" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

26 February 2011

2 PERTEMPURAN

PRK DUN MERLIMAU

PAS

VS

UMNO




PRK DUN KERDAU

PAS

VS

UMNO
mujahidah :6/3/11 ini bakal menyaksikan 2 lagi PRK,1 di Selatan dan 1 di timut.Berangan-angan untuk kemenangan di Merlimau,semoga ia 1 anganan sahaja.Teringat kata seorang sahabat,jika kemenangan 1 kerusi di Merlimau ini ibarat PAS menakluki seluruh Melaka.Allahuakbar!

23 February 2011

ANGIN PERUBAHAN

Pilihan Raya Kampus 2011

Keputusan Pro Mahasiswa

UM : MENANG [Menang 23 dari 41 kerusi]
UKM : MENANG [Menang 22 dari 37 kerusi]
UMK : MENANG [Menang 8 dari 12]
UPSI: MENANG [Menang 11 dari 18 kerusi]
USIM: MENANG [Menang bersih]
UMSKL : MENANG
UPM : KALAH [Menang 11 dari 43 kerusi]
UTM: KALAH [Menang 11 dari 57 kerusi]
USM Kubang Kerian: MENANG [Menang semua kerusi]
USM Penang : KALAH [15 seat dari 39 kerusi]
UIAM :MENANG [23 kerusi dari 26 kerusi]


RESULT PENUH KAMPUS UIAM :

GOMBAK CONSTITUENCIES

AHMAD IBRAHIM KULIYYAH OF LAWS:

Hafizul Faris bin Che Razlan (641)

Muhammad Eizzaz b Redzuan (418)

Muhammad Fitry b Hussin (619)

Muhammad Taufiq b Johari (186)


KULIYYAH OF ENGINEERING:

Mohamad Amir Arif b Ramli

Syahril Uzair b Syahmil Hameed

(won uncontested)


KULIYYAH OF ECONOMICS & MANAGEMENT SCIENCES:

Masyitah bt Md Hassan (540)

Mohammad Iqbal b Ab Wahab (837)

Nashrul Haziq b Mohd Nasir (257)

Nur Sakinah Sulaiman (680)

Wan Mohd Hafiq b Abdul Jalil (726)


KULIYYAH OF INFORMATION & COMMUNICATION TECHNOLOGY:

Siti Aminah Mohd Naim

Wan Zulkarnain Wan Ismail

(won uncontested)


INSTITUTE OF EDUCATION:

Mimi Nor Syahuda bt Setapani (182)

Nik Mohd Hanis Nik Rakami (273)

Mohd Fairul Mohd Nawawi (110)

Nurrul Hafizul Che Hussin (146)

Ahmad Abdussalam Husni (103)


KULIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE & HUMAN SCIENCES:

Mahirah Abdul Rashid (1624)

Mahmud Rajaie Othman (499)

Mohamad Kamal Hakimie Mohd Nazri (355)

Mohd Hazirin Zainordin (262)

Mohd Rizwan b Mat Zain (1337)


KULIYYAH OF ARCHITECTURE & ENVIROMENTAL DESIGN:

Adib Fakhrullah b Azmi

Muhammad Hafizul b Taib

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Mohammad Mohiuddin

Abas Abdullah Ahmed

Habib Abu Omer

Noman Bashir

(won uncontested)


CONSTITUENCIES (KUANTAN CAMPUS)


KULIYYAH OF ALLIED HEALTH SCIENCES:

Anis Nadia Hussin Shokri (163)

Farihah bt Abdullah (115)

Muhammad Luqman Hakim bin Roomali (207)


KULIYYAH OF DENTISTRY:

Kamal Amar bin Dahlan

Nurun Hanim bt Othman

(won uncontested)


KULIYYAH OF MEDICINE:

Hanis bt Abdul Rani

Sharif b Ahmad

(won uncontested)


KULIYYAH OF NURSING:

