" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

29 April 2011

IKHLAS ITU RAHSIA

Kita memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
tulus,putih dan murni hati kita
memberi adalah keranaNYA jua

Tidak mengapa jika tidak dikenang
asalkan segalanya memberi 1 ketenangan
menyebut kebaikan meragut keikhlasan
bukan kerana kelebihan kita
Dalam samar mainan rasa
kekadang datang jua serpihan bangga
mengharap adanya balasan
mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
ditagih kasih rasa di depanMU
bila terasa segalanya dariMU
rebahlah segala daripadaku yang hina

TUHAN...
dunia ini tidak panjang
tahun terasa detik di putaran usia
mengharap yang abadi
kan lenyap segala ilusi
bantulah aku
dalam memahami rahsia itu

mujahidah : ikhlas seperti yang kita pernah tahu,diibaratkan seperti seekor semut yang hitam berjalan di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap.Allah...!Tuhan...Golongkan kami daripada golongan mukhlisin,ameen...!

28 April 2011

SUDAH-SUDAHLAH!

Ku sangkakan dirimu telah berubah,setelah dikau momokkan mahu berubah.
Tapi...!rupanya masih belum!sama seperti dulu,walaupun ku dengari bahawa dirimu bakal menghadapi ikatan yang mengikatmu dan dirinya.kesian!

Sampai bila mahu berperangai begitu?Adakah sehingga DIA membalasimu dengan segala yang telah dikau taburkan,dikau janjikan,segala penderaan perasaanmu kepada banyak insan!
Ku mengharapkan dikau berubah,kerna ku yakin perubahan boleh berlaku dalam diri seseorang!
Apa yang penting sering berdoa untuk terus dalam hidayahNYA dan bermujahadahlah daripada terus berperangai hodoh itu!
"salah 1 cara untuk kita bermujahadah ialah,menjauhi daripada kelemahan diri kita yang menyebabkan kita mengulangi kesilapan kita kembali!"

Cabutlah "pakaian hodohmu itu digantikan dengan pakaian yang suci dan tulus!"
Cukuplah!cukuplah!cukuplah!sebagai seorang yang empati jika dikau terus di jalan itu,cukup-cukup perit!cukup-cukup sakit!cukup-cukup rumit untuk berhadapan dengan semua itu!
Jika dikau terus begitu,ku anggap dikau sakit!

Janganlah kau kotori imej pendakwah,imej huffaz dengan perangai hodohmu itu!
Jika kau masih ada perasaan malu padaNYA,tinggalkan itu semua!bina hidup dan berakhlak mulialah!sedarlah apa yang dikau lakukan itu,serong!

Lakukan perubahan dalam dirimu,walaupun bukan ku yang merasai perubahan oleh dirimu!Hanya dirimu dapat merubah dirimu sendiri dengan berkat pertolongan dan petunjukNYA jua!Kita semua sedar,mujahadah itu sukar,tapi kesannya amat-amat manis!

"Dan sesiapa yang benar-benar bermujahadah di jalan kami,nescaya kami akan memberi pimpinan.Allah sentiasa bersama dengan orang yang melakukan kebaikan"(Al-Ankabut:69)

"SEMOGA HIDAYAH ALLAH MENGIRINGIMU,SEMOGA DIKAU MAMPU MENJADI MUKMIN SEJATI!"

mujahidah:Ingatlah!itu ujian buatmu!bukan menghadapinya dengan cara yang salah,tapi uruskannya dengan cara yang betul.Setelah dirimu,banyak pula kes yang ku jumpa seperti dirimu,dan mempunyai latar belakang yang baik juga sepertimu.Allah...!tunutunilah insan-insan seperti mereka ke jalan yang dikau redhai,berkati dan rahmati ya Allah...!sungguh ku tak sangka,wujud rupanya manusia seperti mereka.Pelbagai ragam dan bentuk ujian dariMU ya rabb!permintaanku ini,atas dasar ku tidak mahu ada pendakwah dan huffaz berakhlak hodoh sebegini!

