" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

30 May 2010

SAHABAT


Memilih Sahabat Sejati.
Ahmad ibn Abi al-Hawari berkata," Barangsiapa melihat dunia dengan pandangan yang penuh hasrat dan cinta padanya, maka Allah akan mengeluarkan cahaya keyakinan dan zuhud dari hatinya." Beliau juga berkata," Tidak ada sesuatu ujian yang lebih berat bagi seorang hamba dari Allah Ta'ala daripada kelalaian dan kekerasan hati." Beliau juga berkata, "Perlakukanlah Allah dengan hati kalian, jernihkanlah dan didiklah ia!" Apakah mungkin setiap orang mampu mencapai tingkatan seperti itu?

Ini adalah perkara yang sangat mulia, tidak mungkin dapat mencapai hanya dengan angan-angan dan fantasi, atau dengan banyak belajar dan melakukan penelitian. Ini hanya dapat dicapai melalui persahabatan dengan manusia-manusia sempurna yang tenggelam dalam ilmu jiwa. Sayangnya jumlah mereka itu sedikit sekali.

Sebahagian orang arif berkata, "Sungguh kita telah melakukan banyak solat, puasa, pengasingan diri dan zikir kepada Allah. Kita banyak membaca Al-Quran, namun sungguh kita tidak akan mampu mengenal hati dan merasakan manisnya hakikat sesuatu sampai kita bersahabat dengan para ahli hakikat, lalu Allah Ta'ala mengeluarkan rasa letih dan menggantikannya dengan rasa senang, membawa kita dari pengingkaran menuju pengakuan. Allah Ta'ala berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan bergabunglah bersama-sama orang yang benar" (surah At-Taubah, ayat 119). Berkenaan dengan ayat tersebut, Ibn Abbas berkata, "Yakni bergabunglah kalian bersama-sama orang yang niatnya benar dan hati serta amalnya lurus. Yakni tuluskanlah ucapan, niat dan amal kalian dan ikhlaskanlah hanya untuk Allah dalam setiap keadaan."

Hasan al-Basri berkata, "Jika engkau ingin bersama sidiqqin, hendaklah bersikap zuhud di dunia dan membela orang-orang yang berjuang di jalan agama." Yakni, tahanlah mulutmu dari mencela dan menghina kaum Muslim.

Mempelajari ilmu dari berbagai kitab, baik teori maupun praktis akan berbeza dengan mempelajari ilmu secara langsung dari dada dan keadaan para ahli hakikat sejati. Persahabatan dengan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, menikmati keakraban bersamanya dan melihat langsung amal-amal beliau, tidaklah sama dengan persahabatan orang-orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk bergaul dengan beliau secara langsung. Dan Anda, meskipun sudah membaca banyak tentang orang-orang yang tenggelam dalam cinta kepada Allah, atau Anda mengkaji kehidupan orang-orang yang takut kepada Allah dan bagaimana mereka menjalani kehidupannya, tentu akan berbeza dengan orang-orang yang secara langsung melihat, bergaul, berinteraksi dengan mereka serta merasakan hangat dan nikmatnya kehidupan ketika melihat mereka. Jadi, persahabatan merupakan ubat yang mujarab dan kenikmatan yang sangat besar.

Dalam satu riwayat dikatakan, "Seseorang bergantung kepada agama temannya. Maka perhatikanlah salah seorang kalian, dengan siapa ia berteman." Jangan berteman kecuali dengan orang yang mampu membangkitkan semangatmu dan keadaannya akan membuatmu terbimbing menuju Allah.

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam pernah bersabda," Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan."

Sabda Nabi sollallahu `alaihi wasallam lagi, "Duduk dengan orang soleh lebih baik dari duduk sendirian, dan duduk sendirian lebih baik dari duduk bersama-sama kawan yang jahat."

Telah bersabda Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam, "Perumpamaan teman yang soleh, laksana penjual minyak wangi. Sama ada ia akan memberi anda sedikit, atau anda akan membeli daripadanya sedikit, ataupun anda sekurang-kurangnya bisa dapat mencium bau wangi. Dan perumpamaan teman yang buruk, laksana tukang besi peniup api. Samada ia akan membakar baju anda, ataupun anda akan mencium bau busuknya daripadanya."

