" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

31 January 2011

MUJAHADAHLAH MUJAHIDAH!

Salam mujahadah ku ucapkan buat diri...
Bermujahadahlah duhai diri,duhai mujahidahputeri...
Mujahadah dalam menjadi insan solehah lagi bertaqwa...
Mujahadah dalam menggapai redha,berkah dan rahmatNYA...
Mujahadah dalam terus menyelusuri perjuangan agamaNYA ini...
Mujahadah dalam terus mengutip ilmu di muka bumiNYA ini...
Mujahadah dalam mengemis kasih Illahi...
Mujahadah dalam menjadi hambaNYA...
Mujahadah dalam memikul amanah tertunggak di bahu...
Mujahadah dalam menghadapi ujianNYA dengan penuh kesabaran & penuh kebijaksanaan...

MUJAHADAH...MUJAHADAH...MUJAHADAHLAH...!

MUJAHADAHLAH duhai mujahidahputeri...
duhai bintun jaapar...
wahai halimah... puteri noraini...
adindanya Omar...
cucunda Said & Maimunah...
Mujahadahlah imah...
Mujahadahlah nak...
Mujahadahlah kak...
Mujahadahlah cu...

MUJAHADAH itu memang menyakitkan.
Kadang-kadang hati & fizikal terluka,
kadang-kadang dunia terlalu asing.
Tapi teruslah berusaha,
JANGAN PUTUS ASA dengan dosa yang kita dah buat,
JANGAN PUTUS ASA dengan taubat yang tidak menghentikan dosa.

MENANGISLAH...
jangan menangis meratapi ujian tersebut,menangislah kerana kita terlalu berdosa.
BERDOALAH...
berdoalah agar Allah memberi jalan keluar.
BERTAUBATLAH...
tapi berterusan,itu kunci istiqamah.
ISTIQAMALAH...
itu kunci mujahadah.
MUJAHADALAH...
itu kunci redha Allah.

MUJAHADAH...MUJAHADAH...BERMUJAHADAHLAH...!
dalam terus memburu CINTA-NYA...!

ILMU

"Wahai anakku, bergaullah dengan ulama dan dengarkanlah perkataan ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah (Ilmu) sebagaimana Allah menghidupkan bumi yang mati dengan air hujan yang lebat"
(Lukmanul Hakim)

"Tidak ada yang lebih utama sesudah pekerjaan fardhu selain menuntut ilmu"
(Imam Syafi'e)

"Ilmu yang ada di dalam hati laksana matahari pada tempat peredarannya dan Ilmu yang ada pada seseorang laksana mahkota bagi raja"
(Ahli Hikmah)

"Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"
(Imam Syafi'e)

"Ilmu adalah sebaik-baik pusaka (warisan)."
(Ali bin Abi Talib)

"Orang yang tidak menyukai Ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya"
(Imam Syafi'e)

"Aku menuntut Ilmu sehingga aku masuk ke lubang kubur"
(Imam Hambali)

"Orang 'alim itu mulia walaupun ia kecil, sedang orang bodoh itu kecil walaupun ia tua renta. Belajarlah kamu kerana tidak seorang pun lahir dalam keadaan berilmu. Tidaklah sama orang yang berilmu dengan orang yang bodoh. Sesungguhnya pembesar sesuatu kaum yang tidak berilmu itu kecil apabila berkumpul dalam majlis"
(Ahlus Sya'ir)

"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Dipetik daripada Kitab Ihfazillah Yahfazka - Karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni.


mujahidah :"Jauhi daku daripada tidak berilmu dan tidak memanfaatkan ilmu sebaiknya...dan jadikan daku orang yang berilmu dengan ilmu yang ENGKAU redhai dan berkahi...berkatilah guru-guruku dalam usaha mereka mendidikku ya rabb"

30 January 2011

MUJAHID/AH SETIA

Bangkitlah mujahid/ah bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Hindarkan rasa takut dan gentar
Walau ragakan meregang nyawa
Kerana Allah telah janjikan syurga
Untukmu mujahid/ah setia



mujahidah :suka sangat kumpulan shoutul harokah yang memperjuangkan nasyid-nasyid yang bertenaga dan mendidik semangat dalam perjuangan.Untuk kita yang bergelar perempuan tukarkan daripada perkataan mujahid kepada mujahidah (*_*)

CINTA SEWAJARNYA

Nabi SAW bersabda:"cintailah manusia sewajarnya saja karena boleh jadi kau akan membencinya kelak & bencilah seseorang sewajarnya saja karena boleh jadi kau akan mencintainya suatu hari nanti".


mujahidah:tapi tidak dalam mencintai Allah,perlu mencintaiNYA sepenuh jiwa dan raga...kerana mencintaiNYA pasti dan pasti bernilai di dunia apatah lagi di akhirat.Allahuakbar!

perkongsian cinta,klik : seharusnya beginilah cinta


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untukMU berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya ENGKAU


Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU yang tidak terbatas
Biar rasaku padaMU tetap utuh


Allahu Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMU


Allahu Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajahMU dariku
Anugerahkanlah aku CINTA-MU
CINTA yang tak pernah pupus oleh waktu.


perkenankanlah...

