" Hai orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan)untuk mendekatkan diri kepadaNYA Dan berjuanglah di jalan Allah, agar kamu beruntung. "(Al-Maidah : 35)

30 August 2008

GERAI CONVEST "KAMI"

Alhamdulillah d 21-28/8/08 telah selesailah fiesta convest sempena meraikan abg2 & kakak yg da grade.mcm2 ada masa konvo blangsung.ad seminar kaedah jibril,booth "discovery the beauty of quran",nasyid 9kump nasyid,hal ehwal islam n lain2.gerai2 makanan jugak tidk ketinggalan,byk gerai2 yg menjalankn perniagaan mereka baik dr luar,dlm n dr student sendiri.tmasuk gerai kami,GAZEBO CORNER.ape yg kami niagakan nak tau...check it out:-)

menu istimewa,ais krim goyang:-)





gerai kami:)gazebo corner

mari2 mai gerai kami


tgh wat pe 2...oh,ratakan kek batik

bakal chef,goreng ayam berempah




handset pun tolong settlekan ikan bilis^_^


antara menu lain

chef kek batik,chef thattai:-)

28 August 2008

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah


Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali �sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam � di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam � alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

p/s:keratan harakahdaily bertarikh 27/8/08

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUM INI

RAMADHAN YANG SAMA
NATIJAH YANG BERBEZA

27 August 2008

ANAK BUAH "KAMI"

umi & abi Iffah
iffah y g tomei:)
srikandi islam

Alhamdulillah "kami" da jadi mak2&bapa2 saudara kpd srikandi islam,insyaAllah... Iffah Mardhiyyah:-)pd 17Ogos2008 & masyaAllah bsamaan nisfusya'aban 15sya'aban.da lama da blalu.tibe2 rasa nak tulis psl ni.selamat datang ke dunia baru Iffah:)tahniah buat ummi & abi Iffah gak(Nurul Mutmainnah Yusof & Mohd Imran Ahmad).insyaAllah korang pasti mjadi ibu & abah yg tbaik buat Iffah.kami d gombak xsempt lg nak g tgk iffah lg,n jgk korg la sekali n adk brdk di kuantan...:)insyaAllah smpi gak nnati...insyaAllah.ok ckit je ni,mlm ni nak exam...curi masa sat je ni^-^

19 August 2008

STUDENT POWER!!!







DEMOSTRASI BANTAHAN AUKU
18/8/08 sekali lagi menjadi 1 tarikh keramat bagi mahasiswa Malaysia,dgn mgadakan demo sekali lagi bg membantah auku yg myekat kebebasan mahasiswa.wlpn kementerian pengajian tinggi pernah myatakan bahawa mereka akan meminda auku,tp sehingga skrg tiada pindaan yg dilakukan.ia hanya PINDAAN KOSMETIK KPT.ia dilakukan supaya mdesak sume ahli parlimen dpt mmbahsknnye di parlimen.baik kerajaan bn atau kerajaan pakatan rakyat.


Alhamdulillah saya & shbt2 seperjuangan yg lain dpt myertai demo tsebut dengan selamt n jayanya.ini adalah pgalamn 1 saya myertai demo sebegini,sblm ni yg tak adventure sgtJmula2 tkt gak,tp berkat prnh ditarbyh dlm “club” saya n bila ade “training” ade diselitkn modul begini,alhmadulillah sdkt sbyk menghilangkn sdkt gemuruh.lg pun ramai,kalu sorg ye la jgk takutJdengan bertemakan HITAM,kami berkumpl seawal 8.30am di tugu Negara.pasukan polis mcm biasa,da start la jgk nak buat kacau,tp alhamdulillah dgn bbrp org bbncg diorg lepskn la jgk.tp kacau jgk pgrakan kitarang…smpi ade sorg kakak polis tu ckp “mcm ni ke golongan terpelajar”nak je jwb…”aaa mcm ni la golngan tpelajar,bkn dok ikut mcm lembu dicucuk hidung je…”smbl brbaris bertiga2 n laungan “KAMI BENCI AUKU,STUDENT POWER,MANSUHKAN AUKU & SO ON”.


