" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

28 May 2009

BILA PINTU HATIKU DIKETUK


Ya Allah...
Aku hambaMU yang tidak terlepas daripada dosa,
Aku hamba yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan,
Aku sedar aku takkan terlepas daripada ujian,
itu JANJIMU TUHAN.

Tapi Ya Allah...
aku ini hambaMU yang lemah,amat lemah...
aku ini hambaMU yang hina,lagi dina...
Tika mana diuji pasti tak tertahan diri...
Tika mana diuji pasti serba tak kena...
Tika mana diuji pasti mengeluh kesah,lagi gelisah...
Apa lagi yang tak kena pada diri ini Ya Allah....

Ya Allah...
Aku tak tertahan lagi dengan mehnahMU ini...
Aku tak kental lagi untuk hadapi ujian ini...
Ujian yang ku tahu mematangkan diri...
Ujian yang ku tahu ada hikmah tersirat di sebaliknya ...

Ya Rahman Ya Rahim...
Dalam solatku ya Allah...
ku hayati bait kataMU....
"kepadaMU aku sembah dan kepadaMU aku memohon pertolongan,
tunjukkan aku jalan yang lurus,
jalan orang-orang yang KAU beri nikmat,
bukan jalan orang yang KAU murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat"
Allahumma amin...
Air mata kehambaan mengalir membasahi pipi...

"ketahuilah! sesungguhnya Al-Quran itu adalah 1 peringatan yang sangat besar pengajarannya*oleh itu sesiapa yang mahu mendapat peringatan,dapatlah peringatan daripadanya"-(Al-Mudatsir:ayat 54-55)-


Ya Mannan Ya Hannan...
Aku tahu KAU penolong setiaku,
KAU penunjuk jalan terbaikku,
KAU tempat ku mengadu,
KAU tempat luahan apa yang terbuku di qalbu...

Ya Allah...
Ku mohon petunjukMU,
Berikanku jalan keluar dari dibelenggu...
Ku mohon pertolonganMU,
Berikanku penyelesaian berhikmah daripada terburu-buru...
Dengan berkat InayahMU beriku jalan keluar,
Berikanku cara terbaik menghadapi ujianMU Ya Allah.

Ku mohon padaMU Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku mohon padaMU Ya Ghaffar,Ya Kareem
Ku mohon...ku mohon...
MOHON DENGAN SANGAT

"Ya Tuhanku hanya ENGKAU yang dapat mengerti kesedihan yang merobek diri,ku tak tahan lagi"

~nukilan mujahidahputeri 28Mei2009 bersamaan 3jamadilakhir1430H~

mujahidah:ujian manusiawi,ujian sebagai seorang yang sedar dengan amanah ebagai anak,pelajar,da'ie,penghafaz Al-Quran,pejuang dan yang pasti sebagai hamba Illahi.
Free Signature Generator

RAHSIA GENIUS

Bahan-bahan di bawah antara makanan yang diamalkan oleh para genius Islam,nak jadi genius tak,salah satu ikhtiarnya inilah dia...(*_*)saya petik daripada sahabat blogger saya,syukran atas kebenaran meng'copy paste',pasni boleh meng'teh paste';-)...adoii rosak bahasa,ok jom kita "check",ada tak kita makan makanan di bawah,ke makan maggie je,hehe...:-)

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.



CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!



2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.



CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.



3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang
dibacaoleh Rasullullah s.a.w










4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.


