" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

31 August 2009

HADIAH MERDEKA

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja,katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

sumber:malaysiakini

mujahidah:hadiah buat rakyat Malaysia sempena 52 tahun merdekapeaceterima kasih buat kerajaan yang baik hati lagi memahami rakyat,kerajaan apagarupaleeh takkan tak tahu...kerajaan barisan nasional lahsenyumkenyitmak cikku,lepas ni kita naik basikal je lah nak pergi mana-mana...sedihtak payah pakai minyak...jimat duit.

Free Signature Generator

30 August 2009

IKHLASKAH?

Salam ramadhan kareem buat semua pengunjung(*_*),Alhamdulillah dengan nikmat Iman & Islam masih dapatlah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam di bulan yang penuh keberkatan ini.Setelah masuk 9hari Ramadhan,bagaimana kita lalui dengan Ramadhan kali ini?adakah lebih bermakna dan lebih berkualiti,hmm saya sendiri secara jujurnya,ada yang masih dan perlu saya baiki lagi sedihinsyaAllah... dan ada juga pembaharuan yang baru dan baik kali nisenyumalhamdulillah.apa dia yang perlu dibaiki dan yang baik tu...hehe rahsiakenyit

eh berceloteh panjang lak,hmm tapi memang saya nak berceloteh hari ni...nak kongsi hasil celoteh saya dengan anak-anak usrah saya(wah dah ada anaksenyumkenyitaaa 8 orang semuanya,itu pun tak termasuk yang dekat tempat lain hik3) dan juga adik-adik roomate saya,mengenai apa?sempena Ramadhan,puasalah celotehnya...saya petik daripada buku yang saya beli masa Ramadhan lepas "Ajaibnya puasa senjata mengawal nafsu" .apa dia yang dicelotehkan...yok!

Ali bin Abi Talib r.a menceritakan,bilamana ketika mana Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,1 rombongan Yahudi bertanyakan soalan kepada Nabi dengan keangungan yang ada pada Nabi.

Yahudi :"Wahai Muhammad,terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala
yang diperolehi daripada berpuasa.?"

Sabda Rasulullah:"seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan IKHLAS
kepada Allah,dia akan diberikan Allah 7 perkara":

  1. Dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya-makanan pada hari ini banyak yang tanpa kita sedari haram,telah menjadi sebahagian darah daging kita,yang mana bila daging haram ini bermaharajalela dalam badan kita,menyebabkan kita susah menerima teguran,susah membuat kebaikan bahkan mudah melakukan kemaksiatan...maka bilamana seseorang itu berpuasa dengan penuh keikhlasan,Allah akan hapuskan yang haram itu daripada tubuh badan seseorang itu.subhanallah!pemberian yang cukup-cukup berharga buat diri seseorang itu.nak...?kena ikhlaslah puasasengihnampakgigi

  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya-teringat saya ketikamana ustaz Hadis saya,Ustaz Abu Laith masuk-masuk dalam kelas dia bertanyakan kepada kami mengenai hadis yang mengatakan 10 awal Ramadhan rahmat,apa yang dimaksudkan dengan rahmat di situ(hehe sebenarnya ustaz pun tak pernah terfikir soalan tu,tapi ada orang tanya dia)kami pun terkedu dan terdiam...diam,ustaz pun teruslah menjawab"rahmat Allah ni,bilamana... contohnya sebelum ni kita ni jenis liat solat awal waktu,tapi dalam bulan Ramadhan ni mudah pulak,sebelum ni baca quran waktu tertentu maghrib je ke ,tapi dalam bulan ramadhan ni,tiap-tiap lepas solat rajin pula baca quran dan macam-macam lagi,pendek kata ada peningkatan dalam amalannya(kalau sesiapa yang tak ada perubahan tu...hmm tak ikhlas la puasa tu hehe...ihikhik

  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal-amalan puasanya ini dikira sebaik-baik amalan,sebab apa?sebab keikhlasan tu.

  4. Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga-ha kalau rasa lapar juga,dah jadi macam upin ipin,nak buka puasa cepat dan tak tahan lapar...hmm alamatnya...jawab sendiri la ye.nampak macam simple tapi ada je yang masih berasa macam tu...susah nak ikhlas dalam beribadah ni kan kan kan...

