" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

28 February 2009

PEMIMPIN CONTOH


“sesungguhnya saya sudah berkuasa ke atas kamu padahal saya bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu semua,apabila saya baik bantulah saya.Apabila saya buruk luruskanlah saya.Kebenaran adalah amanah,kebohongan adalah khianat.Orang yang lemah antara kamu adalah orang yang kuat di sisi saya sehingga saya mengembalikan haknya.Orang yang kuat di antara kamu semua merupakan orang yang lemah di sisi saya sehingga saya mengambil haknya.Jika 1 kaum meninggalkan perjuangan maka Allah menghina mereka.Dan tidak tersebarnya keburukan dalam kaum kecuali Allah akan mendatangkan bala bencana kepada mereka.Taatilah saya selama mana saya mentaati Allah dan Rasul-NYA.Jika saya melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-NYA maka tidak ada ketaatan kepada saya”


~Saidina Abu BAkar As-Siddiq~
(ketika dilantik menjadi khalifah pertama)

24 February 2009

BAPA YANG DERHAKA TERHADAP ANAKNYA


Seorang lelaki telah datang menemui Saidina Umar Al-Khattab r.a mengadukan kederhakaan anaknya.Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana memarahi bapanya serta lupa akan hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab:"Wahai amirul mukminin,tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?

Umar menjawab:"Ya."

Dia bertanya lagi:"Apakah ia amirul mukminin?"

Jawab Umar:"memilih ibunya(baik),memberikan nama yang baik dan mengajarnya kitab(Al-Quran)

Anak itu berkata:"wahai amirul mukminin,sesungguhnya bapa saya tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut!mengenali ibu saya,dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang majusi.saya pula dinamakan "Ju'olan"(sejenis kumbang biasa,hitam).Dia juga tidak pernah mengajar saya walau 1 huruf pun dari al-quran."

Umar lantas berkata kepada bapa itu:"kamu telah mengadukan kederhakaan anak kamu walhal kamulah yang telah menderhakainya.Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu."

Begitulah,Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa,lantaran kecuaiannya mendidik si anak itu.

p/s:Buat bergelar anak,laksanakanlah hak anak terhadap bapa dan buat bergelar bapa,laksanakanlah hak bapa terhadap anak,insyaAllah bahagia dunia akhirat(*_*)

23 February 2009

TAK SABARNYA NAK TUNGGU HARI SELASA NI


Rabu, 18 Februari, Gombak : Selepas mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar UIAM, Ma'ruf Club UIAM akan menganjurkan satu forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia pada saat ini. Antara panelis yang dibabitkan adalah tiga tokoh politik dari parti pemerintah dan pembangkang di negeri Selangor serta seorang pakar undang-undang dari UIAM. Saudara Faridzul Nasarudin, Presiden Ma'ruf Club UIAM menyatakan bahawa menjadi hasrat awal di peringkat Ma'ruf Club untuk mempertemukan YB Nizar Jamaludin dan YB Dr Zambry yang kini menjadi icon utama pergolakan politik di Perak, namun hampir pasti usaha kami ke arah itu agak mustahil berikutan ketegangan yang belum mereda antara kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut program. Kesemua mahasiswa,aktivis kampus, dan masyarakat luar dijemput hadir :


Nama Program
Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration
&
Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia

Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Main Auditorium, UIAM




Isu-isu yang akan dibincangkan:
1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan
2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor
3. Kestabilan sosial yang diketepikan
4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini
5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah
pada saat ini


*Semua Dijemput hadir terutama golongan mahasiswa kerana isu ini berkait rapat tentang masa depan mahasiswa sendiri yang mana kita adalah generasi yang akan menentukan masa depan negara.AYUH!!bersama kita memeriahkan forum ni.tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat terdekat.

