" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

31 March 2011

"adik nak beli masa abah "

Pada suatu hari, seorang ayah pulang daripada bekerja lewat malam. Seperti hari-hari sebelumnya, hari itu sangat meletihkan baginya. Tiba sahaja di rumah, dia mendapati anaknya yang berusia lapan tahun sudah menunggunya di depan pintu rumah. Sudah lama anak kecil itu menunggunya.

“Kenapa belum tidur?” sapa sang ayah pada anaknya. Biasanya si anak sudah tidur ketika dia pulang dari kerja dan baru bangun ketika dia bersiap untuk berangkat ke pejabat di pagi hari.

“Adik tunggu Abah pulang, sebab Adik nak tahu berapa gaji Abah?”

“Kenapa tanya pasal gaji Abah pulak ni? Adik nak duit lagi ke?”

“Adik nak tahu je Abah…”

“Ok, Adik cuba kira sendiri. Abah bekerja 10 jam setiap hari dan dibayar RM200 setiap hari. Setiap bulan Abah bekerja 25 hari. Jadi, berapakah gaji Abah untuk sebulan?”

Si anak kemudian berlari mengambil kertas dari meja belajarnya sementara Ayahnya masuk ke dalam rumah. Ketika sang Ayah ke biliknya untuk bersalin pakaian, sang anak mengikutinya.

“Jadi, kalau setiap hari Abah dibayar RM200 untuk 10 jam, maknanya Abah dibayar RM20 untuk setiap jam!”

“Sudah la tu Adik, pergi tidur ya. Sudah lewat malam ni!” namun sang anak masih tidak mahu berganjak.

“Abah, Adik nak pinjam RM10 boleh tak?” “Dah malam ni Adik, buat apa dengan duit malam-malam macam ni? Pagi esok je lah. Sekarang Adik pergi tidur…”

“Tapi Abah…”

“Dah, pergi tidur sekarang!” suara sang ayah semakin meninggi. Anak kecil itu menuju semula ke biliknya. Sang ayah kelihatan menyesal dengan tindakannya. Tidak lama kemudian, dia menghampiri anaknya di bilik. Anaknya itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang wang RM10.

Sambil membelai ubun-ubun kepala anaknya, ayahnya berkata, “Maafkan Abah ya Adik. Kenapa adik nak duit RM10 malam-malam macam ni? Esok kan Abah boleh bagi. Bukan setakat RM10, lebih lagi pun Abah boleh bagi. Adik nak beli mainan kan?”

“Abah, Adik bukan nak minta duit. Adik nak pinjam. Nanti Adik kembalikan semula guna duit Adik sendiri.”

“Tapi Adik nak buat apa?” tanya sang Ayah.

“Adik tunggu Abah pulang kerja hari ini sejak pukul 8 malam lagi. Adik nak main ular dengan Abah. Satu jam je Abah. Mama selalu cakap, waktu Abah sangat berharga. Jadi, Adik nak beli masa Abah. Adik buka tabung ayam Adik hari ini, tapi cuma ada RM10 je. Sebab Abah cakap Abah dibayar RM20 setiap jam, duit tu masih tak cukup, jadi Adik nak pinjam RM10 lagi daripada Abah.”

Sang ayah terdiam. Lidahnya kelu seribu bicara. Dia terus memeluk erat anak kecil yang disayanginya itu sambil menangis dan meminta maaf padanya.

“Maafkan Abah sayang…” ujar sang Ayah.

“Abah telah melakukan kesilapan. Selama ini, Abah lupa sebab apa Abah bekerja keras. Maafkan Abah.” kata sang ayah dalam esak tangisan. Si anak hanya diam tanpa kata dalam pelukan ayahnya…
perkongsian daripada facebook

mujahidah: pastikan ada ruang masa ibu ayah bersama anak-anak.kita kena sedar,ibu ayah juga adalah pendidik,segalanya bermula di rumah.Allahua'lam!

30 March 2011

HARAM YE!

IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan. Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. "Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya. Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.


Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam. Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain.



sumber:harakahdaily

mujahidah:pernah dengar mengenai isu ni timbul sebelum-sebelum ni lagi.Maka cukup-cukup lah ye bersenam poco-poco ni,diri ni pun pernah jugak bersenam poco-poco ni,Astagfirullahazhim!ampuni daku ya Allah yang melakukannya tanpa mengetahui di sebaliknya!Semoga kita semua sering diberi petunjuk olehNYA daripada tipu daya dunia.

28 March 2011

MUKHLIS

klik untuk lebih jelas

mujahidah: Semoga kita semua tergolong dalam golongan mukhlisin,ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.Apa-apa pun kita ada Pendakwah bukannya penghukum!Ya Allah thabatkan ku dan adik-beradik seperjuanganku di jalanMU ini walau di mana sahaja kami dicampakkan!

