28 January 2009

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH


hari selasa malam rabu... ada seorang adik ni datang bilik saya(org kedah)...dia nak hantar dan pulangkan barang je...tapi kami tersembang pula mengenai istikharah la,Unit Baitul Muslim(UBM) dan macam-macam lagi...tapi banyak mengenai dengan jiwa remaja sekarang la....naluri insani...perbincangan dan perkongsian kami tu menyebabkan saya dan dia dapat "something".

jadi,saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai solat sunat istikharah.istikarah ni selalunya orang buat untuk cari jodohkan...supaya jodoh yang dipilih tu tak salah.samaada kita ada pilihan lebih dari satu atau kita ragu-ragu dengan orang tu...

istikharah maksudnya pilih....bukan tuk dalam pilih jodoh je...jangan kecilkan skopnye.contohnya nak pilih kos apa yang terbaik untuk kita...macam yang pernah saya buat:-)akhirnya jawapan yang saya dapat...saya lari dari kos saya yang dulu,dari sains melompat ke sastera la pulak.contoh yang lainnya,kita banyak pilihan atau tawaran belajar ke,keliru nak belajar di mana dan macam-macam lagi.bukan untuk jodoh je....ingat tu!

tapi saya lebih suka cerita dalam skop jodoh,kerana apa???kerana itu yang selalunya diperbincangkan dan yang memnag saya dan adik sembangkan mengenai skop tu;-)...saya teringat seorang sahabat darul quran yang sudah berkahwin,saya seronok dan thiqah dengan cara mereka mengatur bibit ke alam rumah tangga.saya memang suka cerita masalah dengan dia sejak dari darul quran lagi...tapi sekarang dia dah di kuantan dan dah bergelar isteri dan ibu,takkan saya nak sibukkan dengan hal-hal atau masalah-masalah saya...di uia gombak ni tak jumpa lagi orang yang dapat ganti tempatnya:-( dia pernah berkongsi dengan saya hal mereka...mulanya si lelaki sudah buat isthikarah dan memang ia jelas si perempuan tersebut,kemudiannya si lelaki ini meminta si perempuan tersebut juga untuk sama-sama buat istikharah...dan si lelaki pesan dalam membuat istikharah tu,perlu jaga diri kita dari buat perkara lagha,perkara-perkara maksiat,perkara-perkara yang membawa kepada dosa.kerana apa???ditakuti sebab dosa-dosa,kelalaian tersebut menyebabkan Allah tunjukkan kita pilihan yang bukan terbaik buat kita(lagha ke tak ye masa buat istikarah dulu???)
dan setelah yakin,mereka membawa berita kepada keluarga dan sehingga "step" seterusnya.MasyaAllah baguskan macam ni???rasa suci dan bersih je daripada sebaliknya...yang penting bagi saya lelaki yang kena pandai mengaturkan ni semua...atur dengan cara yang sebaiknya...nak jaga hati...amatlah payahnya.

sedikit mengenai UBM,lagi rasa amat terjaga...kerana mereka boleh katakan mereka dengan seredhanya menerima pasangan mereka,cantik atau sebaliknya lain cerita,tapi yang penting yakin,jadi kita akan lega dan tenang.macam-macam juga la semalam cerita...tapi sikit-sikit je la ye saya kongsikan...

sebaik-baiknya buatlah istikarah masa qiamullail 2/3 malam,rakaat pertam al-fatihah-al-kafirun,rakaat kedua alfatihah-al-ikhlas.
kesan atau tanda selepas istikharah,ada dalam bentuk mimpi,ada yang kita memang rasa tenang sangat dengan pilihan kita tu...dibawah ni bacaan doa istikharah.

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

p/s:isthikarah menunjukkan bahawa kita mahu pilihan yang sebenar daripada Allah,Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita...kadang2 kita suka sesuatu,tapi Allah kata ia tak baik pun tuk kita,dan sebaliknya...jadi istikharah ni ada pentingnya dalam kehidupan kita,kerana ia pilihan yang terbaik dari Allah.jadi lepas ni...buat istikharah dulu baru buat keputusan untuk melamar atau menerima lamaran atau hal lain-lainnya...wallahua'lam.pesanan buat diri yang menaip dan pengunjung yang membaca(*_*)

APA KATA...

"Aku malu apabila Allah melihatku tertawa sedangkan Baitul Maqdis dalam tangan yahudi"

-Salahuddin Al-Ayubi-



p/s:muhasabah diri kita...kita masih boleh bergelak ketawa,ceria,memikirkan tentang cinta,memikirkan nak makan apa,nak beli baju ape,fikir itu,fikir ini...tapi mereka di sana!!!tiada ruang untuk mereka memikirkan itu semua...yang hanya diorang fikir...berjuang untuk selamatkan masjidil aqsa,menyelamatkan maruah Islam tercinta...so ashame with myself yg masih leka:-(