~Let's Discover the Beauty of Islam ~
~Ma'ruf D Hati(*_*)~

20 February 2009

MARI BELAJAR BAHASA ARAB(*_*)

Disebabkan ada permintaan daripada pengunjung blog ini untuk ruang bahasa arab,jadi "entry" kali ni khas untuk belajar serba sedikit asas-asas perbualan bahasa arab;-)

PERKENALAN(TA'ARUF)

عمر =أَهْلاً وَسَهْلاً
~selamat datang~
~welcome~


عثمان =أَهْلاً بِكَ
~selamat datang kepadamu~
~welcome to you~



عمر =مَعْذِرَةٌ،هَلْ تَسْمَحُ لِى أَنْ أُعَرِّفَ نَفْسِِِِى بِكَ؟
~maaf,adakah kamu mengizinkan untuk saya memperkenalkan diri kepada kamu?~
~sorry...could i introduce myself?~



عثمان =تَفَضَّلْ،بِكُلِّ السّرُوْرُِ
~silakan,dengan senang hati~
~sure,i'm very happy to know you~


عمر =إِسْمِيْ عُمَرٌ بِنْ جَعْفَر
~nama saya Umar bin Jaapar~

~my name is Umar bin Jaapar~


عثمان =إِسْمٌ جَمِيْلٌ،إِسْمٌ مُبَارَكٌ إِنْ شَأْ اللّه
~nama yang cantik,nama yang diberkati,insyaAllah~
~nice name,blessing name~


عمر =شُكْرًا،وَمَااسْمُكَ؟
~terima kasih,nama kamu siapa?~

~thank you,your name?~


عثمان =إِسْمِيْ عُثْمان بِن عَبْدُ الَّطِيْف
~nama saya Uthman bin Abdul Latif~
~my name Uthman bin Abdul Latif~

19 February 2009

APA YANG PENTING!!!

(Kump.kami,K-6 juara explorace...Alhamdulillah:-D)

Gambar-gambar ni ketika mana Family Day Ma'ruf Club hari tu,pada 15/2/09 Ahad,Universiti Tun Hussien Onn(UTHM)adalah tetamu jemputan khas kami.ramai betul mereka...lebih kurang 70 orang,ia bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara UIA & UTHM(*_*).seronok mengenali mereka,peramah dan mudah mesra.mereka sampai seawal 5am lagi daripada Johor Bahru.

(Ketua membahagikan harta rampasan perang...hik3)

Dalam family day ni aktivitinya explorace...ada 15 checkpoint,tapi semua kumpulan tak sempat habis.kami diberi masa sehingga 12pm je,jadi bila dah tiba jam 12pm kami dikehendaki berhentikan explorace kami.dalam kumpulan saya,iaitu kumpulan 6@k-6 yang diketuai oleh Fitri dan ahli-ahlinya yang dari UTHM,Amir,Faezah dan Sa'idah(Ida) dan dari UIA saya,munirah dan laila,laila mulanya tak turut serta pun pada awalnya,tapi kesilapan kami mencari checkpoint seterusnya menyebabkan hikmah jumpa dengan dia, ketika tu dia baru balik dari "exam"jadi saya ajak je dia turut serta dengan kumpulan saya:-)

(1 untuk kau,1 untuk aku...)

Sejujurnya,saya amat seronok dengan kumpulan saya ni,dengan ketua yang ceria...hehe..."happening" .sahabat-sahabat dari UTHM pun cepat mesra seolah-olah kami dah lama kenal(seronok mengenali kalian,semoga ukhuwah kita berkekalan).Mula-mula kumpulan kami tak ada slogan pun sebab tiada arahan begitu,tapi kene "checkpoint" kami yang pertama,mereka minta kami adakan juga slogan...hehe.mula-mula Fitri nak buat macam ultraman...hik3 ada ke...dia gurau je.akhirnya kami bersepakat guna slogan...hehe...nak tau apa???cuba teka...hehe...APA YANG PENTING!!!KERJASAMA...(*_*)macamku pernah dengar tapi dimana ya;-)

(Nak Bika...nak bika...nak bika...)

