30 January 2010

KAU MAMPU!


"ya Allah,aku tahu bilamana KAU mengujiku,KAU sayangkan aku,

tapi ya Allah,diriku ini hambaMU,terkadang kuat terkadang lemah,terkadang ingat,terkadang alpa,

jika diturutkan hati ini,aku tak mahu apa yang sedang ku alami ini,inginku buang sejauh-jauhnya,

tapi aku sedar ya Allah,ujianMU untuk mendidikku & mengajarku,

setiap ujianMU penuh dengan hikmah ... tersurat mahupun tersirat,

cuma pintaku ya Allah,kuatkan aku,beriku petunjukMU agar tidakku menyesal di kemudian hari,

beriku kesabaran,beriku ketabahan dengan redhaMU bukan murkaMU & ya Allah harapanku ujian itu bukan menjadi fitnah buatku.

KAU sebaik-baik pelindung,sebaik-baik penolong...

bukannya manusia...yang hanya terhad menasihati & memperingati,lagi malangnya mereka hanya mengata apatah lagi mempersenda!

hanya KAU mengerti,hanya KAU fahami ya rabbi...!"

:.mujahidahputeri-30/1/10-8pm.:

Free Signature Generator

25 January 2010

OSTEOPOROSIS


Mengetahui bahawa anda menghidap osteoporosis boleh mengakibatkan kegusaran, terutamanya jika anda sudah mengalami keretakan. Osteoporosis, penyakit yang mengakibatkan penipisan tulang dan kenaikan risiko keretakan, boleh menjadi beban terutamanya jika anda melebihi usia 60 tahun. Bagaimanapun, ini bukan penamat segalanya. Walaupun osteoporosis tidak boleh dipulihkan, ia masih boleh diurus dan dirawat.

Tulang kita sentiasa membina dirinya sendiri dengan membuang tulang lama (penyerapan tulang) dan menggantikannya dengan tulang baru (pembentukan tulang). Sambil usia anda meningkat dan terutamanya setelah mengalami menopaus, tulang anda akan terhapus lebih cepat daripada terbina. Osteoporosis berlaku apabila penyerapan tulang berlaku lebih pantas dari pembentukan tulang dalam jangka panjang. Bagi wanita selepas menopaus, penyerapan tulang semakin cepat kerana kejatuhan tahap estrogen, iaitu sejenis hormon yang melindungi tulang.

Rawatan bagi osteoporosis bertumpu kepada menghalang proses penyerapan tulang, meningkatkan pembentukan tulang atau kedua-dua tindakan ini digabungkan, lalu memperbaiki kualiti dan ketumpatan tulang. Dalam kata lain, sesetengah rawatan direka untuk melambatkan proses penghapusan tulang manakala yang lain pula untuk membina tulang.

Bifosfonat

Rawatan yang paling banyak digunakan adalah bifosfonat, iaitu ubat anti-penyerapan. Bifosfonat mengurangkan proses penyerapan tulang, dan pada masa yang sama, menyimpan dan mengekalkan ketumpatan dan kualiti tulang untuk mengelakkan patah atau keretakan yang lebih teruk.

Antara bifosfonat yang paling banyak digunakan termasuklah alendronat, etidronat, risedronat, ibandronat dan zoledronat. Pengurusan yang betul adalah perlu untuk terus mengurangkan kesan sampingannya.

Reseptor Pengawalatur Estrogen Selektif (SERM)

Satu lagi jenis ubat anti-penyerapan adalah Reseptor Pengawalatur Estrogen Selektif (SERM). Dadah ini boleh menyerupai estrogen dalam sesetengah tisu atau menghalang tindakan estrogen pada tisu lain.

Serms boleh memberikan manfaat estrogen yang diperlukan dalam mengurangkan penyerapan tulang. Raloxifene, sejenis ubat SERM, adalah satu-satunya ubat yang digunakan dalam rawatan dan pencegahan oestoporosis bagi wanita yang sudah menopaus.

Kalsitonin

Kalsitonin turut digunakan sebagai agen anti-penyerapan. Ia boleh membantu menstabilkan tahap kalsium dalam badan anda dan mengelakkan kehilangan tulang dengan menghalang proses penyerapan tulang. Kalsitonin boleh diambil melalui suntikan atau semburan hidung. Walaupun tidak efektif seperti dadah anti-penyerapan yang lain, kalsitonin telah terbukti dapat mengurangkan sakit belakang bagi mereka yang mempunyai keretakan akibat osteoporosis.

Terapi Penggantian Hormon/ Estrogen (HRT/ERT)

Doktor anda mungkin mencadangkan terapi penggantian hormon (HRT) atau terapi penggantian estrogen (ERT). Disebabkan tahap estrogen rendah akibat menopaus, HRT dan ERT boleh membantu menggantikan estrogen dalam badan. Digunakan untuk mengurangkan penyerapan tulang dan kehilangan tulang selepas menopaus awal di kalangan wanita, HRT dan ERT semakin kurang digunakan kini berikutan kegusaran tentang peningkatan risiko kanser.