27 January 2009

TRIP TO KELATE

Pagi tadi,3.30am baru je balik dari Kelantan.Pada 24hb pagi hari tu,saya dan keluarga saya bertolak ke kelantan untuk hadiri kenduri aqiqah sepupu saya Wan Mahirah di kubang kerian.kami seramai 11 orang pergi dengan van(*_*).mula-mula saya tak boleh sertai sebab ada "hal" di Kuala Lumpur dan juga ada usrah di Melaka,kebetulan "hal"tersebut dibatalkan jadi dapatlah saya pergi.Mula-mula ingat tak nak pergi juga,tapi sebab ada "perasaan bersalah"dengan persoalan-persoalan kelurga saya,maka saya turutkan juga untuk "Join trp to Kelantan".tapi kali ni jalan rasa tak syok sebab ape...sebab lupa bawa kamera...hehe.tapi nasib baik adik saya dari terengganu(ada lawatan),dia turut serta juga kami di Kelantan bawa kamera:-)dapatlah ambil gambar si budak yang makin cute miut tu,wan mahirah.macam-macam nama gelaran budak kecik ni dapt,irah la,humaira' la,yang kelakar tu,mujaidah puteri pun ade...hik3.kalau tanya wan mujahid,die panggil mujahidah puteri...ummi die kata kalau orang panggil mahirah,dia kata bukanlah...mujahidah puteri...;-)glamour nama blog ambo(*_*)
irah yg makin tomei;-) bersama dgn nek

adikku dan budak banyak cakap...hehe...aid keletah;-)

Aqiqahnya pada esok hari tu,25hb(Ahad),seekor lembu,2 ekor kambing,seekor je sebenarnya...tapi sekor lagi orang bagi...baik betul orang tu.jazakallah/jazakillah dan beberapa ekor ayam...kalau ikutkan sunnahnya aqiqah ni hari ke 7 selepas bayi dilahirkan....kalua perempuan sekor kambing,lelaki 2 ekor...ramai betul orang yang hadir...sampai malam pun ada,majlisnya selepas zuhur.tuan puteri sorang tu,asik tukar baju je....ummi die la hiaskan dia...tapi sayang tak dapat nak ambil gambar....sebab masa tu adik tak sampai lagi.masa balik baru dapat ambil.ramai juga pak cik dan mak cik saya yang turun.yang dari Bangi dan Nilai.yang dari Subang Jaya pun nak turun sekali...dah separuh jalan terpaksa patah balik sebab jln sesak sangat-sangat sebab diorang bertolak lambat...anak mcik ada kelas pagi tu.
kakak aid wan bisyarah dan... la...die lagi...wan mujahid(*_*)
berehat sebentar di rumah besan pcik van...pak dollah

Kami pulan pada 26hb pagi tu.mcik saya dari Bangi dan pcik saya dan family dia dari Nilai balik awal lagi,naik flight...cepat la sampai:-)kami ni dekat 13 jam dalam van.berhenti pun banyak...ingatkan nak singgah Rantau Abang,sebab ade sorang tu teringin sangat nak pergi...2 pupu saya farhana.mula-mula da merajuk da sebab terlepas tempatnya...tapi sebab nak raikan juga...nak tengok laut je...mana-mana nampak laut...lautlah kan...pcik yang kami sewa van tu pun berhenti di tempat yang ada laut...daptlah lihat keindahan ciptaan Allah...kawasan kampung lagi tu...lagi "fresh"...kami sampai jam 3.30pagi tadi.Alhamdulillah selamat sampai le kampung halaman kami....Serkam,Merlimau Melaka;-)hari ni nak balik ke kampun pulak...ok di sini saya selitkan mengenai ibadah aqiqah.check it out...
Rantau Abang...eh bukan...hik3...pantai tak tahu nama;-)
2 dara pingitan Melaka,hazwani dan farhana


PENGERTIAN ‘AQIQAH

  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH

  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .


Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)

SYARAT ‘AQIQAH

  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.

  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH

  1. Berdoa semasa hendak menyembelih:


    بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".

  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.

  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.

  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.

  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.

  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.

  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.

  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.

  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.

  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH

  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

23 January 2009

MASIH BERKUASA

GOMBAK 22 Jan - Pilihanraya kampus bagi Universiti Islam Malaysia (UIA) hari menyaksikan calon Pro-Mahasiswa dan calon bebas hampir menyapu bersih kesemua kerusi fakulti dan kerusi antarabangsa yang dipertandingkan.

Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap seorang calon yang bertanding di kerusi berkenaan.

Menurut keputusan rasmi hari ini, Pro-Mahasiswa memenangi 17 kerusi fakulti manakala calon bebas menang tiga kerusi.Pencapaian tersebut menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pro-Mahasiswa pada sesi lalu.Calon bebas juga menyapu bersih kesemua lima kerusi antarabangsa yang dipertandingkan hari iniManakala calon pro-Aspirasi dan calon Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula masing-masing hanya memenangi satu kerusi.