Bagi kami "checkpoint" yang paling seronok ialah "checkpoit" YB Sofiyussalam...erk YB jaga "checkpoint" ek...mesra rakyat sungguh...bagus3x macam ni lah pemimpin yang bagus hehe.dia adalah salah seorang yang telah memenangi PRK baru-baru ni,calon Kuliyyah ekonomi,tu yang melekat panggil YB...tapi seperasan saya,memang kebayakkan "checkpoint"YB2 yang jaga;-)ha...apa yang seronok sangat dengan "checkpoint"ni...kami kena kenalkan diri masing-masing sambil melakonkan 1 benda yang melambangkan negeri masing-masing...ha macam-macam gaya,ada yang perkenalkan dengan tarian zapin,ada yang sedang hambat lembu,dan macam-macam lagi...dan 1 lagi task di "checkpoint" ni...kami kena nyanyi lagu yang disediakan(kelakar betul lagu tu)...."saya ada perut...perut saya besar...kalau tidak besar...bukan perut saya"kelakarkan;-)dan pilih 1 loghat yang kami semua suka...kami pilih loghat kelate...kami disuruh menyayikan lagu tersebut dalam loghat yang kami pilih...hmm nasib baik Fitri dan Ida orang Kelantan...ada la panduan kami:-)YB amat puas hati sehingga dia tulis dekat kertas "checkpoint"(bagus kumpulan ni)masyaAllah...hehe
(berkat kerjasama...apa yang penting!!!hehe...)

Alhamdulillah,memang seronok,kami tambah seronok sangat-sangat apabila kumpulan kami yang menjuarai explorace ma'ruf club open day...apa-apa pun setiap checkpoint tu ada pengajarannya,antaranya,kita kena ada cara yang baik untuk berdakwah,kena mengenali diri kita dengan baik,kena pastikan arahan apa yang perlu diikut dan apa yang tak perlu,dan macam-macam lagi.tapi yang sedihnya tak dapat sampai ke "checkpoint" yang ada kayak dan "cycling"...tapi saya da ada berpeluang da naik kayak 2 kali,masa di darul quran sekali dan di sini sekali,cuma kesian pada mereka yang belum berpeluang lagi...dakpe2... bak kata orang terengganu...ada rezeki nanti naik lah,setiap petang boleh je nak berkayak di UIA ni,ha di UTHM pun dengarnya ada kayak,boleh lah kita berkayak di sana je nanti:-D...apa-apa pun syukran kathir ila ashabina minal UTHM(sekali arab da;-))walaupun seketika...amat seronok dan gembira bertemu anda semua...insyaAllah 1 hari kami nak buat lawatan balas ke UTHM...harap sudi-sudi menyambut kedatangan kami..insyaAllah.


"KENANGAN ANTARA KITA BIARLAH TERPAHAT DALAM INGATAN,ANDAI SURAM DEK KERANA KEDEWASAN TAKKAN PUDAR KEPERCAYAAN,MUNGKIN MEKAR SEPERTI BUNGA MAWAR,SENTIASA DISIRAMI BAJA KASIH SAYANG DARI TUHAN DAN DINAUNGI REMBULAN KETAQWAAN"

17 February 2009

APA KATA...

"Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata,tetapi sedikit yang mampu bertahan dalam beramal,ramai pula yang dari sedikit itu yang mampu bertahan ketika beramal tetapi lebih sedikit dari itu yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar & berat"

(As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

p/s:dushhhh...macam terpalik pada diri sendiri je...banyak cakap...tapi apa pun tak buat...apa orang kata tu"habuk pun tak dak"...,muhasabah bersama:-(

16 February 2009

ADA APA DENGAN SURAH AL-FATIHAH?





p/s:masyaAllah banyak fadhilat surah al-fatihah ni rupenye...Maha Suci Allah!!!

15 February 2009

LIRIH PEMBEBAS


Debu-debu beterbangan
Kabut di tanah kemuliaan
Keringat darah bercucuran
Iringi kepergian


Beribu nyawa telah terbang
Menuju tempat yang dijanjikan
Tapi ghiroh tak kan sirna

Bebaskan bumi anbiya


Puing bebatuan telah menjadi saksi
Kekejaman yahudi bangsa syaithoni
Meninggalkan luka, jiwa terzholimi
Berazam bebaskan Palestina kembali

Derap-derap pejuang
Generasi nafas perubahan
Rengkuhlah kejayaan

Goyah jalan disingkirkan

(by shoutul harokah)

13 February 2009

YAUMUL MILAD ABAH(*_*)

(abahku yang gigih mencari rezeki....selalu dapt pekerja terbaik...basha!!!)