akhirnya alhamdulillah kami smpi bdekatan parlimen.setlh bbncg dgn pak polisi,mereka bg la gak dok kat bahu jln.di situ mcm2 laungan n kata2 semagt dr pelbagai pihk.insiden2 polis n mahasiswa mcm biasalah.xsah lah klu demo xde insiden2 tu.di samping tu ade jgk laungan selingan dr kami”SB,SB KAMI SAYANG,TOLONG SB…SAYANG KAMI,POLIS,POLIS KAMI CINTA,TOLONG POLIS…CINTA KAMI”;-)mcm berdondang sayg lak,polis2 ni yg pntg nye sbnrnye diorg nak rampas pmbesr suara.smpi pihk pols cb gempur nak dptkn bende 2.ye la apa tidknye,dpt secara baik xbg,so diorg berang gempur je la.tu la part paling “best” masa tu.mahasiswi pun xtkecuali begempur sama.yg bestnye,alhmadulillah hujan rahmat dr Allah.spnjg dr tugu Negara cuaca da mendung da.smpi je di hdpn parlimen,dkt2 20min disi2 akhirnye hjn rahmat turun.kami ttp xbgerk,lg semgt.x kira,hujan,hujan la,bsh kuyuo,basahlah.may b part yg xdpt dilupe jgk.kami apbila speaker suh baring”STUDENT BARING,BARING……..”dkt 7min gi2,pas2 speaker suh bangkit balik la kan…xkan nak tido’ kat si2”STUDENT BANGKIT,BANGKIT….”


Pelbagai pihk yg mgambil gmbr kami masa 2.pihk kami x yg pihk “bkn kami” pun ade.HEP UM ade.myedari kedtgn beliau,beliau dismbt dgn laungan yg sktkan hati die smpi la die bgerk ke tmpt lain,die ingt student skrg tkt sgt la die mai amik gmbr tu.syabas student UM yg begi2 berani.hehe,student UIA pun sama.hik3 nak jugak tu…


Resolusinye alhamdulillah,5wakil dr mahasiswa dibnrkan mask ke dlm parlimen bertemu dgn timb.pengajian tinggi n diminta untk dibahaskn pindaa auku didlm parlime.dan kami jg diberitahu bahwa mahasiswa akn dibnrkan mgikuti sesi perbahasan...tgk je,bukn berbahas sekaliJhrp diorg xcakp je…mcm sblm2 ni.hrp ade tindakn.oh ye,tlupe lak,demo ini jugk menarik reaksi seorg ahli parlimen Serdang,permpuan & bbagnga cina.beliau jg bucap,dgn berkata dlm bahasa inggeris la lbh kurg mksd”saya bangga dgn kamu semua mahasiswa dgn beraninye mgadakan demo begini demi menuntut keadilan”


Kali ini symbol2 yg dibw masa demo ni antaranye,mayat tp bukn betl2 la,klu betl2 da lama xikut…yg dibuat sendiri,tanda mahsiswa hanya mcm mayat sekiranye auku trs ade,then,burung dlm sangkar yg akhurnye dilpeskn masa last demo,tanda harapn seblm ni mahsiswa dikonkong n akhirnye dibebaskan dr auku…insyaAllah.dan jgk beberapa kain rentang yg menarik sehingga pak2 polisi kita yg kita sayangi n cintai nak rampasnye.cian diorg,nak buat hiasan agknye kat bilk office diorg…yg mayat tu pun diorg nak.nak amik supaya diorg insaf n ingt mati kot…alhamdulillah.yg kelakarnye pihk polis ni,da leps da bsurai tu,diorg g kat tmpt muslimin letk motor n amik mayat tu.nak jugk mayat tu…da la 2 xckp lg,rampas helmet bbrp student.erm…ape punye polis la.bengang la tu.last2 buat keje xpatut tu.xpe lah,itulah pjuangan.


Ape2 pun alhamdulillah n “tahniah buat semua mahasiswa,pertam kali demo mahasiswa berjaya di adakn didpn parlimen selama 2 jam.kita mcipta rekod.STUDENT POWER!!!”itulah mesj yg saya n shbt2 yg lain dpt.semoga perjuangan mahasiswa ini brterusan dan tidk sia2 insyaAllah.


WE UNITE FOR JUSTICE
WE UNITE FOR FREEDOM

WAHAI KERAJAAN BN & KERAJAAN PAKATAN RAKYAT,PANDANGLAH KAMI,DENGARLAH SUARA KAMI,KAMI JUGA RAKYAT MALAYSIA YANG ADA KEHENDAK DAN PANDANGAN KAMI SEBAGAI MAHASISWA UNTUK KEBAIKAN KAMI DAN MALAYSIA JUGAK.

STUDENT POWER!!!


17 August 2008

MELETAK HARAPAN

 
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu,
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.
 
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia
akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila
sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula, akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa,
anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia
melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya, akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu
pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan
menyesal.
 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan, yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan, kelak kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang

akan menyesal.
 