Selepas penamaan calon Isnin lalu, kumpulan Pro-Mahasiswa sudah memenangi dua kerusi tanpa bertanding di Fakulti Kejuruteraan di kampus Gombak dan Fakulti Kejururawatan di kampus Kuantan.

ne_11.1

Seorang calon bebas pula menang satu kerusi tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi.Dalam pengundian hari ini, bagi kampus Gombak, Pro-Mahasiswa menang sembilan kerusi manakala calon bebas, Aspirasi dan PKPIM masing-masing menang satu kerusi.

Bagi kampus Kuantan pula, Pro-Mahasiswa memenangi lapan kerusi, dua dimenangi oleh calon bebas dan pengundian dua kerusi lagi ditangguhkan.UIA merupakan universiti awam terakhir mengadakan pilihanraya kampus. Sebelum ini, Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan pilihanraya kampus masing-masing.Kecuali UM, seperti yang diduga, kesemua universiti awam lain lain dikuasai oleh kumpulan Aspirasi yang cenderung kepada kerajaan.

Pengundian bagi pilihanraya kampus UIA bermula jam 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang-malaysiakini


21 January 2009

LAWAN TETAP LAWAN


Al-Qassam: Kami berjaya membunuh 80 tentera dan telah melancarkan 980 roket dan menawan beberapa orang tentera.

Semalam,Selasa, 20/01/2009 - Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.


Abu Ubaidah, jurucakap Briged itu dalam kenyataan akhbarnya semalam Gaza(19/1/2009) ” Sepanjang peperangan ini operasi-operasi yang kami jalankan berjaya membunuh 49 tentera Zionis dengan dan mencederakan beratus-ratus lagi, itu adalah jumlah yang tidak termasuk serangan dari mortar dan sniper yang dijalankan oleh Al-Qassam. Jumlah kejayaan dari operasi-operasi itu telah menumbangkan tidak kurang dari 80 orang tentera di medan perang..” beliau juga di dalam kenyataannya semalam mencabar Zionis untuk menyatakan kerugian yang dialami mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr


p/s:berjuang terus berjuang bagi menegakkan Islam sebenar!!!

20 January 2009

BERJAYA TAKLUK

Alhamdulillah PRK di Universiti Malaya akhirnya membawa berita gembira dengan kemenangan Pro-M dengan kemenangan 21 daripada 41 kerusi.ALLAHUAKBAR!!!manakala di UPM Pro-M hanya memenangi 12 kerusi.apa-apa pun tahniah pada semua Pro-M kampus telah berusaha sedaya upaya sekurang-kurangnya ada peningkatan kerusi di "certai" kampus.
STUDENT POWER!!!


p/s:tinggal UIA je yg tak mengundi lagi...22hb ni.moga berpihak di pihak yang benar...ameen.


19 January 2009

CALON PKPIM TERDESAK DI UIA???

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) muncul semula ke arena pilihanraya kampus.

Setelah hampir sepuluh tahun sejak mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, PKPIM mula memencilkan diri dalam arena politik kampus, lebih-lebih lagi di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sepanjang tempoh itu juga, PKPIM lebih banyak menaja dan berkerjasama dengan pihak yang dirasakan mampu memberi kredit kepada mereka - tidak kira dari kumpulan pro-Aspirasi mahupun pro-Mahasiswa, GPMS-Wawasan mahupun We Unite For Islam (WUFI) - mereka telah melalui kedua-duanya.

Penglibatan PKPIM dalam gerakan mahasiswa di luar juga dapat dilihat dengan penglibatan mereka dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Dalam masa yang sama, PKPIM turut terlibat dengan pro-Aspirasi di peringkat nasional.

Kemunculan PKPIM pada kali ini sememangnya sudah dapat dijangkakan. Beberapa tahun kebelakangan ini, PKPIM telah menghantar calon-calon tajaan dan ahli mereka untuk bertanding kerusi dalam pilihanraya kampus. Sama ada secara zahir atau tidak, itu terpulang.

Bantahan PKPIM terhadap penggunaan label "pro-Mahasiswa" dan "pro-Asporasi" yang dibuat adalah suatu langkah terdesak mereka setelah lama menyepi dari arena politik kampus. Ia dilihat melanggar apa yang dipersetujui.

Pro-Mahasiswa digagaskan sebagai alternatif kepada Pro-Aspirasi yang menguasai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kampus-kampus utama pada hari ini. Jadi, inisiatif persatuan-persatuan yang bernaung bawah SMM menggunakan jenama pro-Mahasiswa adalah wajar.

Langkah PKPIM membantah penggunaan label pro-Mahasiswa di UIA bertujuan mencari laluan kepada kemunculan kembali persatuan itu dalam pilihanraya kampus kali ini.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang perbincangan dimulakan berhubung perkara ini bersama pihak berkaitan, terutamanya WUFI sebagai wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) yang menjadi tunggak kepada SMM. Adakah PKPIM cuba menangguk di air yang keruh?

PKPIM kali ini hanya menghantar calon di beberapa kerusi kulliyyah (fakulti) sahaja. Kulliyyah sasaran mereka adalah Kulliyyah Ekonomi dan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.

Sebagai pemerhati situasi politik kampus, saya berpendapat tindakan membantah penggunaan label pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi sebagai tindakan terdesak bagi orang yang ingin kembali semula.