27 April 2011

POLITIK oh POLITIK

Hari ni nak berkongsi ilmu daripada Wacana Siswa anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) di Dewan MBPJ pada 14 April yang lalu(dah lama dah,baru ada kekuatan nak kongsi),dengan tajuk "TOLAK POLITIK JIJIK".

Apa yang saya jelas dan dapat daripada forum tersebut,yang membariskan panelis daripada PAS,PERKASA dan juga Dr.Asri Zainal Abidin.Mereka bersetuju bahawa politik Malaysia kini,menjijikan,baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang.Fitnah berleluasa,pelbagai tektik kotor dalam bertanding dalam memenangkan parti masing-masing dan pelbagai lagi.

Suka saya bawakan pandangan daripada Dr.Asri yang menyatakan,tujuan berpolitik untuk menyelamatkan ummah,bukan jatuhkan orang lain dan suka-suka untuk kepentingan parti apatah lagi individu.Tambahan daripada beliau,dalam beliau mengambil pandangan Imam Qurtubi mengenai meminta jawatan.Ini pandangan Imam Qurtubi :

"Boleh ambil atau minta jawatan,bila tahu orang yang bertanding boleh membawa bahaya kepada ummat dan negara"

dan tambahan beliau juga,daripada Abu Dzar:
"dalam nak memerintah negara,tidak cukup dengan soleh sahaja tapi kemampuan dalam memimpin"

Bagi pandangan wakil PAS,politik itu bersih dasarnya,untuk mengurus negara dan mengurus masyarakat.Dan beliau membawa pandangan ahli falsafah mengenai politik:

Plato:"Sistem pemerintahan yang baik,yang dipimpin oleh orang yang berilmu"

Ditambah selepas itu,oleh wakil PERKASA,Dr.Asyraf macam mana sekalipun kita mahu berpolitik,pastikan prinsip Islam lebih tinggi daripada segalanya.Terapkan nilai-nilai ukhuwah Islamiyyah dalam berpolitik,berakhlak,bukan sekadar nama sahaja parti yang mendokong Islam,tapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam dalam organisasi tersebut.
Tambahan beliau lagi,dan saya suka pencerahan yang dibuat olehnya dan Dr.Asri,fikirkan sesuatu untuk parti,merentasi parti.Bukan dengan hanya bila parti tetapkan itu dan ini,kita ikut sahaja tanpa cuba mengkritik,membangkang atau berani bersuara sekiranya apa yang ditetapkan oleh parti tidak sepatutnya.(Pandangan saya,saya setuju,cuma janganlah sampai buat jemaah atau parti baru sebab hanya sedikit kekurangan seperti yang pernah terjadi sebelum-sebelum ni...opsss...tegur dan nasihat itu terbaik,janganlah nak membanyakkan parti dan jemaah di Malaysia ni)

Terakhir sekali(akhir dah?sebab saya kongsi sampai saya dapat dengar sahaja,kena pulang ke kampus awal,kalau tak alamatnya kena "tazkirah" free daripada pak guard).Rakyat perlulah berani untuk berubah jika didapati mana-mana parti yang memerintah kawasan,negeri dan negara sekirannya terang lagi bersuluh pemimpin tersebut tidak layak sebagai seorang pemimpin dan boleh mengakibatkan kerosakan ummat dan negara.Allahua'lam.

mujahidah: Saya sedang mengasah lagi,untuk mencoret dan mengulas mengenai sesuatu berkaitan politik :) Terus saya simpulkan,cuba tanamkan pemikiran merentas parti dan pastikan prinsip Islam diterapkan dalam parti.Allahua'lam!

24 April 2011

ISTIKHARAH CINTA


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama MU terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman


Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMU
satu nama teman setia
Naluriku berkata


Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta...

DOA ISTIKHARAH

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

mujahidah : dalam melakukan istikharah,pastikan seiring dengan amalan seharian kita.Ditakuti,jika banyak amalan maksiat kita seharian itu,membuatkan Allah menghijab jawapan yang sebenarnya.Tapi andai ditaqdirkan jua dengan pilihan yang salah,anggap sahaja ia tarbiyyah untuk diri dan ada hadiah special menanti.Allahuakbar!segalanya dalam "tanganNYA"Cuma ingat!ustikharah bukan habya untuk hal jodoh,tapi juga untuk perkara yang lain.Allahua'lam!