Hormon Paratiroid

Terdapat juga agen pembinaan tulang yang boleh membantu merawat osteoporosis kritikal. Satu daripadanya adalah hormon paratiroid, iaitu penyelaras utama kalsium dan fosfat dalam tulang bagi badan. Teriparatide, versi sintetik hormon paratiroid digunakan untuk merangsang perkembangan tulang.

Teriparatid biasanya diberikan kepada mereka yang menghidap osteoporosis kritikal yang tidak boleh mengambil ubat lain atau bagi mereka yang mendapati ubat lain tidak efektif. Ini biasanya disebabkan kosnya yang tinggi dan perlu disuntik setiap hari.

Strontium Ranelat

Satu rawatan terbaru yang digunakan bagi osteoporosis adalah strontium ranelate. Dadah ini boleh mengurangkan risiko keretakan vertebra hingga hampir separuh bagi wanita selepas menopaus yang menghidap osteoporosis. Seperti kebanyakan rawatan osteoporosis, strontium ranelate bertujuan mengurangkan kehilangan tulang dan meningkatkan pembentukan tulang, lalu meningkatkan jisim tulang untuk mengelakkan lebih keretakan.

Diet dan gaya hidup

Semua orang yang telah disahkan menghidap osteoporosis juga dinasihatkan untuk membuat perubahan pada diet dan gaya hidup. Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi adalah sangat penting dalam rawatan osteoporosis. Kalsium boleh mengelakkan kehilangan tulang dan vitamin D akan membantu badan menyerap kalsium dengan lebih baik.

Anda boleh mengambil kalsium dan vitamin D dalam diet anda atau sebagai makanan tambahan. Pengambilan harian yang dicadangkan bagi kalsium dan vitamin D bagi rakyat Malaysia adalah seperti di bawah:

Antara sumber-sumber baik bagi kalsium adalah susu dan produk berasaskan tenusu, sayuran hijau gelap berdaun seperti kai lan, pak choy dan brokoli, produk soya seperti tempe dan susu soya, ikan dengan tulang lembut dan boleh dimakan seperti sardin dalan tin dan ikan bilis, dan minuman, biskut dan bijirin yang diperkaya. Vitamin D pula dihasilkan oleh badan apabila ia terdedah kepada cahaya matahari selama 10 hingga 20 minit.

Kalsium dan vitamin D juga diambil sebagai makanan tambahan jika pengambilannya dalam diet tidak mencukupi. Di samping memastikan pengambilan anda mencukupi, makanan tambahan juga diambil untuk memaksimumkan kesan terapi dadah anda. Doktor anda akan mencadangkan dos yang diperlukan untuk memenuhi keperluan harian anda.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pemakanan dan gaya hidup anda turut memainkan peranan penting dalam merawat osteoporosis. Selain memastikan ada mendapat kalsium dan vitamin D, anda juga perlu bersenam. Berjalan dan tai chi adalah contoh senaman menahan berat yang akan merangsang pembentukan tulang. Tetapi, dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memulakan sebarang regim senaman untuk mengelakkan kecederaan yang tidak disengajakan.

Anda juga perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan pengambilan alkohol, natrium dan kafein berlebihan. Elakkan dari menghisap rokok juga. Semua ini boleh mempercepatkan kehilangan tulang dan membantutkan rawatan osteoporosis.

Artikel Tulang Sihat Sepanjang Hayat oleh Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur ini disokong oleh geran pendidikan daripada Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd dan Rottapharm Madaus.

mujahidah:sayangilah tulang anda sedari muda lagi...jangan manjakan diri,rajin-rajinlah beraktiviti seperti bersenam,bercucuk tanam dan banyak lagi,apa yang penting...kerjasama...hehe..apa yang penting adalah jangan malas!pesanan buat diri yang makin bertambah umurnya dan buat semua pengunjung(*_*)

Free Signature Generator

22 January 2010

KEKAL LAGI!

Alhamdulillah,pilihanraya UIAM telah berakhir semalam,dan sepanjat kesyukuran yang tak terhingga dengan kemenangan yang masih berpihak pada pihak Pro-M UIAM.syukran lillah.di bawah ini keputusan penuh PRK UIAM.