KU SERAH CINTA

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

mujahidah:ku serahkan segalanya padaMU.

27 March 2011

WAJAH-WAJAH SUCI

Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya.Bagaimanakah?

Rasulullah SAW dalam riwayat Tarmizi bersabda:

Maksudnya: “Tiada pemberian daripada seorang ayah yang lebih baik daripada adab yang mulia”

Dalam sabda lain melalui riwayat Al-Tabarani, Baginda SAW menyebut, maksudnya:

“Lengkapkan anak-anak mu dengan tiga perkara: Cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”

Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa, golongan terdahulu dalam sejarah Islam telah menunjukkan contoh kesungguhan mendidik anak-anak melalui guru-guru yang soleh dan baik. Beliau membawa contoh dari kitab Muqaddimah Ibn Khaldun yang menyebut: Bahawasanya Harun Al-Rasyid, apabila menyerahkan puteranya Al-Amin kepada pendidiknya, telah berkata:

“Wahai Ahmar! Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menyerahkan kepada mu buah hatinya, maka letakkan tangan mu ke atasnya dengan lemah lembut, dan ketaatan mu kepadanya wajib, letakkan dirimu kepadanya, seperti engkau meletakkan diri mu kepada Amirul Mukminin. Ajarkan dia membaca al-Quran, dan kenalkanlah dia dengan sejarah, pupuklah dia dengan syair-syair, penuhkanlah dadanya dengan Hadis-hadis Nabi, tunjukkilah dia cara-cara bertutur, dan jarangkanlah dia dari ketawa melainkan pada waktu yang sesuai, dan jangan sampai berlalu satu saat pun melainkan engkau asakkanlah dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa menyusahkannya, kelak akan mati pula otakknya, dan jangan terlalu beringan-ringan untuk memberikannya masa lapang, kelak dia akan merasa sedap dan sentiasa ingin berlapang-lapang, dan luruskan dia sekadar yang termampu dengan mendekatkan diri kepadanya, dan dengan lemah lembut, tetapi jika dia menolak sikap ini, maka hendaklah engkau mengambil sikap tegas dan keras.”

Demikianlah pesanan panjang Khalifah Harun AL-Rasyid kepada guru anaknya. Apa yang penting, kita dapat menceduk pengalaman silam ini untuk menjadi kayu ukur kepada keperluan pendidikan anak pada hari ini.

wajah-wajah ketenangan


wajah-wajah soleh solehah yang ku rindui lagi ku sayangi.

mujahidah: anak-anak kecil,melihat wajahnya apatah lagi telatahnya mampu mengundang ketenangan dan kebahagiaan hati,kerna barangkali sucinya mereka daripada dosa dan noda.SubhanaAllah!Andai ditaqdirkan berpeluang untuk melahirkan penyejuk-penyejuk mata dan hati(anak),kita sebagai ibu bapa mereka,didiklah sebaik-baiknya.Ia bukan bermula ketika anak itu lahir ke dunia,tapi daripada sekarang!nak anak yang baik soleh dan solehah!ayuh jadi soleh dan solehah dulu!

JAMBATAN HATI

Pujuk dirimu bahagia apabila melihat musuh-musuhmu bahagia.Walaupun pernah disakiti sekali,kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka.Wahai Diri ,ingatlah…segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

“jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata…
Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘sebab’,
Lihat dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’.
Jika kau disakiti oleh dia,
DIA sedang mengajarmu erti redha”

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insane.Namun,ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan…TIDAK ADA KEADILAN YANG MUTLAK DI DUNIA INI.Mungkin sahaja penjahat yang pandai bermuka-muka akan terus dijulang sebagai wira.Dan hamba sejati yang mempunyai ‘hati emas’,akan terus dihenyak sebagai sandera(tawanan) di penjara hiba dan cela.

Terimalah hakikat kita bukan TUHAN yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA.Jangan kau ditanyakan mengapa dia yang dilebihkan,aku dikurangkan?Mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategic dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhaan selalu dikalahkan?

Di sini tidak lama.Di sana jua tempat berehat segala penat.KEYAKINAN TERHADAP HARI AKHIRAT AKAN MENYEBABKAN KITA KUAT MENGHADAPI TIPUAN DUNIA.KEIMANAN KEPADA TUHAN AKAN MENIMBULKAN RASA SABAR MENGHADAPI KARENAH INSAN.
Belajarlah daripada Nabi Yahya a.s dan Nabi Zakaria a.s yang digergaji mati tanpa melihat bunga-bunga kemenangan.Belajarlah daripada Sumaiyyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiyah dan empayar Islam berkembang.MEREKA TIDAK DAPAT KEMENANGAN…TAPI MEREKA MENDAPAT KETENANGAN!