  5. Diringankan baginya siksa kubur-MasyaAllah nikmat yang tak terkata!

  6. Diberikan cahaya oleh Allah pada hari kiamat untuk menyeberang Titian Sirath-Allahuakbar!1 lagi nikmat yang tak ternilai,Allah akan memudahkan kita dalam melalui titian sirath.

  7. Allah akan memberinya Syurga di kemudian hari-Subhanallah,Allahuakbar,impian semua orang...SYURGA...inilah pemberian yang paling besar buat mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.


mujahidah:ada dikalangan kita,hanya menjadi bulan Ramadhan hanya adat sahaja,puasa,puasalah...tidak cuba menghayati erti sebenar Ramadhan itu dan mengisi ramadhan dengan lebih membayakkan diri taqarrub(dekat) kepada Allah,dan bertambah malangnya,bukan menjadi bulan beramal ibadah tapi bulan pesta makan-makan.Allahuakbar!ingatlah wahai saudara seislamku,dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang mana hujung ayat tersebut menyatakan supaya dengan adanya puasa ini,kita menjadi golongan orang yang berTAQWA...adakah cukup dengan setakat menahan lapar dan dahaga sudah dapat tahap taqwa itu?kita sendiri dapat mengukurnya...ok moga kita dapat melalui ramadhan kali ini dengan lebih baik daripada sebelum-sebelum ini.kata-kata ini saya nasihat buat diri yang lemah,hina lagi dina ini terutamanya dan buat para pembaca sekalian(*_*)wallahua'lam.


:.mengharap Ramadhan kali ini lebih bermakna & lebih sempurna,Ramadhan yang sama,natijah yang berbeza.:
Free Signature Generator

26 August 2009

KEKAL

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Keputusan PRU 2004,2008

mujahidah:Alhamdulillah berkat bulan Ramadhan,kemenangan terus berpihak pada kebenaran.

Free Signature Generator

20 August 2009

BUAH TANGAN


Mari bersama kita mewarnai Ramadhan kita dengan amalan-amalan yang menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA,moga dengan itu,kita dapat meneruskannya pada bulan-bulan seterusnya,semoga kita dapat istiqamah demi menuju redhaNYA.insyaAllah(*_*).Di sini ada sedikit hadiah daripada mujahidahputeri bagi bersama-sama kita merasai kehadiran bulan mulia ini...untuk blog-blog anda(*_*).caranya mudah sahaja dan syarat-syaratnya:
  • khas buat semua followers & buat semua pengunjung blog inisenyumkenyit
  • letakkan sahaja di mana-mana bahagian blog anda(*_*)

mujahidah:moga dapat memberi penguat & peringatan kepada kita untuk melakukan amalan di bulan yang mulia ini.insyaAllah.
Free Signature Generator

16 August 2009

AHLAN WASAHLAN(*_*)

Marhaban Ya Ramadhan...


Setelah setahun berlalu, tidak lama lagi Ramadhan datang kembali mengubat kerinduan dihati setelah sekian lama ia melangkah pergi.

Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan?Persiapan mental dan fizikal kita agar setiap rahmat dibulan Ramadhan dapat dikutip semuanya walaupun hanya sedetik.

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR Imam Bukhari)

Ayuh kita sama-sama mempersiapkan diri. Bukannya bermula di 1 Ramadan, tapi bermulanya di bulan Sya’ban. Agar bias berjuang di bulan berkah dengan kekuatan rohani dan jasmani yang luar biasa. Amatlah kecil perjuangan kita jika dibandingkan Rasullullah dan para sahabat suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadan inilah banyak membuka ruang-ruang pintu buat umat Islam.

10 Ramadhan 8 Hijrah, Pembukaan Kota Makkah

Rasulullah keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari Kemusyrikan. Usaha berhasil gemilang tanpa melalui peperangan.

17 Ramadhan 2Hijrah, Perang Badar

Perang yang membawa kemenangan besar buat umat Islam meskipun jumlah dan peralatan perang jauh daripada kemampuan pihak kuffar.

25 Ramadhan 658 Hijrah, Perang ain Jalut

Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

28 Ramadhan 92 Hijrah, Penaklukan Wilayah Andalus

Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh.

5 Ramadhan terakhir

Khalid Al Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla.

Ramadhan 459 Hijrah, Peperangan Zallaqah, Portugal

Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan al-fonso IV. Dalam masa yang singkat, Sultan Yusuf menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

15 Ramadhan 658 Hijrah, Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khhan Berjaya mengalahkan tentera Monggol di ain Jalut.

