]Misi Floatilla ke-2 bertolak hari ini.Semoga Allah bersama kalian dalam misi mulia ini.Selamat berjuang buat semua para mujahideen seluruh negara yang terlibat dalam misi ini.Allahuakbar! Via facebook Mujahidah Puteri

24 June 2011

UKIRAN ATAS BATU



mujahidah : SubhanaAllah pertama kali melihat video yang comel ini,buat saya bangga dan bahagia dengan adik berdua ini.Didikan beginilah antara yang perlu ibu bapa terapkan sedari kecil lagi.Mendidik anak mengaji,mendidik seorang abang(ketua) untuk mengajar adiknya dengan cara yang baik.InsyaAllah ia akan memberi kesan yang baik sehingga dewasanya kelaka.Sejak akhir-akhir ni juga,selalu juga terserempak,bila berhenti solat di sesuatu tempat,anak-anak kecil turut sama solat,ibu mengajar mengambil wudhu'.Alhamdulillah,masih ramai ibu bapa yang prihatin akan keutamaan mendidik ana dengan acuan Islam yang sebenar di celah-celah manusia yang makin ramai menjauhi akan Islam.Allah...Allah...Allah...!

Hukama' :

التَّعَلٌّمُ فِى الصِّغَرِ كَالنَّقْشِ عَلَى الحَجَرِ
"didikan ketika kecil seperti ukiran atas batu"
(didikan sedari kecil amat berkesan)


23 June 2011

1 CINTA


Ku memohon dalam sujudku padaMU
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya ENGKAU bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

ENGKAU 1 cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepadaMU
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMU
Ku pasrahkan...

Oh TUHAN... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh TUHAN... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
mujahidah:Tuntuni daku ya habibi ya Illahi!~ENGKAU 1 cinta yang perlu daku cari dan kecapi!supaya tertuntun cintaku pada ciptaanMU!~

♥ Hati-hati memberi HATI kepada manusiawi,TAPI tiada hati-hati dalam memberi cinta pada Illahi! ♥

22 June 2011

AANTA/TI TAGHDAB?

AANTA TAGHDAB(ADAKAH ANDA MARAH?)

:: Rasulullah S.A.W : "SEBAIK-BAIK ANAK ADAM ialah orang yang LAMBAT MARAHNYA & SEGERA pula REDA bila sesudah marah.Dan SEBURUK-BURUK ANAK ADAM yang CEPAT MARAHNYA & LAMBAT pula REDA kemarahannya"::

[IMAM Al-GHAZALI]sifat marah yang positif adalah marah yang berpunca dari akal yang waras dan agama. Secara tepatnya kemarahan yang positif adalah kemarahan kerana Allah. seperti bhadapan dengan sesuatu yang bertentangan dengan syara',berhadapan dengan musuh Islam dan digunakan untuk menyuntik keberanian dan semangat ketika menangkis dakyah jahat anasir asing terhadap Islam .

Manakala kemarahan yang negatif adalah yang berasaskan nafsu dan syaitan; kemarahan yang negatif boleh membawa kepada sifat negatif lain seperti kebencian dan dendam. Begitu juga sebaliknya, banyak sifat negatif contohnya seperti kebencian dan dendam juga akan membawa kepada kemarahan.

Islam mengakui sifat semulajadi manusia seperti sifat marah ini. Oleh itu Islam tidak menyarankan menghapuskannya sama sekali, Imam al-Ghazzaliyy menyatakan membuang terus sifat marah adalah mustahil. (al-Ghazzaliyy, 2003). Kitab Fathul Bariyy juga menukil kata al-Khatabiyy, nafsu marah tidak dilarang, kerana ianya perkaratabiՙi (fitrah); tidak dapat dihapuskan daripada tabiat fitrah (seseorang). (IbnuHajar al- ՙAsqalaniyy, Ahmad bin ՙAli, 2001) Sebaliknya seperti dalam aspek-aspek lain kehidupan, Islam menganjurkan supaya umatnya bersederhana, dalam konteks marah, Islam menyuruh umatnya mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat dan darjah (kemarahan) yang bersesuaian.

"... orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik"(AliՙImran 3: 134)

"dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya "(asy-Syura 42: 37 )

Daripada Abu Hurairah
berkata: Bukanlah orang yang kuat itu orang yang dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatannya, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang mengawal dirinya ketika dalam kemarahan[HR.Bukhari,Muslim,Malik & Ahmad]

Berdasarkan penjelasan keperluan dan peranan marah dalam Islam serta galakan mengawalnya, jelas sekali menunjukkan Islam tidak menyekat elemen yang terdapat dalam manusia seperti marah. Oleh itu Islam menganjurkan umatnya supaya menyalurkan kemarahan apabila perlu dan pada situasi sewajarnya tetapi dengan syarat tidak melampaui batas agama. Islam juga menyedari tindakan memendamkan emosi seperti marah ini mungkin mewujudkan tekanan psikologi yang membebankan.

Matlamat utama dalam pengurusan marah ialah menghapuskan marah yang timbul dari syaitan dan nafsu; dan dapat mengawal dan menyalurkan kemarahan pada tempat yang perlu dan dengan tingkat kemarahan yang sederhana. Imam al-Ghazzaliyy membahagikan kategori tabiat marah kepada 4:

1. Orang yang cepat marah dan cepat pula hilang marahnya.
2. Orang yang lambat marah dan lambat juga reda kemarah-annya.
3. Orang yang lambat marah tetapi segera pula reda kemarah-annya.
4. Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.