Nyatalah, bahawasanya persahabatan dan duduk bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan soleh dikira sebagai pendekatan diri kepada Allah Ta'ala, dan itulah yang disebut persahabatan yang dipuji dan disyukuri. Dalam persahabatan ini terdapat banyak hadis dan atsar yang menggalakkannya, iaitulah persahabatan yang menimbulkan kecintaan kepada Allah dan kerana Allah, yang telah disediakan baginya pahala yang besar dan kelebihan-kelebihan yang banyak, yang dipandang tinggi derajat dan kedudukannya dalam agama.

Kini jelaslah kepada kita, bahawa sangat perlu malah wajib atas setiap Mukmin mencintai orang-orang yang suka membuat kebajikan, orang-orang yang patuh kepada agama, orang-orang yang berilmu, dan orang-orang yang lurus perjalannya semasa mereka hidup dan sesudah mati.

Petikan:
Kitab Negeri Para Pencinta
Muhammad al-Hajjar

Free Signature Generator

21 May 2010

1 AMANAH

Dengan BismilLah ku bermula.
Bingkisan hati buatmu temanYang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan.
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia.Dirahmati dan diredhai.Selamat sejahtera di Syurgawi


Oh Tuhan satukanlahHati kami dalam mencintai.
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami.Dari rakus mengejar duniawi.
Hidup mati biarlah untuk-Mu.Harap dunia hanya di tangan.Bukannya di hati ‘tuk dicintai
Kita dicipta sebagai khalifah.Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana.Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..Kita laksana bersama.Amanah dari-Nya demi.Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama.Dari segala kepentingan dunia.
Bergandingan kita untuk.Memburu cinta-NyaOh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati.Memohon kasih-Mu oh Tuhan.Dalam mengharap redhaDari-Mu..”
“Hanya di duniaKita harapkan, kita dambakan.Selamat sejahtera, bahagia..”

Free Signature Generator

19 May 2010

2012

Free Signature Generator

18 May 2010

KEBERKAHANNYA


Tersebut sebuah kisah antara cucu dan atuknya di sebuah kampung.Si atuk seorang yang rajin mengaji Quran,dan juga setiap kali mengaji atuknya akan menangis,mengalirkan airmata.Si cucu juga rajin membaca Al-Quran,tapi tidak setaraf dengan atuknya,yang mana mengaji sehingga mengalirkan air mata.Dia rasa dirinya bermasalah dan dia khuatiri jika bacaan al-qurannya selama ini sia-sia.1 hari,dia mendekati atuknya lalu bertanya.

"tok...kenapa tok mengaji mesti menangis,tapi cu tak pun..."dengan wajahnya yang sedih

lalu atuknya menjawab "cu...pergi ambil baldi buruk tu...(sambil menunjuk ke arah baldi buruk),dan isinya dengan air supaya penuh..."

lalu cucunya pun segera melakukan suruhan atuknya.Kesedihannya bertambah,apabila setiap kali diisinya air,pasti airnya tidak penuh dek kerana kebocoran pada baldi tersebut,tapi dia tiada pilihan kerana atuknya menyuruhnya isi penuh baldi buruk tersebut.Akhirnya si cucu mengalah,lalu menuju ke atuknya dengan sedih dan kecewa.

cucu berkata dengan kecewanya..."tuk...cu dah cuba isi baldi ni dengan penuh,tapi sebab bocor,air tak dapat terisi dengan penuh..."

Si atuk dengan senyum berkata..."tak mengapa cu...cuba lihat perbezaan pada baldi ni...ketika sebelum dan selepas cu berulang alik berusaha mengisinya dengan air?"

si cucu menjawab..."tadi baldi ni kotor sangat-sangat tuk...tapi sekarang bersih daripada sebelumnya...

atuknya pun membalas sambil tersenyum "ha...macam itulah juga dengan menbaca al-quran,walaupun kita tidak faham maksud ayat al-quran,tak membaca sambil hayati...tapi dengan berkah membacanya ia mampu menyucikan hati kita yang sebelum ini kotor...
si cucu pun baru fahami akan maksud akan atuknya itu,dia berasa amat gembira dengan penjelasan atuknya itu.


