" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

23 August 2010

ALLAH SENDS U TO ME

Alhamdulillah,semalam akhirnya tertunai hasratku untuk ke masjid UIAM menunaikan tarawikh di sana.Sebelum ni tiada kesempatan kerana ada kontrak imam di sebuah mahallah(kolej) dan bersolat berjemaah di surau mahallah.Walaupun semalam tidak ku ikuti sepenuhnya berjemaah tarawikh bersama imam,kerana bagiku ketika itu dan saat itu solat fardi lebih selesa dan terbaik buatku,apa yang penting dapatku tunaikan berjemaah solat farddiyyah isya'.

Setelah menyelesaikan tarawikh berjemaah yang pertama,ku mencari tempat yang lebih sesuai buatku ketika itu.Seusai selesai tarawikh ke-2,tiba-tiba ada seseorang yang solat disebelahku.Seusai selesai rakaat ke-8 tarawikh...insan di sebelahku bersalam denganku sambil tersenyum menandakan dia mengenaliku.
SubhanaAllah,sungguh tak sangka.insan yang amat lama tidak ku ketemu.insan yang mentarbiyyahku 1 masa dahulu di bumi barakah Darul Quran.Sungguh terkejut diriku saat itu.Kak Ifah menghulur tangan lalu memastikan bahawa aku bukan orang yang silap dikenalinya "halimah kan? aku tersenyum "ye kak :),macam mana akak boleh ada di sini ?" rupenye akak mengikut mujahidnya(suami) solat di UIA.Lama juga kami berbual semalam.Rupenya akak baru pulang daripada belajar di Jordan dan sekarang mengajar di USIM dan memohon untuk buat master di UIA(boleh jumpa akak lagi lepas ni,insyaAllah ;) )

Akak orang hantaran Allah untuk saya semalam,walupun sebentar sahaja ketemu dan tiba-tiba sahaja akak muncul tapi apa yang mampu saya nyatakan akak "orang hantaran Allah untuk saya semalam :)".Di hujung pertemuan,setelah suaminya selesai solat tarawikhya akak sempat berpesan "MOGA KUAT,BELAJAR RAJIN-RAJIN"that word something common with me,but it gives meaning to me last night :)

DOA PEGANGANKU:

رَبِّ أَعِنِّي وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ,وَانْصُرْنِي وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ,وَامْكُرْلِي وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ,وَاهْدِنِي وَيَسِّرِ الْهُدَى لِي,وَانْصُرْنِي عَلَيَ مَنْ بَغَى عَلَيَ,رَبِّ اجْعَلنِيْ لَكَ شَكَّارًا,لَكَ ذَكَّارًا,لَكَ رَهَّابًا,لَكَ مُطِيْعًا,إِلَيْكَ مُخْبَتًا,إِلَيْكَ أَوَّاهًا مُنِيْبًا,رَبِّ تَقَبَّلْ تًوْبَتِي وَاغْسِلْ حَوْبَتِي,وَأًجِبْ دَعْوَتي,وَاهْدِي
قَلْبِي,وَسَدِّدْ لِسَانِي,وَثَبِّتْ حُجَّتِي,وَاسْلٌل سَخِيْمَةَ قَلْبِي

"Ya Tuhan,bantulah aku dan janganlah ENGKAU bantu sesiapa yang ingin berbuat jahat padaku,dan menangkanlah aku dan jangalah ENGKAU menangkan sesiapa yang mahu membuat jahat padaku,dan rancanglah untukku dan janganlah ENGKAU rancang buat mereka yang mahu merancang jahat terhadapku,dan tunjukki daku,permudahkan dalam memberi petunjuk kepadaku,dan bantulah aku dalam menghadapi mereka yang mahu menzalimiku,Ya Tuhan jadikan aku,orang yang bersyukur kepadaMU,mengingatiMU,takut padaMU,mentaatiMU,khusyu; padaMU,kepadaMU ku merayu lagi berharap...Ya Tuhan terimalah taubatku,sucikanlah dosaku,perkenankan permintaanku,tunjukilah hatiku,lancarkanlah lidahku,dan bernaskanlah dan tetapkanlah hujjahku dan hilangkan kedengkian dalam hatiku"


mujahidah:kadang-kadang kata-kata yang biasa,menjadi luar biasa pada hati kita...berbanding kata-kata yang berjela-jela panjangnya macam luar biasa....tapi biasa sahaja di hati kita.renung-renungkan ;)
Free Signature Generator

21 August 2010

DI SEBALIK 21 OGOS

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Sholehuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.