Kategori yang paling baik adalah kategori ketiga: Orang yang lambat marah tetapi kemarahannya segera atau mudah reda. Manakala kategori yang paling buruk adalah kategori keempat: Orang yang cepat marah tetapi lambat pula reda kemarahannya.


mujahidah : Marah,fitrah manusia.Marah akan sesuatu perkara atau seseorang untuk kebaikan tiada salahnya.Biar ia bersandarkan niat keranaNYA jua.Yang penting jangan marah mengikut hawa nafsu sehingga membinasakan insan tersebut dan diri sendiri.Moga kita semua tergolong dalam golongan ke-3,insyaAllah!-DIA MAHA MENGETAHUI-

19 June 2011

SAAT LAFAZ TERAKHIR...

Innalillahiwainna ilahi raji'un,perginya salah seorang insan,iaitu Allahyarham Zami Ismail,seorang pelakon yang lebih dikenali sebagai Pak Uda.Moga rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yang Soleh lagi bertaqwa.insyaAllah!

Perginya Allahyarham,mengingatkan saya tentang salah sebuah cerita di televisyen,tak silap saya tajuk cerita bersiri tersebut,Tanah Kubur.Cerita yang bagi saya,apabila kita menontonya kita akan ingat akan kematian.Setiap minggu,akan menceritakan kisah orang yang berlainan,yang menunjukkan gaya hidup mereka dan akibat gaya kehidupan mereka,akhirnya kematian mereka bagaimana?Sama ada husnul khotimah(kematian dengan cara baik) atau su'ul khotimah(kematian yang buruk).Kisah bersiri ini,menampilkan pelakon tetap,iaitu pengali kubur,Nasir Bilal Khan dan Fauziah nawi sebagai isteri seorang penggali kubur.

Yang cuba saya nak kaitkan di sini,adalah bilamana salah satu siri yang baru-baru ini saya 'berkesempatan' menontonnya,yang dilakonkan oleh Allahyarham Zami Ismail sendiri,kisah yang menceritakan bagaimana seorang lelaki tua yang tinggal seorang diri,tidak berdaya sangat untuk melakukan ibadahnya di tempat lain selain rumahnya.Tapi sayangnya,penduduk kampung terutamanya mereka yang rajin ke surau,selalu ingat bahawa insan tua itu tidak solat dan tidak suka beribadah.Sebenarnya alasan si tua itu,beliau tidak berdaya,jika ada kudratnya dia akan ke surau.Tapi sayangnya bila tiba di surau,orang suka mengata si tua itu.Disebabkan itu,beliau lebih suka beribadah di rumah.Dialog yang amat saya suka,ketika si penggali kubur itu,ada bertanya tentang mengapa beliau tidak ke surau,jawapan yang amat indah "Bukan aku tak mahu ke surau,kadang-kadang aku tak berdaya sangat.Tapi bila aku pergi ke surau,orang mengata aku,menghina aku,daripada aku pergi surau,orang buat dosa, mengata aku,disebabkan aku diorang berdosa,baik la aku beribadah di rumah aje,diorang pun tak berdosa" murni sungguh hati si tua itu sehingga si penggali kubur itu juga turut kagum.

Akhirnya,tiba saat kematian si tua itu,yang dilakonkan Zami Ismail tadi. Ketidak puasan hati orang kampung yang kononnya kaki surau ini bising.Merka menyatakan mahu melihat wajah si insan tua itu,dia mahu lihat balasan orang yang tak suka ke surau itu.Si penggali kubur pada awalnya tidak beri kebenaran,dengan alasan mayat telah di tanah perkuburan dan telah pun diberi lihat pada saat dia di kafankan tadi.Tapi penduduk kampung berdegil jugak nak lihat wajahnya,macam seolah-olah menjangkakan bahwa insan tua itu mati dalam keadaan buruk.Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memegang wasiat si tua itu tadi,ingin berjumpa dengan si penggali kubur kerana kepercayaan si tua kepada si penggali kubur.Rupanya si tua itu telah mendermakan banyak harta untuk surau,untuk meluaskan kawasan perkuburan.
Walaupun begitu,orang kampung tetap ingin melihat wajah si tua itu,dengan alasan diorang yang mengatakan si tua itu tahu dah dia dah nak mati,sebab tu derma duit ke tempat lain.Akhirnya,si penggali kubur itu mengalah dengan membuka juga wajah si tua itu.SubhanaAllah,terpaku semua orang yang melihatnya,si tua itu mati dalam keadaan yang baik,wajah yang tenang.Semua penduduk kampung insaf,lalu si penggali kubur tadi mengatakan,bahawa apa yang dilemparkan oleh pendududk kampung adalah tidak betul,kerna si penggali tua lebih kenal si tua itu,kerna dia yang selalu menziarah si tua itu dan mendengar luahan hati beliau dan pernah sendiri melihat depan mata si penggali si tua itu,yang mana dia bersedekah kepada seorang peminta sedekah,bukan sekadar bersedekah bahkan menasihati lagi si peminta sedekah tersebut 'jangan asyik minta sedekah ye,kudrat masih kuat ni,cuba cari keje ye,tak elok minta sedekah".Begitulah serba sedikit salah 1 episod dalam Tanah Kubur.

Kesimpulannya,biarlah kita beribadah dalam diam,tidak dilihat manusia,tapi tawadhu' daripada suka beribadah di surau,kaki surau,tapi riak.Nauzubillah!Terngiang-ngiang wajah Allahyarham Zami Ismail ketika dalam lakonan tersebut,saat wajah bersihnya.Semoga ia bukan sekadar lakonan,moga ia nyata saat kematiannya yang sebenar.Ameen.

