31 October 2008

Altantuya: Mahkamah bebaskan Razak , Azilah dan Sirul diarah bela diri


KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang tertuduh dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.





Mahkamah bagaimanapun telah mengarahkan dua tertuduh lain iaitu, Cif Inspektor, Azilah Hadri, 32 dan Korporal Sirul Azha Umar, 37,yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) untuk membela diri dalam kes pembunuhan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd. Zaki Md. Yasin memutuskan demikian setelah mendapati terdapat kes prima facie terhadap tertuduh pertama, Azilah dan tertuduh kedua, Sirul.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun itu yang mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati.

Azilah yang mula berkhidmat dalam UTK sejak 8 Januari 2003, mempunyai kepakaran dalam body-guarding atau teknik mengawal orang kenamaan penting (VVIP) sama ada secara berjalan kaki mahupun berkenderaan.

manakala, Sirul yang menyertai UTK sejak 23 Januari 1996 pula bertugas dalam Unit Komunikasi.

Sementara itu, pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Razak Baginda.

Kes yang mendapat perhatian seluruh negara ini bermula apabila mayat model Mongolia tersebut ditemui di Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor.

Altantuya dipercayai telah ditembak sebelum badannya diletupkan dengan menggunakan bahan letupan dua tahun lalu.

Azilah dan Sirul didakwa secara bersama dalam pembunuhan Altantuya dan Razak Baginda pula telah didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut.

Kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian seluruh negara ini berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, yang menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

p/s:macam ada xsettle je lagi...mcm ada org lain yg kene tangkap nih...sape ek???:-)

#petikan harakahdaily

UNIKNYA WANITA,BUKAN PELIKNYA WANITA...(^_^)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

KASIHNYA ALLAH KEPADA WANITA
#gelaran bagi "isteri" di dalam al-quran:
dalam al-quran Allah menyebut perkataan suami isteri dgn perkataan yg sama"zaujuh"(pasangan).mereka dilihat sebagai berpasangan,bukan berasingan.jadi tidaklah lelaki dianggap paling mulia,atau dilebihkan sebagimana sesetengah pihak yg mengatakan islam menganggap wanita golongan 2nd class.bahkan mereka akan menjadi mulia sesama mereka.sebagaimana kita mengatakan sepasang kaca mata,kita tak akan mengatakan yg kaca di sebelah kanan lbh baik dr kaca mata kiri.so,bestkan jadi wanita:-)

#pembelaan Rasullullah S.A.W terhadap wanita:
banyak hadis-hadis yg menunjukkan wanita dimuliakan dlm Islam antaranya

"janganlah seorang mukmin membenci kepada seorang mukminah,kerana walaupun ada 1 perangainya yang kamu tidak sukai,tetapi tentu ada yang lain yang kamu sukai(hadis riwayat Ahmad&Muslim)

"tidak akan memuliakan perempuan2 melainkan org yg mulia,dan tidak menghinakan akan perempuan2 melainkan mereka yg hina"(hadis riwayat Ibnu Asakir)

"bergaullah kamu dengan isteri2 kamu dgn cara yg sopan,kemudian bila kamu tidak menyukai mereka,maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,padahal Allah mejadikan padanya kebaikan yg banyak"

unikkan wanita ni...so janganlah kita bimbang akan diperkotak katikkan oleh lelaki,sebaliknye kita kene yakin yg lelaki soleh akan menegur,melindungi,menasihati dan me me yg lain la;-)kita dengan ikhlas,dengar tu wahai kaum adam,nasihati kami,bukan sebaliknya.

#anggota wanita yg dianugerahkan nama mulia
apa die yek?nama mulia tu ialah "rahim"bukan abg rahim,pcik rahim ,dik rahim ae...hehe gurau je.rahim ibu...nama Allah yg bermaksud"maha penyayang"sudah tentu Allah takkan bg nama mulia ini pd sesu2 yg hinakan...sudah ten2 ia mulia di sisi Allah.masyaAllah.dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah (baby).rasa mcm da cukup je,tapi ada lagi...next

#diberi pahala berterusan
*pahala berterusan?sapa tak nak pahala.wanita disebut"kurang dr sudut agama"tp i2 bukanlah bermakna wanita i2 kurang dr sudut iman & taqwanya.tp cuma kurg bersolat ketika "cuti" dan nifas.wlpn begi2,Allah tetap memberi pahala sekiranya kita bersabar dgn keadaan tidak selesa i2.