Wahai diri,mereka(salafussoleh itu) menjadi ‘besar’ kerana menghadapi ujian yang besar.Mereka ‘mempertaruhkan’ nyawa.Padahal aku,kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan Cuma ‘harga diri’.Terasa diri ditipu,dipersenda,dan diperkotak-katikkan serta tidak dihargai.

Sedarilah yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu!Harga diri itu milik kita selamanya.Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.JANGAN BIMBANG JIKA TIDAK DIHARGAI,TETAPI BIMBANG JIKA BENAR-BENAR KITA TIDAK BERHARGA.Di mata siapa?Di mata diri sendiri.Namun,ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Mulakan langkah mencari bahagia dengan memberi maaf.Namun,terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.Bahkan lebih sukar daripada minta maaf.Masih terngiang-ngiang segala kata nista.Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan,Wajah orang yang bersalah itu terasa menjengkilkan.Dan cukup sakit,bila mengenangkan musuh-musuh itu tersenyum dengan kemenangan.Namun itu hanya bisikan ‘hati bersarku’ yang melantunkan suara ego dan marah.Kesat dan kesumat.Tetapi jauh dari dalam diri…ada suara lain yang bergetar.’Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan.Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa.Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan…lupakan,cintakan,sayangkan.
Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri.

Pada sebuah persimpangan rasa,tiba-tiba hati disapa oleh firman :


" dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib"(Fussilat:34)

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku.Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara.Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu,aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali?Oh,tidak!Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali.Begitulah maksud sebuah sabda.Justeru?Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya.Beban rasa ini biarlah aku lepaskan.Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek pendek itu.Hidup terlalu untuk membenci.Bermusuh dengan orang lain,sama seperti bermusuh dengan diri sendiri.Memaafkan orang lain,beerti memaafkan diri sendiri.

“Apa yang kita berikan akan kita terima kembali”[HUKAMA’]


Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan.Pahit.Sakit.Tetapi apabila dilaksankan,akan terasa kemanisannya.Manakala kejahatan itu tampak mudah,indah dan manis.Namun apabila dilakukan,pasti ada kekesalan,kepahitan dan keresahan.Lalu dalam detik yang syahdu ini menyeru.Marilah sama-sama kita lalui…jambatan hati!

HASIL BACAAN : "Di mana DIA di hatiku"
mujahidah : alhamdulillah,wa asykurulaka ya habibi ta rabbi!sentuhan kasih sayangMU buatku yang berterusan.

25 March 2011

KU MAHU DIA DI HATIKU!

Alhamdulillah berkesempatan ke Johor Bharu bersama adik beradik seusrah saya(USRAH ANAK-ANAK UMMI),angah,ateh,adah dan jie pada jumaat jam 1130am untuk menghadiri walimah mak usrah kami Syeril Nadia Rosli(ummi) dan Sheikh Umar Bagharib(mula-mula dengar nama macam foreigner…hehe maaf ummi,nama abi unik sangat)Berkesempatan ke rumah adah dan bermalam di rumah ateh..BarakaAllahulakuma,doakan anak-anak ummi pulak. Ditaqdirkan Allah,kembara kami “tersampai “di Melaka kerna hujan yang amat-amat lebat.Rumah saya dan angah nisa’ menjadi serbuan seterusnya.Lepas maghrib bertolak pulang ke taman ilmu dan budi,Alhamdulillah sampai jam 11pm(angah drive sepenuhnya sebab saya terlalu letih,cayalah angah,saja nak dera angah,sebelum-sebelum ni alang drive sorang-sorang je :(,ni dah ada orang lain boleh drive,kira qada’ la ae…hehe gurau je ngah,memang letih sangat malam tu,terima kasih angah)

edited by jie nazirah


20/3/11(UKM BANGI)

bersama panelis U.Pahrol & pengasas IluvIslam,Imran koyube



Alhamdulillah ruang dan peluang olehNYA untuk menghadiri majlis Ilmu yang tajuknya Berjaya menarik hatiku,”DI MANA DIA DI HATIKU” dan Alhamdulillah memang selayaknya lah hatiku terpaut kuat untuk ke UKM bangi menghadiri program FEWWIT anjuran ILUVISLAM kerna ada suntikan semangat pujukan buat diri rupenye daripada Illahi dengan bersandarkan kalam insani .Kalam daripada wardina,ustaz pahrol dan ustaz kadir aljofree.Sebelum ini jelajah mereka di bumi UIAM dengan tajuk “BEBAS DARI DI BELENGGU” tapi tidak berkesempatan hadir kerna “peperangan di bumi Merlimau” perlu di awlakan masa itu.Di sini ingin sedikit saya coretkan sedikit mutiara-mutiara kata yang sempat saya kutip.Alhamdulillah

BELAJAR AGAMA ,TAPI TAK MASUK DALAM HATI

-Kerana kita memindahkan ilmu kita dari pada kepala ke kepala bukannya daripada hati ke hati(tidak bertindak sebagai murabbi)kita banyak mengajar tapi tidak kepada mengajak.Ramai cikgu mengajar sembahyang kepada pelajar secara teori,tapi tidak ramai yang mengajak dan menunjukkan untuk mereka praktikkan sembahyang.