Kisah ni turut saya kongsikan bersama dengan mak cik bongsu saya,ketika sambil-sambil memandu pulang daripada Bangi menghantar mak cik yang tinggal di sana,untuk hilang-hilang mengantuk.Kira usrah la jugak ;)Lalu mak cik saya yang bongsu ni turut menambah mengenai kematian juga,dia kata "orang yang kena tali gantung tu sebenarnya beruntung,sebab dia dah tahu dia nak mati bila,kalau diorang guna masa yang diorang ada bertaubat sungguh-sungguh,insyaAllah mati dalam keadaan baiklah diorang" Saya setuju dengan pandangannya,banyak juga yang kami kongsikan bersama,sampai 'rahsia' saya yang saya tidak share dengan sesiapa pun lagi(memang tak ingin share kerna tak pasti ia nyata atau sebaliknya),yang sebelum ni hanya saya dan DIA sahaja yang tahu,akhirnya dia tahu juga disebabkan pujukan dia,tapi disebabkan saya yakin dengan mak cik saya dengan hal-hal sebelum ni pun dia ok,jadi saya percaya dan berkongsi juga disebabkan dia juga sudi mendengar.Kira sesi heart to heart.Terima Kasih mak cikku merangkap teman gaduhku,hehe.Rahsia kita bertiga,imah ,DIA dan mak cik bongsuku :)

mujahidah : "wakafa bil mauti wa'izahan!cukuplah sekadar mati itu menjadi peringatan" sentiasa berdoa kita mati dalam keadaan yang baik.insyaAllah.Janganlah hanya berfikir bilakah saat kematian kita akan tiba,tapi persediaan ke arah itu yang perlu kita laksanakan dan pertingkatkan,insyaAllah!

17 June 2011

AMANAH KEPIMPINAN

Cara yang terbaik untuk mengenali sifat sebenar seseorang ialah dengan memberinya jawatan. Seorang manusia akan menampakkan dirinya yang sebenar apabila memegang sesuatu jawatan. Sama ada bersifat mementingkan diri, suka mengikut pendapat sendiri tanpa berbincang, ataupun bersifat demokrasi,toleransi atau seorang yang bersedia menerima pandangan orang lain.

Satu tafsiran yang salah mengenai kepimpinan yang diperkenalkan oleh seorang pengarang
daripada Romania, E.M. Cioran telah menyatakan bahawa,

“Jika seseorang mempunyai rahsia yang mengilhamkan segala rancangan dan tindakannya, rahsia itu sebenarnya adalah ‘Saya mahu disanjung’.“

Tidak hairanlah sekiranya Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan rakyat Mesir akibat kesombongan dan sifatnya yang suka mementingkan diri, merasakan diri ingin disanjung tinggi, sehinggalah selepas beliau dijatuhkan dengan kebangkitan rakyat Mesir, mahkamah telah memerintahkan semua institusi dan perkhidmatan awam yang menggunakan nama Hosni Mubarak atau nama ahli keluarganya ditukar nama. Seorang peguam Samir Sabry yang memfailkan permohonan tersebut mengatakan bahawa,“Mengapa nama mereka perlu dikekalkan? Anda mengambil nama seorang sebagai penghormatan, tetapi kini adakah kita perlu menghormatinya?”

Semasa pemerintahan Hosni Mubarak, beliau telah menjadikan nama beliau sebagai satu simbol kemegahan, seorang pemimpin kononnya yang disanjung rakyat dan digunakan di beberapa tempat awam, seperti jalan raya, perpustakaan, sekolah, persatuan dan beberapa institusi-institusi yang lain.Hasan Omar, hakim yang mengadili kes tersebut menyatakan bahawa,

”Kewujudan nama Mubarak, 82, menyebabkan kerosakan besar dan penderitaan berpanjangan kepada keluarga mangsa pembunuhan pasukan keselamatan Mesir ketika rakyat negara itu bangkit berdemonstrasi menolak kerajaan sebelum ini.”

Menjadi seorang pemimpin bukan untuk disanjung, apatah lagi untuk mendapat pujian. Kepimpinan adalah satu amanah yang berat, hindarilah perasaan berbangga diri apabila berada di atas kerusi yang penuh dengan misi dan matlamat dunia dan akhirat.

Maka berwaspadalah apabila perkara-perkara berikut ada di dalam diri anda:

!Sukar menerima pandangan orang lain.

!Merasakan diri lebih dekat pada Allah dengan memandangan rendah pada orang lain.

!Mudah marah terutamanya apabila terdapat kesalahan yang dilakukan ketika dalam mesyuarat atau perbincangan.

!Suka meninggikan suara daripada orang lain dalam perbincangan.

!Memimpin dengan cara kasar dan keras dengan orang bahawan.Memberi arahan tanpa timbang rasa, dan toleransi.

!Sekiranya melakukan kesalahan, sukar untuk meminta maaf dengan orang bawahan.

!Tidak senang dengan kebolehan orang lain dan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain.

!Suka apabila nama menjadi sebutan, pantang menerima kritikan dan mahu berubah.

Segala pengorbanan dan usaha yang diperuntukkan dalam pekerjaan akan menjadi sia-sia sekiranya wujudnya unsur-unsur sombong dan suka mengangkat diri sendiri.

Nabi Muhammad seorang pemimpin agung dunia, telah menjelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud bahawa Nabi Muhammad telah bersabda:

“Tidak masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya ada sedikit kesombongan”
Kemudian seseorang berkata: “(Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu senang pakaiannya bagus dan sandalnya bagus”
Baginda menjawab,
“Sesunguhnya Allah itu Indah dan Dia menyenangi keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan orang lain” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi menjelas mengenai hadis ini bahawa “Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombongkan diri kepada manusia, merendahkan mereka dan menolak kebenaran“. (Syarah Shahih Muslim 2/269)

Jadilah seorang pemimpin seperti yang diistilahkan sebagai “pemimpin tawadhu”, iaitu menjaga hati dengan rendah diri dalam keadaan yang sama tidak menghinakan diri sendiri. Tunduk serta patuh kepada kebenaran dan menerimanya daripada siapa sekalipun orang yang mengucapkannya. Tidak menganggap diri sendiri berada di atas berbanding orang lain, jawatan merupakan satu amanah yang sangat berat,tundukkanlah hati kepada Alllah dengan sentiasa berzikir dan berfikir meminta petunjuk serta menyandarkan amanah kepimpinan dengan perjuangan agama Allah.