7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang
segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap
mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki
darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan
daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,
pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang
pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda
juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labuke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan
fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
23)HABBATUSSAUDA'
khasiatnya sehingga disebut dalam hadis,tak silapnya hadis tu menyatakan yang habbatussauda' ini boleh mengubati semua penyakit kecuali mati dan tua.wallahua'lam


"Cukuplah Allah untuk (menolong kami), dan Dialah sebaik-baik pengurus (dan terserah kepadanya segala urusan kami)". (Surah Ali-Imran:173)


mujahidah:dulu tak pernah terfikir pun nak makan madu,sebab tengok pun tak lalu,tapi asyik dengar ada orang makan madu tiap-tiap pagi,secara automatik nak cuba dan Alhamdulillah boleh dah nak makan madu,bukan suatu yang luar biasa da bagi diri ni...hehe(*_*)

Free Signature Generator

26 May 2009

ZALZALAH

"Wahai umat manusia,bertaqwalah kepada Tuhan kamu!sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar*Pada hari kamu lihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan)itu,tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak anak yang disusukannya,dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya,dan engkau akan melihat manusia mabuk,padahal tidak mabuk,tetapi azab Allah amat mengerikan*"
(al-Hajj:ayat 1-2)



mujahidah:video di atas hanya gambaran manusia yang terbatas gambarannya,yang sebenar-benarnya hanyalah dalam pengetahuanNYA & kekuasaanNYA.wallahua'lam.

Free Signature Generator


21 May 2009

AKU CINTA...

Firman Allah dalam hadis Qudsi:

"AKU cintakan 3 jenis manusia,tapi AKU lebih cintakan 3 jenis manusia lainnya iaitu:

Myspace Graphics

AKU cintakan orang yang PEMURAH,tapi AKU lebih cintakan orang MISKIN yang pemurah,
AKU cintakan orang yang RENDAH DIRI,tetapi AKU lebih cintakan ORANG KAYA yang RENDAH HATI,
AKU cintakan orang yang BERTAUBAT,tapi AKU lebih cintakan orang MUDA yang BERTAUBAT"

Free Signature Generator

20 May 2009

FUTUR?


FUTUR itu adalah...


1.Apabila melakukan maksiat dan dosa berulangkali hingga menjadikan sebagai kebiasaan.
2.Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan dihati
3.Apabila diri merasakan kesukaran untuk tekun beribadah..seperti sukar untuk khusyu' dalam solat,doa.
4.Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah.
5.Apabila perasan cepat dilanda gelisah..juga rasa tidak tabah.
6.Apabila suasana jiwa yg tak tersentuh dgn kandungan al-quran
7.Apabila lalai atau malu mengamalkan zikir .
8.Apabila berkurang rasa marah tatkala melihat kemungkaran
9.Apabila menilai perkara tersebut dosa atau tidak,tidak melihat dari sudut makruh
10.Apabila kurang beri perhatian terhadap urusan umat Islam .
11.Apabila cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal .

mujahidah:ni saya ambil daripada e-mail yang saya dapat daripada mak cik saya,sebab sebelum tu saya ada menanyakan kepada dia,dia pun sendiri tak pernah dengar walaupun dia cikgu arab...hehe.ada orang tergelak dengan perkataan ni...macam-macam je.mak cik saya pun kata kalau yang dia faham makan pagi...apa-apa jelah.saya biasa dah juga dengan perkataan ni,tapi tak adalah sampai nak tergelak(*_*)

Free Signature Generator

HASRAT TERCAPAI

Alhamdulillah,2 hasratku yang pada mulanya saya nampak tak dapat ditunaikan akhirnya dengan kehendak Allah tercapai juga.apa 2 hasrat tu?hehe nak ke ceramah Yb Ir Nizar&nak main bowling(nak cuba sangat,sebab tak pernah main dan memang teringin nak main).

Mulanya balik ke Melaka sebab ada "meeting" pada hari sabtu hari tu,16/5/09,ingatkan habis lewat sangat,rasa memang tak ada harapan dah untuk pergi ke stadium melawati...Alhamdulillah "meeting"habis awal.itupun saya ingat nak balik terus daripada "meeting"kebetulan dah dekat sangat dengan Melaka Central(bus station)tapi angah nisa' dah beli tiket pukul 5petang.dalam hati cakap macam tak ada harapan.Alhamdulillah sampai di Kuala Lumpur jam 7malam,angah tak dapat nak pergi sekali,sebab ada "meeting",jadi saya gagahkan je lah pergi seorang diri.takut juga...tapi gagahkan je... Alhamdulillah cukup-cukup Allah permudahkan urusan saya(*_*)syukran lillah.Alhamdulillah sampai dan kena jadi urusetia kutip derma juga;-)