-jangan jadi “ mahasiswa pen drive “apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).Pentingnya berjiwa murabbi itu,kerna kita bakal menghadapi university yang lebih besar,university kehidupan.

-Berapa ramai yang mengaku memperjuangkan agama,tapi sebenarnya dia perosak dalam agama!

-Hati yang baik membawa dua maksud,satunya secara fizikal hati tersebut dan satu lagi bebas daripada penyakit hati(berhati-hati menjaga hati).



“Apabila menyelesaikan urusan kita dengan Allah,Allah selesaikan urusan kita dengan manusia”


BAGAIMANA NAK MENGAWAL DALAMAN(HATI)

-Hati dalam bahasa arab qalb(berbolak balik).Sifat hati secara fitrahnya berbolak balik.Perkatan lain bagi hati dalam bahasa arab “fuad”(lembut),”sanburi” atau dalam bahasa melayu kita sebut sanubari.Hati terlalu banyak disebut di dalam Al-Quran,mengenai hati yang buruk ,Al-Hajj ayat 46:


"oleh itu, Bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - Dengan melihat kesan-kesan Yang tersebut - mereka menjadi orang-orang Yang ada hati Yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga Yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan Yang sebenarnya bukanlah mata kepala Yang buta, tetapi Yang buta itu ialah mata hati Yang ada di Dalam dada"


Dan juga mengenai hati yang baik,Ar-Ra’d ayat28:

"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah. ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"

-masyarakat kita yang sering salah konsep mengenai hati.

“walaupun dia tak baik,tapi saya tahu hati di baik”
“walaupun dia tak tutup aurat,hati dia baik”


Lantas dengan sewenangannya menggunakan dalil “ Allah tidak melihat luaran manusia tapi dalaman” Tapi kenapa tidak melihat penjelasan dalam hadis Nabi S.A.W yang menyatakan “Allah tidak melihat kecantikan wajah tapi hati “ maksud “ luaran” itu sebenanrnya adalah dari sudut cantik atau tidak manusia.Dan jangan dilupa dengan hadis yang mengatakan bahawa antara mafhumnya “bila baik,baiklah seluruhnya,bila buruk,maka buruklah seluruhnya,itulah hati “

-hati baik,akan terzahir juga di luar,daripada sudut akhlak dan sebagainya.Kalau luaran baik tapi dalaman hati kotor,munafik!Kerrna mentaati Allah dan Rasul adalah nombor 1,maka kalau tak ikut perintah Allah,maka automatic hati kita masih problem.


-hamzah yusof dalam bukunya : ada ubat hati,tapi tiada orang boleh memaksa memakannya.

-takbur itu,merasai dirinya bagus,merendah-rendahkan orang lain dan menolak kebenaran.

-Spritual Quation,3 persoalan buat diri,dari mana aku dating,untuk apa aku diciptakan dan ke mana aku selapas ini(mati)

-DI MANA DIA DI HATI KITA? Apabila sesuatu yang hendak dicapai itu tinggi dan berharga,maka banyaklah halangannya.Jalan ke neraka seronok,jalan ank ke syurga penuh onak dan duri.


PROSES MUJAHADAH

bisa,biasa dan halawah.


Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat. Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.




“berapa ramai yang mampu melakukan ibadah,tapi tidak merasa kemanisan dalam beribadah!”



-Kita adalah pendakwah bukannya penghukum.Kalau ada orang masih tak mampu berubah,terus dan terus menyeru,bukannya menghukum mereka tak tentu pasal.

-Mula-mula cara untuk menglap hati yang kotor,mula-mula kita rasa bersalah,dan bila buat pulak kita rasa bersalah,dan terus rasa bersalah dan bersalah,akhirnya naik bosan lantas bermujahadah untuk tidak mengulanginya.



“bersyukurlah apabila kita merasa resah dalam melakukan dosa,itu menandakan hati kita hidup”


-nafsu ibarat bayi yang menyusu susu ibu.Bilamana kita mahu berhentikan dia daripada terus menyusu,maka bayi akan menangis dan meraung-raung supaya ibunya memberi juga susunya.Kalau diberi,maka tak berhentilah bayi itu daripada terus menyusu susu ibunya.Tapi jika ibunya membiarkan anaknya menangis dan meraung-raung,lama-lama anak itu akan penat juga menangis kerna dia tahu ibunya tidak akan bagi juga susunya,Maka berjayalah si ibu memberhentikan anaknya daripada menyusu .