11 Februari 2009 genaplah usia abahku yang ke 55tahun.happy birthday abah.moga pertambahan usia ini membuatkan abah lebih tabah mengharungi kehidupan dan perbanyakkan amalan sebagai bekalan di sana.wakafa bilmauti wa'izhan(cukuplah mati itu sekadar sebagai peringatan)insyaAllah.lepas meeting society kuliyyah hari tu,kol la abah kejap...
(abah dan adik berposing ketika rehlah di PD:-))


"assalammualaikum mak,ok da ke sakit ?"

"belum lagi,makin sakit pulak kaki ni"

"keturunan la imah rasa...hehe,mak.. abah ada?"

"ada..."

"nak cakap dengan abah sat..."

"anak awak nak cakap ni"

"abah happy birthday..."

"he...birthday abah ae...hadiah tak de..."

"hehe...insyaAllah nanti imah belikan"...

"abah dah masukkan duit...jangan boros..."

"hehe...insyaAllah..."

"ok abah nak pergi surau ni,nak masuk waktu da..."

"ok...kim salam dengan mak..."

"assalammualaikum"

"waalaikumussalam"

(jasamu tidak terperi banyaknya)

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

(Ayah nilai kasihmu-dhearty)


#"imah belikan dah hadiah untuk abah(*_*)tu je yang termampu..."#

09 February 2009

BUAT YANG BERGELAR AYAH,SUAMI,BAKAL SUAMI & LELAKI.

(maaf gambar kurang jelas)


Semalam ahad 8/2/09 teman 2 orang sahabat ke UM dan majlis kahwin,bawalah bersama buku ni.Alhamdulillah beli 6hb hari tu,8hb mula baca,dah habis dah baca kat UM hari tu:-) (tak ada apa nak buat sbb tu habis:-) ).MasyaAllah,nak promote buku ni...memang bagus buku ni untuk panduan bagi khususnya yang bergelar"lelaki".selalu kita dengar mengenai wanita yang urus hal-hal rumah,tapi kali ni...akan membuka mata2 "arrijalu qawwamu na 'alannisa' " ni.insyaAllah.jadi lepas ni,dapatkanlah di pasaran... ..BEST SELLER buku ni,warna buku ni sebenarnya kelabu...kamera handset kawan ni tak berapa terang;-)

*Buku "CINTA DI RUMAH HASAN AL-BANNA" ini menjelaskan dan menyentuh mengenai persoalan mendidik anak2 adalah isu asas dalam kehidupan berkeluarga & masyarakat.Ia penting dalam menjaga kesinambungan generasi manusia.

*Bagaimana pandangan Islam melihat peranan ayah?Jika disingkap sejarah hidup para ulama' besar,para salafussoleh umumnya dilatar belakangi sentuhan pendidikan yang diberikan oleh ayah.

*Dalam al-quran sendiri banyak dialog antara anak dan ayah.contoh:kisah Nabi Ismail dan NabiIbrahim,kisah Nabi Yusof dan Nabi Ya'akub

*Buku ini menunjukkan bahawa bagaimana As-Syahid Hasan Al-Banna tidak memisahkan antara keluarga & dakwah,dan menyedarkan kita bahwa sentuhan dakwah yang pertama ialah keluarga.

*Antara cerita yang diceritakan dalam buku ini:
anak Hassan Al-Banna iaitu Saiful Islam:"perhatian ayah terhadap pendidikan anak2 amat2 teliti,ayah berhubung baik dengan guru2 dan kerap bertanyakan keadaan saya di sekolah.ayah meminta para guru menguatkan kami dalam beberapa aspek pelajaran,dan bila pulang malam,ayah akan bersoal jawab mengenai pelajaran di sekolah"

*Antara lain yang dikongsi oleh 6 orang anak2 tokoh agung ini,bagaimana mereka makan bersama,tiada suara keras oleh ayah,menasihati anak secara tidak langsung dan banyak lagi.

*Buku yang berhalaman 75 mukasurat ini boleh dihabiskan dalam setengah hari,tapi mampu atau tidak praktikkannya...mungkin mengambil masa.wallahua'lam.


p/s:Jom dapatkan di Pasaran sekarang.InsyaAllah tak rugi... Rm13 je(semenanjung MAS) RM15(Sabah/Sarawak).

