" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

30 November 2010

JIKA TERAKHIR BUATKU

Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMU

Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMU
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMU
Untuk ku meniti ke jalan redhaMU
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan...

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


Tajuk:Jika Terakhir Buatku
Penyanyi:Kump.Saujana
Free Signature Generator

28 November 2010

MUDAH TAPI SUKAR?


Sepatah perkataan yang mudah disebut. Perkataan yang memberi maksud sesuatu yang paling baik diantara perhiasan-perhiasan dunia yang lain. Perkataan yang indah bilamana ia benar melambangkan maksudnya. Perkataan yang cantik bila ia dimiliki dengan sebenarnya oleh pemiliknya.

Namun solehah ternyata bukan mudah pada realiti kehidupan ini.Solehah itu bukan hanya boleh dinilai dipenghujung perjalanan, namun sentiasa diberi nilai dalam setiap tahap-tahap kehidupan.

Mudahkah menjadi anak yang solehah? bila balik bertemu ibu ayah sekali sekala , dua tiga hari dikampung, mempamer dan menonjolkan akhlak terbaik, mentaati tanpa jemu setiap permintaan ibu dan ayah. Tapi bila tinggal lebih lama, hati mula jemu, mula kurang sabar, suara tidak lagi rendah dan lunak – disuruh mula berdalih dan merasa berat, ditegur mula memberontak mempertahankan kesilapan... wahai anak, di manakah solehahmu pada ayah ibu yang terlalu banyak pengorbanan dilakukan untukmu?

Mudahkan menjadi gadis yang solehah?Dengan akhir zaman yang membuka seluas-luasnya ruang perhubungan lelaki dan perempuan, dengan ransangan filem-filem, lagu-lagu dan bahan bacaan yang menghidup kan rasa cinta hingga menyala-nyala dalam dada, mudahkah untuk menepis kedatangan SMS, call, chatting YM, email etc yang bertalu-talu dari lelaki yang 'soleh' dan tak soleh? Awalnya mungkin mudah, dengan prinsip cinta hanya untuk suami dan isteri, tapi jika konsistennya SMS yang caring lagi prihatin hingga menghidupkan warna merah muda dalam hati, mampukah lagi menolak? Mampukah lagi mengelak dari serangan-serangan perasaan ‘fitrah’ yang ingin disayangi dan menyayangi, lebih-lebih lagi teman-teman disekeling juga tidak lagi sendiri ?

Mudahkah menjadi solehah, jika pergaulan yang dirasakan sederhana mengundang curiga dimata masyarakat? Mengundang cemburu dihati si isteri-isteri? Mengundang fitnah di hati yang berlainan jenis?

Mudahkah menjadi isteri solehah? Di awal mahligai cinta dibina dalam pernikahan, waktu kasih membara, solehah itu seolah pasti terjadi, ada ketaatan sebelum dipinta, ada layanan kelas pertama, ada pengorbanan yang tidak terasa, ada kelembutan yang mempesona, diri terhias tersembunyi dan nyata..

Namun, bila masa berlalu memaparkan suami sebagai insan biasa-biasa punya banyak alpa, yang terus zahir adalah terlalu banyak keburukan dan kelemahan. Hingga tidak merasa perlu mentaati dirinya yang dulu pernah paling ditaati, hingga acuh tak acuh pada suami yang dulu mendapat cinta kelas pertama, hingga tidak mampu melihat apatah lagi mensyukuri pemberian suami pada keluarga.

Pudar kasih, luput sayang, yang ada hanya lah hati yang luka berbisa. Tiada penghormatan, tiada penghargaan, yang ada hanya ungkitan kesilapan pasangan . Tiada kesyukuran, tiada keredaan hingga diri memikirkan untuk meruntuhkan, melarikan diri dari perjanjian dan ikatan yang dibuat atas nama ALLAH…

Dimanakah solehah? Waktu belum dituntut menjadi pasangan, diluar ikatan mampu menjadi solehah memenuhi segala permintaanya, memohon maaf penuh perasaaan atas kesilapan padanya, mengasihinya sepenuh jiwa raga, tidak mahu melukai hanya ingin mencintai… merasa hebatnya aura sayang dua jiwa dipenuhi kata-kata sopan lagi manja…namun bila ikatan pernikahan yang benar-benar menuntut soleh dan solehah,.. terus sirna, kesopanan dan kelembutan hilang ditelan kejemuan… solehah, dimanakah solehah…?