*kalau gi2,dah la berguguran dosa2 ketika lahirkan anak,pas2 dlm keadaan nifas tu pun dapat pahala lagi.banyaknya pahala free...tapi ingat kene sabar...menyusukan anak,melayan karenah anak2,dan memelihara diorang,lagi la makin byk pahala.subhanallah.

p/s:maha pemurahnya Allah dengan limpahan nikmat yg Allah bg pd golongan istimewa ini,bukan OKU ae golongan istimewa tu.golongan yg dimuliakan.kenapalah masih ada pejuang2 kononya hak asasi wanita tu xnampk dgn sume ni...kalau diorang tau,agaknya diorang stop dengan perjuangan mengarut diorang tu.dan kenapa la jugak ada perempuan yg nak jadi lelaki...ubah ciptaan Allah la,bertaubatlah.bersyukurlah kita tercipta sebagai kaum hawa.alhamdulillah(*_*)

petikan lagu dhearty:wanita dan rujukan isi dari dairi mufakkiratul mukminah 2008(khas untuk muslimah)


30 October 2008

MASJID,LIBRARY,JIE&SAYA

wah da dekat seminggu gak tak update blog...sekarang ni di uia sedang fatrah exam...ada yang da start dari 22/10 lagi.saya sendiri ada gak exam 22/10 exam tahfiz.exam syafawi ada 5 soalan,bagi diriku starting xberapa baik,soaln seterusnya baru ok,dan xpuas hati dengan diri sendiri sebenarnya,tapi last2 exam ustaz kata,ahsanti dan senyum,saya kira lega la tengok ustaz gitu,sebab ustaz ni kalau dia tak puas hati,dia cakap...alhamdulillah,1 exam da lepas.tp muhasabahnya masih diriku lemah dan leka dlm mjaga quran,ya Allah bantulah hambamu ini menjaga qalamMU,mengulanginya dan mempraktikkanya.ameen.

pastu exam akademik lak,28/10 baru-baru ni.2 paper pulak tu,pagi dan petang,management subjek under econs depatment & petangnya discrete math.macam mana ek?boleh jawab ke?ustaz saya pesan,boleh jawab ke,tak boleh jawab ke cakap je alhamdulillah:-)so,that the answer...alhamdulillah.

tapi bagi saya,saya amat suka dengan diri saya kali ni,lebih berdisiplin,lebih tenang,senang cakap menyayangi diri ni lah,rasa puas dengan diri ni.bukan sebelum ni tak sayang diri,cuma kadang-kadang terasa macam hidup dalam keserabutan...hehe.mungkin sebab masa tu banyak dengan assigment,projek dan mcm2 la,tu yang rasa macam serabut je. mohonlah kekuatan darinya...buat date lah dengan Allah setiap hari,insyaAllah,kita akan jadi kuat di sisi manusia biarpun kita lemah di sisiNYA,sbb fitrah kita hamba kepadaNYA pasti merasa lemah,hina lagi dina bila berdating denganNYA.YA ALLAH BERIKU DAN SAHABAT2KU KEKUATAN & PETUNJUK YANG BENAR...JANGANLAH KAU TUNJUKI KAMI PETUNJUK YANG SALAH ATAS SEBAB KELALAIAN DAN DOSA2 KAMI...AMEEN

pasangan seia sekata;-)

sejak bila rasa diri berdisiplin 2?semenjak nak exam.hehe.bermula la satu hari,adik saya sorang ni,saya panggil dia jie,mengadu dengan saya die tak puas hati dan risau dengan carry mark dia,pastu petang tu dia mai bilik saya dengan muka sedih,ada masalh rupanya,pastu saya pun cakap la akk pun xleh nak study kat bilik sorang2 sekarang,fikiran ke tempat lain.jadi saya cadang pasni kita studi kat library,serta merta dia jawab jom.masa tu dah nak dekat pukul 3pm,kalau ikut saya,saya ingat nak start malam nanti,da tengok dia semangat,saya ikut je.kami
bersepakat pasni kehidupan kami hanya di library dan masjid;-)dan kadang-kadang kami riadah sama-sama dengan shbt2 yang lain.ya Allah indahnya ukhuwah.saya yang serabut pun makin tenang dan bahagia tengok gelagat lucu diorang ,yang mana diorang ni adik2,saya lbh suka gelar diorang adik2 saya.sayang korang (^ _ ^)