PKPIM seolah-olah cuba menidakkan usaha SMM yang menjenamakan "pro-Mahasiswa" dan meletakkan risiko yang agak tinggi ketika mempertaruhkan calon mereka atas tiket itu.

Perbincangan dan tahalluf (kerjasama) pada ketika ini boleh menjadi tindakan yang tepat atau sebaliknya. Apa yang pasti, pro-Aspirasi telah ada perancangan mereka yang tersendiri. Semuanya hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Adakah PKPIM sudah fikir semasak-masaknya? Ataupun mereka telah ada perjanjian bersama pro-Aspirasi tentang pembahagian kerusi? Atau PKPIM ingin mengambil peluang membina kembali nama mereka setelah tsunami politik dalam pilihanraya umum 8 Mac berlalu?

Jika dilihat daripada sumbangan mahasiswanya, kumpulan pro-Mahasiswa yang lebih sekerat nyawa membantu. Fikir-fikirkanlah.

p/s:sumber http://malaysiakini.com/letters/96358

17 January 2009

JOM DERMA

Jom hulurkan sumbangan untuk saudara kita di Palestin ke Tabung Kemanusiaan Harakah,Bank islam no akaun:14069010021298

PR(KECIL&KAMPUS)

sudah lama rasanya tak mencoret sesuatu di sini...tak adalah lama sangatkan...nak kata sibuk...perasan sibuk je...orang lain lagi banyak keje.jom nak kongsi tajuk di atas.

Isu semasa di Malaysia sekarang ni bahang pilihanraya,pilihanraya kecil dan kampus.Panas….Alhamdulillah hari ini sudah selesai pilihan raya kecil kuala terengganu,yang mana keputusannya memihak pada calon PAS iaitu YB Abd Wahid Endut:32,883,BN:30,252,BEBAS:193, dengan majoriti yang besar…2631mengalahkan parti yang menang sebelum ini,UMNO dan juga calon BEBAS.Allahuakbar!!!

Pilihanraya kampus juga tidak kurang panasnya…bermula tarikh 13/1/09 Universiti Teknologi Malaysia telah menjadi pembuka gelanggang “election” tahun 2009,yang mana keputusannya,10-Pro Mahasiswa daripada 45 kerusi,selebihnya Aspirasi.Di sebelah utara pula Universiti Sains Malaysia(USM),Pro Mahasiswa memenangi 3 kerusi,di Lembah Klang Pro Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)menang 12,33 Aspirasi….semuannya kalahtapi apa-apa pun ada peningkatan kerusi di situ.

Tak mengapa harapan pada 3 kampus di Lembah Klang,iaitu Universiti Malaya(UM),Universiti Putra Malaysia dan penutup gelanggang Universitiku tercinta

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia…nak tahu cerita tak tarikh “election” UIA sudah 2 kali berubah.pada…macam mana lah boleh jadi macam tu.macam-macam je.mula-mula dah keluar notis pagi tu yang 15hb mengundi,tiba-tiba petang tu batal pula.hmm agak-agaknya kenapa ye???dengar khabar ada satu “group” tu tak cukup calon lagi…tengah dok sibuk mencari.wallahua’lam kesahihannya.jadi keluar semula notis yang 19hb mengundi,yang peliknya dan tak seronoknya,16 denominatin(penamaan calon) 17 dan 18 hari berkempen,hari sabtu dan ahad pulak tu,dapat berkempen di bilik je la…dan masalahnya “student”hari minggu selalunya di mana???mestilah keluar…hmm tak faham lah pentadbiran ni…lepas tu tiba-tiba tak jadi juga tarikh tersebut,kerana UIA dilanda krisis ketiadaan air,jadi 16hb yang sepatutnya penamaan calon terpaksa tertunda kerana UIA cuti darurat.jadi akhirnya 22 haribulan tarikh mengundi,19 penamaan calon,20 dan 21 kempen,hikmahnya bolehlah berkempen di kuliyyah-kuliyyah dan “student” pun berada di kampus;-)

Photobucket

Sepanjang pilihanraya kampus ni,macam-macam lah dengar cerita contohnya yang berlaku di UPM, pihak HEP UPM tak bagi kempen guna risalahlah,gambar atau apa-apa je lah bahan bercetak…(macam mana nak kenalkan calon macam tu,susah la…hmm),dan yang terbaru di UM,ketika seorang mahasiswa ingin menunaikan solat subuh di surau pengajian Islam,didapati kepala khinzir yang terbelah 2 dan dialasi dengan bendera PAS,tak silap ditulis di bendera tersebut Pro-M,PMI,yang geramnya binatang tu adalah khinzir!!!dan diletakkan di tempat solat pula tu…apa kes???bintang yang kotor diletakkan tempat suci???apa motif diorang sebenarnya…siapa punya angkara masih dalam siasatan.wallahua’lam.macam-macam je dugaannya…selalunya siapa yang diuji dan dikhianati lebih tu lah yang berada di jalan yang benarkan?nak lawan,lawanlah betul-betul…kita semua kan golongan intelek,lawan dengan cara intelek…bukan main kotor,tukar ini,tukar itu,buat khianat itu,ini…dan macam-macam lagi.lawan dengan cara orang bijak.Ingat!!!menjadi pemimpin bukan untuk suka-suka,untuk menang semata-mata,tapi ia adalah amanah.bila amanah, tunaikan ia,bukan khianati…munafiklah nanti jadinya…nauzubillah.