Solehah…bagaimanakah untuk solehah..? bagaimanakah untuk terus solehah selepas diri jauh meninggalkan solehah…? bagaimanakah untuk tetap solehah diwaktu tidak lagi ingin solehah? Bagaiman bertahan untuk solehah sewaktu sukarnya ingin menjadikan diri solehah?

Sukarnya solehah…sewaktu masih sendiri, terasa sukar menjaga kesucian diri dan hati.. kerana diluar sana tarikan untuk memudarkan solehah terlalu tinggi,… dan sewaktu sudah bersuami, mungkin lebih sukar kerana ada pula hati suami untuk ditaati , dijagai agar tidak tercalar, sedangkan hati dan iman sendiri masih erkontang kanting kering nur rabbani…

Solehah itu anugerah ilahi. Mahal harganya, Tak terhitung nilainya,Kerana syurga balasannya.Ya ALLAh ajari aku untuk solehah dalam menghadapi ujian-ujian dariMU uJian kesenangan atau kesusahan. Bantulah aku untuk memilih solehah dari yang lainnya dalam keadaan sukar atau mudah. Bantulah diri hambaMU ini agar mampu ku mentaatiMu, yang dengan nya menjadikan aku mampu mentaati ibubapaku dan sesiapapun yang perlu ku taati.

Bantu lah aku memenunaikan segala suruhanMu agar mampu ku tunai hak-hak sahabat dan saudaraku ingin ku cintaiNYA keranaMU.. Bantu lah diriku menjauhi segala laranganMu agar ENGKAU memberikan jalan keluar atas segala urusanku.. Bantu lah aku ya ALLAH, dengan rahmat da kasih sayangMU perbaiki lah urusan ku dan jangan biarkan ku membuat keputusan sendiri walau sekelip mata.

Bantulah diriku untuk memilih solehah walau memilih solehah terasa letih, sakit dan sukar bagi diriku, namun izinkan diriku bertemu Asiah, Maryam, Khadijah dan Fatimah.

mujahidah :bantulah aku dan sahabat-sahabatku dalam hidayahMU dalam membentuk diri kami ke arah SOLEHAH.~insan ini,insan ini wanita akhir zaman yang bercita-cita menjadi solehah lagi bertaqwa!insyaAllah !

Free Signature Generator

23 November 2010

DETIK KEWAFATAN!


"Bagaimana hati kita tidak getar merindui Baginda? Bagaimana kita lupa perintah agar mencintainya? Bagaimana hati kita tidak terikat dalam merindui kepada Baginda? Bagaimana hati kita tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?'' ~lalainya kami ini ya Rasulullah dalam mengingatimu, merinduimu, menyintaimu...~
Free Signature Generator

22 November 2010

HIKMAH TERSINGKAP

Adakalanya kita merasakan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah...tapi hakikatnya DIA sedang atau telah pun makbulkan doa kita...mungkin kita terhijab merasakan permintaan kita terhalang disebabkan pelbagai ujian mendatang dariNYA...sebenarnya dengan ujian itulah Allah sedang membawa kita ke arah permintaan yang kita pinta...hmm contohnya seorang yang miskin sentiasa berdoa supaya dia sentiasa diberi rezeki yang halal,menjadi kaya dan selesa dan dipermudahkan urusannya serta dia dapat menuju ke jalan yang diredhaiNYA...tapi si miskin itu hampa kerna sehingga sekarang dia masih tidak kaya-kaya bahkan lagi sempit.