INTERNATIONAL CONSTITUENCY
Anas Ismaiel
Faez Saleh Ahmad Batis
Tarik B. Alamgir
Yusuf Khidir Alkazimy

AIKOL CONSTITUENCY
Izyan Hazwani Bt. Ahmad
Muhammad Shauqi B. Suhaimi

ARCHITECTURE CONSTITUENCY
Muhammad Faris Ismail
Nur Atiqah Bt. Mohd Nissfu

ENM CONSTITUENCY
Abdul Aziz B. Abu Hasan - 352
Azharul Amin B. Ahmad Nazarudin - 586
Hafizul Ariri B. Rusmani - 411
Hidayatul Karimah Bt. Mohd Mahyuddin - 896
Muhammad Syazwan B. Suhaimi - 921

ICT CONSTITUENCY
Ahmad Rafiqi B. Rosli - 181
Khadijah Adibah Bt. Ahmad - 154
Muhammad Nurazim B. Azman - 161
Norazlina Bt. Mohd Nawi - 147
Nursyahidah Bt. Ahmad - 120
Nurul Zahidah Bt. Mohd Zan - 146

ENGINEERING CONSTITUENCY
Ahmad Khairul Azman Bin Mohd Salleh - 855
Muhammad B. Ahmad Kamal - 498
Muhammad Firwan Bin Norliza - 838

IRKHS CONSTITUENCY
Noor Yusri B Wahi Anuar - 1231
Nur Hafizah Bt Ahmad Puzi - 531
Siti Fairuz Bt Kadri - 1027
Zatil Arifah Mohd Amin - 1309

ALLIED HEALTH SCIENCES CONSTITUENCY
Marlina Bt Mohd Zain - 144
Mohd Hakim B. Zakaria - 212
Nurhasnah Bt Mazalan - 101

NURSING CONSTITUENCY
Fauzan B. Mohamed - 87
Hakim B. Rahmat - 121
Siti Hajar Bt. Mohd - 64

PHARMACY CONSTITUENCY
Ahmad Mustaqim B. Ariffin - 95
Hanisah Bt Kamarudin - 68
Nur 'Atiqah Bt Hussin - 57

DENTISTRY CONSTITUENCY
Mohammad Badiuzzaman Tuan Ibrahim

MEDICINE CONSTITUENCY
Mohd Fahmi B. Nain - 177
Noor Idayu Bt. Ibrahim -196
Syazwani Bt. Sanusi - 221

SCIENCE CONSTITUENCY
Muhammad Aklil B. Ayob - 353
Nadzirah Bt . Redzuan - 132
Siti Khadijah Bt. Imam Supa'at - 272

sumber:Pro-M UIAM

mujahidah:walaupun telah berakhir,tapi sepanjang pemerhatian suasana lesu dan betapa tidak caknanya pelajar-pelajar bumi UIAM ini.pihak berkenaan perlu menyebarluaskan political education.oleh yang demikian itu,pada hari ini 23/1/10 di dataran merdeka pada jam 9am,mahasiswa akan cuba turun untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mengundi.
Free Signature Generator

18 January 2010

14 January 2010

GELANGGANG DIBUKA!

Bahang Pilihanraya Kampu(PRK)makin terasa,terutamanya di kampus saya,UIAM.Tapi peliknya kali ini tarikh piliharaya kampus tidak selaras(mengapakah???).Setiap kampus mempunyai tarikh tersendiri.UIA menjadi pembuka gelanggang pertanrungan,yang mana hari ini 14 januari 2010 adalah tarikh penamaan calon.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar bermula jam 8.30 pagi-10.30pagi,tapi biasalah ada yang kita tidak jangka,yang dirancang tidak menjadi,Allah sebaik-baik perancang!.Ada yang tidak sempat menghantar borang pencalonan kerana faktor yang tidak disengajakan,semuanya ada hikmah dan apa hikmahnya???kita nantikannya nanti!buat yang bakal bertanding,teruskan perjuangan,dan semoga kemenangan berpihak buat yang benar-benar berniat untuk memastikan bi'ah solehah di bumi UIA ini khususnya...insyaAllah!
Antara yang menghantar calon


1)PRK UIAM

penamaan calon:14/1/2010

buang undi:21/1/2010

bagi Gabungan mahasiswa,mereka menentang keras cara proses pengundian di kampus yang mana buat pertama kalinya sistem e-voting(e-undi) akan digunakan di kampus seperti di UM dan UKM.rapat umum menghantar referandum ke kementerian pengajian tinggi(KPT) pada 15/1/10 selepas jumaat,buat yang berkelapangan mari bersama-sama turun pada pada hari tersebut.