15 Ramadhan 1294 Hijrah, Peperangan Yakhliz

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. Umat Islam Berjaya mempertahankan Islam yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Hebatnya generasi Islam terdahulu, hingga sampai kepada kita sekarang..Mengapa kita masih lagi beralasan untuk melakukan amalan ketika berpuasa? Sesungguhnya puasa itulah yang mmberi kekuatan buat kita, jika kita benar-benar menghayatinya…

Ayuh kita beramal… “Berburu pahala ketika Ramadhan..”

ramadhan yang sama,natijah yang berbeza...

mujahidahputeri:masih adakah ramadhan buat diriku kali inirindudan diri kamu?Allahumma bariklana fi rajab wa sya'aban wa balighna ramadhan.ameen

Free Signature Generator

13 August 2009

MENGIMBAU MEMORI

Hari Sabtu yang lepas,8 Ogos 2009 bersamaan17 Sya'aban 1430H,saya,angah saya nisa'(adik beradik seusrah)dan adik saya jie ke Darul Quran.Buat apa?hehe saya menemani angah saya ke konvo adiknya di Darul Quran,iaitu Farah Aqilah graduan persijilan Darul Quran UIA,tahun berapa saya tak pasti pulakfikir.Kalau saya dulu,generasi 2005-2006,dia mungkin 2007-2008 rasanyarinduyang adik saya Jie pulak ingin ketemu sahabat-sahabatnya yang dah lama tak jumpa(ex-mahaddian lilbanat).Kami bertolak lebih kurang 11pagi,sebab angah dan jie ada kelas sebelum tu.Kami tiba lebih kurang 2petang.Tempat pertama yang kami tuju ialah...cuba tekasenyumkenyitdah tentulah masjid DQ yang tenang lagi damaisenyum

masjid DQ yang tenang

Setelah solat,angah mendapatkan adiknya dan keluarganya(ummi,buyah dan adik beradiknya yang lain)saya ikut je,sebab saudara saya jugak,biasa dahsenyumkeluargaku keluargamu jua...hehe.Lepas tu,kami menjamu selera di gerai-gerai yang di buka sempena konvokesyen ke 18 kot...huu tak pasti lagi...sedihbanyak juga "booth" yang dibuka yang menjual pelbagai jenis barangan.Ingat nak belikan adik saya(Omar) jubah,tapi semua tak padan dengan saiz dia...sebab apa?sebab saiz dia "special"...besar dan tinggi,selalu nak belikan dia,kene tempah je.Ia sebagai balasan,sebab dia dah banyak hadiahkan saya jubah dan bajusenyumterima kasih ye adikku sayanglovenanti nak belanja imah lagi kan...sengihnampakgigi

Isi borang Alumnai DQ

Lepas asar,saya dan angah duduk-duduk depan dewan utama,berborak-borak dengan keluarga angah,jie pulak entah hilang ke mana pergi berjumpa sahabat-sahabatnya.kawan-kawan angah pun ramai juga yang masuk DQ,jadi angah pun tak ketinggalan berborak dengan sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah di majlis konvo ni saya dapat jumpa dengan adik beradik seusrah saya masa di DQ,iaitu along saya Syafa...dan beberapa adik-adik dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain.dan yang paling syoknya,saya sempat mengenakan kembali pakaian konvo persijilan(pinjam orang konvo ;) )ia mengimbau kenangan saya kembali ketika mana berkonvo satu masa dahulusenyum

Dok imbau kenangan masa "grade" 1 masa dahulu

Angah bersama sahabat sekolahnya ex-imtiaz

Setelah kepulangan keluarga angah,kami menuju ke asrama banat,rumahku satu masa dahulusenyumketika zaman saya dan sahabat persijilan dulu,kami sempat merasa asrama baru,best...hehe.Dan kami juga merasa asrama yang lama,yang dahulunya banin yang menginap di situ,tapi disebabkan jumlah lelaki di DQ ni lebih ramai berbanding perempuan(berbeza di luar...perempuan majoriti)kenyitterpaksalah kami mengalah...hehe yelah tu.Tak mengapalah,asalkan hidup bahagia sudahlah.