Fauzan b Mohamed (148)

Intan Fazirah bt Mustapha (84)

Nur Zu’aini bt Mohd Sariful Lim (116)


KULIYYAH OF PHARMACY:

Ahmad Mustaqim b Ariffin

Noor Baiti Solehah bt Nu Awi

(won uncontested)


KULIYYAH OF SCIENCE:

Muhammad Shafiq bin Abu Hassan

Siti Aminah Muhammad Imran

(won uncontested)


INTERNATIONAL STUDENT:

Miss Hasna Ahmad

(won uncontested)


mujahidah :moga angin perubahan ini sampai kepada rakyat pula.Angin perubahan rakyat menuju PRU-13.Allahuakbar!

19 February 2011

INDAHNYA UKHUWAH

Perasaan rindu akan kenangan ini tiba-tiba menerpa diri.Pergi ke Kuantan menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan di sana,terutamanya anak saudara baru,Izzul Islam (*_*).Terima kasih nurul dan Imran sudi menerima kami(angah nisa',aini,shafiyah dan wani) sebagai tetamu.Seawal pagi dah kene ada di rumah mereka sebab mereka ada kelas jam 9pagi.sempat juga juga adik Naim di rumah mereka.Seronok berjumpa adik-adik di sana yang makin "nakal" ;) InsyaAllah moga Allah bagi ruang dan peluang kita ketemu lagi.

28-29/1/11


Cuti Mid-Semester selama seminggu hari itu,tak pulang bercuti di rumah.Tapi berkampung dengan adik-beradik di Gombak memandangkan bakal menghadapi 4 lagi paper dan assignment yang melambak(sampai salah tarikh kena submit....hehe).Berkampung bersama,Najwa,wani,Adah zahidah,Hana',Haryani,Iftitah memang seronok,meriah,tak nak belajar je ada orang ingatkan.Macam-macam aktiviti yang kami buat bersama,memasak,berdiskusi,belajar dan yang palin best ini...beriadah di Taman Layang-Layang (*_*).

1/2/11


Alhamdulillah cuti raya cina hari tu berpeluang bersama semua keluarga untuk menjayakan family day family kami di De Paris Hotel,Port Dickson.Daripada UIA,tumpang mak cik yang di Subang.Alhamdulillah kali ni semua dapat turut serta(*_*).Seronok sebab walaupun tak berkesempatan balik cuti ke kampung tapi dapat juga bersama family pada hari raya cina ;)

4-5/2/11

lanjutan :FAMILY DAY

mujahidah : Mentang-mentang dah ada kereta,berjalan je cik mujahidah ni :) ,ambik kereta mak cik pun.Moga tidak sia-sia yang diri ini dan adik-beradik yang lain lalui sepanjang 3 minggu yang lepas dan yang paling penting ukhuwah yang dekat juga masih dekat di hati,ukhuwah atas dasar perjuangan dan ukhuwah keluarga yang tetap utuh dan semoga dirahmati olehNYA.InsyaAllah selepas ini ke umrah sekali pula mission kita (*_*)

17 February 2011

CINTA AGUNG

aku tahu ENGKAU Tuhan ku,

Adalah cinta agung,
aku pun mahu menyintaiMU,
aku tahu mencintaiMU amat perlu,
Ia kemuncak daripada segala kebahagian,

aku berusaha kearah itu,
tapi cintaku padaMU Tuhan selalu terganggu,
oh banyak yang datang menganggu,
nafsuku, dan syaitan terkutuk. dunia mempesona menggamit selalu,
di waktu itu lupa ku padaMu. cintaku jauh sekali.. sekali sekala,
datang juga, walaupun sedikit terasa indahnya,
kemudian lupa lagi.. .
Adakalanya lupa ku padaMU... berpanjangan sekali...
kemudian sekali sekala sedar kembali..Engkau Cinta Agung...
Engkau patut dicintai... selepas itu ku lupa lagi.
begitu cintaku kepadaMU Tuhan.. dengan kelalaian silih berganti
oh Tuhan....