23 April 2011

MUSAFIR MALAM

"SIANG...aku tidak dapat tidur,bimbang urusanku dengan rakyat terbengkalai.MALAM...aku juga tidak dapat tidur,bimbang urusanku dengan DIA tidak selesai"[SAIDINA UMAR]

Sabda Rasulullah S.A.W:"Tuhan kita Maha Suci & Maha Mulia kedudukanNYA,pada setiap malam.DIA turun ke langit dunia yang paling rendah pada sepertiga malam lalu menyeru:adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKU?Maka AKU akan kabulkan.Adakah sesiapa yang memohon ampun kepadaKU?AKU ampunkan"(HADITH QUDSI)

mujahidah : Istiqamahlah menyingkap tabir malam...bercinta,merintih,meluah rasa dan sebagainya kepadaNYA di sepertiga malam yang memang dijanjikan pelbagai rahmat dan ganjaran di sebaliknya.Memang tidak sia-sia,bahkan sentuhan kasih sayang dariNYA yang berterusan!berqiyammulalillah,anda tidak akan menyesal!

17 April 2011

IBARAT KEKASIH

Soalan;

Pada pandangan ust, bagaimanakah seorang hafiz dapat seimbangkan masa untuk tadabbur dan ibadah, dalam suasana sebagai pelajar yang sibuk dengan pelajaran dan aktiviti di kampus?

Jawapan Ustaz Muhadir;

Nasihat kepada ntum, huffaz dengan hafizat...Ntum sudah memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki...Kerana itu jangan dibuang ia begitu sahaja.

Al Quran ini seperti kekasih...
Kalau kita tidak hubungi dia sehari...dia ok lagi...
Kalau 2 hari...dia sudah merajuk...
Kalau 3 hari...dia sudah mula jauh-jauh...
Yang ke-4, ke-5...
Seminggu kita tidak baca, dia akan panggil ataupun dia kata kat kita ni,
"You're fired!"

Jadi dia akan tinggalkan kita. Kerana itu, berjinak-jinak dengan al Quran, insyaAllah nescaya ntum akan mendapat fadhilat yang besar daripadanya.

Kalau ntum menjadi imam orang lain, bacalah yang kuat juga pendek-pendek nanti dah sudah bacalah panjang- panjang...

Ataupun hafiz dan hafizah ni mesti ada quran kecil dalam poket ntum...Sementara tunggu ust lambat 15 minit...kita sudah boleh membaca beberapa muka surat...Jadi demikian...

Hafiz dan hafizah ni...ntum punya cabaran lagi kuat...kerana menghafal itu senang...tetapi mengekalkan hafalan itu tidak senang dan tidak mudah...

Pengalaman, kawan ust orang Nigeria...dia keluar, dia daripada Mesir...Orang Mesir dia mesti hafal berapa juzu'? 8 juzu'. Satu tahun 2 juzu'...Dia keluar, kemudian, alhamdulillah, belajar di UIA. Satu ketika, bila ana bertanya,
"Ya akhi, kaifa hifzul Quran.. (bagaimana hafazan al Quran)?"

Dia kata, "Ya Ustaz..ana hatta juzu' pertama ana tak boleh habiskan sekarang... "

Mana pergi 7 juzu' yang lain...mana?

Kerana itu berjaga-jaga dengan al Quran itu sebab al Quran ni dia mudah cemburu...Tapi bila ntum dah merasai kelazatannya ya Allah...ntum payah nak lepas daripadanya..."

credit to :afzan

mujahidah:insyaAllah selepas sahaja program mentarbiyyah dan ditarbiyyah beberapa hari ini selesai,akan ku fokus pada hal ini pula,mengulang quran pada bulan 5 ini insyaAllah(kuat untuk tidak mengambil semester pendek kali ni) di tempat yang menjadi pilihan hati.Berfatwakan hati untuk fokus pada mencari semula momentum mengulang quran dan mengingat kalam suci itu,berkarat dah(alhamdulillah momentum membacanya tidak pudar).Harapnya bukan sekadar di tempat pentarbiyyahan mengulang itu sahaja momentumku kuat,tapi untuk kehidupan selepas ini juga,insyaAllah!Moga perancanganku sepanjang cuti yang panjang ini,seiring perancanganMU ya Habibi ya Illahi!kerna kalam suci itu,selayaknya menjadi kekasih hatiku yang ku rindui dan ku cintai,kerna ia telah pun menjadi salah 1 amanah terpunggak di bahu buat hafizah sepertiku dan sahabat-sahabat huffaz yang lain!