STADIUM MALAWATI SHAH ALAM

TENGAH KIRA DUIT

SEMANGAT PARA PENYOKONG PR


ANTARA YANG HADIR

JAGUH POLITIK

ANTARA GELANGAT PENONTON

Yang satu lagi hajat saya,nak sangat "join"main bowling,anjuran NISA' Gombak.mula-mula memang tak dapat nak sertai,sebab ada "meeting"unit di UIA,tapi tiba-tiba dapat mesej dibatalkan...masa tu jam 9pagi dah,dah bermula pun,tanya kak sue,kak sue kata mari je,tak bermula pun lagi.Sebenarnya berbelah bagi sebab ada juga jaulah ke rumah arwah kak hajar,tapi bila saya fikir balik,rumah arwah saya dah pernah pergi dan insyaAllah boleh pergi lain hari,tapi bowling ni peluang dah depan mata,kak sue pun kata dia pun teringin nak ziarah rumah arwah nanti,dalam masa yang sama...kebetulan juga adik saya mahirah yang sepatutnya sekali "meeting" dengan saya, telefon dan dia juga teringin sangat nak "join"apa lagi kami pun pergi berdua naik teksi ke Ampang Flamingo.seronok memang seronok,pengalamn yang takkan dilupakan dan insyaAllah takkan terbehenti di situ:-)Syukran lillah,atas kemudahan yang diberikan pada saya.

JOM BOWLING PIALA DR.HASSAN ALI

UNGGU WARNA TEMA...HEHE TAPI SAYA TAK

GULA-GULA M&M...HEHE,BOLA BOWLING...

EH SAPA TU...PERCUBAAN... PERCUBAAN

KIRAAN MATA
SETELAH SELESAI PERMAINAN
PENYAMPAIAN HADIAH
JOIN MAKAN DENGAN COMITTEE
BERGAMBAR DEPAN RESTORAN THAILAND

Free Signature Generator

19 May 2009

TAGGED

Dah lama tak kena tag,terkena lagi,kali ni daripada adik saya yang tomeei ni,adik yan(*_*),dah beberapa kali dipaksanya "respond" tag nya,asyik terlupa je dan tak sempat je.maafkan akak ye dik;-)ni untuk yan^_^

adik yan: Kak Imah- selalu bagi kata semangat dan nasihat buatku. Tak jemu melayan kerana beliau lah yang sulung di antara kami. Terima Kasih Kak Imah. =)





1)Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda

2)Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
NIK NADIA IZYAN

  • adik yang menghormati orang lebih dewasa/tua macam saya... hehe
  • adik yang suka minta pandangan,nasihat dan tazkirah
  • adik yang tomei orangnya
  • adik yang ada keunikannya tersendiri
  • adik yang sejak akhir-akhir ini asyik berkepit dengan saya...hik3

3)Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
Faktanya adalah :

  • pelajar UIA
  • menukar kos daripada ICT kepada IRK pada tahun 1 sem ke 2 di Gombak.
  • Adik beradik 2 orang
  • suka sukan badminton dan terbaru bowling:-)
  • Minat kumpulan nasyid Mestica&In-Team
  • Banyak ditarbiyyah(di didik)oleh atuk dan nenek semenjak daripada darjah 1.(cucu kesayangan...hehe)
  • Anak jati Melaka
  • Tokoh dikagumi,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Bekas pelajar Sek.Keb.serkam,sek.men.arab jaim merlimau,darul quran jakim,matrik UIA PJ
  • selalunya,persepsi awalan orang terhadap saya,garang dan sombong,tapi ada peningkatan dan perubahan persepsi itu...Alhamdulillah(*_*)