Berikut merupakan sifat tawadhu yang ditunjukkan oleh Khalifah Al Rasyidin pemimpin agung Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad:

-Saidina Abu Bakar,632-634 Masihi. Disaat menjadi seorang pemimpin Negara, sering memerah susu untuk keluarga dan juga rakyat jelatanya.

-Saidina Umar Al-Khatab, 634-644 Masihi. Memikul airnya sendiri tanpa meminta bantuan daripada rakyat.

-Saidina Uthman Affan, 644-656 Masihi Kerap tidur di dalam masjid tanpa ada sesiapa yang akan menemaninya, walaupun beliau merupakan seorang pemimpin Negara.

-Saidina Ali Abi Talib, 656-661 Masihi Memakai pakaian yang bertampal di sana-sini,hanya kerana tidak mahu menyalahgunakan duit rakyat.

Menjadi seorang pemimpin yang bersifat sederhana, akan mendapat kepercayaan daripada rakyat, berbanding hidup mewah melebih batasan dengan menyalahgunakan wang rakyat.

Sebuah sajak indah yang dikarang oleh Helen Laurie,

Ujian datang dan pergi dalam hidup ini
Mencabar iman dan kesabaran di hati
Sehinggalah aku tersedar pada suatu hari
Hidup yang sederhana lebih diberkati

Satu contoh terbaik ialah dengan melihat sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, Terdapat sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik. beliau berkata,

“Ada beberapa orang memanggil Nabi Muhammad sambil berkata,“Wahai Rasulullah, wahai orang yang terbaik dan anak orang yang terbaik di antara kami, wahai junjungan kami dan anak dari junjungan kami.”Mendengar puji-pujian tersebut, lantas Nabi Muhammad menyanggah dan menjawab, “Wahai sekalian manusia, katakanlah sewajarnya saja! Jangan sampai kamu digelincirkan syaitan. Aku adalah Muhammad hamba Allah dan rasul-Nya. Aku tidak sudi kamu angkat di atas kedudukan yang dianugerahkan Allah Subhannahu wa Ta’ala kepadaku.” (Hadis Riwayat. An-Nasai)

Tawadhu merupakan satu sifat yang sangat mulia dan terpuji, ia bukan sahaja menggambarkan karakter dan personaliti seorang pemimpin itu, malahan ia juga menggambarkan kebersihan hati, dan keagungan jiwa dalam diri seseorang pemimpin itu. Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan bahawa,

“Barangsiapa yang bersikap tawadhu kerana mencari redha Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya. Ia menganggap dirinya tidak berharga, namun dalam pandangan orang lain ia sangat terhormat. Barang siapa yang menyombongkan diri maka Allah akan menghinakannya.Ia menganggap dirinya terhormat, padahal dalam pandangan orang lain ia sangat hina, bahkan lebih hina daripada anjing dan babi” (Hadis Riwayat Al Baihaqi)

sumber : Fikrah Islam

antara adik-beradik seperjuangan di bumi Melaka

mujahidah:amanah 1 tanggungjawab,bukannya untuk kemuliaan,dengan amanah,moga mendapat rahmat,minta jauh daripada dilaknat!ya Allah bantulah daku dan adik-beradik seperjuanganku dalam memegang amanahMU ini!khususnya amanah kepimpinan di bumi bertuah,bumi Melaka tercinta ini!Allahuakbar!

GERAM!



mujahidah : GERAM(Gerakan Anak Muda Melaka) geram!

16 June 2011

BERSIH vs KOTOR

Jawapan untuk mengadakan demostrasi,bolehkah?lihat jawapn ustaz Zaharuddin di bawah:

Cuba anda bayangkan juga, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?

Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.

Jangan ragu-ragu! Demonstrasi adalah halal! Bukan bid'ah dan bukan haram..


Antara isikandungan:

!Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.

!Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan taks syarak atau nash.

!Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat.

!Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.

!Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.

!Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.

!Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.

!Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.


mujahidah:kelakarlah melihat kenyataan PERKASA baru-baru ni,menunjukkan,erm menunjukkan apa ye?tak sanggup nak kata di sini.Haiyeee BERSIH tu 1 demonstrasi,korang pun nak lawan dengan cara perhimpunan(istilah je lain...hmm,sama je pun korang pun nak berdemonstrasi jugak masa hari tu kan...),tapi peliknya(tak pelik pun sebenarnye) halal pulak ye PERKASA nak buat demo.hmm jelas ketidakadilan di situ.TAPI kan,bagusnya,nak ucap terima kasih la jugak pada kerajaan BN,sebenarnya kan korang dah tolong promote BERSIH di media perdana yang milik korang tu,daripada rakyat tak sedar tentang adanya BERSIH ni,kepada tahu...toche,kamsahamida,arigato',syukria,syukran,thank you (*_*),lagi berduyun-duyun la manusia turun nanti.erm isu demo bising 1 dunia,isu murtad ape kes?tak ada siapa pun ulas!

15 June 2011

USTAZAH PILIHAN?

perasmian oleh Dato' Mashitah

Ketika terlihat iklan nama rancangan ini disiarkan di Television,tertanya-tanya la jugak,sebab nama rancangan tu menarik perhatian saya.Ustazah pilihan?macam Imam Muda ke?ke untuk cari calon isteri?Sehinggalah ia dilancarkan dan dengar khabarnya sejibik lebih kurang Imam Muda la jugak,dalam erti kata samanya ialah mengasah individu dalam berdakwah tetapi kali ini di kalangan 'bunga'.