Allah...Allah...Allah tidakkah kita sedar Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA!DIA tahu dengan ujian kemiskinan itulah yang akan membuatkan si miskin itu terus dalam redhaNYA,DIA lebih mengetahui dengan kemiskinan itulah membuat diri si miskin itu sentiasa bergelumang dengan rezeki yang halal...bukankah itu dambaan si miskin itu tadi?dan DIA maha mengetahui akan tahap kemampuanmu,jika diberi kekayaan padamu...dirimu dalam kelalaian,barangkali kau akan bergelumang dengan rezeki yang haram dan terus leka dan alpa daripada dalam redhaNYA...Allah...Allah...Allah DIA telah pun mengkabulkan doamu sebenarnya walaupun ia nampak perit dan sakit...subhanaAllah yaAllah...!Asykurulak atas petunjukMU ini...!maka pandanglah setiap apa yang berlaku itu Allah dalam proses mengkabulkan doamu (*_*) apa sahaja yang anda dan saya...bila diujiNYA pasti tidak sia-sia disebalik ujian itu.SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN-NYA!

mujahidah : sedikit demi sedikit hikmahNYA tersingkap.Masih mencari hikmah-hikmah lain disebalik apa yang berlaku...~NUR HIDAYAH-NYA SEMAKIN CERAH~SubhanaAllah.Alhamdulillah,Allahuakbar!
Free Signature Generator

13 November 2010

AKU HAMBA

Ya Allah...
Aku hambaMU yang tidak terlepas daripada dosa,
Aku hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan,
Aku sedar aku takkan terlepas daripada ujian,
itu JANJIMU TUHAN.

Tapi Ya Allah...
aku ini hambaMU yang lemah,amat lemah...
aku ini hambaMU yang hina,lagi dina...
Tika mana diuji pasti tak tertahan diri...
Tika mana diuji pasti serba tak kena...
Tika mana diuji pasti mengeluh kesah,lagi gelisah...
Apa lagi yang tak kena pada diri ini Ya Allah....

Ya Allah...
Aku tak tertahan lagi dengan mehnahMU ini...
Aku tak kental lagi untuk hadapi ujian ini...
Ujian yang ku tahu mematangkan diri...
Ujian yang ku tahu ada hikmah tersirat di sebaliknya ...


Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam solatku ya Allah...
ku hayati bait kataMU....
"kepadaMU aku sembah dan kepadaMU aku memohon pertolongan,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang KAU beri nikmat,
bukan jalan orang yang KAU murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat"
Allahumma amin...
Air mata kehambaan mengalir membasahi pipi...

"ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya*oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-


Ya Mannan Ya Hannan...
Aku tahu KAU penolong setiaku,
KAU penunjuk jalan terbaikku,
KAU tempat ku mengadu,
KAU tempat luahan apa yang terbuku di qalbu...

Ya Allah...
Ku mohon petunjukMU,
Berikanku jalan keluar dari dibelenggu...
Ku mohon pertolonganMU,
Berikanku penyelesaian berhikmah daripada terburu-buru...
Dengan berkat InayahMU beriku jalan keluar,
Berikanku cara terbaik menghadapi ujianMU Ya Allah.

Ku mohon padaMU Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMU Ya Ghaffar,Ya Kareem
Ku mohon...ku mohon...
MOHON DENGAN SANGAT

Free Signature Generator
r

10 November 2010

SYARIAT VS ADAT.

1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan!

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى
nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh.

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.





3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak.

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya...

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!"sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)

Selepas Tengah Malam
13 Oktober 2010


~ Hidup dengan perjuangan, Syahid menjadi idaman~


mujahidah:perkongsian daripada sahabat di Yahoo Group.Betapa pentingnya ingat mengingati antara kita...kadangkala kita tak perasan apa yang kita lakukan rupanya tidak selari dengan ajaran Islam dan tersasar daripada pegangan kita sebelum mendirikan baitul muslim.Astagfirullah...!Nastagfirullah...!

Free Signature Generator

08 November 2010

HUSNU ZHON DENGAN DIA.


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.

"Allah berkata, "Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya. "


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat.

"Allah berkata, "Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara."


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku kesabaran.

"Allah berkata, "Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cobaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri."


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku kebahagiaan.

"Allah berkata, "Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu."


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.

"Allah berkata, "Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku."


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat.

" Allah berkata, "Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal."


Ketika manusia berdo'a, "Ya Allah bantu aku MENCINTAI orang lain,Sebesar cinta-Mu padaku.

Allah berkata... "Akhirnya kau mengerti .!!"