pendek kata,kehidupanku sejak akhir2 ni di masjid,di library dan tambahan asik berkepit dengan jie je:-)jie saya,saya jie...hehe.sahbat sejati,hehe.dia ada mslh,saya dgr,saya ada mslh dia dgr.kami juga saling menguat...sebab kami diuji dengan hal yg lbh kurang sama...apa dia?rahsia;-)yang bestnye kitarang memang xdok dah bilik,bila nak mensyahidkan diri je la balik bilik.x bilik saya,billk jie.mcm belangkas kami berdua.ada 1 kali tu kiitarang bermalam di msjd je,sbb saya da terlelap awl masa tu,mana tak nye,exam 2 paper,sbnrnye petang tu n masa jwb exam tu da sleepy da,tp tahan je,bila sampai masjid jie kata nak stadi kat msjd je,so saya ikut je sbb die pulak nak exam esk.saya xddpt studi mlm tu...sbb sleepy sgt.so,jie kejut saya,tapi kata nye saya mcm mamai je,die pun buat keptsn,kitarg stay kat msjd je la.tp spttnye xleh bmlm d masjid,tp xtau la mlm tu.kitarang go on je,xde sape2 larang plak mlm 2..alhamdulillah,sejarah dalm hidup kami berdua,semalam(29/10/08) kami cipta rekod solt berjemaah 5 wak2 di msjd...masyaAllah...mcm xcaya je.hrp2 dpt istiqamah...bila nak exam apa2 pun berlaku.sanggup buat apa saja.




yang bestnye lagi,kami bila nak balik mesti bertembung dengan 1 makhluk ni.wajib jumpa la.apa dia?anjing.bukan sekor,kdg2 berekor2;-)kami jln slow2 je la.nanti lari,die kejar lak.itulah serba sedikit serba sedikit hal saya dlm fatrah nak exam ni.tu la org cakap bila kita rasa sesuatu benda tu kita perlu capai dan risau dan takut xdpt capai,kadang-kadang kita menjadi lain dari diri kita yang sebenar,kita akan paksa diri kita,kalau x,xjd.betul x^_^.walau pun lepas ni saya akan tukar kos,insyaAllah...saya ingin jugak tgglkn kenangan manis dlm kos ni.ni jie punya ayat la,die suh saya tinggalkn kenangan manis dlm ict.hehe.insyaAllah.


boleh dapatkan kisah yg sama tapi isi yg lain...hehe di blog sahbt seia sekata saya di http://sufygirl.blogspot.com:-)

p/s:doakan kejayaan saya dan sahabah sahabiah yang lain dalam final exam ni:-)

"ALLAHUMMA NAJJIHI WAASHABATI FIL IMTIHANI BITTAFAUK...RABBI YASSIR WALA TUA'SIR"

24 October 2008

PERKONGSIAN

Assalammualaikum sume:-)sihat?harap sume sihat,al-maklumlah cuaca sejak akhir-akhir ini tidak menentu,di sini jam 7am hujan renyai-renyai...jagalah kesihatan yek,nak-nak yang nak exam tu.tapi kalau dah sakit nak buat macam mana terimalah dengan rasa bersyukur mungkin kafarah dosa dari Allah dan untuk menghapuskan dosa-dosa kecil;-)semalam 23/10/06 saya dan sahabat-sahabat muslimat yang lain bermalam di masjid untuk sama-sama berqiam pada keesokan harinya.sebenarnya saya dari petang semalam rasa tak sedap hati,tak tahu kenapa...mesti ada sesuatu inzar yg Allah nak tunjuk.tapi kemungkinan jugak sbb ada dok tegur orang tersayang,tegur sesuatu yang da lama nak tegur,tapi baru pagi semalam rasa kuat nak tegur.sebenarnya nak dakwah kat orang yang lagi kita rapat(family)agak susah bagi saya.tak tahulah kalau pendekatan yang saya guna tu salah bagi dia.hmm...saya cuma fikir,saya dok dakwah kat orang luar tapi family sendiri?tu yang dok tegur tu...tapi no respond from her.jadi untuk menghilangkan sedikit rasa tu,saya dapatnya dalam liqa'-liqa' seperti ini.



Jam 4am kami bangun untuk menunaikan qiam,sebenarnya di masjid UIA tidak dibenarkan bermalam di masjid,tapi kami langgar...hehe.puaslah ada seorang sis ni dari mana tak pasti tapi foreigner la,saya amat mengkagumi beliau dengan berpakaian muslimah dan berpurdah.amik master xsilap dok kat mahallah saya...hehe apa kaitan.masa malam kami buat liqa'malam tu dia da pesan ustaz tak benarkan bermalam di masjid.tapi disebabkan kami da bawa barang-barang kami,jadi dia kata tak apalah untuk hari ini.ok cukup sampai situ.sis ni amatlah sayang dengan kucing,teramat...makan dengan kucing,sampai pakaian dia pun dia benarkan kucing tidur atasnya.masyaAllah.kalau kita?kalau yang perempuan ni ada yang takut dengan kucing,tapi tak apalah kan kadang-kadang alergik dengan bulu dia,tapi janganlah sampai anti dengan kucing,sakiti kucing.lagi satu sis ni selalu berada di masjid dan suka memberi salam sambil senyum tak kira kenal ke tidak...dan dia juga suka tegur orang bila nampak sesuatu yang perlu dia tegur.