4)anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

  1. Ukhtie Izzah:kenalan blog&YM,akak IRK juga,terima kasih atas tunjuk ajar tentang IRK;-)
  2. Akh Asyraf:terima kasih suka berdiskusi dan meluang masa memberi pandangan tentang sesuatu isu.
  3. Ukhtie syikin:adik beradik seperjuanganku semenjak di darul quran, yang telah lama tidak ku ketemui...luv u & miss u so much!
  4. Akh Hanif:sahabat blogger yang suka memberi komentar di blog ni,syukran atas kekerapan kunjungan dan komentar yang diberikan
  5. Akh Aizat:sahabat seperjuangan sama negeri yang rajin juga memberi komentar dan diskusi.syukran,semoga sama-sama kita semua adik beradik MISA dapat sama-sama thabat dalam perjuangan di Melaka khususnya dan MAS amnya.Allahuakbar!
  6. Adikku hajar:salah seorang adikku yang manja denganku,dah lama sangat tak jumpa,hari tu turun UIA Kuantan tak dapat jumpa:-(
  7. Adikku Zaiton:adik yang suka menyakat orang dan apa yang penting...banyak idea dan mudah berubah ke arah yang lebih positif...Allahuakbar!
  8. Akh hadi:seseorang yang sentiasa berusaha membaiki diri dan berusaha menjadi insan yang soleh lagi bertaqwa,anda apa yang anda fikirkan dan apa yang anda ingin jadi!insyaAllah tercapai.
  9. kak firjah:kenalan blog,jejak kasih sebab ex-UIA,hehe walaupun tak kenal tapi akak ni cepat mesra...syukran kak:-)
  10. Adikku amalina I:adikku yang tahun 88 yang bakal mendirikan rumahtangga...langak bendul ae...hehe gurau je.semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam naungan rahmat Allah.ameen.

mujahidah:sebenarnya ramai je yang nak di "tag"tapi ada yang adik yan da tag,tak "best" la,sebab soalan yang sama.jadi di atas ni orang-orang yang bertuah:-)

Free Signature Generator


15 May 2009

WALIMAH 2009

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNYA di antaramu rasa kasih & sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
(Ar-Rum:21)

31MEI(UKHTI NABILA&AKH HAFIZ BAD)-UIA GOMBAK

30MEI(UKHTI HIDAYAH&AKH RASHID)-AHLI NISA'

20JUN(UKHTI AMALINA&AKH SHAHID)-UIA KUANTAN

SAHABAH-SAHABIAH LAIN
*4JUN(UKHTI TASNIM & PASANGANNYA) -UIA KUANTAN *

*TAK PASTI BILA(UKHTI ASIYAH&AKH AZREEN)-UIA KUANTAN*

Kad jemputan & nama-nama di atas antara sahabat-sahabat seperjuangan yang bakal mendirikan masjid dengan pasangan masing-masing,ada lagi sebenarnya tak silap.tapi tak ingat siapa.kalau-kalau dilihat dari segi mata kasar la kan,kampus mana yang mendominasi?hehe...UIA Kuantan(*_*)bagus-bagus,ni bukan masalah dominasi atau tidak,sebab dah sampai jodoh,kahwinlah penyelesaiannya.SEMOGA RUMAH TANGGA YANG BAKAL DIBINA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN REDHANYA(*_*)


HIKMAH PERKAHWINAN

1)Perkahwinan adalah salah satu sunnah Nabi&Rasul

"Demi sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa sebelum kamu dan kami jadikan untuk mereka isteri-isteri&keturunan"(Ar-Ra'd:38)



2)Kurniaan Allah buat hambanya agar menerusinya akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman & bertaqwa yang akan memakmurkan bumi Allah.

3)Ia dianggap 1 ibadah yang dapat menyempurnakan 1/2 daripada
agama seseorang
,dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci&diredhai.