"MOGA PERANCANGANKU SEIRING PERANCANGAN-MU YA RABBI...!"

14 April 2011

MY LEADER

wahai calon imam dalam solatku,


tiada siapa mengetahui gerangan jodohnya termasuklah diri ini,

dirimu masih rahsia penciptaMU...rahsia yang telah ditentukan untukku,

yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku,

cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini..


Ketahuilah wahai mujahidku,


Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu,

Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur

kerana masih tidak di takdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang

andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita

menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami lindungi kami…


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah

lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya

perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala…


Tiada yang lebih bahagia suamiku,


melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuanganmu

menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar

syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar

padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan

menyambung perjuangan abi mereka.


Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu
mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri

ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku,

hatimu itu milik rabbul jaleel, dan ku pohon sebahagaian itu sebagai

semangatku wahai suamiku, Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,

bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu

bukan milikku..kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang

diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku,

seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyah jiwa

agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.

Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang

ku impi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan

melahirkan para mujahid…

Wahai suamiku,

walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati

mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan

yang tidak terkira dari rafiul a’la, bersamalah kita bersyukur,

bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia

ini…kerana hilang erti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah

tidak kita balas, andai cinta sementara bisa mmelukakan hati sepatutnya

hati-hati kita robek sudah kerana gagal membalas segunung

cinta dari DIA Maha Esa…


Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kitalabuhkan demi redhaNya…

biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan

ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran

tahajjud cinta…InsyaAllah inilah pencarian kita…


...sirru a'la barakatillah...

Calon Suamiku yang dirahmati



"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


mujahidah : -mendapat hidayah dariNYA,terbuka sedikit pintu hati ini,setelah di"pujuk"NYA,new movement.cukuplah sekali pengalaman berharga itu buat diri,yang penting ku kena kembali pada fitrah "kehendak hati" ini,hanya KAU ya rabbi yang maha mengetahui "kehendak hatiku" ini-masih dalam rahsiaNYA,hanya perlu mempersiap diri menjadi solehah lagi bertaqwa,insyaAllah!Ia pasti terungkai jua bila saat dan masa yang terbaik dariMU ya habibi ya Illahi!ku serahkan segalannya padaMU.


"Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu & berSABARlah hingga Allah memberi keputusan.DIALAH HAKEEM TERBAIK! "[SURAH YUNUS : 109]

TODAY

mujahidah : insyaAllah ada ruang dan peluang dariNYA akan turut menyertainya,setelah selesai semua exam pagi tadi,alhamdulillah :) tapi "exam" sentiasa tetap memenuhi ruang lingkup kehidupan kita.

13 April 2011

PERUBAHAN ANGIN RAKYAT?

Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.

Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekelian lama. Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus di ulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri. Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti. Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.

mujahidah : tiada yang mustahil,untuk menakluk bumi yang telah lama "dijajah" oleh BN nih!cuma PR kena lebih berstrategi dan belajar daripada PRK sebelum-sebelum ini.Kerna BN menang dengan strategi kotor mereka yang berstrategi.

11 April 2011

MUHASABAH DA'IE

Layakkah kita menjadi da'ie?

Jika diri sendiri belum di islahi

Bercakap bukan main tinggi

Nak laksanakan,masyaAllah,beralasan sekali!


Layakkah kita menjadi da'ie?

Qiamullail seminggu sekali pun,erm...azab sekali!

Baca quran pun tengok bila "free" dan tengok hari

Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

tapi perkara-perkara mendekatkan diri padaNYA?

langsung tak bagi peluang pada diri

dan langsung tiada hati!


Layakkah kita menjadi da'ie?