Bergambar bersama ummi angah & Farah

Pada malamnya pula,kami pergi makan lagi...asyik makan je...dah lapar,makanlah kan.Selepas itu,saya dan jie,ronda-ronda ke gerai-gerai yang ada,sementara angah dan adiknya Farah dah masuk ke dewan untuk tengok konsert...Antara gerai-gerainya,ada gerai makanan,gerai baju,gerai buku,gerai cenderahati.Akhir sekali,kami singgah di gerai Sabah(sabah bah...ehe)ada makanan Sabah dan perhiasan daripada Sabah.Saya dah tertarik dengan gelang mutiara daripada Sabah(memang suka buat koleksi...pakainya tidak),belilah satu dan beli juga sedikit kek coklat untuk alas perut semasa menonton konsert nanti.

Konsert Far-East & Saff-One

Kami pulang setelah jam 11.30malam,tumpang adik seorang ni,Fathi dan Ibrahim,sebenarnya mereka nak menaiki motor je,tapi kami terpaksa meminta tolong mereka membawa kereta juga kerana kalau nak balik daripada DQ dengan kenderaan awam,takut tak sempat jejak ke UIA.Alhamdulillah adik-adik tu sudi membantu kami.MasyaAllah gara-gara nak sampai UIA sebelum jam 12pagi,Fathi memandu,yang bagi saya membahayakan...saya nasihat dia pandu hati-hati,katanya takut tak sempat....hmm sabar je lah...apa-apa pun kami selamat sampai lebih kurang jam 12.15pagi...Syukran ilaikuma(*_*)

mujahidah:Bila imbau kembali,dulu di darul quran sentiasa ulang quran...tapi bila dah bukan suasananya...hu...tak tentu pula mengulangnya(teruknya diri ni :( ) Ya Allah bantulah aku dalam mengulang,mengingati,menghayati,menjaga dan mengamalkan kalamMU ya Allah!

Free Signature Generator

09 August 2009

AURA WARNA

Warna aura tidak akan menipu siapa diri anda sebenarnya. Dalam psikologi sudah diakui bahawa setiap orang mempunyai keperibadian dan karakter tertentu.

Warna aura adalah bahagian dari keadaan diri seseorang yang membabitkan keperibadian, karakter, kesihatan dan kejiwaan.

Namun warna ini boleh berubah mengikuti keadaan diri seseorang. Warna aura berkenaan dapat dihuraikan di bawah:

Merah

Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam. Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang ke hadapan, tidak sensitif dan ego, pemimpin, suka mengkritik, mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar. Ia turut melambangkan seorang itu suka bersaing, berani bertindak, tekad dan juga panjang akal.

Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.

Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapatkan apa diinginkan. Mereka ini suka bertengkar, ego dan kurang sensitif.

Jingga

Mengungkapkan kehangatan. Orang yang mempunyai aura berwarna jingga sukakan kesenangan duniawi, tentangan, berkhayal, membantu orang lain, menyendiri dan tidak suka di kawal atau di kongkong. Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif. Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.

Keburukan mempunyai aura berwarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri. Lazimnya mereka kurang suka hidup berkeluarga dan lebih gemar bersendirian.

Kuning

Mengungkapkan intelektual. Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko, seorang yang peka dan penuh prihatin, setia dan sukakan kebebasan.

Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan, sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik.

Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada di kalangan orang yang tidak dikenali. Selain itu, mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain.

Hijau

Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan. Mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain. Keburukan mempunyai aura berwarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya. Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat. Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh lawan berdebat dengan mereka.

Biru

Mengungkapkan kesetiaan. Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Seorang yang sensitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat. dia dapat merasakan jika sesuatu akan terjadi.

Kebaikan mempunyai aura berwarna biru mereka mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain. Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.

Keburukan mempunyai aura berwarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain.

Indigo

Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam. Seorang yang halus dan lemah. Mempunyai kulit putih dan pucat dan tidak suka keluar rumah. Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka. Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan dan membanggakan diri sendiri.

Kebaikan mempunyai aura berwarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat mendalam. Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri.

Ungu

Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam. Seorang yang dinamis dan berkarisma, mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati. Selain itu, meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik.

mujahidah:anda warna apa?saya warna biru asalnya,tapi semenjak bila ntah,cenderung juga pada ungu,jadi biru & ungu warna sayasenyumkenyitada benar juga ciri-ciri yang dikatakan di atas tu,tapi tak 100% la,biasalah kajian manusia,tak 100% tepatsenyumteringat lak buku yang ada saya beli "AURA PERSONALITI WARNA",tapi tak baca lagi...hehe.mungkin lebih kurang sama je,ilmu psikologi.petikan di atas saya jumpa di berita harian online meluatpeace

Free Signature Generator