Kecaman demi kecaman dilakukan ke atas Israel dan umat Islam Palestin sentiasa menjadi wira dalam dunia Islam. Mereka dicop sebagai pengganas oleh Yahudi dan Zionis serta sekutunya di seluruh dunia. Al-Qurtubi mengisytiharkan gerakan intifdah Palestin sebagai suatu jihad, dan mati dalam gerakan Intifadah adalah mati syahid. Demikian dua persepsi dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Satu pihak yang condong kepada kuffar dan musuh Islam mengatakan ia adalah suatu perkara yang tidak bertamadun, membinasakan diri dan mati katak. Sebaliknya pada kaca mata pejuang-pejuang Islam, dan mereka yang berjuang atas landasan jihad mengimani sesungguhnya erti pengorbanan dan sanggup mati kerananya: ia adalah perjuangan suci.

Pembebasan Palestin tidak akan melalui jalan mudah, satu-satu cara yang paling baik adalah dengan memperjuangkannya melalui peperangan. Siri-siri keganasan Israel dengan memungkiri perjanjian demi perjanjian damai adalah bukti nyata. Situasi terakhir setelah pengunduran penduduk bangsa Yahudi Israel di Genting Gaza, Bukit Golan, dan Tebing Barat yang dirampas dilihat sebagai tidak ikhlas. Ia adalah retorik baru Ariel Sharon. Ariel Sharon dengan angkuh memberitahu dunia bahawa pengunduran itu tidak mengubah kuasanya dari segi demografi. Beliau menjangkakan ‘cengkaman’ akan terus dilakukan dari luar. Betapa Mereka tidak melepaskannya begitu, walaupun penduduk Palestin meraikannya dengan penuh gembira. Mungkinkah Ariel Sharon sedang mengatur strategi baru bagi melanggar dan melenyapkan mereka tatkala mereka leka dengan ‘keamanan’ yang dibayangi Zionis itu? Mungkin juga.

Jika di Palestin setiap hari anak-anak kecil dihangatkan dengan semangat kebencian kepada Yahudi, bagaimana pula dengan Malaysia? Malaysia yang aman dan damai ini sedang juga bergolak. Bergolak dengan masalah sosial yang korup, hilang identiti dan jati diri bangsa, serta ketidakpedulian terhadap nilai agama.


mujahidah:AYUH HANGATKAN DENGAN SEMANGAT PEDULI -MEMBEBASKAN BUMI PALESTIN DARIPADA TERUS DIJAJAH!-HARI AL-QUDS SEDUNIA
Free Signature Generator

17 August 2010

BERKATALAH KUBUR...


Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 2. Hasan (anak Fatima r.a) 3. Husin (anak Faimah r.a) 4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.aSewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini
adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah
melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklah ia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membaca al-Quran 4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang
itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur,
walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat
dekat dengan Allah s.w.t..
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin,
orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu
hidupnya di dunia ini.Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa
kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua
malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini
kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t.
dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh
malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah
mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."Itu adalah
kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat
menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya
sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin
membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga
seterusnya.
Wallahu'alam..
Free Signature Generator

07 August 2010

RAMADHAN MARCH 4 FREEDOM:GAZA

Sebahagian sukarelawan yang berangkat ke GazaJumaat, 6 Ogos 2010 - Di atas dasar keprihatinan rakyat Malaysia tentang nasib saudara - saudara di Gaza, Palestin, MAPIM melalui kerjasama pelbagai NGO dan sokongan dari Kerajaan Negeri Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya telah bangkit merealisasikan program Ramadhan Di Gaza / Ramadhan March For Freedom. Sukarelawan seramai 45 orang dari pelbagai latarbelakang dan usia berkumpul di KLIA untuk menghantar bantuan berjumlah kira-kira RM3 Juta dalam bentuk makanan, ubat - ubatan dan pelbagai keperluan kepada penduduk Gaza. Sekitar jam 8.30 malam, suasana di Balai Berlepas, KLIA meriah dengan sukarelawan, sekretariat, ahli keluarga dan pihak media bagi menunjukkan sokongan kepada program ini.

Ashwad Ismail & Mustapha Mansor

Ashwad Ismail (Astro Awani) & Mustapha Mansor (aktivis), dua individu yang turut berada di atas kapal Mavi Marmara sewaktu insiden Flotilla di perairan antarabangsa berhampiran Gaza

Antara media yang kelihatan memberi liputan adalah Astro Awani, TV Selangor dan akhbar Sinar Harian. Semangat perjuangan turut dirasakan di kalangan ahli keluarga sukarelawan. Meskipun memahami risiko yang bakal ditanggung, riak wajah tenang oleh keluarga dan rakan - rakan yang mengiringi menenggelamkan suasana pilu yang wujud di hati masing - masing. Penerangan akhir diberikan oleh Setiausaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi serta Mustapha Mansor. Pesawat berlepas dari KLIA kira - kira jam 10 malam dan sehingga artikel ini ditulis, para sukarelawan sedang transit di Bangkok kira - kira jam 1 pagi. Informasi terkini berkenaan sukarelawan Ramadhan March For Freedom boleh diikuti di laman web ini, atau boleh diikuti secara langsung pada jam 8.30 pagi melaluiBernama Radio 24 bersama dengan Nizal Mohammad (bekas pengacara/ penerbit TV3) sebagai Correspondent yang akan melaporkan secara langsung dari lokasi sukarelawan Ramadhan March For Freedom:Gaza

mujahidah:Allah bersamamu & sahabat seperjuanganmu yang lain~intansurullahayansurukum!~

Free Signature Generator

MEMUJUK DIRI!