Ok,saya secara personal nya ok je dengan tujuan sedemikian,memandangkan sepanjang pemerhatian(diri sendiri pun sama je) perempuan ni bila berdakwah dari sudut isinya kureng berbanding lelaki.Jika lelaki mampu berhujjah dengan sirah,dalil-dalil kuat daripada Al-Quran dan Hadis tapi bagi perempuan,masih lagi biasa-biasa aja.Jadi,dengan disebabkan itu saya bersetuju dengan rancangan ini diadakan bagi memberi kefahaman dan ilmu-ilmu yang lebih jijok,bak kato oghe kelate (iye-iye je betul loghat kelate nih,maaf la jika salah deh) kepada para pendakwah muslimat untuk persediaan mereka berdepan dengan keluarga dan masyarakat.Dengan tujuan untuk memperkukuh ilmu,saya amat-amat setuju,bahkan saya sendiri terasa nak masuk(opsss lawak ja).

Cuma mungkin saya kurang setujunya,bilamana ia diadakan sepertimana Imam Muda.Al maklumlah perempuan ni kan,hiasan dunia,banyak kena berjaga-jaga,nak-nak dunia yang penuh fitnah sekarang nih.Bilamana menontonkan peserta-peserta di kalangan perempuan ni,mesti berhias-hias nya lebih lagi,apatah lagi syarat penyertaanya pula dibuka buat orang muda berumur daripada 18-27tahun tak silap,erm lagilah.Yang menontonnya bukan hanya di kalangan wanita sahaja.Nanti jadi lain pula,jadi pulak rancangan 'Ustazah pilihan hati ...'

Tak reti nak komen lebih-lebih,apa-apa pun ia 1 alternatif yang baik,cuma harapnya method nye berbeza dan lebih terjaga batas-batas yang sepatutnya seorang muslimah perlu patuhi.Jika nak dipertontonkan pun,yang seharusnya sahaja la,tak perlu lebih-lebih daripada itu,nanti jadi sama macam gadis melayu je la.Allahua'lam!
mujahidah : Di kampus ada juga ruang sebegini,tapi secara 'tertutup',amat menarik bilamana saya mengikuti silibus-silibus dan perkara yang bakal dikupas amat-amat buat saya teruja,cuma kelas tersebut belum mula dengan cara konsisten lagi.Saya amat-amat yakin!jika ia mampu dilaksankan dengan baik,insyaAllah akan menghasilkan da'ie muslimah yang berilmu dan mampu berhadapan dengan masa hadapan,keluarga,masyarakat dengan baiknya.InsyaAllah!

KITA FIKIR LA SENDIRI!

mujahidah : Allah...! terkedu seketika melihat statistik laporan yang murtad di Negara kita ini?Melampau teruknya!Tertanya-tanya pada diri,apa yang telah diri ini sumbangkan untuk perkara ini tidak terjadi?Ini bukan masalah negeri mana menjuarai atau tidak,tetapi betapa ia menular dengan semakin seriousnya di negara kita ini!Terbalik dengan Amerika,di sana kristian pegangan mereka,tapi betapa berbondong-bondong manusia berhijrah kepada Islam!Tak dinafikan juga di Malaysia ni,bila ramai saudara baru Islam memeluk Islam,dibiarkan begitu sahaja tanpa follow up keadaan mereka.Dibiarkan mereka,seolah-olah telah kukuh kefahaman mereka,yang telah mewarisi Islam daripada kecil pun terpinga-pinga lagi tentang Islam,inikan yang baru...Allah...!Nauzubillah!

"Dan barang siapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima & di akhirat dia termasuk orang yang rugi!" (Ali 'Imran 3:86)

SUARA RAKYAT!

DEMONSTRASI BANTAH KENAIKAN HARGA AIR

Anjuran : Pemuda Pakatan Rakyat Melaka.
Tempat : Perkarangan Masjid Al-'Azim,Melaka.
Tarikh : 17/6/11
Hari : Jumaat.
Waktu : Selepas Solat Jumaat.

Ayuh menentang penindasan yang makin menjadi-jadi ke atas rakyat!!!


mujahidah :Jika berkesempatan,ayuh sama-sama kita bawa suara rakyat!

14 June 2011

كرّة أعين

" Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa."

Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta'ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia? Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka. Tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?

Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.

Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.

Sedarkah anda , bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?

Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.

Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?

Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.

Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan Al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah ; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?

Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat 'penyejuk mata' tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah - penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!

Sekian.


mujahidah:tidak cukup hanya sekadar berkata,semangat dan berdoa ke arah menjadi penyejuk mata,tapi kena bermujahadah dalam membentuk diri menjadi penyejuk mata suami.Dan penulis ada pesan,ketika saya komen post ini,beliau mengatakan,yang artikel ini juga untuk yang bergelar lelaki.Jadi suami dan bakal suami,jadilah penyejuk mata buat isterimu.Allahuakbar!alangkah indah,bila ramai yang menyedari proses mawaddah dan rahmah sebuah rumah tangga itu bermula dalam diri sendiri dan sebelum saat lafaz akad nikah lagi.Ramai ambil cincai je sekarang ni,walaupun yang faham agama itu dengan baik.Nauzubillah!Yok bersiap sedia untuk menjadi penyejuk mata,bukan bila dah ada calon,dah bertunang baru nak mula,mulakan daripada sebelum itu lagi,insyaAllah keberkahanNYA diperolehi.SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!

08 June 2011

سورة الماعون

Terjumpa kitab kepunyaan atuk di rak bukunya,'Asbabun Nuzul ,latar belakang historis turunnya ayat-ayat Al-Quran'keluaran Indonesia oleh K.H.Q Shaleh,H.A.A Dahlan dan Drs.Md Dahlan.Ingin berkongsi nuzul ayat,Surah Al-Ma'un ayat 4-7.

(4)Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat.
(5)Yang mereka itu lalai daripada solatnya.
(6)Yang mereka itu berbuat riya'.
(7)Dan enggan memberi bantuan.