DUHAI HATI

Kita ada 1 saja hati,
jika gembira hati itulah,
jika bertaqwa hati itulah,
jika beriman hati yang 1 itu jua,

jika bercinta hati itu jua,
jika terluka hati nan 1 itu jua,

terlalu 1 untuk banyak perkara,
oleh itu JAGALAH HATIMU
!!!

HATI
yang sedar

"sesungguhnya(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa)yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati(yang sedar),atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh(kepada pengajaran itu)dengan menumpukan hati & fikiran kepadaNYA"

(surah Al-Qaf 50:37)

Ya Allah,kurniakan kepadaku HATI seperti ini...

HATI yang bersih

"sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih(dengan iman & amal kebajikan)

(surah As-Syams 91:9)

&

HATI yang lurus

Mereka berdoa dengan berkata:"wahai Tuhan kami,Janganlah ENGKAU memesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisiMU,sesungguhnya ENGKAU jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNYA"

(surah Ali Imran 3:8)


dan KAU peliharalah daripadaku HATI ini...

HATI yang terhijab(tertutup)

"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu(al-quran).padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya,dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat(yang menjadikan mereka pekak)"

(surah An-An'am 6:25)


"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN,JIKA KAU TIDAK TEMUI,CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT,JIKA KAU TIDAK TEMUI CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI,JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH,PINTA HATI YANG BARU..."

p/s:"hati ibu segala anggota,jika rosak hati,rosaklah yang lainnya,jika sejahtera hati,baiklah yang lainnya,maka jagalah hati kita,lakukanlah apa sahaja usaha untuk memastikan hati kita tidak lalai dan leka dari mengingati selain Allah"pesanan buat diriku yang lemah lagi hina ini,dan buat semua pengunjung(*_*)

08 February 2009

LAKUKANLAH...

"Dan daripada malam itu,bertahajudlah dan jadikan ia ibadah tambahanmu mudah-mudahan Allah meletakkanmu di tempat yang terpuji"

(surah Al-Isra' ayat 79)


"Saat Allah berada paling dekat dengan seorang hamba adalah pada tengah malam terakhir.Maka, jika kau mampu menjadi orang yang mengingati Allah pada waktu itu,maka lakukanlah"

(hadis riwayat Al-Bukhari)

PERAK OH PERAK


Jumaat(6/2/09)hari tu berkesempatan ke Perak untuk hadiri perhimpunan di Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar,pergi berkonvoi dalam 4-5 buah kereta.tak bercadang pun nak pergi,on the spot je.mula-mula,muslimat 3 orang je...segan juga(saya,angah nisa' dan wani law),naik kereta kancil yang di pandu akh Zaki ,alhamdulillah sebuah kereta yang dipenuhi muslimat menyusul kemudian(k.fidah.izzati,k.erni,k.paji,shahidat).

Dalam jam mendekati 4pm,muslimin(fitri) yang sekereta dapat "call" dari sahabat yang mengatakan perhimpunan da habis.kami tiba di sana,perhimpunan sudah selesai:-(yang tinggal hanyalah FRU dan anggota-anggota polis.kami dapat berita yang malamnya akan ada event di kediaman MB.Alhamdulillah,kalau tak kami nak pulang je.

Setelah pergi menjamu selera di rumah sahabat muslimin,dalam jam 9pm kami berkonvoi ke kediaman MB.masyaAllah punyalah ramainya umat.baik melayu,cina dan india,pak polisi pun ada...jaga di luar.polis-polis PR pun ada...Unit Amal:-)yang Ikhlas dalam menjalankan tugas,insyaAllah.