27 January 2011

TARBIYYAH UMNO


Isu salam antara lelaki dan perempuan kecoh dibawa oleh puak-puak BN yang disayangi ramai di Tenang.Dah tak ada isu la tu.hu!cuma nampak ok la sikit sebab isu dipermainkan oleh orang bukan Islam,MCA...tapi ia juga menunjukkan kelemahan anda wahai komponen-kompenen BN sekalian,ini menandakan yang UMNO yang selama ni mengaku la jugak kan mendaulatkan Islam...hmm jelas la sekarang pentarbiyyahan UMNO...pentarbiyyahan Islam Hadhari...pentarbiyyahan 1 Malaysia...1 Malaysia diutamakan,Islam dipinggirkan...mana tidaknya timbul...UMNO ajar salam lelaki perempuan yang bukan mahram boleh,jadi konco-konconya tentulah kata betul...ulama'-ulama' UMNO yang ramai hari tu mana?isu simple macam ni pun masih boleh timbul...Allahuakbar!ingat!nak tanamkan fahaman pasal Islam bukan pada orang Islam je,orang bukan Islam pun tanggungjawab kita...

Sungguh la kata Nabi...Islam ni pada akhirnya akan kembali dagang...bila orang buat ikut landasan Islam ada lah yang nak pelik,ada lah yang dok pertikai...hmm...Allah...Allah...Allah dah 53 tahun negaraku merdeka...isu simple macam ni pun masih boleh timbul...Allahhu rabbi...KAU gantikanlah pemerintahan yang hanya mahukan kemajuan material dengan pemerintahan yang mahukan Islam...!

25 January 2011

PELITA HATI

"Aku hanya mahu bermanja denganMU TUHAN...
tiada sesiapa yang dapat memahami diriku kecuali ENGKAU YA ALLAH...
Jika keadaan ini adalah baik bagiku yang aku sendiri tidak mengetahuinya...
Maka kepada ENGKAULAH aku menyerahkan seluruh umurku...
Cuma,teruslah KAU menghidupkan pelita hatiku...
agar tidak aku tidak malap memikul tanggungjawabku...
sebagai hambaMU,anak,pelajar,pendakwah & segala yang tertunggak di bahu...
terhadap agamaMU,keluarga,pelajaranku,masyarakat & segala yang lain.

::ENGKAU sebaik-baik penolong,sebaik-baik pelindung::
::ENGKAU lebih mengetahui apa yang tidak ku ketahui::

23 January 2011

23 tahun dah die ;)

Alhamdulillah,hari ini genaplah umur yang ke-23 buat adikku yang seorang ini,2 beradik je kami;) Ada nak demand apa-apa hadiah ke ;)

Buat adikku Omar Jaapar(*_*)


~Semoga dirimu sentiasa dalam redha,rahmat dan barakahNYA dalam apa jua perkara~

~Terus dan terus dalam berusaha menjadi anak yang soleh,dan juga bakal suami dan bapa yang soleh lagi bertaqwa(kene bermula daripada awal) ~

~Doakan emak dan abah dalam setiap doamu dan tidak lupa keluarga kita yang lain~

~Doakan akakmu yang seorang ini ye,adik beradikmu dunia dan akhirat~

~Semoga terus cemerlang dalam pelajaranmu~

~Kakakmu menyayangimu lillahi ta'ala,maafkan imah jika ada teguran yang kurang hikmah caranya sepanjang hidup bersama daripada diri yang hina lagi dina dan juga tidak terlepas daripada berbuat dosa,sama-sama tegur menegur.Teguran itu tanda sayang,membiarkan diri kita terus dalam kelalaian adalah 1 kebinasaan~

~Semoga pertambahan umurmu seiring bertambahnya ketaqwaanmu kepadaNYA.wakafa bil mauti wa'izhan~

mujahidah : Tiba-tiba teremosi lak :) hari lahirmu wasilah untukku sampaikan apa yang terbuku di qalbu...masih ada waktukah untukku melangkau ke umur yang seterusnya dalam menjalankan amanah seorang hamba di muka bumiMU ini ya Rabbi...Allahua'lam.

22 January 2011

AGM SRC IIUM 09/10

20 January 2011

KERANA DIA...?IYEKE...?

An-Nisa’...!

Fitrah hiasan dunia

Fitnah dunia Ar-Rijal

Halus perasaanmu

Ingin disayangi, dibelai, dimanja

Dan kutahu dia juga begitu

Cinta itu fitrah

Jangan cemari dengan fitnah!