Ayat di atas turun berkenaan dengan kaum munafiqin yang mempertontonkan solat kepada kaum mukminin dan meninggalkannya(tidak solat) apabila tidak ada yang melihatnya(solat),serta enggan memberikan bantuan atau pun pinjaman(ada mufassir menyatakan,zakat dan alatan rumah).Ayat ini(Surah Al-Ma'un ayat 4-7) turun sebagai peringatan kepada orang yang berbuat seperti itu.

*Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhah yang bersumber dari Ibnu Abbas*

mujahidah : hakikatnya salah satu perangai orang munafik,tidak ikhlas dalam beramal ibadah.Hindari kami daripada golongan munafiqun ya habibi ya Illahi!

MURTABAK MAGGIE

Assalammualaikum dan salam sejahtera.Hari ini,mujahidah nak kongsikan menu daripada yang kembar saya ajar(mujahidah ada kembar?),kembar nama je pun,root name nye sama :)ok jom,lihat menu apa yang saya nak kongsi sangat hari ni(semalam petang saya baru cuba buat).Namanya MURTABAK MAGGIE :)

murtabak maggie

BAHAN-BAHANNYA:

! Mee Maggie 2-3 keping(pastikan halal dan elakkan daripada jenama boikot ye)
! serbuk kari ayam(serbuk maggie @ serbuk kari ayam )
! telur 3-4 biji
!sosej
!garam(jika guna serbuk kari ayam)

CARA-CARANYA:

!Rebus atau rendam mee maggie tersebut,dan di toskan.
!Pecahkan telur dan kacau.
!masukkan kari dalam telur itu,kacau dan sebatikan.
!Sosej dipotong-potong kecil dan digaulkan sekali ke dalam sebatian kari dan telur tadi.
!Masukkan maggie yang telah direbus tadi ke dalam sebatian tadi,dan digaul sehingga sebati juga.
!akhir sekali goreng sikit-sikit hasil sebatian tadi(guna sudu atau senduk)

Jadilah seperti di atas tadi,dan dimakan dengan sos seperti di bawah lagi sodappp (*_*)

mujahidah :resepi ni belajar dengan kembar masa di Akademi Al-Quran Cinta Madinah hari tu,tapi terlupa,semalam SMS tanya die semula.Alhamdulillah akhirnya dapat juga cuba buat semalam sebagai santapan petang sekeluarga :)selamat mencuba,simple je kan:) lepas ni nak cuba resepi-resepi yang sampingan lain ,yang berat-berat sikit,asyik masak lauk je,boring pulak,insyaAllah sebelum dapat keje dan berada di rumah ni,boleh la nak cuba-cuba.Sesiapa ade menu nak share,dialu-alukan :)oh ye terlupa pula,mula memasak dengan bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah,masak dengan happy dan selawat ke atas Nabi:-)insyaAllah beri kesan yang baik pada hati dan kehidupan kita.

07 June 2011

MAKE ME STRONG


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

mujahidah : "janganlah berputus asa dengan rahmat Allah" Khas buat mereka yang dalam keadaan lemah,ingat di saat kita lemah,kita tiada sumber kekuatan yang amat-amat kuat melainkan DIA...!SubahanaAllah!Alhamdulillah!Allahuakbar!

06 June 2011

عباد الرَحمن

CIRI-CIRI HAMBA YANG DIKASIHI & DIREDHAI ALLAH
  • Berjalan atas muka bumi dengan rendah hati(tidak sombong) & apabila orang bodoh/kurang adab menyapa mereka(dengan kata-kata yang menghina) mereka mengucapkan 'salam'(selamat daripada perkara yang tak diingininya).
  • Tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan pada malam hari,sujud dan berdiri.
  • Mereka yang berdoa :"Wahai Tuhan kami jauhkanlah azab jahannam daripada kami,sesungguhnya azab siksa itu mengerikan.Sesungguhnya neraka jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk".
  • Membelanjakan hartanya dengan tidak melampaui batas(boros) dan tidak kedekut,tetapi mereka berbelanja sederhana antara (boros & bakhil) .
  • Mereka yang tidak menyembah selain Allah & tidak membunuh jiwa yang diharamkan membunuhnya,kecuali dibenarkan syara' & tidak berzina.
  • Tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang & apabila mereka berada pada situasi yang melalaikan(sia-sia,lagha) mereka mereka menghidarinya.
  • Apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan,tidaklah mereka mendengarnya dan mengambilnya seperti orang yang pekak dan buta.
  • Mereka yang berdoa :" Wahai Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan yang menyenangkan hati kami & jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa".
:.Rujuk Surah Al-Furqan mukasurat 365-366 (25:63-77).:

"Katakanlah(wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan mengindahkan(menghargai)kamu,kalau tidak kerana doa dan ibadah kamu kepadaNYA(sedangkan kamu mengetahui.Bagaimana kamu beribadah kepadaNYA?)padahal sungguh kamu telah mendustakannya.dengan sebab demikian itu,sudah tentu azab akan menimpamu"
(Al-Furqan 25 : 77)


mujahidah : bagaimana?adakah ciri-ciri di atas ini ada pada diri kita?jika ada alhamdulillah,teruskan.Jika belum ada lagi,sama-sama kita cuba ke arah itu~STRIVE FOR MARDHOTILLAH~

05 June 2011

1 FAMILY,1 HAFIZ/AH

Assalammualaikum.Beberapa hari ni,baru perasan keluarga kita sedang menuju ke arah melahirkan dan mewujudkan 1 keluarga mesti ada seorang daripada ahli keluarga ada sekurang-kurangnya seorang hafiz atau hafizah.Kita ada 8 keluarga,bermakna mesti ada 8 hafiz atau hafizah.Alhamdulillah setakat ni ada bebeapa keluarga yang dah ada,sedang menuju ke arah itu dan tidak kurang juga yang bercita-cita untuk ke arah itu.Di kalangan pak cik(anak Hj.Said pun dah ada,Hj.Hassan Md.Said@pak bai )Jom kita senaraikan keluarga (cucu-cucu Hj.said)yang telah jadi hafiz atau hafizah,yang sedang menuju ke arah itu,dan bakal ke arah itu,insyaAllah! :

Hafiz/ah :

1)Keluarga Hjh.Noraini Md.Said : Halimah Jaapar


Sedang menuju,hafiz/ah:

1)Keluarga Dr.Norashikin Md.Said : Liyana Fauzi

2)Keluarga Dr. Salmiah Md.Said : Safuan Khairul Anuar


Keluarga bercita-cita untuk jadikan hafiz/ah :

1)Keluarga Hjh.Aishah Md.Said : Wan Mujahid Wan Zulkifli & Mohd Ridhuan Hussin

2)Keluarga Hj.Zulkifli Md.Said : Siti Hasni Munirah atau Anis

3)Keluarga Hj.Md Nor Md.Said : Najwa barangkali?