Semoga 3 kampus terakhir ini akan mencapai kejayaan buat Pro-M.insyaAllah.bagi memastikan yang haq tertegak dan tertumbangnya yang korup.



p/s:jangan berkata tentang perjuangan sekiranya tak sanggup berkorban dan menghadapi dugaan dalam perjuangan.nasihat buat diri terutamanya dan anda semua(*_*)


10 January 2009

LIQA' MAHABBAH

Selepas habis demo,saya dan "angah" saya pulang ke Melaka untuk berjumpa dengan adik-adik MYSOFF1,hasil dari program smart camp di bawah 1 persatuan NGO Melaka,MYCONCERN.hasil dari program tu,lahirlah adik-adik ni yang generasi pertama,sebab myconcern ni baru bertapak...hehe.Alhamdulillah walaupun baru pertama kali program,tapi dapat melahirkan adik-adik yang bagus-bagus,yang pandai berfikir dan berorganisasi.syabas adik-adik.akak-akak dan abang-abang bangga dengan kamu:-)selepas ni kamu semualah tenaga kerja untuk smart camp untuk generasi seterusnya;-)

Gerakkan organisasi MYSOFF1 dengan baik...untuk kelangsungan dakwah di Melaka.Liqa' dimulakan dengan penyampaian tazkirah daripada Ust Mohsen,orang kuat MYCONCERN tidak lepas menceritakan isu semasa sekarang,isu Palestin,membuatkanku lebih jelas mengenai isu tersebut,dan percaya adik-adik juga begitu.selepas itu liqa' urusetia untuk sedikit perbincangan masa depan MYCONCERN,dan bestnye...hehe ust qaryah bagi kad kahwin:-) dan adik-adik ada aktiviti mereka sendiri.dapatlah berbual dengan adik-adik mengenai isu palestin serba sedikit.setelah itu solat jemaah bersama dan makan.

LIQA' MAHABBAH 10/1/09




Cerita mengenai program smart camp adik-adik hari tu,walaupun pertama kali tapi hasilnya amat memuaskan bagi kami sebagai urusetia dan fasilitator.mula-mula dengan masalah kewangannya,Alhamdulilah Allah membantu dan memudahkan segalanya,masalah sikit-sikit tu biasalah,tak seronoklah hidup tanpa dugaan...hehe....mengimbau kenangan dan keseriousan adik-adik dalam program tersebut amat mengkagumkan akak terutamanya.kenapa?rahsia...hehe.Alhamdulillah program tu bagi satu ilmu yang lain buat akak dan akak pasti buat kakak dan abang-abang yang lain jugak...nak tahu apa...sembelih ayam...hik3.susah nak dapat di tempat lain.dan akak pasti bagi adik-adik pasti tak boleh lupa aktiviti ekspedisi dakwah...berdakwah dengan masyarakat secara praktikal setelah berlakon.

PROGRAM SMART CAMP 1(15/12/08-19/12/08)




p/s:semoga ukuwah ini berkekalan dan ukhuwah kerana perjuangan yang suci demi Islam di Melaka khususnya,dan Malaysia amnya.insyaAllah

SUARA HATI MAHASISWA

pengedaran risalah

Jumaat,9/1/09 Kuala Lumpur:Dengan bertemakan hitam dan berkumpul di persekitaran masjid as-syakirin KLCC,mahasiswa sekali lagi membuat gelombangnya tersendiri apabila seramai lebih kurang 3,000 mahasiswa seluruh Malaysia daripada pelbagai kampus telah bersama-sama bersatu hati menyahut seruan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia(GAMIS) bagi menyatakan rasa tidak setuju dan marah dengan tindakan presiden Mesir yang menghalang bantuan kepada saudara seislam kita di Palestin dan beliau turut bersekongkol dengan israel membunuh rakyat Palestin di hadapan kedutaan Mesir.

suara mahasiswi

Cukuplah yang 'intro' tu macam penyampai berita...macam skema la pulak:-)semalam ada 2 demo Palestin 1 di depan kedutaan Amerika dan 1 lagi di depan kedutaan Mesir.mesti ada antara kita tertanya-tanya...kenapa pulak di depan kedutaan Mesir?(sebab saya balik rumah,saya dapat soalan ni)kan negara orang Islam tu,kalau depan kedutaan Amerika tu patut la...ha...ni jawapannya -Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai.

mujahid muda

macam mana?orang Islam tu...tak malu agaknya Presiden Mesir tu.cuba bandingkan dengan Presiden Venuezela...apa yang dia lakukan?ha...beliau telah menghalau pihak yang berada di kedutaan Amerika di negara tersebut...masyaAllah...orang kafir lebih sensitif dan bertindak melakukan sesuatu di luar jangkaan daripada orang Islam sendiri...'so ashamed'.