FIKIR-FIKIRKAN

-Allah menilai “effort” bukannya “effect”

-Walaupun kalah,jangan mengalah!

-Kita kadang-kadang menyembah agama,bukannya Allah.

-Cintailah orang yang mencintai kita,bukan kita yang mencintai dia.iaitu ALLAH!

-Jangan pernah rasa cukup dalam beribadah!

-Hal berkaitan ibadah,ilmu dan akhirat lihatlah orang yang lebih tinggi dan banyak daripada kita.Tapi dalam hal keduniaan,lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita.


“Dalam hidup,ada perkara yang kita dapat dan hilang.Pastikan perkara yang kita dapat adalah sebuah yang berharga daripada yang hilang.Tapi!yang kita hilang dan tak berharga itulah sebenarnya lebih berharga!"

"ole-ole" buat diri
untuk perkongsian lebih teratur di :IluvIslam


mujahidah: alhamdulillah wa syukrullillah,boleh dikatakan setiap minngu hujung mingguku terisi dengan "event-event",selalu ghaib daripada bumi UIA .Alhamdulillah dengan adanya MAX 4261 memudahkanku untuk meneruskan langkahku,moga diterimaNYA.Sebelum-sebelum ini aku disibukkan untuk turun ke negeri,kerna amanahku juga ada di situ untuk memberi serba sedikit di sana,kali ini musafir secara agak santai barangkali tapi bagiku ada banyak perkara yang amat-amat mengajariku,apa yang penting kesimpulan buatku untuk segala permusafiran itu ,terpahat di hatiku untuk terus memburu cinta orang yang mencintaiku.Tuntuni daku ya habibi ya Illahi!
InsyaAllah banyak perancangan khas buat diri selepas ini yang terbaik insyaAllah.Moga DIKAU terus memberiku ruang dan peluang itu.Mohon dengan amat!

23 March 2011

SEBUAH KISAH

Ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama...
Cerita ni takde kena mengena pun antara yang hidup dan mati la ye.Bercakap bab ukhwah,pernah tak kita terfikir seketika…...

Ada seorang lelaki,namanya ZAAOHIN baru pulang dari kerja setelah sehari suntuk dia berpenat lelah di pejabatnya menyiapkan tugasan yang boleh menyebabkan kepalanya rasa nak meletup je.Dengan bosnya si BAIM yang bobrok dan kuat berleter,menambahkan lagi tekanan kepadanya.

Tepat jam 6pm,tibalah masa yang En ZAAOHIN nantikan sehari-hari dalam hidupnya.'WAKTU TAMAT KERJA'.Dia berasa sangat happy,dan tidak sabar-sabar untuk pulang kerumahnya merehatkan fikiran ..Dalam perjalananya pulang kerumah dengan menaiki LRT, sebagai seorang ahli gerakan En ZAAOHIN tidak lupa untuk membeli akhbar bagi mengetahui isu-isu hot dalam negara dan sentiasa update dengan isu-isu semasa....
Sambil membaca akhbar,tiba-tiba masuklah seorang penumpang lelaki,RASHIDI bersama anak kecilnya berusia linkungan 6tahun,EESEA duduk di sebelah ZAAOHIN ini.

Pada mulanya tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah tiba-tiba EESEA mula berlari-lari.Berlari ke sana,berlari ke sini dan kadang-kadang tersepak beg dan barang penumpang lain sehingga berselerak.Tidak cukup dengan berlari,dia melaung-laung menyanyi pula lagu dengan keriangan sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Melihatkan ayahnya,si Rashidi hanya diam tidak melarang dan berkata ape-ape membuatkan serabut ZAAOHIN datang lagi.Tidak habis di pejabat,serabut kat dalam LRT.Hatinya mula panas.Yang menambah kegeraman cik zaaohin lagi apabila akhbar yang dibacanya dikoyak-koyak pula sehingga rabak oleh kanak-kanak tersebut .

Tak tahan dengan ape yang dilihatnya di depan mata,En ZAAOHIN pun bangun berdiri dan mengadap RASHIDI dengan muka merah menahan marah.

Beliau berteriak ..`Assalamualaikum.Woi,x reti jaga anak ke.Dok biar anak ko berlari sana-sini,buat kacau.Yang ko pulak diam x larang anak ko. Kenapa tak tegur? . Ingat LRT ni,bapak ko punya?'…

Tiba-tiba jawab RASHIDI dengan wajah yang sedih.'Waalaikumussalam. Aku tahu anak aku buat bising.
Aku sedar anak aku mengganggu ketenteraman orang lain.Tapi di saat ini perasaan aku bercelaru. Maka aku terkedu.Aku tak tahu macam mana cara terbaik untuk menegur anakku dan memberitahunya supaya senyap kerana baru sekejap tadi,beliau telah kehilangan ibunya. Baru sekejap tadi aku mendapat berita isteriku meninggal'..