Dengan Hati yang sedih ini... tolong lah aku dengan rahmatMU...
bantulah aku mencintaiMU... agar cinta yang palsu... terkubur sendiri... itulah harapan ku padaMU.

15 February 2011

PERUTUSAN 12 RABIUL AWAL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

::Perutusan daripada:Ayahda Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang::

Bertepukkah tangan kita menyambut cinta yang agung itu?CINTAKAH kita pada PENCINTA yang AGUNG itu?Hati kecil kita tidak mampu berbohong.Kita tahu di mana CINTA itu di hati kita.Sedangkan CINTA itulah yang menjamin kita ke jannah.Tapi kita lebih mudah menyambut cinta yang belum pasti membawa ke syurga.Sedangkan daripada insan agung itulah segalanya mengenai cinta.[ALLAHUMMA SOLLI 'ALA
SAIYIDINA MUHAMMAD!]


mujahidah:mulut mudah mengata rindu dan cinta pada insan agung itu,tapi,bukti kita menyintainya hanya palsu dalam setiap tindakan dan kehidupan kita seharian.Allah...Allah...Allah berilah kami rahmat dan peluang merasai sebenar-benarnya nikmat mencintaiMU dan kekasih agungMU,bukan sekadar di bibir bahkan jua di qalbu yang tulus lagi ikhlas.Cukuplah selama ini hanya hipokrit dengan menjaja menyatakan cinta dan rindu.Muhasabah bersama.

12 February 2011

ILAIKA

Kupersembahkan rintihan kepadaMU Tuhan sekalian makhluk akan harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku
Kujadikan rayuan rintihan daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu
Bilamana ENGKAU yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
KurniaanMU dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan
Bukankah ENGKAU yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku?

Dan janganlah ENGKAU hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya ENGKAU ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Namun jika ENGKAU membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya
Dan bilamana dia bersama selain Tuhannya di dunia ini dia membisu
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, ENGKAUlah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah ENGKAU bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini
Namun (ku tahu) keampunanMU yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

::KATA-KATA IMAM SYAFI'E SEBELUM WAFAT::

mujahidah :mode hari ini,membenci diri sendiri.Alhamdulillah KAU hadirkan perasaan itu ya ALlah supaya tidak ku terus dalam kealpaan.Terima kasih adikku Wan Maizatul Akma menghadiahkan bait ini buatku.

06 February 2011

SERUAN JIHAD N27

Alhamdulillah Allah memberi ruang dan peluang untuk Melaka pula kali ini menghadapi PRK DUN Merlimau,berdekatan dengan DUN saya,DUN Serkam.Bagi saya,walaupun di Melaka PAS masih tidak memenangi apa-apa kerusi di sana,tapi peningkatan yang baik ada dalam undi pengundi terhadap PAS di Merlimau bahkan juga di tempat saya,Serkam.Setakat berpeluang ke ceramah bersama adik dan keluarga sebelum-sebelum ini pun,nampak ada sedikit peningkatan dalam jumlah kehadiran.Cuma strategi dan kerja keras tetap perlu diperkukuhkan.InsyaAllah jentera PAS anak-anak Melaka dan PAS negeri-negeri lain akan tetap cuba yang terbaik memasang strategi untuk cuba menawan Merlimau daripada UMNO!

Penamaan Calon : 26/2/2011
Hari mengundi :6/3/2011


Berjuanglah wahai Ansorullah...
Dengan matlamat daulah Islamiyah...
Berkorbanlah wahai yang beriman...
Dengan harta dan segenap kepunyaan...


mujahidah:Semoga ada ruang & peluang dariNYA untuk diri ini dan sahabat seperjuangan yang lain untuk menyahut seruan jihad ini.InsyaAllah!