penerangan dan ucapan

"Hancur-hancur,hancur kuffar,Israel no 1 terrorist,we love Palestin,We Unite for Islam(macam sinonim je;-D ),Hidup Islam,laungan takbir dan pelbagai lagi laungan" .Itulah yang cuba disuarakan mahasiswa di dalam demo kali ini,untuk kesedaran bersama.Untuk bagi kesedaran bahawa apa yang dilakukan Mesir itu adalah teramat tidak patutnya.Para mahasiswa daripada pelbagai negeri dan kampus telah berarak dari masjid As-Syakirin KLCC dengan mulanya menyebarkan risalah-risalah kepada muslimin yang baru selesai solat Jumaat dan berkumpul kemudiaanya untuk berarak sejauh lebih kurang 3km(jauh ke,nak banding sukarnya saudara di Palestin...hmm) ke kedutaan Mesir.

hentikan keganasan!!!

Suara hati kami bermula dari jam 2pm sehinggalah lebih kurang 4pm.memang penat terasa berjalan sejauh 3km(3km je)tapi memikirkan rakyat di Palestin...jauh berbeza...jauh sangat-sangat,mereka berada dalam ketakutan,mereka mendengar dan diasak dengan bom berhari-hari,berita kematian dan kecederaan berhari-hari...kita di sini masih lagi berada di zon selesa.penat,haus masih lagi boleh beli air di Petronas...(hehe sapa la tu ek)tapi mereka, bekalan makanan dan lain-lain disekat...masyaAllah hebatnya ujian mereka,mantapnya tarbiyyah mereka nak dibandingkan dengan diriku ini:-(baru sikit diuji dah mengeluh,dah nangis,itu dan ini...hmm.masyaAllah,subhanAllah."Ya Allah,mungkin hanya ini yang mampu kami lakukan ya Allah,mungkin kami tidak mampu menyahut seruan jihad ke sana,bermandian darah dan berpegang senjata di sana,tapi moga dengan usaha kami yang tidak seberapa ini menjadi bekalan kami di sana yang kekal abadi"

ucapan bersemangat dari presiden GAMIS


ANTARA GAMBAR DEMO PALESTIN





p/s:sahabat-sahabat mahasiswa/i Islam,perjuangan kita di sini masih lagi berada di zon selesa,masih lagi kecil ujian,mehnah dan tribulasinya...itu pun sudah ramai yang mahu/sudah melarikan diri dalam perjuangan(Ya Allah tetapkan aku dan adik- beradik seperjuanganku di dalam jalan perjuangan Islam ini ya Allah)jika dibandingkan dengan perjuangan nabi-nabi kita dahulu...masyaAllah bagaikan langit dengan bumi...juga dibandingkan dengan perjuangan saudara kita di Palestin...juga amat berbezanya...kadang-kadang bermain di ruang fikiran ni,"layakkah aku digelar pejuang???...bagaimana dengan ibadahku,amalanku,bagaimana dengan arahan suruhan amal ma'ruf,nahi mungkarnye...jauh rasanya,tak layak rasanya diri ini bergelar pejuang!!!"sama-sama kita muhasabah diri kita.nasihat ini ku tujukan buat diriku yang amat ku cintai dan ku sayangi dan adik-beradik seperjuangan yang dirahmati Allah sekalian.

08 January 2009

ZALIMNYEEE

Ya Allah zalimnya mereka...
memperlakukan saudaraku sedemikian rupa,
tanpa rasa belas dan kasihan,
tanpa rasa simpati,
tanpa rasa insani dalam diri.

Ya Allah zalimnya mereka...
dengan bangga memperlakukan saudaraku,
egonya mereka,
jahatnya mereka,
tak berperikemanusiaannya mereka.


Ya Allah zalimnya mereka...
merosakkan harta benda saudaraku tanpa segan silu,
meredah masuk sesuka hati,
mengeledah sepuas hati,
sudahlah masuk tanpa diizinkan.


Ya Allah zalimnya,zalimnya,zalimnya mereka,
hancurkan mereka,
porak perandakan kumpulan mereka,
cerai beraikan pakatan mereka,
biar mereka sedar siapa lebih gah lagi daripada mereka!!!



p/s:ya Allah jauhkanlah dari kami juga daripada menzalimi saudara seislam kami tanpa kami sedari...ya Allah ihzimhum,ihzimhum,ihzimhum(kalahkan mereka)!!!menangkan mujahidin Islam ke atas mereka.ameen.

JOM RAPAT UMUM

06 January 2009

JIHAD HARTA


p/s:klik untuk paparan lebih jelas

TERUSKAN BERDOA BUAT PARA MUJAHIDIN DI PALESTIN

Israel berbohong tentang jumlah kematian tenteranya di tangan brigade Qassam.