Sebelum event bermula,terberbual lah dengan seorang kakak ni,semangat sungguh dia dan suami.dia kata anak dia,2 orang demam,tinggalkan dengan bibik,harap tak ada apa-apa(lagi baik bawa sekali anak tu,supaya dapat aura perjuangan:-)).kakak tu kata,"Umno ni tak boleh hidup tanpa kuasa,sebab tu diorang buat macam ni"...Pada malam tu,kami dapat mendengar ucapan dari beberapa pihak,PKR,DAP dan PAS.ucapan kemuncaknya oleh MB sendiri.teringat dengan pesanan daripada wakil PAS,yang dikenali dengan nama Ust.Taliban...beliau baru balik dari Gaza.dalam ucapannya terselit ayat al-quran yang amat saya semat di hati;-)dalam surah al-baqarah ayat 216 yang bermaksud

"diwajibkan bagi kamu berperang,yang mana ia sesuatu yang kamu benci(tidak sukai),boleh jadi apa yang kamu benci(tidak suka)itu adalah baik bagi kamu,dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu,ia tidak baik bagimu,Allah mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

ust itu menjelaskan dengan semangatnya dan mengaitkan dengan situasi di Perak sekarang,antara ucapannya"kita tak suka dengan apa yang berlaku sekarang,di buat itu dan ini oleh pihak Umno dan BN,tapi yakinlah apa yang kita tak suka yang kita sedih ini ada baiknya untuk kita...mungkin masa terdekat atau jauh...Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersiratnya......................"

Dalam jam 12am,akhirnya ucapan yang ditunggu-tunggu,ucapan dari MB Perak,dengan wajah yang tenang beliau memberi ucapan dengan penuh semangat.Beliau menceritakan kronologi apa yang berlaku sebenarnya bermula dari hilangnya 2 adun tersebut.Beliau menyatakan bahawa,kerajaan yang ada sekarang ni,kerajaan haram...ialah ia bukan dipilih oleh rakyat,dan tak pernah dalam sejarah Malaysia ada 2 menteri besar dalam 1 masa yang sama.tapi ada pulak la dari Umno yang kata,kerajaan perak yang baru ni,daripada rakyat...hmm sape yang pelik tu ek?oh...cik azalina kita.Beliau juga berpesan jangan terlalu percaya dengan media,yang banyak memutar belitkan cerita.Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri dan memberi sokongan,beliau juga menyatakan ramai sangat yang menghantar sms dan menelefon me,beri kata semangat"ramai yang "send message" kepada saya,dan ada yang menelefon saya di depan pintu ka'abah dan mengatakan mereka memberi sokongan dan mendoakan saya"terharu rasanya.dan beliau menyeru ramai-ramai berkampung di kediaman beliau,bagi meneruskan beberapa agenda mereka.(kami terpaksa balik).

Alhamdulillah,kami bertolak pulang dalam lebih kurang jam 1am dan berhenti makan sebentar dalam jam 3am dan sampai di UIA dalam jam 5am.

p/s:perkara 16/6,sistem raja & berpelembagaan malaysia,sultan hanya berkuasa melucutkan jawatan ahli majlis mesyuarat negeri(exco)tapi tidak MB.MB hanya bolehdilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN,undi tak percaya dalam sidang DUN@MB sendiri letak jawatan.sekarang MB perak,IR NIZAR terus mempertahankan yang sebenarnya.mari kita terus berdoa dan solat hajat bagi memohon pada Allah supaya yang haq dikembalikan semula.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!!!

04 February 2009

APA YANG AKAN BERLAKU???


MasyaAllah...apa yang akan berlaku pada pakatan rakyat di Perak pimpinan YB Ir Nizar???baru-baru ni dikejutkan 2 adun PKR diletakkan jawatannya dan didakwa telah masuk BN.dan berita semalam 2 adun tersebut menafikan dan hari ini mereka menyatakan bahawa mereka bukan lagi adun PKR dan mereka adalah BEBAS dan tiada pilihan raya yang akan berlaku.tapi tadi saya duduk makan dengan sahabat seperjuangan...akak tu dapat "call" dari sahabatnya yang mengatakan bahawa Perak akan pilihan raya semula...ha???betul ke sampai macam tu sekali???tapi kalau ia pun lawan tetap lawan...tapi tadi dapat tahu juga yang ada sorang lagi adun Pakatan rakyat DAP masuk BN....apa semua ni???mereka ni dibeli ke???betul ke dah tak tahan dengan pimpinan Ir Nizar???atau gimik politik semata???atau disebabkan seorang adun BN masuk PKR jadi begitu???dan "the latest news",tok seri Najib kita cakap yang BN bakal bentuk kerajaan baru di Perak.dan dapat juga mesej sahabat YM yang menyatakan "pakatan rakyat tumbang,dan BN bentuk kerajaan Perak.Ya Allah...KAU bantulah pihak yang benar....wallahua'lam.