4)Keluarga Hj.Hassan Md Said : Mohd Fikri barangkali?

5)Keluarga Hjh.Sa'adah Md.Said : erkkk dah berkeluarga ke?hehe insyaAllah,tak pun mak dah sambunglah menghafal quran sebelum bersuami dan ber anak:)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya."

(Hadis riwayat At Tabrani).

Untuk tips mengenai menghafal,mengulang dan apa sahaja mengenai Al-Quran,Klik :Tips

mujahidah : melahirkan Jilul Quran(generasi Al-Quran) bukan sahaja buat keluarga bahkan bermanfaat buat agama,bangsa dan negara.InsyaAllah!

04 June 2011

MUKTAMAR PAS KALI KE-57

2 JUN 2011 : Alhamdulillah diberi ruang dan peluangNYA bersama beberapa adik beradik seperjuangan di Melaka, untuk menghadiri Muktamar Muslimat PAS Pusat sempena Muktamar PAS kali ke-57 .Perancangan dibuat setelah selesai program untuk adik-adik SPM dan PMR permata agama di Sekolah Ar-Rahmah.Merancang pergi berlima,ketentuanNYA bereempat.

Kami sempat mengikuti sesi membahaskan sebanyak 4 usul daripada 4 wakil muslimat,usul-usul seperti berikut :

1)Muslimat Kota Belud,Sabah :Persijilan halal bagi produk-produk halal,memandangkan terlalu banyak masalah mengenainya terutamanya di Sabah dan Sarawak dan tidak terlepas juga di Semenanjung Malaysia.(DI TERIMA)

2)Muslimat Raub,Pahang : -Meminda dengan menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai syarat asas bagi Pelajar Islam(ada pelajar Islam yang tidak ambil subjek PAI)-meneruskan matapelajaran J-Qaf ke sekolah menengah-mewajibkan ujian tilawah di peringkat UPSR & SPM,celik Quran juga di kalangan IPT,IPTS-pengambilan guru yang tepat,guru walau apa subjek sekalipun kena jelas bahawa mereka semua pendakwah bukan bergantung hanya pada guru subjek agama sahaja-Mewajibkan pendidikan moral untuk bukan Islam-meletakkan tauhid asas pendidikan.(DI TERIMA)

3)Muslimat Melaka :Usul keselamatan-mendesak memberhentikan binaan loji nuklear-mencari tenaga lain selain daripada nuklear seperti solar dan mengiatkan dan menumpukan pada bumi hijau negara.(DI TERIMA)

4)Muslimat S.Alam,Selangor :Mewujudkan 'Pas Info Centre',wadah buat rakyat untuk menyampaikan info dan fakata jelas dan menangkis maklumat yang tidak betul.(DI TERIMA)

Antara yang menariknya ialah ucapan daripada Ketuan Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP),Cik Kumutha Dewi(Peguam) klik sini,ucapan DHPP

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat untuk Sesi 2011/2013:

Pengerusi Tetap: Norhashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap: Fatimah Ismail

Ketua:YB Siti Zailah Mohd Yusof

Timbalan Ketua: YB Dr Siti Mariah Mahmud

Naib Ketua:YB Mumtaz Mohd Nawi


Ahli Jawatankuasa:

1) Aiman Athirah Al-Jundi
2)YB Dr Halimah Ali
3)Dr Asiah Ali
4) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
5) YB Wan Ubaidah Wan Omar
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohammad
8) Normala Sudirman
9) Azizah Khatib Mat, Ustazah
10) Dr Rosni Adam
11)Dr Najihatussolehan Ahmad
12) YB Siti Aisyah Ghazali

MUSLIMAT : "MEMIMPIN PERUBAHAN,MENERAJU KEBANGKITAN!"

SENARAI PENUH AJK PAS PUSAT 2011-2013:

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’

3. Mahfuz Omar, YB Dato’

6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr
8. Hanipa Maidin, Hj
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr.
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’
11. Khalid Abd Samad, YB Hj.
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr.
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
17. Nuridah Salleh, Ustazah
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr
.

"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN!"

LANJUT KLIK : MUKTAMAR PAS

MEI 2011

MEMORI DI AKADEMIK Al-QURAN CINTA MADINAH

MEI :Alhamdulillah,perancanganku seiring perancanganNYA.Diberi ruang dan peluang dalam mencari semula momentum mengulang quran & mengingat semula ayat-ayat Quran yang pernahku hafal satu masa ketika dahulu di bumi barakah,Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu pada tahun sekitar 2006-2007(yang tidak pernah kufikirkan dan ku idamkan,perancanganNYA jua).Sungguh ia 1 amanah yang berat,boleh kerana menjadi huffaz ini,diri akan mendapat syafaat,insyaAllah dan barangkali juga mengundang laknat!jika sengaja melupakannya,nauzubillah!Tempoh masa yang ku beri pada diri ini hanya lebih kurang sebulan,dan target ku bukanlah dapat mengingat 100% isi kalammullah itu,kerna bagiku agak mustahil ditambah lagi dengan faktor-faktor tertentu(alasan je kan?bukan alasan,tapi itulah hakikatnya dan ku sedar akan kemampuan diri ini,tak nak tergopoh-gapah mengingat tapi lama-lama lupa kembali sebab tidak diikat dengan ampuh!)