Selasa ,06/01/2009 -
Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas malam Ahad lalu menyatakan bahawa pejuang-pejuangnya berjaya membunuh 11 askar rejim Zionis dan mencederakan 48 yang lain sejak bermulanya serangan 24 jam yang lalu.

Sumber itu berkata lima askar telah terbunuh pada malam Sabtu manakala enam yang lain terbunuh pada hari Ahad dan salah seorang di antara mereka merupakan pegawai berpangkat Kolonel.

Penceroboh Israel hanya menyatakan seorang askarnya terbunuh dan 30 yang lain cedera.

Sementara itu, Abu Ahmad yang merupakan jurucakap Briged Quds iaitu sayap bersenjata Jihad Islam berkata mereka berjaya memusnahkan tujuh kereta kebal rejim Zionis di Zaitoun, bandar
Gaza sambil menunjukkan askar-askar itu telah diserang hendap banyak kali akibat persediaan rapi oleh kumpulan pejuang Palestin.

(sumber:palestinkini)


p/s:Ayuh!!!kita teruskan berdoa untuk para mujahidin,semoga lebih ramai lagi tentera Israel yang akan ditumbangkan.Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuhakbar!!!hasbunallahu wani'mal wakil,ni'mal mawla wani' mannasir.

05 January 2009

1 OF OUR RESPONSIBILITIES

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham-faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajipan. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti.

Palestin adalah ujian Allah


Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali.

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya.


Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Cerita yang panjang


Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara-negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita. Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran, harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.


Allah terima taqwa di dalam dada


RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin?

*Sumber : Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz

04 January 2009

KONGRES PRO-M NASIONAL

Semalam 3/1/09 bersamaan 6 Muharram 1430H telah berlangsung Kongres Pro Mahasiswa Nasional(PMN) di sekitar Shah Alam tempatnya.Alhamdulillah berjalan dengan jayanya.Ramai daripada kampus-kampus yang menghantar wakil,bukan kampus di Lembah Klang sahaja bahkan daripada Utara dan Timur juga tidak melepaskan peluang.Nak-nak dah nak dekat Pilihan Raya Kampus(PRK)kalau di terengganu PRK gak ,tapi pilihan raya kecil.Kali ni Pro-M dengan Slogan"Menerajui Agenda Perubahan Generasi Baru" dengan misi Hope&Change mahukan perubahan dalam MPP di setiap kampus.






Di Kongres ini juga,mahasiswa dapat melontarkan permasalahan dan perkongsian dengan sahabat-sahabat dari kampus yang telah mengadakan pilihan raya mereka.Di kongres ini juga ada sebuah forum yang menceritakan ke arah perubahan yang harus Pro-M dan khususnya para mahasiswa untuk membawa perubahan dalam MPP yang selama ini dianggap korup.menjatuhkan kebatilan dan mengembalikan kebenaran. Antara ahli panelnya Bro.Aru Chelven,Saudara Nazri Yunus dan saudara Mior Isfandy dan pengerusikan oleh Bro.Faridzul.





Dalam forum tu membincangkan bagaimana menjadi dan cara untuk menjadi pemimpin yang boleh mendekati rakyat,menyedarkan tanggungjawab mahasiswa lapangan sebenar mahasiswa ialah pendidikan di samping ilmu-ilmu lain seperti politik...belajar-belajar juga tapi perjuangan jangan tinggal.ingat tu!!!(buat diriku terutamanya),dan menyedarkan bahawa mahasiswa lah yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara satu hari nanti...insyaAllah,dan pelbagai la lagi.yang best bagi saya...lagu pro-M...best,semangat...mula-mula dengar macam lagu hindustan...hehe.jangan marah...tapi...bila diteliti liriknya...memang bagus dan bersemangat.rasa macam nak dengar lagi la lagu tu,tuk menyedarkan diri dan memberi semangat.siapa lah ada lagu tu ye...(*_*).majlis habis patutnya pukul 5pm tapi disebabkan start lambat dengan masalah-masalah tertentu lewat juga habisnya,tapi saya dan sahabat-sahabat tak dapat nak teruskan sampai resolusi,baru je saudara Norazali(pengerusi Pro-M)naik pentas saya dapat mesej untuk pulang ke kampus:-(.sekadar perkongsian.STUDENT POWER!!!



GELOMBANG PRO MAHASISWA NASIONAL

Kami melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Pro mahasiswa bakal mengganti

Bagai gelombang terus berjuang
Untuk tumbangkan segala kebatilan
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Demi varsiti gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami nak perubahan
Dan harapan untuk mahasiswa


p/s:berjuang terus berjuang,tapi pelajaran tidak boleh diabaikan.kalau diabaikn macam mana nak jadi calon...hehe...perang bakal bermula...jentera-jentera perlu disiapkan daripada sekarang.pastikan kebenaran tertegak,kita jatuhkan kebatilan!!!STUDENT POWER!!!ALLAHUAKBAR!!!

03 January 2009

SIAPA CALONNYE YE???



KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos.


p/s:mesti tak terjangka kan?sebelum ni ramai yang mengatakan ustaz mat Sabu,dan ada juga desas-desus mengatakan Syed Azman.jadi dua-dua bukan.Ustaz Abd Wahid Endutlah yang terpilih(*_*).

01 January 2009

NAK DOK DIAM JE KE???

Adakah kita masih mahu terus mendiamkan diri,tanpa melakukan sesuatu terhadap saudara seislam kita di Gaza?Palestin?dan juga negara Islam yang lain?cukupkah hanya dengan berdoa dan berdemo sahaja?Adakah kita masih mahu melihat situasi di bawah terus berlaku?






marilah wahai umat islam sekalian dan juga masyarakat yang beragama lain yang membenci kezaliman...kita bersatu hati memboikot barangan Amerika dan Israel.sebagaimana kita tahu,Amerika memonopoli ekonomi dunia...mereka menggunakan kekayaan yang mereka ada dengan membeli senjata-senjata...bom-bom,alatan perang untuk memerangi siapa???saudara seislam kita...adakah kita meredhai itu semua...pasti jawapannya tidak.tapi sedar tidak sedar sebenarnya kita juga adalah penyumbang keganasan ini berlaku!!!teringat ana ketika di matrik dahulu,sempena minggu "mengingati Al-Quds"ada satu "talk"...saya cukup-cukup terkesan dengan kata-kata penceramah tersebut.di mana beliau menyatakan "dengan membeli produk mereka,mereka gunakan duit tu untuk membeli bom-bom,alat-alat perang mereka untuk bunuh saudara seislam kita,sedar xsedar bom yang diorang gunakan tu,hasil sumbangan dari kita...masyaAllah, so kita pun penyumbang akan keganasan,bayangkan bom tu ada wajah kita yg membunuh saudara kita,kita juga boleh dikatakan pembunuh secara tidak langsung"masyaAllah.

tiada masa lagi dah untuk kita menyatakan atau memberi alasan yang kita dah biasa menggunakan produk mereka,maka susah nak boikot...cuba fikir...sebelum kita biasa menggunakan sesuatu atau biasa melakukan sesuatu pasti sebelumnya kita tidak biasa...maka tiada alasan lagi samaada biasa atau tidak biasa.ingat!!!isu ini,isu aqidah,isu umat Islam!!!bukan hal remeh temeh...walaupun sukar awalnya...tapi pasti manis akhirnya...bila???insyaAllah bila tiba waktunnya...kalau sebelum ni kita biasa dengar"kulilhaq walau ka na murran"berkatalah benar walau ia pahit...tapi kali ini kita katakan"ifiil haq walau ka na murran"lakukanlah yang benar walau ia pahit...walau ia susah...jika sebelum ini kita tertanya-tanya apakah sesuatu yang boleh kita lakukan selain doa,kutip derma dan berdemo???inilah jawapannya inilah praktikalnya.ayuh kita bersatu memboikot produk Amerika dan Israel laknatullah!!!!gantikan dengan produk alternatif lain....kita banyak produk alternatif lain,milo-vico,oligo,maggie-mamme dan macam-macam lagi.bahkan kita ada produk daripada HPA.mari kita membantu ekonomi Islam,boikot barangan Amerika,Israel dan juga dari Denmark seperti dutch lady.apatah lagi kita yang mengaku sebagai pejuang agama Allah.Moga usaha kita ini menjadi bekalan kita di akhirat kelak.insyaAllah.




tambahan dari sahabat seperjuangan(akh nuruddin)...hayati!!!

TAMBAHAN PENTING! CUKUP2 LAH DUK DERMA PELURU FREE KEPADA YAHUDI LAKNATULLAH DENGAN MUDAH2 GI BELI MAKANAN2 YG ADA SHARE UNTUK YAHUDI.... MAKAN KEDAI KOPI XLEH KE? barang2 mydin xde ke? macamna nak bina negara Islam kalau pejuang Islam pun duk support yahudi

---REFER FATWA SYEIKH YUSOF QARDAWI : SERINGGIT UNTUK PRODUK2 N BARANGAN YANG ADA KAITAN DENGAN YAHUDI BERSAMAAN DENGAN SEBUTIR PELURU KITA DERMAKAN KEPADA YAHUDI UNTUK MELAPAH SAUDARA KITA KAT PALESTIN!!!! !!!

CUKUP2 LAH JADI PATUNG BESAR YANG HEBAT UNTUK MENGINGATI KEHEBATAN LAMPAU TAPI TAK MAMPU BUAT APA2 BILA BURUNG KECIL PERGI BERAK KAT ATASNYA! - ANALOGI OLEH SYEIKH ABUL HASAN ANNADAWI.... ....(for clearer story, can refer www.saifulislam. com on article Palestin : antara Ilusi dan Realiti)

Bangkitlah teman jadi mukmin realiti lagi sejati! Cukuplah menjadi mukmin Ilusi!!

P/S:boikot bukan isu baru...sudah lama.tapi berapa ramai yang cuba mempraktikkannya???mari kita bersama-sama merealisasikannya.buat diriku dan anda semua(*_*).

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...