Sedangkan masalah hati penuh dalam diri

Muamalat pun sesuka hati

Panggilan abang sayang dah jadi lali dan sebati!


Layakkah kita menjadi da'ie ?

Akhlak pun macam tahi

Gelak tak tengok kanan kiri

Orang sekeliling jenuh dok perhati


Ya Allah Ya Rabbi

Pimpilah diri kami ini

Yang sentiasa diuji

Dari pelbagai posisi


Kami sedar segala kelemahan diri

Semoga dengan sentuhan kasihMU

Memberikan kekuatan untuk kami mengubah diri

Menjadi mukmin sejati

Yang mampu berjuang sepanjang hari

Demi memburu cintaMU ya Rabbi

Demi menempatkan diri di syurgaMU ya Ilahi!


::perkongsian daripada adik-beradik seperjuangan dan pengubahsuaian daripada diri mujahidahputeri::


mujahidah :layakkah kita menjadi kekasih Illahi jika ciri-ciri pendakwah hakiki tiada dalam hati dan diri!


"Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri...!"[Al-Baqarah 2:44]

07 April 2011

KLIBF 2011

maklumat lanjut : KLIBF 2011

mujahidah:InsyaAllah ada peluang dan ruangNYA akan turun setelah beberapa "perkara" diuruskan dan selesai.Fokus,untuk dapatkan 1 buku ni je(iyelah sebuah,nanti dah sampai sana,berbolak balik hati :D ).insyaAllah sebuah!

03 April 2011

HADIAH HARI INI

Di saat diri tiba-tiba goyah,lemah,tidak tenang dan segala yang tidak diingini kembali,DIKAU tetap setia "memberi",ya!hadiah buatku untuk hari ini daripada bait-bait suci.Syukran ya Habibi ya Illahi!


"Dan jika Allah menimpakan suatu BENCANA kepadamu,maka tidak ada yang dapat mengHILANGkannya kecuali DIA.Dan jika Allah mengkehendaki KEBAIKAN bagi kamu,maka tidak ada yang dapat menolak KARUNIA-NYA.DIA maha pengampun,Maha penyayang"

"Katakanlah(Muhammad),"Wahai manusia!telah datang kepadamu kebenaran(Al-Quran) dari Tuhanmu,sebab itu barang siapa mendapat PETUNJUK,maka sebenarnya PETUNJUK ITU untuk KEBAIKAN dirinya sendiri.Dan barangsiapa SESAT,sesungguhnya keSESATANnya itu menCELAKAkan dirinya sendiri.Dan AKU bukanlah pemelihara dirimu!"

"Dan ikutlah apa yang diWAHYUkan kepadamu,dan berSABARlah hingga Allah MEMBERI KEPUTUSAN.DIALAH HAKEEM yang TERBAIK!"

[SURAH YUNUS : 107-109]

"Apabila seseorang sudah terbiasa bersabar dlm melaksanakan ketaatan & sudah terbiasa bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu Allah SWT akan memberikannya KEKUATAN agar mampu berSABAR dlm menerima ketentuanNYA." [Sahl bin Abdillah al-Tustari]

mujahidah:ayat-ayat cintaNYA,tiada yang sia-sia jika diselami dan di hayati.Allah...Allah...Allah...!ku hadiahkan buat mereka yang dalam kesempitan,kesukaran,ketidaktenangan dan musibah."ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-


JUST CLICK



mujahidah : entry menarik yang membuat saya ingin berkongsi dengan anda sekalian.Inzar yang baik!

01 April 2011

SOALAN CEPU MAS

SOALAN 1:Apakah tujuan kamu diciptakan?

SOALAN 2: Dengan siapakah kamu berkawan?

SOALAN 3: Banggakah kamu dengan Islam?

SOALAN 4: Bersediakah kamu mengadap Tuhan?

::khutbah jumaat di masjid UIAM Gombak::

pengisian lanjut : KHUTBAH JUMAAT

mujahidah: Soalan 1 hingga 3 barangkali mampu lagi ku jawab secara jujur,tapi soalan 4,Allahuakbar!rasa macam masih berat mulut untuk menjawabnya...!dush...dush...dush!