Lepas qiam mestilah solat subuhkan:-)pas je kami buat liqa' maksurat,kami buat exercise sikit,tiba-tiba sis tu mai la kat kami.die tanya kami"are you exercising?"salah seorang dari kami cakaplah,"let's join us"pastu sis tu masuklah sekali dalam halaqah kami.ingat dia saja-saja je,rupanya ada udang di sebalik mee rupenye...jadi daripada kami tak ada pengisian pagi tu,kami terisi juga dengan tazkirah sis ni.dengan penuh bersemangat.dari percakapan sis ni saya boleh nampak betapa dia menyanyangi Nabi kita Muhammad Rasullullah S.A.W.ada la beberapa teguran yang dia buat terhadap kami dan terhadap generalnya UIAM students.

Antara nasihatnya,dia menasihati kami agar lepas ni berqiamlah di musolla-musolla mahallah.sbb bermalam di masjid tiada dalam sunnah pun.nabi tak ajar pun,dan dengan tegasnya dia mengatakan,kita mengaku umat Muhammad tapi kenapa buat apa yang nabi tak buat pun,kenapa buat separuh tinggal separuh?lagi satu tatasusila di masjid,kadang-kadang benda tu kecil je,tapi ia adalah salah.contohnye,lepas bersolat dok berbual sama-sama kita,berbual pasal apa?dunia?akhirat?sis tu highlightkan dan tanya kami layak dah ke kita semua ni masuk syurga?"jannah is expensive,Allah not stupid to give us so easy to enter it"nak masuk syurga perlulah kita teliti setiap tindak tanduk kita.dari sekecil-sekecil perkara,ke sebesar-besar perkara,kalau kita mengaku sayang Allah dan Nabi S.A.W.wallahua'lam.



ALHAMDULILLAH MASIH DIKURNIAKAN NIKMAT TERBESAR,IMAN & ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN DINULLAH...INSYAALLAH

"RABBANA LA TUZIK QULUBANA BA'DA IZHADAITANA WAHABLANA MINLADUNKARAHMAH INNAKA ANTAL WAHHAB"

22 October 2008

EXAM...DOAKAN(^ _ ^)

TIME TABLE FOR FINAL EXAM(1ST YEAR 1ST SEM)


28/10/08(TUESDAY)

Management-9am
Disc.Math-2.30pm


1/11/08(SATURDAY)
Unggas-3pm


3/11/08(MONDAY)
Programming-2.30pm


6/11/08(THURSDAY)
Database-2.30pm

(Allahumma najjihni waashahabati fil imtihani bittafauk,rabbi yassir wala tua'sir )
ameen

after exam,i'm planning to go to kuantan to visit our friends at IIUM Kuantan Campus and "anak buah kami...Iffah",then go to oversea...ha???isn't it...hehe Langkawi...Hapisha's house...then me and my batch members will go to pondok pasir tumbuh on 22/11/08,insyaAllah will be there for 2weeks.my autie also ask me to go to her house at kubang kerian for help her to take care mujahid,my beloved cousin because she in "pantang"after getting new babgygirl:-)...my sweetheart...wait for k.imah aid...;-)hik3...awat melalut dalam bahasa inggeris ni...hehe saje je...nak cuba2...maklumla di uia, ni la bahasa ibundaku:-)fahimtum?eh arab lak...kalau faham allhamdulillah,kalau tak,buat2 fhm je la ek...hehe.it's just me and my friends planning,Allah is the best planner.wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin.


18 October 2008

MOTIVASI DIRIKU...BASHA!!!

HALIMAH KUAT,TABAH!!!
PERLU KUAT UNTUK ORANG LAIN KUAT
HALIMAH BOLEH!!!
ALLAH BERSAMA KAU HALIMAH
BANYAK TANGGUNGJAWAB YANG KAU KENE BUAT
TANGGUNGJAWAB LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA
DAKWAH,STUDY,JAGA QURAN&BANYAK LAGI
DEMI ALLAH,RASULULLAH S.A.W,ISLAM,MAK ABAH,NEK ATUK.

SUARA MAHASISWA BERGEMA LAGI

Disebabkan tiada respon positif dari KPT berkenaan tuntutan mahasiswa pada 10/10/08 di putrajaya.sekali lagi mahasiswa berkumpul mendesak YB khaled nordin untuk mengumumkan tarikh PRK dan kali ini di UKM die dewan chanselor tun abd razak(DECTAR) sempena program beliau di sana.17/10/08 sekali lagi mahasiswa mencatat sejarah...dengan bertemakan hitam,menyebabkan pihak keselamatan seolah-olah mengesyaki yang kami akan berdemo di perkarangan DECTAR.seingat saya,sahabat saya ditanya oleh seorang pegawai keselamatan di situ,"kenapa dok berkumpul ramai-ramai kat sini,nak berdemonstrasi ke?"dia meminta kami untuk berada kawasan lain.