Bila kita rasa tertekan, kita mahu orang pujuk. Bila kita rasa nak menangis, kita kalau boleh mahukan crying shoulder.

Tetapi sama ada kita sedar atau tidak, tiada siapa yang bersama dengan kita dari kalangan manusia ini, sepanjang 24 jam penuh.

Saya bercakap dalam konteks manusia. Ya, kita boleh kata Allah ada. Itu satu kenyataan yang tidak punya penafian. Tetapi manusia fitrahnya perlukan manusia lain juga untuk menyokongnya. Jika tidak, Allah tidak akan mengajar kita berukhuwwah, Islam tidak akan mendidik kita untuk bersilaturrahim.

Walaupun mungkin kita mempunyai sahabat terbaik, tetap sahabat terbaik itu tidak dapat bersama kita 24 jam penuh.

Dari kalangan manusia, yang bersama kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan bertahun-tahun dalam sepanjang kehidupan kita, hanyalah kita sahaja.

Maka belajarlah memujuk diri sendiri.

Selain Allah, yang paling memahami diri kita adalah kita sendiri sebenarnya.


Menyediakan dasar yang kuat

Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri. Perlukan kekuatan dan tenaga yang besar. Hendak menggembleng fikiran dan rohani agar kekal tenang bukan satu perkara semudah 123.

Justeru untuk melatih kita agar berjaya memujuk diri dalam situasi yang menekan, perlu ada dasar yang sangat kuat, agar mampu menampung tekanan dan bebanan yang menimpa kita.

Apakah dasar itu?

Itulah dia keimanan.

Saya, secara jujurnya, tidak nampak apakah lagi dasar yang lebih utuh daripada dasar ini.

Hanya dengan keimanan sahaja, kita akan berjaya memujuk, merasionalkan, dan menenangkan diri.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran ayat 139.

Menangis

Kadangkala, ‘pemujuk’ itu sudah wujud di dalam diri kita. Saya jumpa satu ‘pemujuk’ yang menyeronokkan.

Itulah dia satu makhluk bernama tangisan.

Ya. Menangis. Menangislah. Menangis puas-puas. Lepaskan segalanya.

Hakikatnya, menangis itu sendiri satu pujukan untuk diri. Kita lepaskan bebanan itu dalam bentuk air ibarat membuka empangan yang menahan air.

Tetapi jangan menangis seperti orang biasa. Kita orang beriman adalah manusia luar biasa. Menangislah sambil berfikir. Berfikir akan masalah yang sedang dihadapi, ujian yang sedang ditanggungi. Jika ada apa-apa masalah yang tersimpan di dalam hati, keluarkan semuanya di dalam tangisan yang sedang mengalir.

Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.

Moga-moga dengan terhapusnya ego kita, Allah mendamaikan jiwa, melapangkan hati, dan memberikan kita ketenangan dan jalan keluar kepada masalah kita.

“…kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” Surah Al-Israa’ ayat 107-109.

Nanti apabila air mata kita telah berhenti, kita akan rasa satu kelapangan yang besar.

InsyaAllah, ketika itu kita sudah sedikit tenang dan mula kembali menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah kita.

Muhasabah

Satu lagi cara memujuk hati adalah dengan muhasabah.

Ya. Dengan kita memandang semula apa yang telah kita lakukan sehingga Allah menguji kita sebegini rupa. Kita lihat kembali apakah yang telah kita lakukan.

“Oh, aku masih tak tinggal dosa yang ni. Patutlah Allah tak bagi aku yang ini”

“Oh, aku silap di sini. Patutlah”

“La, memang salah aku rupanya”

“Hem… benda ni bolah selesaikan macam ni je rupanya. Apa fasal la tak nampak tadi”

Dan begitulah.

Dengan muhasabah, hati akan rasa tenang. Kita akan melihat kembali di mana kesalahan kita. Kita akan dapat menyusun pula rancangan kita yang seterusnya.

Dan orang yang hebat, adalah apabila dia jatuh, dia cepat-cepat naik semula.

Bagaimana dia cepat-cepat naik semula?

Dengan dia mengambil pengajaran atas kejatuhannya = muhasabah.

Penutup: Hadapi masalah. Jangan lari

Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.

Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Langkahinya. Lari tidak menyelesaikan apa-apa.

Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.

Siapa tahu.

Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.

Termasuklah ujian.

Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.

Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.

Maka hadapilah ujian.

Pujuklah diri.

Tenanglah jiwa, damailah hati!
Free Signature Generator