Perasaan GERAM dan BENCI En ZAAOHIN sekejap tadi terus bertukar kepada perasaan SIMPATI.

mujahidah : menarik cerita yang ada pengajaran ini.Tahniah buat seorang adik ni,walaupun nama-nama yang digunakan amat akak kenali,hehe.apa-apa pun pengajarannya?fikir-fikirkanlah-husnuzhon dalam berukhuwah-

WALAUPUN DEKAT 6 BULAN IA BERLALU

"Untuk insan yang berjaya buat saya marah, bersedih,menzalimi hati saya dan juga buat insan yang berniat untuk menyakiti saya dan yang seolah-olah tak faham bahasa, terima kasih yang tak terhingga buat kamu. Saya takkan melayan kamu, dan saya takkan jadi seperti kamu, menambahkan sedih dan menzalimi orang lain. Saya kuat kerana adanya DIA yang sentiasa sudi menguatkan dan mengembirakan diri,dan saya juga ada insan-insan yang saya sayang di belakang saya, dan hidup saya takkan terjejas kerana adanya kamu. Kerana kamu tidak penting langsung bagi saya!"\(*_*)/

:: Bila Allah taqdirkan sesuatu terjadi,pasti ada kebaikannya.Sekalipun pahit,percayalah itu adalah ubat.Baik & buruk hanya pada tafsiran manusia,sedangkan di sisi DIA...segala-galanya baik belaka.Maha suci Allah daripada sifat zalim & aniaya ! [BICARA QALBU DI SAAT "IA" KEMBALI]::

18 March 2011

SEMAKIN DIDEKATI,SEMAKIN DIDUGAI

♥ Semakin cuba ku dekati,semakin kuat pula KAU mendugai aku ♥
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya beribadah kepada Allah & ikhlas kepadaNYA
Nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis,indah,nikmat & baik daripada Allah!
Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya melainkan setelah memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya!"[IBN TAIMIYYAH]

mujahidah : insyaAllah akan ke sana.Moga diberi ruang & peluang olehNYA menghadiri majlis Ilmu ini yang tajuknya buatku jatuh hati dan rasa terpanggil untuk menerima sesuatu daripada tajuk yang bakal dikupas ini.

SubhanaAllah ada banyak lagi majlis Ilmu di bulan Mac ni,Semuanya boleh saya simpulkan berkaitan dengan CINTA.Dari hati mahasiswa dan juga dari hati seorang murabbi...

murabbi cinta Malaysia

terbaik!memulakan delegasi baru dengan wacana ilmiah

mujahidah : Banyak je majlis Ilmu lagi di muka bumi Allah ni,di UIAM ni pun tak payah cakaplah,melambak.Cuma kekadang disebabkan kekangan masa,tak dapat nak sertai.wacana ilmiah mahasiswa tak dapat nak sertai,sebab nak ke walimah ummi(mak usrah) di johor hari ini.Apa-apa pun moga dipermudahkan urusan buat semua terutamanya YB Mr.President(eh silap,ostad ) UIAM Mohamad Iqbal Abd Wahab.InsyaAllah oleh ustaz Hasrizal ,jika tiada apa-apa moga diberi kesempatan waktu olehNYA.

15 March 2011

ادعوا الى الله

‎:: Allah tidak memandang doa yang datang daripada ♥ yang alpa.Salah 1 kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya(PETIKAN BUKU,MURABBI CINTA).

Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! & sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada ♥ yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi) ::

bila berdoa dari hati
lalu tangisan hadir membasahi,
dengan menyerah diri pada Ilahi
pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri
apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati...
itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita & DIA rasai dan ketahui
yang haqiqinya DIA lebih fahami & mengerti...
masakan tidak itu semua terjadi
pemilik ♥ kita...milik DIA yang abadi!

::madah mujahidahputeri::

mujahidah : bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa,Allah...! lebih zouq dan kepuasan yang tak tergambar kita rasai! yang penting hafal doa banyak-banyak dalam bahasa arab,kena faham ye.doa dari hati,bukan sekadar di bibir.Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah ketahui apa kemahuan kita,cuma apa yang penting,pentingnya Doa itu untuk merasakan pengabdian & penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNYA.Allah...Allah...Allah...!

14 March 2011

ISTERI SOLEHAH

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan


mujahidah : hati ini sayu bila mendengar lagu ini,walaupun belum bergelar isteri dan belum tentu lagi ada cinta insani di dunia ini.Allah...!tanggungjawab seorang isteri bukanlah 1 tanggungjawab yang mudah dan lekeh.Buat semua isteri,dan bakal-bakal isteri persiapkan diri kita sebaiknya buat pemilik cinta kita setelah Allah dan Rasul.Semoga kita mampu menjadi isteri solehah lagi bertaqwa.Prosesnya bukan bermula setelah mendirikan rumahtangga,tetapi sebelumnya lagi.Ayuh!mempersiapkan diri menjadi insan solehah lagi bertaqwa! seruan buat diri khasnya dan yang lain amnya.