2)RAPAT UMUM MAHASISWA

tempat:kementerian pengajian tinggi(KPT)

masa:2.oopm (selepas solat jumaat)

Penyerahan Referendum Mahasiswa kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Nordin..Antara Tuntutan Mahasiswa ialah ;


1) Kembalikan Demokrasi Kampus
2) Pilihanraya Kampus Adil & Bersih
3) Kembalikan Autonomi Universiti & Kebebasan Akademik
4) Mansuhkan Sistem E-Voting



"orang-orang yang beriman,mereka berjuang di jalan Allah,dan orang-orang kafir berperang di ajlan taghut(kejahatan) maka perangilah kawan-kawan syaitan itu,kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah"(An-nisa' 4:76)

mujahidahputeri:masih ramai yang tidak sedar tentang PRK,dan masih ramai yang tidak sedar kepentingannya.ayuh semua mahasiswa UIAM tunjukkan sokongan anda!


Free Signature Generator

TRY TO GET THEM(*_*)

Hari ini saya nak berkongsi buku yang saya rasa patut anda semua mendapatkannya di pasaran.Tapi buku-buku ni mungkin sukar didapatkan di mana-mana.Hanya tempat tertentu.saya dapatkan buku-buku ni di wisma yakin,masjid jamek berdekatan dengan bangunan masjid India.kedua-dua buku ini dalam bahasa Indonesia.Walaupun berbahasa indonesia,namun ia mudah difahami dan amat menusuk hati(rasa macam best baca buku indonesia daripada malaysia...hehe jangan marah).

NEW QUANTUM TARBIYAH:motivasi buat para da'ie,pengisian yang agak santai dan tidak berat tapi amat-amat penuh dengan pengisian yang menyengat dengan mendatangkan kisah-kisah nabi dan para sahabat sebagai contoh,dan kata-kata yang membakar semangat kepada para da'ie.dapatkan ia,seronok sangat membacanya,boleh saya gelarkan buku ini buku "pelbagai rasa",mengapa begitu?anda akan merasai pelbagai perasaan bila membacanya,,gembira,sedih,insaf,ketawa dan sebagainya,dan yang pasti nye...full manfaat(*_*)


KUPINANG ENGKAU DENGAN HAMDALAH:eh saya nampak ada yang dah tersenyum sipu dah tengok tajuk buku ni...hehe.biasalah fitrah manusia.ada yang sampai kata tajuk buku ni jiwang karat...mungkin itu cara terbaik si penulis untuk menarik perhatian orang membacanya...kalau baca buku ni pasti tak berkarat hati membacanya,ini bukan sebuah novel...tapi satu pandangan ilmiah dan membuka minda serta memberi guideline buat kita untuk hari muka supaya perkahwinan yang bakal didirikan penuh keberkahan!insyaAllah(*_*)

mujahidahputeri:tak habis baca kedua-dua buku ni lagi,quantum tarbiyah on the way kupinang engkau dengan hamdalah bagi orang lebih awla pinjam dulu:)cuba dapatkan ya para pengunjung sekalian,pasti dan pasti tidak rugi bahkan membina hati dari pelbagai aspek,insyaAllah!

Free Signature Generator

HOW SWEET(*_*)

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say


Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say


*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

BUAT DIRIKU MUJAHIDAHPUTERI

saya mahu lelaki sebagai pembimbing,

sebagai teman perjuangan di dunia yang sementara,

yang boleh saya hormat & percaya,

yang bawa saya dekat dengan agama...

bukan lelaki yang tunduk di kaki saya hanya kerana cinta

yang hilang maruah malah hilang prinsipnya kerana seorang wanita.

saya tak mencari kekasih untuk dijadikan suami,

saya mencari suami yang mampu menjadi seorang kekasih

dan saya mahu hadir dalam hidup lelaki itu terlebih dahulu sebagai isteri

sebelum kemudiannya menjadi kekasih yang setia

ketika hidup & selepas mati

insyaAllah...Ya Allah perkenankanlah!

(pegang sampai bila-bila!)

mujahidahputeri:masyaAllah suka sangat dengar lagu ni,dengan rentak sentimental dan lirik yang buat hati berbunga-bunga...(buat yang telah bergelar isteri la)...nak tahu kenapa?sebab lagu ni berkisar penghargaan suami terhadap isterinya...walaupun tak kahwin lagi tapi suka lagu yang menghargai isteri,ibu dan perempuan.tak ada maksud apa-apa ye dengan lagu ni,hanya fitrah seorang manusia yang meminati sesuatu(*_*)ditujukan khas buat yang telah bergelar isteri:)

Free Signature Generator

08 January 2010

FACABOOK & YAHUDI

Assalamualaikum buat semua:)teringat saya seorang pengunjung di blog ini pernah menyatakan bahawa jangan berkata tentang perjuangan Palestin jika ada akaun Facebook milik Yahudi .Alhamdulillah kebetulan salah seorang sahabat di Facebook telah tag artikel mengenai isu ini.Jom kita lihat jawapan daripada Ustaz Zaharuddin.


Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.
Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. Baca di sini . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Maka jika demikian, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini keran amereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.


4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.


KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-


a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Free Signature Generator


UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...