Kadang kala kita berpikir bahwa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam, tapi tak ada hasilnya.


Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan-bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali, sementara orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan.


Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan jabatan, tapi justru orang lain yang mendapatkannya- tanpa susah payah.


Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakkan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.


Kita menginginkan harta yang berkecukupan, namun kebutuhanlah yang terus meningkat.


Coba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam lalu kita melihat tukang ais.

Kita yang sedang panas badannya merasa haus dan merasa dengan minum ais dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil). Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan ais.Orang tua kita tentu lebih tahu kalau ais penyakit kita lebih parah. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan ais. Orang tua kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum ais yang lazat itu.


Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita.

Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya.

Karena Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

Kita sembuhkan dulu diri kita sendiri dari "demam".... dan terus berdoa.


Free Signature Generator

PERMINTAAN ADIK.

10 gram Syiling Emas Bunga Raya Fine Gold 999.9




Berat : 10 gram
Purity : 999.9 (24K)
Disertakan Sijil Ketulinan
Casing : Kad




Syiling Emas Termurah Di Pasaran Sekarang Berbanding Produk Yang Seangkatan dengannya. Pada Julat Harga RM 13x.xx hingga 14x.xx per/gram ia mampu dimiliki semua golongan.




Diterima pajak/gadai di Ar-Rahnu Agrobank

call/sms Omar Jaapar 012-7782804 untuk mengetahui harga terkini
Email : bdksurau@yahoo.com.my

mujahidah :adik minta promosikan (*_*)

Free Signature Generator

07 November 2010

DUNIA HANYA DI TANGAN BUKAN DI HATI!

JANGANLAH BANGGA & BERLAGAK DENGAN WAJAH YANG KACAK ATAU CANTIK,
BILA KITA MATI,WAJAH ITU AKAN JADI TENGKORAK!

JANGANLAH MEGAH DENGAN PANGKAT & DARJAT,
BILA SUDAH TIADA DI DUNIA,GELARAN AL-MARHUM YANG DIPEROLEH!

JANGAN BANGGA KERANA MAMPU MEMILIKI RUMAH MEWAH,
INGAT!RUMAH TERAKHIR KITA NANTI KUBUR BERTIANG 2!

JANGAN TERLALU SERONOK DENGAN TEMPAT TIDUR YANG EMPUK,
KERNA TEMPAT TIDUR KITA NANTI ADALAH LIANG LAHAD!

JANGAN ACTION SANGAT DENGAN KERETA MEWAH,
KENDERAAN TERAKHIR KITA NANTI VAN JENAZAH & PAPAN KERANDA!

JANGAN TERLLAU BANGGA DENGAN PAKAIAN YANG CANTIK & MAHAL,
PAKAIAN KITA NANTI ADALAH KAIN KAPAN!

sumber:SOLUSI isu no.25.


mujahidah: Allah...Allah...Allah...sentiasa ingatkan kami tentang mati...sesungguhnya orang yang bijak adalah orang yang senantiasa mengingati mati...kerna dengan mengingatinya seseorang akan lebih bersedia & pasti dan pasti akan hanya letak dunia hanya di tangan bukan di hati.

Free Signature Generator

06 November 2010

KALAH TAK BERMAKNA SALAH!

Berikutan kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar...apa kata mereka? :


Abdul Aziz Yusof (BN)5,324 undi
Dr Zulkefli Mohamad (PAS) 4,134 undi.
BN menang dengan majoriti 1,190 undi

"Sebagai pejuang Islam, kita tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi "[AYAHDA TUANG GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT]

“Kekalahan bukan bermakna perjuangan kita suatu yang tidak benar, sebaliknya lawan kita menguasai segala jentera kerajaan&berjaya memanipulasi keadaan sehingga mereka beroleh kemenangan. Walaupun kita menghadapi kekalahan di kedua kerusi ini, namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang menentang kebatilan BN di masa hadapan"[AYAHDA TUAN GURU HJ.ABD. HADI AWANG]

mujahidah:apa-apa pun muhasabah tetap perlu dilakukan,samaada kita individu atau kelompok tertentu!wallahua'lam!
Free Signature Generator