Tidak berapa lama kemudian,setelah seorang muslimin berbincang dengan certain pihak kami dibenarkan bersuara tapi dengan syarat secara aman.tapi disebakan akal licik mereka,mereka provoke student untuk bertindak agresif dan seolah-olah menunjukkan kami bertindak secara kasar dan minta kami memberhentikan demo tersebut kerana tidak memenuhi syarat untuk bertindak secara aman.keadaan agak tegang masa itu,dalam keadaan tegang itu,muncullah kelibat menteri kesayangan student sume untuk menuju masuk ke DECTAR,dan memorandum sempat diserahkan kepada beliau,harap bacalah ye tuan menteri,jangan dibakul sampahkan pulak.kalau dibakul sampahkan,hmm tunggulah suara mahasiswa bergema lagi...

sebelum berganjak kami melambaikan bunga putih sebagai simbol untuk PRK tahun ini PRK yang bersih,suci lagi murni...macam iklan safi plak:-)pastikan PRK kali ini bersih dari sebarang penipuan.dan akhirnya kami menyanyikan lagu negaraku sebagai tanda kasih dan sayang kami kepada negara(^_^)

GAMBAR SEKITAR DEMO

16 October 2008

YA ALLAH...

AKU TINGGALKAN DIA KERANA ALLAH

cerita di bawah ini ada yang dah pernah baca termasuk saya sendiri,tapi sebagai sebuah cerita yang boleh diambil iktibar,saya postkannya kali ini dalam blog saya.sama-sama hayatinya.


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya adami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengigatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadapan larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah puntya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangakan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengigatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbang kalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebeluam saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.


Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to bulid a family, a faithful one, you can never bulid it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik baut saya dan dia. Dengan kekautan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaian yang tidak pernah jamu, juga hambatan nafsu yan tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya beruasaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang terbaik dan baik sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

15 October 2008

DI MANA AKAL FIKIRANMU WAHAI MANUSIA???

manusia bila dah macam binatang,mereka akan lebih sesat dari binatang,nauzubillah minta dijauhkan ya Allah.


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina


Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan

Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi

Wajah sucimu telah dinodai

Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina!!!

mereka juga mengiimpikan dan berhak mendapatkebahagiaan seperti anak-anak yang lain.bertaubatlah!dan bertanggungjawablah!



p/spetikan lagu *wajah suci* by MESTICA,album Badar 313.

14 October 2008

HAMLATUL QURANKAH AKU!!!



petikan ini saya ambil dari salah seorang sahabat seperjuangan saya,yg jugak seorang hamlatul quran...


Tulisan ini saya estrak daripada penulisan Dr. Muhammad Yusuf al-Qardhawi, didedikasikan buat insan-insan yang pernah, sedang dan bercita-cita untuk menghafaz al Quran, termasuk buat diri sendiri yang lemah dan sering terlalai dalam melaksanakan kewajipan terhadap mukjizat paling agung ini…

ETIKA PARA PENGHAFAZ AL QURAN

Para penghafaz Al Quran mempunyai etika-etika yang harus diperhatikannya. Dan mereka mempunyai tugas yang harus dijalankan, sehingga mereka benar-benar menjadi “keluarga Al Quran”, seperti sabda Rasulullah SAW tentang mereka:

“Allah mempunyai keluarga dari kalangan manusia. Baginda ditanya: Siapa mereka wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Ahli Al Quran, mereka adalah keluarga Allah dan
orang-orang dekat-Nya.”

1. Selalu Bersama Al Quran

Di antara etika itu adalah: selalu bersama Al Quran, sehingga Al Quran tidak hilang dari ingatannya. Iaitu dengan terus membacanya dari hafazannya, atau dengan membaca mushaf, atau juga dengan mendengar daripada pembaca yang bagus, dari radio atau kaset rakaman para qari yang terkenal.

Dari Ibnu Umar r.a.: bahwa Nabi Muhammad Saw bersabda:

“Perumpamaan orang yang hafaz Al Quran adalah seperti pemilik unta yang terikat, jika
ia terus menjaganya maka ia dapat terus memegangnya, dan jika ia lepaskan maka ia akan
segera hilang.”(Bukhari dan Muslim)

As Suyuthi berbicara tentang hukum melupakan Al Quran, ia berkata: melupakan
hafazan Al Quran adalah dosa besar, seperti dikatakan oleh An Nawawi dalam kitab “Ar
Raudhah” dan ulama lainnya. Dengan dalil hadis Abi Daud:

“Dosa-dosa umatku diperlihatkan kepadaku, dan aku tidak dapati dosa yang lebih besar
dari dosa seseorang yang diberi nikmat hafaz Al Quran atau suatu ayat, kemudian ia
melupakannya.”