10 March 2011

JANGAN HIPOKRIT!

Assalammualaikum semua(*_*) salam ceria diucapkan buat semua di mana sahaja anda berada,asalkan anda faham apa yang saya sampaikan.Dah lama rasanya diri ni tak membebel isu berkaitan saudara seIslam kita di luar Malaysia,terutamanya di Palestin.Cuma nak bermuhasabah bersama kita sahaja.

Siapa yang di antara kita pernah pergi ke demo Palestin,angkat tangan (*_*)/...wah ramainya (iye je cik mujahidahputeri ni)...Tapi! saya memang yakin di antara kita memang pernah ke demo Palestin dengan melaungkan pelbagai slogan dan menyeru untuk memboikot barangan mereka,menulis isu-isu Palestin di blog masing-masing,sedih atas kesengsaraan saudara kita di sana dan memberi kesedaran dalam tazkirah dan ceramah-ceramah kepada orang lain.

Saya nak fokus isu boikot barangan Yahudi,Amerika dan seangkatan dengannya.Berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar tidak menyalurkan sumbangan kepada pelaknat-pelaknat agama Allah ni?Cukup saya sentuh produk-produk utama yang patut diboikot,Starbuck,colgate,Coca-cola,Nestle,Nokia dan banyak lagi(boleh recheck di gambar atas),tapi itu pun masih ramai lagi yang membelinya...Saya sarankan kepada insan-insan tersebut,tak perlulah nak jadi hipokrit dengan kononnya sayang pada Islam!Bukan yang pergi ke demo Palestin je,yang dah pernah menjejakkan kaki ke Palestin tu pun barangkali sama je.Allah...! kita dah banyak sangat alternatifnya,sukar sangat ke?

Saya tidak menafikan,ia agak sukar pada mulanya.Tapi biasalah perkara tu,sebelum kita biasa dengan sesuatu benda,ia luar biasa bagi kita.Ini bukan untuk apa.UNTUK ISLAM! Bayangkan,sumbangan anda pada pelaknat-pelaknat agama ni,anda telah menjadi pembunuh tidak secara langsungnya!bunuh siapa?Saudara Seislam kita!

Kita hanya mampu itu sahajalah...berdoa,menderma,dan memboikot barangan musuh-musuh Islam.Nak turun berjihad di bumi Palestin,Allah...!jauh sangat kita ni! Turun pun bukan memegang senjata menentang musuh di sana,tapi yang sekadar kita mampu je la.

Sedarlah dan mujahadahlah duhai ummat Islam sekalian! Jangan pentingkan diri! Jangan hanya mampu berkata sanggup berkorban apa sahaaj demi Islam,tapi perkara ini pun kita tak mampu nak buat lagi...Bersama-sama kita mentarbiyyah diri kita ke arah ke kehidupan yang benar-benar sayangkan Islam dalam segala tindakan dan perilaku,dari luar dan dalam,dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara.

mujahidah :seruan buat diri ini khasnya dan anda semua amnya! Jika benar kita mengaku sayangkan Islam!Boikotlah! sama-sama beringat.Maaflah tiba-tiba bertukar emosi.

05 March 2011

INSAN ITU...

Di Malaysia, seorang lelaki tua yang sudah uzur tetapi memiliki jiwa kental dengan semangat perjuangan...
Dia dihormati oleh golongan tua dan muda, dia digeruni oleh pihak musuh sehingga ditaburkan pelbagai fitnah dan tohmahan namun jasad tua lelaki tersebut masih bergerak dan terus bergerak di dalam perjuangan Islam, dengan jubah dan serbannya...
Dia masih bergerak dan menyebarkan dakwahnya...

Inilah insan tersebut,
yang mengigit perjuangan sekuat hati walau ombak dan taufan sentiasa menghempas pantai kehidupannya.
Dia bukan sahaja selesa dengan imej Islam tetapi dia begitu menjaga pakej Islam yang dibawa, dengan adab dan akhlaq Islami.

mujahidah :hatiku sering disuntik tenang melihat wajah ini,adakalanya hatiku jua disuntik hiba dan sayu melihat wajah inilah yang ditohmah,Tapi alangkah kuat dan gagahnya dia terus melangkah kuat dan semangat di jalanNYA,kerna apa?kerna ku yakin dengan pergantungan jiwa dan dirinya sepenuhnya pada Rabbnya!dan kerna dia yakin perjuangannya,adalah perjuangan yang disuruhNYA!Allahuakbar!ku ingin kuat sepertinya.

inilah perisai insan ini...