16 August 2008

BULAN SEPTEMBER=RAMADHAN TAHUN NI:-)SERONOKNYE...

Sekarang buln ogos,tak lama lagi nak masuk bulan 9.buln 9 kali ni jth pd bulan ramadhan tuk buln islam.bestnye...hik3x sape la lahir bulan 9 kan...bertuahnye org tu.ni saya amik dr dr.fadhilah kamsah mgenai penyelidikn beliau.sape2 leps ni nak tau mgenai bulan msg2 bg tau la ek.saye post bulan saye je.betl xbetl wallahua'lam.honestly,bg saya ade betl ade xbekaitan pun dgn diri ni.org2 yg rpt je la tau kite ni mcm mane:)jom kita check ciri2 buln 9.leps ni ble tgk kat org sekeliling kita yg lahr bulan 9 ^_^ .xlama lg da nak genap 22thn,insyaAllah pnjg umur 14 ramadhan ni:-)jom kita liht ciri2 buln 9...

SEPTEMBER

sangat bersopan santun dan bertolak ansur
sangat cermat, teliti dan teratur
suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
pendiam tetapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
sangat prihatin dan terperinci,
amanah, setia dan jujur
kerja yang dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yang tidak diketahui
orang yang banyak berfikir
daya penaakulan yang baik
otak bijak dan mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
banyak simpan rahsia
suka sukan, hiburan dan melancong
kurang menunjukkan perasaannya
luka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yang luas
sistematik

pas2 ade tmbhn,sbb ade org ckp kan & kebtln ustz saye yg ade ilmu bc2 ni pun prnh ckp kat saya masa kat sek dulu,die kata saye ni ble jd ibu yg baik:-)wallahua'lam.tu sape2 pun insyaAllah ble jd gi2.tu lama lg la nak tau btl ke x & jg ade org lain kata juga ble jd shbt yg baik n setia...insyaAllahbulan 9 oh bulan 9.aina,ba',naim sume buln 9.ade x ciri2 ni kat korang:-)ade2,ade yg kene ade yg x...hik3x.


mcm mane???ada ciri2 tu pd diri saya & anda yg lahir bulan 9...masg2 tau la kan.ok tu je yg dpt dikongsi kali ni:)santai2 je ckit kali ni...



14 August 2008

DUHAI HATI




Hati
janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid,
tetapi kejarlah cinta Penciptanya...

Hati
janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...
sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih....

Hati
sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??...
tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...
kau perlu tabah!!
Dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua...
Duhai hati...
bersabarlah...
perjalanan kita masih jauh....
bersabarlah...
teruskan doamu...
Hari itu akan tiba jua....

Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak...
bersabarlah.....

SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERSABAR...

PELANCARAN PRO-MAHASISWA NASIONAL & DEKLARASI MAHASISWA KE PILIHANRAYA KECIL P.PAUH



HIDUP,HIDUP!!!HIDUP MAHASISWA
WE UNITE FOR ISLAM
WE UNITE FOR MAHASISWA
WE UNITE FOR JUSTICE



STUDENT POWER!!!




itulah antara laungan dihadapan library UM pada lebih kurang jam 12pm,14/8/08.saya dan beberapa shbt lain terus menuju ke UM setelh hbs kelas pd jam 11.20am untuk bersama2 memberi sokongan dengan bertemakan oren.tp saya n shbt2 xikut tema:-) .ape2 pun,alhamdulillah,ia memberi sedikt sebanyak semangat kapada saya & shbt2 saya yang bahawa tugas kita sbg mahasiswa bukanlah hanya berada di bilk kuliyah utuk study semata2 tp ada sesuatu yg perlu kita suarakan & perjuangkan demi ISLAM utamanya.bersyukur rasanya ramai shbt2 muslimin muslimat yang msh raami ingin memeprjuangkan nasib & suara mahasiswa.alhamdulillah,semoga thabat dlm perjuangan.ameen.

04 August 2008

SAUDARIKU


saudariku..... Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun.tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku..... Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam...... Namun ............. ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku..... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita". Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....


Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkagumi hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."

INGAT!!!PEREMPUAN UJIAN BESAR BAGI LELAKI,BIARLAH KITA MENGONCANG DUNIA TP JANGANLAH MENGONCANG IMAN LELAKI!
KASIHANILAH MEREKA DAN BANNTULAH MENJAGA IMAN MEREKA:-)


Lihatlah panorama dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli


Oh wanita kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada Rasulnya
Pasti dihadirkan taufik dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau permata di antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza di antaranya
(dilema by hijjaz)


"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA......"