Tempat yang menjadi pilihan hati di Akademik Al-Quran Cinta Madinah,Semenyih,Selangor.Pengambilan untuk pelajar perempuan sebenarnya betul-betul baru dibuka,sebelum ni hanya lelaki sahaja.Ada pelajar sepenuh masa dan ada separuh masa sahaja.Umur juga tidak menjadi ukuran di sini,palin kecil tak silap tadika dan saya yang paling dewasa :) (ketika itu) ustazah pun muda lagi daripada saya.Kelas daripada Isnin-Sabtu.Sabtu(separuh masa, untuk adik-adik yang ambil kelas tajwid dan bahasa arab).Alhamdulillah di sini banyak tentang ku pelajari mengenai jemaah lain,setakat sepermehatianku fikrah di sana,fikrah Islam itu pasti dan jemaahnya ialah tabligh,ia mengajarku dan membuka mindaku bahawa dakwah dan jemaah yang wujud di Malaysia ini,'complete each other',ada jemaah yang berdakwah di lapangan politik,ada yang dengan orang Asli dan pelbagai lagi,maka ia menyebabkan dakwah itu sampai pada seluruhnya.Mudah-mudahan!

Alhamdulillah juga,Allah juga memberiku peluang bukan sekadar untuk fokus Al-Quran,bahkan mentarbiyyahku dalam perkara 'tarbiyyatul awlad'(mendidik anak).Biarlah ia menjadi rahsia :) Jadual di sana amat 'pack' kelas bermula jam 7.30-10am.1030am-12pm.2.30pm-4.30pm.745pm-8.30pm & 9pm-10pm.11pm wajib berehat dan jam 5pagi bangun(jadual setiap hari).Ukhuwah yang terbina takkan dilupakan,dengan adik-adik comel,dengan mudirah di sana yang amat prihatin dan memberi kepercayaan yang baik.Sehingga dapat peluang kerja daripada mudirah untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan di sana,bagi membantu ustazah,gaji pun alhamdulillah agak lumayan RM500 sebulan(setakat ni masih tidak memberi kata putus sebab family minta untuk bekerja guru sementara di Melaka sahaja,juga masih menunggu jawapan.)

Mengulang Al-Quran di Cinta Madinah tidaklah membuatku tertekan,kerna barangkali undang-undang di sana masih lagi tidak ketat,].Barangkali juga kerna ada 2 hari waktu rehat,iaitu sabtu dan ahad.Diri ini pun,kadang-kadang dapat 'melarikan diri' untuk menghadiri meeting anak negeri di Melaka.Alhamdulillah juga,di sana juga ku telah mendapat 1 jawapan,Allahua'lam sama ada ia benar atau sebaliknya,cuma perlu bersabar akan keputusanNYA itu,tidak mahu terburu-buru,ku serahkan segalannya padaNYA,kerna hanya DIA yang tahu jawapan akan rahsia itu.

Al-Quran sudah menjadi amanah yang perlu ku kendong hingga akhir hayatku.Untuk jangka masa panjangnya,ku mengharapkan untuk masa hadapanku nanti,orang sekelilingku,dan bakal pendamping hidupku nanti adalah insan yang mampu membuatku istiqamah memegang amanah ini.Yang mampu mengingatkan aku dan sama-sama mendisiplinkan aku dalam menjaga ayat-ayat cinta ini.Allah...Allah...Allah...Ku mohon dengan amat ya habibi ya Illahi!Ku amat takut jika aku mengabaikan amanah ini!

WALIMAH SYUHADAH & KAMAL

21 MEI: tarikh keramat buat adik seperjuangan saya ni,Nurul Syuhadah Izwar Arfani.Sempat lagi saya memenuhi jemputan walaupun masih berada di Akademik Al-Quran Cinta Madinah.Dengan merancang konvoi beramai-ramai dengan adik-beradik seperjuangan di UIAM Gombak,sebanyak 6 buah kereta semuanya untuk ke majlis beliau,akhirnya alhamdulillah kesampaian juga memenuhi jemputan beliau.BarakaAllahulakuma,moga perkahwinan kamu berdua diberkahiNYA,diredhaiNYA dan dirahamatiNYA (*_*)

UMRAH,ATUK,NEK,MAK CIK & PAK CIK

27-28MEI : Alhamdulillah hasrat nenda untuk menunaikan umrah akhirnya tercapai.Nenda pergi bersama atukda,mak cik yang bongsu(teman bergaduhku :) ) dan pak cik sulungku.Alhamdulillah mereka bertolak dengan selamatnya daripada Melaka pada mulanya dan kemudian bertolak ke rumah pak cik di Nilai pada esoknya(28hb) untuk mengelakkan sebarang kelewatan ke KLIA.Alhamdulillah abahku dapat mengazankan,untuk keberangkatan mereka daripada rumah.Seronoknya,apabila melihat semua ahli keluarga berkumpul dan bersama-sama menghantar mereka ke KLIA :)

Beberapa hari ini dapat tahu,kesihatan atuk yang tidak menentu,masalah kakinya.Mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik amat risau akan hal ini,insyaAllah atuk mampu hadapinya dengan baik kerna atuk seorang yang amat positif dan tidak banyak merungut jika dia sakit(pemerhatian bekas nurse dia hehe),dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan baiknya kerna Allah tahu atuk mampu menanggung ini semua.Mak cikku @ teman gaduhku jangan lupa ya doa yang ku pinta untuk didoakan :)

mujahidah : alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah! "Nikmat TUHAN yang mana lagi mahu kau dustakan! " (Surah Ar-Rahman)