Al-Baihaqi r.a meriwayatkan Hadis daripada Rasulullah S.A.W
"Apabila telah berkahwin seseorang itu,maka dia
telah memenuhi separuh agamanya.Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada
separuh yang belum disempurnakan lagi"


4)Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin,Islam ingin mengikis rasa takut,tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri&anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.


Ini diperkuat dengan hadis Rasulullah:
"sesiapa yang meninggalkan perkahwinan maka ia bukanlah di kalanganku"


5)sebaik-baik jalan memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah
melalui perkahwinan
.


Rasullullah bersabda:"Wahai para pemuda,sesiapa yang mampu berumahtangga,hendaklah ia berkahwin,kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan& memelihara kehormatannya.Sesiapa yang tidak mampu,hendaklah ia berpuasa,justeru berpuasa dapat mengekang keinginan batiniah(nafsu syahwat)"


6)dapat menyuburkan rasa keibubapaan dalam memberi perlindungan,pendidikan dan kesejahteraan anak-anak.


7)melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri,ibu&bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Myspace Graphics
*CINTA sesama manusia hanyalah alat untuk mendapatkan CINTA ALLAH(matlamat),
jadi
untuk menjaga kesucian cinta,jadikanlah CINTA ALLAH sebagai dasar
untuk
mencintai manusia*


mujahidah:itulah antara hikmah perkahwinan yang saya petik daripada buku "Indahnya Hidup Bersyariat" disamping rujukan-rujukan yang lain.ada juga dikalangan adik-beradik seperjuangan saya,sahabah sahabiah dan orang di sekeliling saya yang mengatakan mereka rasa takut nak berkahwin dan tak nak ambil tahu mengenainya dan agak anti dengan hal-hal begini.kita kena ingat,kena ni manusia yang fitrahnya perlukan pasangan.jadi,dari sekarang kita kena ambil tahu,bak kata Senator Mumtaz ketika pernah saya menghadiri program STIGMA bawah HELWANI GAMIS,beliau kata,kena bermula dari sekarang, kita kena ambil tahu hal-hal ni,bukan bila dah ada pasangan dan dah nak kahwin baru nak berusaha ke arah itu,supaya tak berlaku masalah nanti,sebagaimana sekarang,kalau ada pun,risikonya kurang,wallahua'lam(*_*)

Free Signature Generator

0,1 ATAU 2,ATAU DUA-DUA(*_*)

1.Program:LANDAS siri dakwah ke-5
Hari:Sabtu
Tarikh:16/5/09
Waktu:5.30pm-11pm
Tempat:Taman Tasik Titiwangsa,KL(berkumpul di Restoran Nelayan)

2.Program:Perhimpunan Penulis Muda Nasional
Tarikh:23-25/5/09
Hari:sabtu-Isnin
Tempat:Resort Bandar Melaka
Yuran:RM30 sahaja
p/s:daftar segera,hanya tinggal beberapa sahaja tempat kosong.

*sesiapa berminat&sebarang pertanyaan boleh hubungi Ukhtie Atriza 0136485597*
Free Signature Generator

SYOKNYE LAH HIDUP KALAU...

Buku yang bermuka surat 308 ini menyentuh perkara-perkara berkaitan syariat kelahiran,pendidikan awal kanak-kanak,syariat berkaitan remaja,fardhu ain asas(bersuci,solat,puasa,zakat,haji,umrah,sembelih, korban)bab munakahat,syariat dalam bermasyarakat,syariat sunat harian,juga disediakan amalan-amalan sunat ikut takwin islam.