Ya Allah Ya Aziz Ya Rahman Ya Rahim
pengetahuanku pada kemurahanMU
itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU

Bagaimana aku akan kecewa?
sedangkan ENGKAULAH harapanku
bagaimana aku akan hina?
sedang ENGKAULAH tempat sandaran
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
sedang ENGKAU menempatkanku
dalam lemah dan hina

Bagaimana aku akan miskin?
padahal ENGKAULAH yang mencukupkan
hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMU

Matikanlah kami sebagai pejuang agamaMU
puaskanlah keluargaku dengan aturanMU
berbanding aturan kami sendiri
Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawab selaku pemimpin

Ingatkanlah aku
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
Ya Allah...perkenankanlah permintaan ini.

~Ayahda Nik Abdul Aziz Nik Mat~

PERUTUSAN KHAS

1. Segala puji bagi Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasul saw. Nabi akhir zaman yang telah menyelamatkan manusia dari kegelapan jahiliyyah menuju cahaya hidayah Allah swt. Salam persaudaraan dan salam perjuangan jua saya hulurkan buat semua pengundi di dalam N 27 DUN Merlimau dan N 28 DUN Kerdau.


2. Tidak sampai 13 jam lagi menanti detik pembuangan undi serentak di DUN Merlimau dan Kerdau. Ia juga menjadi detik penentuan antara Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS dan Barisan Nasional yang diwakili oleh UMNO.


3. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan kejayaan berpihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di kedua - dua DUN Merlimau dan Kerdau meskipun menyedari PR menghadapi laluan sukar untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Namun ia bukanlah misi mustahil untuk PR membuat sebarang kejutan dengan memenangi pilihanraya ini ataupun mengurangi majoriti yang telah dimiliki oleh BN melalui pilihanraya umum 2008 yang lalu.


4. Kedua - dua calon PAS, Sdr Hasanuddin di Kerdau dan Sdr Yuhaizat di Merlimau turun dengan yakin dan optimis untuk membawa pulang kemenangan dengan harapan pengundi memberi peluang kepada PAS untuk menghantar seorang lagi wakil rakyat ke DUN Pahang dan wakil tunggal PAS di DUN Melaka.


5. Saya percaya kepada kebijaksanaan pengundi dalam menilai erti pilihanraya sebagai peluang untuk memilih pemimpin yang amanah, bertanggungjawab serta mampu membawa suara rakyat yang diwakili ke DUN. Pemimpin yang mampu mendokong dasar yang baik dan berani menegur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa jika berlaku dan dilakukan oleh pihak pemerintah.


6. Calon yang mewakili PR tentunya tidak akan menjadi "Pak Angguk" atau "Mr. Yes Man" kepada pemerintah sebaliknya tegas membawa suara rakyat dan memperjuangkan hak mereka yang diwakilinya sekaligus berperanan sebagai "check and balance" di dalam DUN.


7. Pilihanraya bukan soal jalanraya dan pilihanraya juga bukan soal projek mee segera tetapi pilihanraya adalah untuk masa depan bangsa dan negara dengan membuat pilihan yang betul, memilih pemimpin yang berwibawa.


8. Akhirnya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia merayu kepada semua pengundi agar memberi satu peluang kepada PAS mewakili PR untuk memainkan peranan penting sebagai pemimpin yang diamanahkan membawa dan memperjuangkan hak dan nasib rakyat setelah rakyat telah menilai peluang yang diberikan sejak 53 trahun lalu kepada UMNO dan BN.


9. Dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS insyaallah akan menjadi sandaran penting untuk wakil rakyat kita berfungsi sebagai pemimpin harapan ummah dengan memikul segala tanggungjawab dan amanah dengan baik dan jayanya.


10. Saya ucapkan selamat mengundi buat semua pengundi yang budiman. Hadhirlah mengundi dengan tenang dan sikap yang positif tanpa memberi ruang kepada pelbagai pihak mempengaruhi pemikiran pengundi secara ugutan dan sogokan material justeru maruah dan prinsip pengundi tentunya tidak boleh ditimbang jual semurah nilai ringgit.


::PERUTUSAN KHAS DARIPADA USTAZ NASRUDIN HASSAN BUAT SEMUA PENGUNDI-PENGUNDI DI MERLIMAU & KERDAU::

01 March 2011

NAJIB oh NAJIB

mujahidah : Dialog di atas ni patutnya tukar daripada Gaddafi kepada Najib.Sama je pun yang berlaku di Malaysia pun la pak Najib.cakap tuju pada diri sendiri patutnya...hmm.Thumbs up to Aimerul Hisham yang berjaya menghasilkan lukisan ni.Lepas ni boleh la ganti Zunar (*_*)