dapat mesej maklumat terbaru 5/2/09 drp sahabat darul quran kerajaan Perak hanya boleh bertukar dgn 3 perkara

  1. sultan bubar DUN
  2. MB undur diri(mustahil!!!)
  3. undi tak percaya dalam sidang DUN(hanya pd April)

so,the option is (1)

confuse....gentar....teruskan berdoa....

ADAB-ADAB BERFIKIR

(maaf gambar tak berapa jelas:-))

Hari tu dok belek-belek buku yang tersusun di rak buku...buku punya la banyak dibeli...tapi!!!hmm tak habis baca pun lagi(apa nak jadi nih...hmm).tiba-tiba rasa nak baca buku yang bertajuk"BERFIKIR SECARA LOGIK & KRITIS" oleh Ainon Mohd & Abdullah Hassan...ha buku ni saya beli ada sebabnya...saya beli ketika di matrik dulu,sebab saya telah diamanahkan untuk memegang jawatan yang memerlukan saya lebih banyak berfikir:-).saya beli buku ni sebab saya sedar yang saya bukan seorang pemikir yang baik....kalau suruh jadi golongan buat kerja boleh la...tapi dah ditaklifkan amanah tu...takkan nak tolak pulak.

Salah 1 perkara yang disentuh buku tersebut,ialah mengenai prinsip berfikir....rupa-rupanya dalam berfikir pun ada prinsipnye yang tersendiri ye...ok let's check it out;-)


PRINSIP BERFIKIR


#sentiasa bersikap membina

  • berfikir secara positif dan mengalu-alukan pandangan orang lain...jangan anggap dan perasan pandangan kita je betul.

#berfikir secara simple

  • melihat atau memikirkan 1 perkara tu secara simple,jangan fikir rumit sangat.

#senantiasa mencari idea baru
  • pemikir yang mahir sentiasa bertanya ada atau tidak cara-cara lain terhadap sesuatu perkara yang ingin diselesaikan.

#tidak suka bertelagah pendapat

  • mendengar pendapat orang,dan dalam buku ini menyebut...pemikir yang mahir pandai mendengar,dan bukan pandai berdebat.

#memisahkan ego daripada pemikiran

  • halangan utama untuk menjadi pemikir yang mahir ialah dengan mengatakan "pendapat aku betul,pendapat dia salah"
  • kita kene belajar menerima hakikat bahawa kadang-kadang idea kita
#merendah diri

  • sifat rendah diri juga perlu,supaya kita mudah untuk menerima pandangan orang lain dan akan wujud budaya yang sihat dan hormat menghormati.
teringat juga masa belajar subjek wajib..."creative thinking& problem solving",yang bertajuk "6 hats of thinking".ada topi rupanya berfikir ni...hehe.


  1. white hat(topi putih) :pemikiran yang berbentuk fakta,contohnya Malaysia ialah salah sebuah negara asia tenggara.
  2. red hat(topi merah) :pemikiran yang berdasarkan emosi,contohnya sedih,marah.
  3. yellow hat(topi kuning):pemikiran positif,contohnya,Malaysia negara yang aman kerana sistem keselamatan yang bagus.
  4. black hat(topi hitam) :pemikiran negatif,contohnya,Malaysia negara yang tidak aman kerana banyak kes-kes jenayah.
  5. green hat(topi hijau) :pemikiran yang kreatif,yang ada banyak idea dan alternatif lain...selalunya jarang orang guna "this hat".
  6. blue hat(topi biru) :"overview" dan "conclusion".
kadang-kadang kita akan menggunakan salah satu daripada 6 topi di atas atau lebih dari 1 atau mungkin semuanya;-)tapi kita jarang menggunakan topi hijau...termasuk saya:-(lepas ni kene asah lagi skill berfikir guna topi hijau;-)yok...