2. Berakhlak dengan Akhlak Al Quran.


Orang yang menghafaz Al Quran hendaklah berakhlak dengan akhlak Al Quran. Penghafaz Al Quran harus menjadi kaca yang padanya orang dapat melihat aqidah Al Quran, nilai-nilainya, etika-etikanya dan akhlaknya, dan agar ia membaca Al Quran dan ayat-ayat itu sesuai dengan perilakunya, bukannya ia membaca Al Quran namun ayat-ayat Al Quran melaknatnya.

Dari Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang membaca (menghafaz) Al Quran, bererti ia telah memasukkan kenabian
dalam dirinya, hanya saja Al Quran tidak diwahyukan langsung kepadanya. Tidak sepantasnya seorang penghafaz Al Quran ikut marah bersama orang yang marah, dan ikut
bodoh bersama orang yang bodoh, sementara dalam dirinya ada hafazan Al Quran”.

Ibnu Mas`ud r.a. berkata:

“Penghafaz Al Quran harus dikenal dengan malamnya saat manusia tidur, dan dengan siangnya saat manusia sedang tertawa, dengan diamnya saat manusia berbicara, dan dengan khusyu`nya saat manusia gelisah. Penghafaz Al Quran harus tenang dan lembut, tidak keras, tidak sombong, tidak bersuara kasar atau berisik dan tidak cepat marah.”

3. Ikhlas dalam Mempelajari Al Quran.


Para pengkaji dan penghafaz Al Quran harus mengikhlaskan niatnya, dan mencari keredhaan Allah SWT semata, dan semata untuk Allah SWT ia mempelajari dan mengajarkan Al Quran itu, tidak untuk bersikap riya’ di hadapan manusia, juga tidak untuk mencari dunia.

"YA ALLAH RAHMATILAH AKU & SAHABAT2KU DENGAN AL-QURAN,JAUHKANLAH KAMI DARI LALAI MENJAGA AL-QURAN,BANTULAH KAMI DALAM MENGINGATI & MEMARTABATKAN KALAMMU YA ALLAH"



"SESUNGGUHNYA MENGHAFAL AL-QURAN IBARAT MENGIKAT KUDA LIAR YG MANA BILA DIIKATNYA IA AKAN MUDAH TERLEPAS JUGA,BEGITU JUGA AL-QURAN MUDAH DILUPAI BILA DIHAFAL,PERLU SENTIASA DIJAGA & DIULANG"




p/s:untuk diriku & sesiapa sahaja yg bergelar hamlatul quran.kita mulia kerana al-quran tapi kita juga boleh jadi hina atau dilaknat kerana al-quran.wallahua'lam.

13 October 2008

APA KES?

Melaka anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan
10/10/2008 5:17pm
MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok.
Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk.- Utusan


p/s:ape jasa shah rukh khan pd melaka/malaysia???bagi pd artis pulak 2.malunyeeee jadi anak melak mcm ni...hmmm....murah betul pangkat dibagi pd org luar.apa nak jd dgn malaysia ni!!!

12 October 2008

zalamtu nafsi

kita sebagai hamba selalu tidak lepas dari membuat dosa,namun kita kene sedar bahawa Allah maha pengampun lagi maha penyayang.sentiasalah memohon keampunanNYA selagi matahari tidak terbit dari barat,selagi pintu taubat masih lagi terbuka.sentiasalah memohon maghfirahNYA.

"ALLAHUMA ANTA RABBI ZALAMTU NAFSI,WAIN LAM TAGHFIRLI WATARHAMNI LAAKUNANNA MINAL KHASIRIN"

(Ya Allah ya tuhanku,aku MENZALIMI DIRIKU SENDIRI ya Allah...sekiranya KAU tidak mengampuniku dan merahmatiku,jadilah aku orang yang rugi)
waiyya zubillah



***kekadang hati merintih derita***
***akal mengeluh letih***
***namun hakikat hidup takkan berubah***
***yang perlu berubah ialah yang menghadapinya(AKU)***
***hati memilih jalan***
***akal memulakan langkah&iman meluruskan arah***

Anak Soleh@soleha ;-)

mak&abah tercinta

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


"Ya Allah ya tuhanku,KAU ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku sedari kecil"ameen...


p/s:terima kasih mak abah;-)tidak lupa nek & atuk yg dah menjadi seperti mak & abah diri ini;-)

11 October 2008

MOBILASI MAHASISWA

Bila PRK???

sedikit kekacauan

JANGAN PERMAINKAN KAMI!!!
ucapan dari wakil GAMIS

antara yang hadir

10/10/08 sekali lagi menyaksikan kebangkitan mahasiswa di KPT(kementerian pengajian tinggi)di putrajaya.kali ini mahasiswa,mahasiswi berdemo untuk mendesak 3 perkara berikut:

1)mengumumkan tarikh PRK(piliharaya kampus)
2)mahu PRK kali ini bersih dari unsur penipuan
3)menghapuskan sistem e-voting


demo yang berlangsung lebih kurang 1 jam setengah itu menyaksikan dan menjadi medan untuk para mahasiswa menyampaikan rasa ketidaakpuasan hati dan menunjukkan mahasiswa bukannya boleh dipermainkan.teringat kata presiden pro-mahasiswa"kami siswa sisiwi bukannya budak sekolah,budak tadika yang boleh diperlekehkan dan dipermainkan"tindakan KPT yang membisu dan memesterikan tarikh prk mencabar student untuk berkumpul pada hari tersebut.walhal ada kampus tertentu yang telah mengetahui tarikh prk.ini menunjukkan berat sebelah oleh pihak KPT.

pelbagai wakil pelajar memberi ucapan,wakil GAMIS,presiden pro-mahasiswa dan beberapa wakil lain.akhirnya,lebih kurang jam 3.15pm,timbalan menteri KPT,yb idris turun menerima memorandum dari beberapa wakil student,dalam memorandum tersebut menyatakan 3 hasrat di atas dan KPT,kami pasti akan datang kembali sekiranya tiada tindakan dari KPT dan terus dengan mentaliti kamu semua yang bahawa student ini budak-budak hingusan yang boleh dipermainkan.nantikan...


"hati nurani milik DIA,namun usaha dan teruslah berusaha tanpa berputus asa dari rahmatnya,supaya hati-hati kita & mad'u kita tidak jauh dari merasai kenikmatan manisnya iman padaNYA,jangan pernah merasai kepuasan dalam ibadah & dakwah,tapi sentiasa menagih untuk terus dalam jalan jihad,berdoa dan mengadulah padaNYA,moga-moga ibadah berdakwah dimakbulkan..."ameen.





08 October 2008

PESANAN BERSAMA

sabda Rasulullah S.A.W:"ballighu 'anni walau ayah"(sampaikan dariku walau 1 ayat)

firman Allah:"wazakkir!fainnazzikra tanfaul mukminin"(berilah peringatan,sesungguhnya dengan memberi peringatan memberi manfaat bagi orang mukmin)
(surah azzariyat 27:55)




*jaga hubungan dengan Allah,ibu bapa,guru-guru,&rakan-rakan

*jaga solat&quran sebaik dan sesempurna mungkin

*fokus study dengan baik

*buat kerja bersungguh-sungguh,lawan MALAS

*kuat dalam berdakwah

*bertegas bila tahu sesuatu perkara itu tidak betul

*budayakan salam dan senyum(^ _ ^)

*bertolak ansur,berlapang dada,kawal perasaan marah

*jaga emosi,kata-kata&tingkah laku

*sebagai daie dan juga orang kepercayaan Allah,sentiasalah merubah yang terbaik setiap hari

*jaga solat malam,tahajjud,dhuha jangan tinggal kalau boleh

*bangun awal,banyakkan bersenam,kurangkan kenyangkan perut

*sentiasa ingat mati

*bersedekah walau rm1

*luangkan masa untuk umat,masyarakat dalam seminggu(sumbangkan tenaga,wang,hatta buah
fikiran)

*banyakkan minum air kosong

*jaga sumber makanan,awasi kesihatan badan

*awasi kesihatan pancaindera

*lakukan sesuatu dengan niat ibadah(yang penting kualiti bukan kuantiti)

*kurangkan bergurau

*sedarilah kita semua adalah pemimpin samaada diri,keluarga,agama,masyarakat.

06 October 2008

Muhasabah


Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia,bertaqwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari(akhirat)yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan sesorang anak pula tidak juga dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun.Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar,maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah"
(surah al-luqman,ayat 33)

p/s:la taziru wa ziratun wizra ukhra

02 October 2008

RAYA...RAYA...RAYA...


hj.md said&hjh.maimunah's house

selamat hari raya sume...maaf zahir & batin...minta ampun byk2 dr hujung rambut hingga hujung kaki andai terkata,terumpat & ter-ter yg lain la:-)hmm...bosan la raya tahun ni...xbest sgt2.

ape yg di dok berbincang tu

beraya di rumah pcik di bachang

mcm biasa stp tahun rumah ni akan sibuk bila raya pertama.memmang x menang tangan.sbb pagi2 lepas slt subuh rmi da mai...maklum la rumah orang popular...hehe...atuk & nek ^_^pas solat raya lak,akan ada marhaban dari org2 surau...stp tahun gi2...saya mmg tak pakai baju raya pg2 raya stp thn...sibuk kat dapur.mcik saya yg doktor sampai buat lauk tuk pagi raya sampai pagi n xlalu nak tido pun...ye la...memikirkn tuk pg raya.tahun lepas mcik saya yg kelantan,maklum la atuk saya kalau ada xkene...habislah...hehe.tapi kali ni saya n mcik yg xkhwn lagi rileks sikit...sbb ada 2 bibik mcik2 ade memban2...2x indon.mcik yg doktor dgn mcik yg pensyarah nye...byk sgt diorang memban2...terima kasih,syukran,arigto',kamsahamida,syukria...n mcm2 lg la buat bibik mak kin & bibik mak kak;-)hehe...