Firman Allah: " dan inilah kitab(al-quran)yang kami turunkan dengan penuh berkah.ikutilah,dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat"(Al-An'am ayat 155)

mujahidah:bacalah kitabullah,pasti tiada rugi buatmu ;)pasti ketenangan menyeliputi dirimu(*_*)

Free Signature Generator



17 May 2010

BERTUKAR TANGAN


Pada pilihan raya semalam, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan terdapat 395 undi rosak.


Free Signature Generator


09 May 2010

SELAGI SUBUH HANCUR...

Yahudi tak salah selagi Subuh tak seperti Jumaat

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak peduluilangsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap kerana ia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.


~ Iman dan jihad ~

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

~Ibadat sunat~

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu seluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

~Senjata canggih~

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokong nya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi. /tajdid

Sumber Asal : Harakahdaily. net
Free Signature Generator

05 May 2010

FORUM:KERANA CINTA.


~KERANA CINTA, yang pahit manis di rasa, merawat luka,damai di jiwa~ Jangan KERANA CINTA, kita pun leka, tergadai semua maruah agama~

Dijemput semua untuk ke satu ceramah istimewa anjuran Maruf Club seperti berikut :

Bermula dengan majlis iftar bersama-sama:
Masa: 6.45ptg
Tempat: level 1 Masjid UIAM
*sila dtg awal untuk tazkirah
*bawa makanan sendiri, kuih disediakan, air disediakan. InsyaAllah.


Ceramah Isu Semasa bertajuk:
"...KERANA CINTA...."

Tarikh : 6hb Mei 2010, Khamis
Tempat : Audi Engin A, E2, Level 1
Masa : 8.45pm - 11pm
Penceramah : Ustaz Zamri Syafiq, (bekas Pensyarah Darul Quran)
*refreshment disediakan
** Pertanyaan: 013-222 9803

**Isu semasa ini reaksi kepada pembuangan bayi yang sangat berleluasa sekarang. Ini semua berpunca dari cinta yang terlarang yang menyebabkan berlakunya zina dan maksiat yang tanpa batasan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan menarik dari Ustaz Zamri Syafiq, seorang yang berpengalaman luas yang berkaitan remaja. Jangan biarkan hati anda ternoda dengan maksiat CINTA tanpa batasan.

~Jemputan khas kepada semua ahli maruf club dan kepada semua pelajar UIAM~Kita jumpa disana..insyaallah

~Cinta yang sejati..hanya cintakan illahi..cinta ayah bonda..tulus suci selamanya..cintakan saudara..hanya sementara..serta sesama insan..suburkan dengan ketakwaan..~
Free Signature Generator

03 May 2010

KONVOI,EMPATI&HAYATI!



KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

mujahidah:ayuh semua rakyat Malaysia,tunjukkan sokongan anda dengan mengikuti program ini.bukan sekadar ikut dan semangat,tapi!cuba hayati setiap pengisian yang diberi,insyaAllah!

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara...!"
Free Signature Generator

ADA APA DENGAN AIR?

RAHSIA AIR

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian daripada alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua-petua orang tua. Sebahagian daripada petua orang tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua.

1. Amalkan banyak minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang-kurangnyanya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun daripada tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurangkurangnyanya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh). Ini dikatakan dapat mengelakkan kita daripada perut buncit.

3. Elakkan daripada mandi malam. Selain mudah terdedah kpd penyakit paru-paru berair ia juga mengelakkan kita daripada mudah terkena penyakit lenguh-lenguh tulang.

4. Jangan gunakan air bertakung yang terkena panas matahari untuk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pada kulit.

5. Untuk menghilangkan sedu, minum banyak air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Untuk menghilangkan sakit tekak, selain daripada minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya.InsyaAllah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain daripada air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Unutk mengelakkan muka daripada timbul jeragat, amalkan membilas muka dengan air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum air bilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

9. Untuk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sebagai baja untuk tanaman.Dikatakan bahan organik pada air bilasan kain dapat menyuburkan tanaman.

10. Untuk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. InsyaAllah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua untuk penjagaan suara bagi yang gemar menyanyi & mengaji. Selain daripada mengamalkan banyak minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan suara daripada pecah.

12. Untuk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dari kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan untuk mengelakkan kejutan pada kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal-awal pagi.

mujahidah:Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia.selamat mencuba.wallahua'lam!

Free Signature Generator