Jika benar kau mencintainya kerana Allah

Takkan kau bisa melunakkan suara

Tusukkan panahan menggoda

Kerana kau tahu

Itu bisa menggoyah iman Ar-Rijal

9 akal 1 nafsu

Namun nafsu yang sentiasa beraja

Takkan kau jadikan sang nafsu itu

Raja nafsu yang menggila

Kerana kau tahu

dia akan terjerumus dalam api yang membara

Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila

Adakah benar kau mencintainya keranaNYA?


Ar-Rijal...!

Andai kau mencintainya

Cintalah keranaNYA

Letakkan DIA melebihi cinta si dia

Andai kau menyayanginya keranaNYA

Kau takkan bisa menggodanya

Kerana kau tahu

dia punya 9 nafsu 1 akal

Mana mungkin 1 akal menguasai 9 nafsu

Andai kau mengasihinya keranaNYA

Kau takkan bisa menyuntik hubungan percintaan

sebelum pernikahan

Ber“abang-sayang”

Menyentuhnya walau yang “ringan”

Kerana kau tahu

Itu menghampiri zina

Dan kau tahu

Tempatnya di api menjunam

Na’uzubillahiminzalik

Apakah benar kau mengasihinya

Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?


An Nisa’…Ar Rijal...!

Ku mengasihimu lillah

Pesanku ikhlas lillah

Cinta tak salah

Fitrahnya suci

Anugerah Allah

Peliharalah ia

Dengan malu akan Allah

Dan takut akan murkaNYA

Andai Allah kau utamakan

Kau takkan gelisah

Andai dia lumpuh tanpa berita

Bisu tanpa suara

Walau teknologi di depan mata

Kau takkan rindu

Walau tak bersua

Kau takkan kecewa apatah gundah

Andai bait cinta tak terluah

Kerana kau tahu

dia menyimpannya khusus

Untuk yang dipertemukan

buat pertama kalinya!

Kerana kau yakin Allah yang terbaik

Akan Allah temukan yang terbaik jua untukmu


Andai dia yang terbaik untukmu

Akan Allah satukan jua hatimu dan hatinya

Hanya dengan aqad yang sah

Menghalalkan yang dulunya haram

Meniup barakah

Dalam redha Allah

Terurai lafaz kian tersimpan

Buat pertama kali dan arakiannya


Andai benar jodoh kau dengannya

Yakinlah!


Adakah benar kau meyakini takdir-Nya???

mujahidah : menyatakan cinta kita keranaNYA adalah mudah,tapi bila kala diuji!Allah...!hanya orang yang telah melaluinya sahaja tahu geloranya jiwa.kotornya hati bilamana tidak berdasarkan landasan yang ditetapkanNYA.nasihatku pada kalian semua,bercintalah selepas berkahwin,itulah yang diredhai,diberkahi dan dirahmati!jika benar dikau meminati atau hatimu telah terpaut pada seseorang gunakan saluran yang betul,dan sesungguhnya mencintai dia dalam diam lebih terjaga dan terpelihara...kerana jodoh RAHSIA DIA...bertawakkal lebih daripada berusaha...tapi jika memang dirimu dalam keadaan yang wajib dan sunat langsungkan sahaja dengan cara sebaiknya.CINTA ITU FITRAH,JANGAN SAMPAI MENGUNDANG FITNAH..!

17 January 2011

TENANG & MENANG

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

tenang by election pas announce candidate 160111 hadiPengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu adalah dari Ledang, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

NONE

Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.



Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.

Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.


sumber : MALAYSIAKINI

16 January 2011

YANG PALING...

Makanan yang paling lazat...
adalah makanan yang dimakan ketika lapar.

Air yang paling nikmat...
adalah air yang diminum pada saat haus.

Tidur yang paling nyenyak...
adalah pada saat letih.

Dan kejayaan yang paling indah...
adalah yang dicapai melalui pengorbanan(*_*)

::Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni::

15 January 2011

PENDUSTA!

Siapakah di antara kita...
Dengan rela menjadi pendusta...!
Siapakah dulu membina harapan...
Dan siapa yang memusnahkan impian...
Dengan sebab & alasan kau mainkan perasaan...
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang...

mujahidah : sejak 2-3 hari ni asyik terdengar bait lagu sedih ni di mana-mana...antara bait lagu yang pernah digemari dan disukai,kini sesuatu yang sensatif dan allergik.

TAPI...TIDAK BAIT INI

ENGKAU ciptakan pagar rintangan,
harga cintaMU,jiwaku korban.
Tuntun langkahku ini,tunjukkan jalan yang KAU redhai,
jangan biarkan hamba terkorban dengan dunia.
Selamatkan dengan rahmatMU,namaMU biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi.

mujahidah: bait-bait lagu yang baik-baik susah nak jumpa dan terdengar di mana-manat.apatah lagi ayat quran dan zikir-zikir.

13 January 2011

PADA-MU

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya namaMU Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMU yang selalu bertaqwa


ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMU
saat Kau limpahkan karuniaMU
dalam sunyi aku bersujud

padaMU...