pakcik & mcik dok salai ikan

minta maaf ye k.wani...sob...sob...sob

tahun ni raya xbest...sbb mcik yg kat kelantan xde...heeh sbnrye buah hatiku mujahid xade...ari 2 die kol...ajk raya kat kelate..."k.imah jom g kelate,ghayo ngan aid"hehe...xleh la aid...xcukup kaki tangan la kat uma nek...:( rindunye kat aid...xlama lagi aid akn dpt adik baru,bln 10 ni gak.

di port dickson...keluarga bahagia;-)

yeah...wa juara...

lambatnye makanan ni sampai...

sape yg jd kucing ni....

tangkap jgn xtangkap

main pasir lak bdk2 ni


lawan jgn xlawan

tahun lepas cuti raya lama ckit...kami nye family selalu berkonvoi bila beraya...best..thn ni mcm xde je.sbb sume cuti skjp skjp.ni raya ke 2 da xbest.thn lepas gak kitarang g kat port dickson bermalm di sana 2hr 1 mlm sbb mcik yg doktor tu(mak kin)ble dpt half price...ade share kot kat villa 2..kitarang pegi masa 2 musim raya tu...hehe.fesyen raya zaman skrg...then kdg2 beraya dgn kwn2 g uma cikgu2,kwn2 terdekat...tp mcm xde gak thn ni...makin lama makin xterasa kemeriahannnya.ape2 pun bersyukur sbb dpt sambut lg and dpt bersama family tsayang.
sebahagian sepupu2ku yg riuh...hehe


along...along...nak dukung

bukan diriku rupenye yg mengeluh,tp sepupu2 ku yg lain pun sama.ape2 pun ukhwah antara kami ttp terjalin;-)saye ni cucu yg paling sulung,sume cucu nek & atuk ada 24 org tmasuk sorang cucu angkat.ni family sebelah mak.saya xrapat sebelah abah sbb kedua2 atuk & nek sebelah abah da tiada.lg pun,saya ni da lama tggl dgn nek & atuk dr drjh 1 lg...sampai mcik2 n pcik2 yg lain pun kdg2 pggl saya adik,pd hal saya anak buah diorg...hehe,pggl nak la kan..yg lagi kelakarnye budak2 ni ade ingt saya ni anak nek,ada yg ingt saya anak angkat...hmm sabar je la...budk2.. mcm2 assumption diorg.pernah 1 kali tu,sepupu saya nama di najwa pggl wa...mak ckp la saya anak die...pas2 die ckp..."eh ye ke anak mak ain,k.imah cantik...hehe ye ke aku cantik...bese je...tp 2 budk2 yg ckp...bdk2 xtipu...perasan la plak...smbg balik dialog wa 2...mak ain xcantik pun..."hai bdk2 mcm2 je...layan kan je la.bila da sepupu kecik2 ni,nak xnak kene jgk la kdg2 bperangai mcm bdk2...^_^
siannye suhail...kene buli;-)

aid...nak duit raye x ?atuk nak bg ni...

kat rumah ni kitarang ada persatuan...persatuan along2 bersatu...sbb kami ada organisasi kami sendiri...pengerusi die firdaus md fauzi,even saya yg paling tua tp die yg along lelaki yg paling tua...die lah ketua.arrijalu qawwamu na alannisa'saye timb,then setiausaha nur hazwani mohd nor and treasurer siti nawwar syakirah zulkifli.pas2 ada persatuan angah2 bercerai...haha sbb pe namanye gi2 sbb xde organisasi 1,then diorg mmg xbersatu pun...sorang ke timur,sorg ke barat...hai adikku...gerakkanlah persatuanmu...hehe.pas2 persatuan uda2 muda...persatuan ni x aktif sbb 1 diorg muda2 lg kot...err ye kerr...muda la gak...pasni xtau la kalau mncl persatuan lain...saje je tuk meriah2 family....dari si2 ukhuwah tjaln...honestly dulu saya xsuka bila family balik ramai2...tp tidak lagi sekarang...sayang family saya...semoga keluarga kami sentiasa dalam rahmat & kasih sayangnya...ameen.

keluargaku syurgaku

UNBREAKABLE

Bestlah buku ni,mulanya risau juga nak beli buku omputih,sebab risau pengunaan perkataan di luar kotak fikiranku😂Tapi sebab pernah d...