"cover" buku yang mencuri hatiku(*_*)

antara perkara yang disentuh dalam buku ini

berwarna-warni dan bergambar dapat membuat pembaca lebih teruja nak baca

tulisan yang tidak terlalu kecil dan menarik membuat pembaca tidak jemu


mujahidah:buku ni menarik hati saya sebab 1 "cover" dah lawa dah,keduanya sebab isinya,yang paling penting isi la kan,mengenai perkara-perkara asas fardhu ain,fardhu kifayah,perkara yang kadang-kadang kita tak habis hadam lagi,yang mungkin kita terlepas pandang dan tak ambil berat dan tak ambil tahu,contoh mengenai pengurusan jenazah,penyembilahan(hehe yang ni ada pengalaman,pegang kepala ayam masa nak sembelih ayam:-)),pasal haji dan macam-macam la lagi...jadi pasti dan pasti takkan rugi membelinya(*_*)jadi apalagi jom lah beramai-ramai mendapatkannya di pasaran dengan harga RM55.

Free Signature Generator

13 May 2009

YOK TURUN!


Free Signature Generator

GIMIK APE NI!


adoii tak pahamlah,kejap kata sah Yb Ir Nizar MB Perak,senang-senang dalam masa sehari tukar pulak?ape kes?yang Yb bukan pilihan rakyat ni pulak,makin tak tahu malu,dah lah bukan pilihan rakyat,bleh pulak nak minta rayuan nak jadi MB lagi...tak malunyeee(nampak sangat nak jawatan),ingat jawatan pemimpin ni untuk suka suki,untuk main-main,untuk menjadikan politik di Malaysia ni kononnya "menarik"...,aaa menarik la sangat...ingat rakyat suka ke?ni perancangan korang semua,kita lihat perancangan yang maha perancang segalanya,Allah!BN merancang,PR merancang,tapi ingat!sebaik-baik perancang adalah Allah,kita lihat je la nanti,jangan ada yang malu sampai nak duduk negara sendiri sudah la...


"KITA MERANCANG, ALLAH MERANCANG,TAPI ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!"

mujahidah:saja nak luah perasaan jap...dah macam apa la politik di Malaysia ni,mahkamah pun entah ape-ape je lah,dah macam gelanggang sarkas!apa-apa pun,sungguh besar dan banyak ujian dan tarbiyyah Allah buat PR umumnya,dan YB Ir Nizar khususnya,subhanaAlllah,moga beliau bahagia dalam dakapan tarbiyyah Allah,moga hasilnya mampu menjadikan beliau seorang yang lebih hebat untuk perjuangannya mendaulatkan Islam,mungkin kita akan lihat kemanisannya lebih daripada kepahitan selepas ini,insyaAllah...Allahuakbar!

Free Signature Generator



12 May 2009

JOM BOWLING(*_*)


Salam Ukhwwah buat semu pengujung . Nisa Gombak menjemput semua sahabiah untuk sertai bersama bowling Nisa', berbagai acara bakal diadakan yangg akan dirasmikan oleh Yb Dato' Dr. Hasan Ali..Sila hubungi kami ditalian 013-6893185, Azwar untuk sebarang pertanyaan. Masih terbuka kepada yg berminat masukkan bola dalam longkang,hehe... rapatkan ukhwwah dgn rabitah hati EVERYBODY CAN JOIN. BUT ONLY MUSLIMAH(*_*)

-sumber di blog kak sue-

mujahidah:tak pernah main pun bowling,tapi memang dah lama mengidam nak main,insyaAllah ada rezeki nak "join",masukkan bola dalam longkang pun jadi la...hehe asalkan main;-)

Free Signature Generator

11 May 2009

KEMENANGAN

Dapat mesej daripada adik,mahkamah putuskan YB Ir Nizar sah menteri besar Perak...dalam hati(MasyaAllah,kuasa Allah,Allahuakbar!!!)mula-mula tak percaya,mesej dia balik,dia minta tengok mstar online.sebab cuba tengok di malaysiakini,sikit je beritanya.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah


mujahidah:Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!...yok sujud syukur!malam ni ada ceramah di Taman Melewar bersama YB Nizar,ust.Mahfuz Omar dan Siva.ingatnya semalam,tapi ditunda...malam ni tak dapat la den poyeee:( ada hal lebih awla... adikku omar bersemangat kali ni...nanti cerita ke imah na...


Free Signature Generator